Thursday, December 25, 2008

Selamat Bercuti

Ini entry yang berjadual.
Ketika sudah dipapar,
Saya tersengguk-sengguk di dalam keretapi KL-Ipoh.
Ataupun main games beserta dengan SMS di henset untuk yang sudi melayan.
Oh, saya ghairah.
Ghairah mahu menaiki keretapi malam.
Tapi saya mahu elakkan memandang tingkap.
Demi imaginasi saya yang terlalu tinggi.

Kenapa keretapi?
Bukan bas atau kereta.
Bukan kereta sebab saya malas mahu memandu kalau pemandu dan penumpang hanya saya seorang.
Bukan bas sebab saya tak suka berhimpit di pudu.

Cubalah naik keretapi KL-Ipoh.
Laju.
Senyap.
Nikmat.
Kalau mau murah,
Amik ekonomi.
Kalau mau berlagak,
Amik Superior.
Hiks..*Ini edisi gurauan*

Saya amik Superior.
Bukan berlagak.
Tapi yang ekonomi sudah habis.
:((..
Tak sanggup nak tanggung risiko untuk beli yang harga seringgit.
Takut-takut saya angkut beg berpatah balik ke Putrajaya.
Seringgit itu untuk mereka yang gamble.
Sanggup menunggu saat akhir untuk membeli tiket asalkan seringgit.

Saya bukan.
Saya suka merancang walaupun ada tersasar, ada tidak.
Tapi kalau tersasar, selalunya saya sediakan backup plan.
Jadi selalunya saya sentiasa berfikir,
Jika tak boleh itu,
Perlu buat begini.
Jika tak boleh begini,
Perlu begitu.

Tapi untuk study,
Saya suka gamble.
Hahahah...
*Kes Study Last Minute*
(Tidak sesuai untuk bacaan mereka yang masih belajar)

Selamat bercuti. :D

Tuesday, December 23, 2008

Berjaga-jaga

Bila kita sudah terkena,
Atas sesuatu peristiwa,
Elok sangatlah kita berjaga-jaga,
Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.
Walaupun kadang-kadang,
Terjadi juga perkara mempelam berbuah tak kira musim.

Sepertinya saya masuk ke toilet sekarang.
Sangkutkan dulu tali yang menggantung kad-kad untuk kegunaan di pejabat,
Sangkut di pintu masuk toilet.
Sesudah selesai semua,
Baru sangkut kembali ke leher.

Tapi abang saya punya tips,
Untuk mengelakkan barang kita lebur di lubang toilet,
Sebelum kita mengangkat badan dari mangkuk toilet,
Flush terlebih dahulu,
Kemudian bangun.
Jika ada barang yang menjunam jatuh ke dalam lubang selepas itu,
Boleh ambil tanpa ragu-ragu,
Dijamin tiada kotoran yang terlekat.

Sekarang boleh cuba tips ni di toilet rumah atau pejabat.
Jangan di pusat membeli belah atau tempat awam,
Dikhuatiri masih ada sisa yang tertinggal belum habis diflush,
Mengakibatkan loya di ulu hati.

Renung-renungkan,
Dan selamat mencuba.

Friday, December 19, 2008

ID Card

Tak sabar-sabar nak cerita kat sini.
Nak-nak sekarang time rehat hari Jumaat.
I like.

Saya masuk toilet.
Melepaskan hajat yang terpendam.
Tenang,
Nyaman.

Selesai urusan,
Saya tunaikan tanggungjawab menflush toilet.
Ada satu benda melayang masuk ke dalam lubang toilet.
Tenggelam bersama air yang diflush.

Id card saya yang gunanya untuk keluar masuk pejabat,
Merangkap punch card kedatangan saya.
Ikut bersama deru air yang mengganas di lubang toilet.
Terkasima.

Nasib baik ada rakan yang berada di surau.
Tumpang guna ID card mereka sambil mengumpat ID card saya yang tak sabar-sabar nak melarikan diri.
Harus bagaimana mahu diberitahu pada mereka yang bertanggungjawab menguruskan ID card ini.
Malu seh..

Tak pasal-pasal,
RM25 melayang.
Sadis sungguh.
Isnin baru saya buat tuntutan sambil mereka idea bagaimana mahu bercerita dengan suasana yang santai tanpa rasa malu.

*SIGH*

Wednesday, December 17, 2008

Cerita-Ceriti

Ada hutang tag yang belum berbayar.
Tapi masih dalam mood M.A.L.A.S.
Banyak cerita,
Letak dalam satu entry habis cerita.

Cerita 1

Saya berjalan ke Kuala Selangor.
Alang-alang pergi kenduri kahwen,
Terus jenguk Bukit Melawati dan Taman Alam Kuala Selangor.
Best memang best.
Tapi monyet kat situ lagi best.
Siap boleh letak tangan atas peha.
Confirm kalau pergi sana lagi,
Saya nak bawak pistol air.
Tapak tangan monyet menggetarkan jiwa.
Walaupun terletak dengan cara yang sangat manja.

"Selamat Pengantin Baru Nurul & Subhi"

Cerita 2

Saya diserang sindrom,
Sindrom-Tidur-Tak-Ingat-Apa.
Ada 2 kes yang dapat dikesan.

i) Bulan telepon mahu berbual.
Saya bilang saya mau gosok gigi dan basuh muka terlebih dahulu.
Dengan harapan,
Selepas habis berbual terus tidur dengan lena.
Saya siap-siap semua.
Tarik selimut,Tutup lampu dan baring.
Tiba-tiba saya diserang sindrom.
Terus tidur tanpa membuat atau menunggu panggilan.
Bulan bilang esoknya,
Dia sangat bengang sebab saya bilang saya sudah telepon dia.
Padahal tidak.
Saya pikir, mungkin dalam mimpi saya menelefonnya.
Dikira telefon jugakkan.
Tapi sampai ke pagi saya tidak sedar apa yang terjadi.
Sindrom punya pasal la ni.

ii) Saya selaku PA bulan,
Menjadi pelapor tak rasmi apa yang berlaku di dunia maya kecuali email,
kerana masalah teknikal connection internet Bulan yang masih belum selesai.
Jadi saya menjadi pengawal sementara Ikariam.
Patutnya hari tu saya cakap mau tengokkan pada pukul 10 nanti.
Tup-tup saya terlena.
Bila bulan telepon,
Dia bilang, saya cakap padanya saya bukan tidur tapi line celcom yang tak berapa betul buatkan dia tak dengar suara saya.
Ohoo, saya kira skill mengcover saya hebat juga diwaktu tidur.
Akhirnya saya tidur sampai ke pagi.
Dan besoknya bulan paksa saya tengokkan awal-awal lagi Ikariam kerana pretasi menjunam teruk.

Itu contoh-contoh sindrom Tidur-tak-Ingat-Apa.
Kesiankan kalau orang menunggu mau bergayut dengan saya di malam hari.
Dengan timbunan kerja yang makin menambah,
Sindrom itu memang senang diperolehi.
Harap tabah.

Cerita 3

Ini cerita sedih sedikit.
Bukan sedikit.
Banyak le jugak.
Hanya mampu bercerita begini,

" Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku... padamu "

Itu perasaan semasa sedih.
Bila perasaan kembali stabil,

" Everything I do is for you
And you are every part of me
And I don't want to face
Another day
Alone
Without your love "

Okies, cukup, cukup.
Nanti saya dapat sindrom baru,
Jiwang-Tak-Hingat.

Thursday, December 11, 2008

Entri Peribadi

Entri ini bersifat peribadi.
Patut-patut letak kat private blog,
Tapi macam tak best lak nak bergurau senda kat private blog,
Jadi letak di sinilah.

Ada seorang rakan,
Dia kata,
Datanglah pada hari perkahwinannya,
Karaoke lagu "Pelamin Anganku Musnah"


Saya anggap itu gurauan di pagi hari.
Cuma tadi tak sempat nak balas gurauan secara bersiri.
Sebab terkasima sekejap.

Jadi saya balas di sinilah.
Lagipun, harus di ingat, saya ini pendendam orangnya.
Hahaha.. *Gelak Jahat*

Pagi tadi saya balas,
"takpe..takpe, saya dah bina pelamin baru"

Tapi patut-patut,
Saya nak balas begini,

Saya bukan nak karaoke Pelamin Anganku Musnah,
Saya nak buat ucapan,

"Syukur, Alhamdulillah ini bukan pelamin saya,
Kalau tak, saya tak jumpa cahaya bulan terang di hati,
Terima kasihlah kerana membuang saya,
Saya sangat bahagia sekarang, Alhamdulillah.
Saya doakan kebahagiaan kita semua dengan cara berbeza."

Wednesday, December 10, 2008

Poskad

Patut-patut belek gambar mana nak letak kat blog baru.
Blog khusus untuk kenangan sekolah.
Tapi-tapi,
Terlihat gambar ni,
Teringat aktiviti buhsan semasa cikgu mengajar di depan.



Gambar ni bukan ditangkap time cikgu mengajar kat depan.
Tapi gambar ni dijadikan poskad oleh ude dan acu yang buhsan di belakang tempat duduk saya.
Sedar-sedar gambar dah hilang tapi diganti dengan layanan kad kiriman ala pos dari Pos Laju.


Ini adalah tulisan di belakang gambar.
Saya baca kembali dan senyum.
Kan indah bila kita masuk alam persekolahan kembali.

Friends Forever.

Tuesday, December 09, 2008

Teka-teki Memalam Hari

Saya sudah berjaya membuat entry panjang berjela,
Tatkala orang sibuk melakukan korban raya.
Dengan tag pelbagai, sudah saya buat separuh jalan.
Tapi malangnya,router saya ditutup suisnya dari luar,
Lalu menghasilkan kehampaan bila saya menekan butang publish.
Dan bila direfresh, terhasillah entry yang masih kosong.
Kuciwa.

Hari ini nekad mau update entry.
Cedok dari dialog saya dan bulan.
Sewaktu sesi diskusi di telefon.

Saya : Dalam banyak-banyak huruf, huruf apa yang hensem dan cantik?
Bulan : Ntah,taktau.
Saya : Jawab je le..
Bulan : Taktau..
Saya : "I" cantik.. "U" hensem..

*Teka-teki budak umur 12 tahun*

Bulan : Cuba awak teka saya suka makan coklat apa?
Saya : Erm, taktau le..mentos kot.
Bulan : Sampai hati taktau..
Saya : Eleh, macam awak tau saya suka makan coklat apa.
Bulan : Tau, awak suka makan HACKS.
Saya : Eheheh..awak suka makan apa ek?
Bulan : Saya pun kan sama, suka makan HACKS..awak tau apa maksud HACKS?
Saya : Ntah..
Bulan : Hanya Aku Cinta Kau Seorang.
Saya : Ohoo, mesti saya taktau sebab saya bukan budak jiwangan dan takde sapa nak kasik saya HACKS kecuali bapak sedara saya.
Bulan : Yang saya bagi awak tu apa?

*Budak umur 10 tahun berdiskusi*

Thursday, December 04, 2008

Saya Datang Lagi

Udah lama tidak berblog.
Tapi saya tidak perlu berhenti.
Masih boleh meneruskan lagi.
Kerana tiada rezeki untuk saya berhenti berblog.

Cumanya kerana pembahagian masa yang dipecahkan semakin mengecil,
Saya utamakan yang mana lebih berkepentingan.

1) Kewajipan pada Yang Berhak.
2) Kerja
3) Makan & Minum
4) Bergayut-gayutan.
*Berapalah bil Celcom bulan depan lepas dah takde unlimited voice calls ni..huhuhu*
5) Tidur
6) Blogging.

Blogging itu jadi yang paling terakhir kerana pencabar saya sedang berehat panjang atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Dia kata, satu timba milo ais akan disediakan.
Ayuhlah jemput-jemput datang ke rumah,
Mai pekena milo ais buatan si bulan yang belum tentu dijamin sedap atau tidak.

Kenapa saya sering menyebut si bulan?

"Ada yang getik?"
"Meluat?"
"Macam dia sorang je ada bulan, orang lain pun datang bulan gak"

Jawapan:
Pedulik ar. Ini blog aku. Sukati aku ar nak tulih ape pun. Ada aku kisah?
Lagipun sudah terang, jelas dan nyata,
Di bahagian profile,
Saya letak,
Saya tidak pernah pedulikan perasaan orang lain.
Sila beredar kalau taknak baca.

Oh,
Tiba-tiba sifat kebrutalanku menonjol lak.
Hilang sopan santun.
Maap, maap, maap.
Tukar tune ke arah mari bersopan santun.

Saya rasa bulan penuh mau timbul.
Kerana itu perilaku agak sukar mau dingertikan.

Iklan jap,

SESIAPA RASA DIA TERRER VISUAL BASIC 6.0, SQL SERVER, CRYSTAL REPORT, POWER BUILDER (KALAU TAU LAGI BAGUS), ATAU KEMAHIRAN-KEMAHIRAN IT YANG LAIN, SILALAH MENGONTEK DAKU. AYUH KITA BERKERJASAMA JADI SATU PASUKAN. DAMPINGI SAYA YANG PERLUKAN TEMAN UNTUK MELENGKAPKAN PERIBAHASA ;

RINGAN SAMA DIJINJING,BERAT SAMA DIPIKUL.

KEKOSONGAN 1 JAWATAN DI TEMPAT SAYA SELAKU ANALYST PROGRAMMER.
MAU TAU COMPANY APA?
SILA CONTACT SAYA.

Saya taknak rakan sepejabat guna makcik google merujuk pada nama company dan mengesan blog saya.

p/s : Esok saya balik kampung. Sonot..

Saturday, November 29, 2008

Kalau Ada Rezeki

Bukan lupa mau berblogging.
Dek kesibukan,
Saya senyapkan diri.
Nak-nak,
Saingan milo-ais-satu dilanda masalah internet.
Maka saya pun jadi culas dan malas.
*I Luv Celcom*

Kalau-kalaulah saya ada rezeki yang lain,
Saya juga akan berhenti sementara dari berblog,
Saya mahu bersedia dari segi mental dan fizikal mulai sekarang,
Bimbang nanti saya menggelupur sebab tak dapat update blog.

Apa-apa pun,
Biarlah rahsia dulu.
Tunggu sampai harinya,
Saya akan beritahu,
Kalau takde rezeki,
Maka saya tetap disini,
Jangan meroyan lak kalau tengok entry saya berupdate tetiap hari.
Takmau baca takpe,
Saya baca sendiri,
Bila-bila nanti.
Sebab blog ini hanya untuk diri sendiri,
Bukan untuk kemantapan ilmu pengetahuan.

Doakan rezeki saya ada.
Kalau takde, Mungkin ada rezeki di sana yang lebih baik.
Tidak lama,
Hanya seminggu, sebulan atau setahun,
Baru saya kembali berblog.
Kalau ada rezekilah.

Selepas confirm akan berhenti sementara,
Saya akan habiskan sisa-sisa masa yang ada.
Kalau takde,
Saya masih di sini.

Kalau Ada Rezeki.

Sunday, November 23, 2008

7..7..7

Ini tag dari cik hajar.
Edisi tag pulak.


7 fakta tentang saya (rasa macam dah selalu bagitau,jawapan len plak kalini)

1. Saya sangat sensitif.
- Selalunya orang tak perasan saya sensitif. Selalunya saya lebih dianggap orang yang tiada perasaan.
2. Suka membaca.
- Makan buku, toilet buku, tidur buku. (tapi sejak jadi pengguna celcom, tak kot, tidur telepon) *wink..wink*
3. Suka bau hujan kena kat tanah.
- Selalu diulas, malas nak cerita panjang lebar.
4. Suka tengok bulan.
- Bukan bulan "itu" sahaja, Bulan di atas jugak.
5. Kurang gemar bershopping.
- Saya hanya membeli belah bila saya rasa saya perlukan barang itu.
6. Tak suka tempat crowded.
-Bila di tempat sesak, saya jadi sesak napas. Lebih rela melepak di satu sudut sambil lihat orang lalu lalang.
7. Pemendam
- Saya lebih suka memendam dari bercerita. Tapi kalau cerita bukan tentang perasaan saya, saya sukerk. :D

7 perkara menakutkan saya di dunia

1. Bila hilang iman di dada.
- Mintak dijauhkan.
2. Menjadi orang glamour atau orang penting.
- Saya lebih suka low profile.
3. Kehilangan orang tersayang.
- Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan ini.
4. Duduk kat tempat gelap.
- Imaginasi saya sangat tinggi.
5. Bila saya hilang kepercayaan.
- Bila saya tidak percaya, sampai bila-bila saya susah mau percaya walaupun dah takde dusta.
6. Ular di depan saya.
- Taktau apa nak buat dah.
7. Jatuh dalam air.
-Saya tak pandai berenang, takut mau belajar, takut nak belajar.

7 lagu buat masa sekarang (ni den lomah nie,lame tak layan lagu)
Tapi sib baik petang tadi layan lagu kat winamp.

1. Unintended - Muse
2. Tentang Seseorang - Anto Head
3. Aku(rangga) - Dian feat ramma
4. Denting - Kakak Melly
5. Suara Hati Seorang Kekasih - Kakak Melly
6. Dimana malumu - Kakak Melly
7. Demikianlah - Kakak Melly

*peminat lagu kakak melly*

7 perkara selalu sebut

1. Manyak arr..
2. Bengongg..
3. Eekeleh..
4. Ape nie..*mendecit*
5. Suka ati je cakap camtue..
6. Bimboo...
7. Awakku..Sherrmoku..

7 perkara yang amat bernilai

1. Dirahmati Tuhan
2. Dikelilingi orang tersayang.
3. Masih bernafas.
4. Dapat jumpa Bulan
5. Handphoneku.
6. Internet.
7. Kereta

7 pertama kali dalam hidup saya

1. Boleh membaca.
- Habis buku anak tiri sampai lunyai semata-mata tak puas hati, pencerita-pencerita dah pusingkan cerita dalam buku tu semata-mata sebab penat asik 14x suruh bacakan buku tu je.
2. Pandai kayuh basikal.
- Selepas lutut luka, berjaya akhirnya.
3. Berjauhan dengan keluarga.
- Perasaan - No comment. Takleh cerita lelebey. Hiks..
4. Beli kamera masa sekolah menengah.
- Guna duit sendiri. Bangga sesangat. Hakhakhak..
5. Beli walkman masa sekolah menengah gak.
- Semata-mata nak dengar radio memalam.
6. Masuk panggung wayang.
- Tupun sebab dapat tiket free tengok cerita perang.
7. Boleh bawak kereta.
- Tak berminat bawak kereta, takut nak bawak kereta. Sekarang dah menjadi pemandu yang berjaya. :D

7 orang bertuah menjawab tag ini

Ni pun lemah gak ni. Tak tau nak tag sesapa.

1) :: *_* ::
2)Acu
3)Alang
4)Kak Meen
5)Kamal
6)ween
7)Diya (diya x suke buat tag pun..akak nak kasik gak..xpe kalo x wat pun..hiks)


Saturday, November 22, 2008

Teknologi

Saya suka teknologi.
Biarlah apa kata orang,
Saya suka teknologi.

Waktu sekolah,
Saya masih naif tentang teknologi.
Yang saya bangga,
Menggunakan teknologi public phone,
Menelefon keluarga dirumah untuk bertanya khabar.

Ada junior,
Membina satu email untuk saya,
Semasa tingkatan 5.

Sampai sekarang,
Saya tidak tahu dan ambil tahu apakah email yang dibina untuk saya.
Betapa tidak amik kisahnya saya dengan teknologi internet dahulu.

Masuk matrik,
Saya mula gila berteknologi.
Menghabiskan hari Sabtu & Ahad untuk guna kemudahan teknologi internet dengan sebaiknya.
Tapi bukanlah perkara berfaedah.
Mengenakan orang di MIRC semata-mata tekanan duduk di tempat jin bertandang.
Eheheh..

Saya sambung study di Bangi,
Saya ambil jurusan yang berkaitan teknologi.
Sehinggalah sekarang saya bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat.
Teknologi sungguh.

Zaman sekarang pun zaman teknologi.
Kalau taktau teknologi,
Mungkin bikin orang konpius.
Tak kisahlah teknologi apa pun.
Janji teknologi.

Kerana teknologi,
Hidup saya tidak sunyi hari ini.
Kerana teknologi,
Saya tidak begitu tertekan dengan jammed di petang hari.

Bagus sungguh ada teknologi telefon bimbit.
Menghubungkan yang jauh di mata dekat di hati.
:D

Friday, November 21, 2008

Bersyukur dengan apa yang kamu perolehi

Baru terjaga dari lena yang panjang.
Idea mengupdate pun kurang.
Ah,poyo ah.

Saya baru terjaga dari tidur.
Sesudah tidur selepas semayang maghrib dilakukan.
Terjaga pukul 11 malam untuk mandi dan makan.

Saya cakap,
Bekerja dengan otak lebih penat dari membanting tulang.
Terlalu banyak otak diperah,
Menghasilkan kelembapan pada diri sendiri,
Sejurus tamat masa bekerja.

Kadang-kadang,
Saya jeles dengan receptionist di department saya.
Atau Tea Lady di pantry.
Saya mau kerja begitu.

"Bersyukur dengan apa yang kamu perolehi"

Wednesday, November 19, 2008

Kita Kena Kuat

Mula-mula rasa entry hari ini dipenuhi tag.
Tapi sebab kawan cakap,
Minggu ni minggu kesedihan,
Saya mau berkongsi rasa sedih itu.

Kawan,
Dulu kita hidup riang gembira.
Nakal bersama-sama.
Berdiri depan perhimpunan together-gether.
*Opss, bukan semuakan*

Siapa sangka,
Bila dewasa,
Terlalu banyak yang kita semuka.
Tak pernah terjangkau di minda kita,
Kita hadapi banyak sengketa.

Jangan bersedih kawan,
Banyak orang,
Banyak dukanya.
Kalau kita rasa kita terluka.
Ada orang sudah lama menderita.
Yang penting kesabaran kita.

Mungkin berat mata memandang,
Berat lagi beban memikul.
Yang penting banyakkan berdoa,
Semoga ada hikmah di hujung sana.

Kawan,
Bumi mana tak ditimpa hujan,
Lautan mana yang tak bergelora.
Kita redah bersama-sama,
Jangan putus asa.

Entah kenapa,
Minggu ini banyak yang tak kena.
Kalau bukan dari saya,
Dari orang sekeliling saya.
Kita kena kuat yer.
Gambatte..

Tuesday, November 18, 2008

MC

Saya betul-betul masuk unit terapi.
Tapi bukanlah unit terapi kerana sakit hati.
Ini Unit Terapi disebabkan Gastrik telah menyerang saya.

Patut-patut,
Semalam saya dah mula sakit.
Tapi pagi ini sudah gagah perkasa.
Maka saya bergegas ke pejabat.

Sepanjang memandu,
Dengan jalan yang sesak,
Sakit saya menyerang kembali.
Memang berpeluh saya di dalam kereta yang bersuhu tinggi.

Sampai opis terus ke toilet.
Tapi sakit masih tak kebah.
Saya ambil keputusan mau ke klinik.

Tunggu punya tunggu,
Dr pun sampai.
Saya masuk ke dalam.
Dr suruh cerita apa yang berlaku.

Dr tanya apakah saya memang ada gastrik dari dahulu.
Saya jawab ya.
Dan dia cuma tekan perut saya sekali sebagai syarat.
Dan katanya, dia akan beri saya ubat gastrik dan mc.

Saya kebingungan.
Hanya itukah?
Hello Dr,
Saya bukannya nak sangat dengan mc tu.
Saya cuma mau dicheck dan mengambil ubat.
Alih-alih saya pulak yang memberitahu dr,
"Dr, saya mau ubat angin jugak."
Dr bilang, "ya,ubat itu pun kita masukkan sekali."
Sebab saya dah biasa,bila ambil ubat gastrik mesti ada ubat angin sebab saya memang ada masalah dengan angin.

Alih-alih,
Bila mau mengambil ubat.
Yang diberi hanya ubat gastrik dan ubat sakit perut.
Apakah doktor ini sedang mamai kerana baru masuk kerja?
Atau pikir saya hanya maukan mc.
Kalau dia beri saya time off pun saya terima.
Saya lebih perlukan rawatan.
Bukan mau bercuti semata-mata.
Saya pun ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Tapi sebab alang-alang dah diberi MC.
Saya ambik beg dalam drawer dan bergegas balik rumah.
Sakit-sakit pun belasah le drive.
Dari saya sakit hati berkabung di surau mengenangkan dr yang merawat pesakit ikut syarat asal ada.

Dr-dr,
Janganlah ingat pesakit semuanya sama.
Hanya perlukan mc bukan rawatan.
Kalaulah saya tiba-tiba terbujur,
Maukah dr bertanggungjawab kerana tidak merawat dengan dedikasi.

Tapi tak terdaya lak mulut saya nak cakap camtu masa tu.
Saya lebih pentingkan perut saya yang sudah rasa macam nak terberanak.
Mual yang saya rasa seperti mau muntah.
Dan macam-macam rasa le yang tidak selesa dari dada hingga ke perut.

Harus saya blacklist klinik tu.
Huh, tiada etika.
*chiiiwahh..bajet macam bagus*

Monday, November 17, 2008

Maafkan Saya

Entry meghoyan buat saya jadi bz pagi tadi.
Saya onkan ym,
Semua pakat-pakat tanya,
Apakah yang telah terjadi.

Terima Kasih kawan-kawan.
Tiba-tiba saya rasa bahagia.
Masih ramai yang sayang rupanya.
*Bajet macam bagus*
hahahhaha...

Tapi ada yang tak puas hati.
Sebab dikata jadi punca diri ini meghoyan.
Jadi saya buat sidang media.
Ala-ala bajet macam Kakak Siti.

"Saya dan dia tiada apa-apa yang terjadi.
Biasalah cubit-cubitan dalam perhubungan.
Lebihnya, dek kerana meghoyan saya,
Dia terluka kerana mulut bisa saya.
Oh, bukan dia juga yang terluka.
Acu dan ayang juga tersentap penangan saki baki ilmu laser di sin ro alif ta alif.
Maaf Bulan.
Maaf acu.
Maaf ayang.

Dengan rendah dirinya,
Saya pohon ampun pada anda semua.
Tapi sebab entry ini khusus untuk Bulan,
Saya lebihkan cerita Bulan. ye.
Sebab acu n ayang saya dah komen panjang berjela.
Kalau rasa permohonan maaf ini masih tidak mencukupi,
Sila kontek daku di YM, email atau contact saja. 019-****234.
Untuk paksa saya buat entry permohonan maaf seperti Bulan paksa saya buat entry ini.
Hahahah.. sorry,gurau je..ini bukan paksaan.
Ini ikhlas.

Cumanya,
Saya sisipkan lagu Kakak siti ek.
Walaupun saya bukan peminat Kakak Siti.
Dengar di radio pagi tadi,
Tiba-tiba rasa macam nak letak kat sini.

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami


p/s:
Terima Kasih sekali lagi yang bertanya khabar.
Mengirim kata semangat,
Saya Sayang Anda Semua.

Walaupun saya sering menjadi Kaunselor rakan-rakan.
Tapi ada masa, cik kaunselor pun perlukan kaunseling jugak.
Maklumlah,
Kereta pun kalau asik guna je kita kena serviskan.
Barulah boleh kasik output bermutu.
Tapi janganlah pikir saya tak daya mendengar dah.
Yang mana saya tolong,
Saya tolong.
:D

Di Tagged Oleh Kak Meen

Nak jawab tag Kak Meen.

1.Take a recent picture of yourself
2. Dont change clothes. Just take ur picture.
3. Post that picture with NO EDITING
4.Post this inscruction with ur picture
5. Tag 10 people to do this.

Sebab tag ni kene bubuh gambar, zura sanggup balik kerja bergegas amik gambar dengan enset cap ayam semata-mata sebab kak meen. Baik tak zura?Hahahah...
Kak meen, milo ais satu. Kasik kaw punya..heheheh..



Gambar ni diamik untuk tujuan testing adakah masih boleh menjadi model remaja. Oh, masih boleh. Masih nampak 18 taun. Haippp..sapa wat aksi nak muntah tu?



Ini gambar paling dekat. Khas untuk kak meen,Apa saja untukmu. *Beli jiwa semata-mata nak dapat milo ais satu. Opss, kalau bulan nak kasik milo ais, kak meen kena kasik ayam tandoori..okies..*

-Kantung beg di bawah mata tu, kerana saya berjaga malam demi mentelaah cerita masa depan.
-Kembung-kembung di pipi tu, hanya ilusi optik semata-mata.


Saya sudahi tag ini dengan P.E.A.C.E.
Muka yang nampak tak bermaya harap dimaapkan sebab gambar ni diamik sejurus saya balik dari kerja,dari 5.40 membawa kepada 7.10 malam. Maka haruslah seperti muka tiada seri.

*Chiiwah..macamle kalau tak harung jem, sibuk nak bermakeup*

p/s: Tag hajar saya bawak esok hari ye. Ada sesapa tag saya lagi? Sila beritau takut saya lupa. Maklum le saya ini ada sindrom STML. :D

Sunday, November 16, 2008

Unit Terapi

Saya berada di unit terapi sekarang.
Kenapa begini?

Ini bukan saya.

Maaf untuk yang terluka.
Seharian duduk di rumah buat saya jadi gila.
Mau layan Slam Dunk Ah.

Meroyan yang tak perlu dilayan

Ini bukan entry berbentuk kefahaman utk org ramai.
Ini entry luahan perasaan dari tuan blog.
Kalau tak paham,
Simpan sendiri,
Lenkali datang lagi.

Bila sudah terlalu percaya.
Bila kepercayaan sedikit tergugat,
Hati mudah berkata-kata.
Jiwa mula meronta-ronta.

Itu sebab dibilang,
Jika kau percayakan orang,
Simpan sedikit 30% untuk dirimu.
Buat bekalan dikala terluka.

Tapi hati ini mudah memujuk.
Jangan kau cemar dengan prasangka.
Kelak badan binasa.

Jika kau benar,
Tuhan sentiasa bersamamu.
Apa saja yang terselindung,
Boleh tersingkap,
Jika kau memang benar,
Dan dia dusta.

Jika rasa ini yang datang,
Saya lebih rela berada di pejabat.
Mengadap kerja yang bertimbun,
Dari memikirkan hati dan perasaan.

Saya cakap,
Bermain dengan hati dan perasaan ini sangat penat.
Ada masa buat kita give up.
Tapi jika sayang masih kukuh,
Kita tetap berusaha untuk berjuang,
Untuk berpaut di dahan yang belum kita tau,
Rapuh atau padu.

Semoga,
Dahan itu boleh bertukar menjadi akar,
Sebagai tunjang keluarga.

Mode: Jiwa kacau

Saturday, November 15, 2008

What You give...You Get Back..

Hati saya bukan terluka,
tapi geram.
Jiwa saya bukan merana,
tapi bara.

Cubit peha kiri,
Peha kanan terasa sakit.

Kenapa cinta itu buta?
Kerana manusia yang membutakan mata.

Kawan,
Dengar sini.
Kalau hilang dia,
Masih ada kami.
Biar lelaki itu dengan dunianya.
Kita bina kehidupan sendiri.

Seorang lelaki pergi.
Belum tentu yang pergi itu rugi.
Belum tentu yang datang itu pasti.
Yang penting diri sendiri,
Melalui kehidupan hari-hari.

Mak saya pesan,
Satu harapan kita kecewakan,
Kita tunggu masa depan.

"What you give, you get back"

Dunia ini berputar.

Wednesday, November 12, 2008

Kenapa Milo Ais Satu

Saya mula dengan;
Kenapa milo ais satu.

Kalau pergi kedai mamak,
Saya mesti mintak milo ais satu.
Kalau pergi kedai melayu,
Kalau takde fresh orange ataupun soya,
Makanya,milo ais satu.

Tapi kat rumah,
Minuman kegemaran saya adalah air putih.
Untuk minum pagi atau petang,
Saya minum tea o.
Milo jarang sekali dibuat.
Tapi dikedai,
Saya tidak pernah mengorder tea o.
Saya hanya sukakan tea o di rumah.
Bukan kedai.

Tapi milo.
Di kedai suka.
Dirumah pun suka.
Cuma jarang dibuat sebab orang kata boleh buat sembelit.
Diopis pun,
Tea Lady buat air,
Saya tetap pilih milo.

Bukan sebab saya mau jadi sihat dan kuat.
Saya suka rasa kelazatannya.
Lebih-lebih lagi milo ais mamak.
Kalau ada milo lebihan dirumah,
Saya suka letak dalam peti ais,
Ruangan paling atas,
Kasi beku,
Maka jadilah ais krim milo ais di dalam cawan atau gelas.

Habis kisah milo.
Ini kisah mamak pulak.
Saya suka lepak di kedai mamak.
Walaupun tak ramai rakan perempuan saya yang gemar minum atau makan di mamak.
Tapi saya suka.
Cuma kena tengok mamak berpada le.

Paling saya suka,
Milo ais mamak.
Dengan banyaknya milo,
Dengan pekatnya susu.
Campur dengan ais,
Jadilah milo ais satu.

Kalau jumpa Bulan di Ipoh,
Pastinya kedai mamak jadi sasaran.
Kalau jumpa Bulan di KL,
Ada jugak selingan di kedai mamak.

Semua-semua ni,
Saya cerita dalam blog.
Bukan mau jadi blogger yang diminati.
Bukan juga blogger yang dipenuhi pengunjung.
Hanya seorang blogger yang low profile.

Saya suka bercerita.
Saya suka menulis.
Walaupun hanya cebisan kertas kecil,
Kalau saya buhsan,
Saya akan menulis walaupun hanya nama saya.

Disebabkan kesibukan saya,
Ketidakpandaian saya membahagi masa,
Saya mencipta satu pertandingan.
Satu pertandingan yang membuatkan saya paksakan diri mengupdate blog setiap hari.
Pertandingan yang memaksa saya untuk menulis.
Dan lawan saya adalah si Bulan,
Yang juga lemau nak mengupdate blog.

Kalau dah ada seteru,
Barulah seronok nak berlawan.
Kalau dah ada perlawanan,
Tak syok kalau takde hadiah.

Makanya,
Terciptalah peraturan.
Barangsiapa yang culas mengupdate blog,
Walaupun sehari,
Dendanya,
Segelas milo ais di kedai mamak.
Kalau dua hari,
Dua gelas.
Tiga hari,
Tiga gelas.
Kalau dah sampai bergelas-gelas,
Boleh dikira dengan berapa harga blog yang culas,
Kurang-kurang dapat milo ais free dan ayam tanduri satu pun dah cukup.

Dan setakat ini,
Saya masih di hadapan.
Hahahah..

Kenapa saya buat ini?
Kerana saya suka berblog.
Bukan mau cari nama,
Bukan mau ramai peminat,
Saya cuma cintakan penulisan.

Tapi bila ada yang memberi komen,
Saya terasa dihargai walaupun cerita hanya cerita sampah.
Asalkan saya boleh menulis.
Saya tidak kisah.

Untuk mereka yang setia berkunjung,
Walaupun saya tiada kelapangan mau membalas kunjungan,
Ribuan terima kasih saya ucapkan.
Saya anggap inilah satu persahabatan,
Dunia tanpa sempadan.

Saya suka milo ais.
Saya suka kedai mamak.
Saya suka blog.
Saya suka Bulan. *Blushing*
Maka saya satukan.
Untuk jadi satu kenangan.

p/s: Kamal, puas hati tak dah tau kenapa milo ais satu.
Ada berani mau join?
Hahahah..

Tuesday, November 11, 2008

Akhirnya..

Kerana talian telepon yang terpotong sementara,
Saya terhenti untuk pertandingan milo-ais-satu,
Nasib baik lawan saya pun dalam kepenatan,
Jadi kedudukan masih seri.

Saya kata,
Ahad nanti saya mula aktiviti lama.
Tapi nampaknya,
Saya masih sibuk sampai hari ini.
Jaga-jaga ya,
Kalau-kalau nampak saya termasuk nama dalam bahagian pencalonan perwakilan,
Mungkin kerana itulah saya sokmo bz.
:D

Saturday, November 08, 2008

Hari Sabtu

Walaupun daku tiada masa terluang.
Walaupun daku kebizian melampau,
Tapi tetap ada masa sebanyak 2 minit untuk entry sentiasa bertarikh baru.

Maaf kawan-kawan,
Saya sudah lama tidak berkunjung.
Maaf kawan-kawan,
Saya tidak membalas komen-komen dan message-message.
Tunggu Ahad ini,
Saya mulakan aktiviti lama.
InsyaAllah,
Tiada lagi entry sekadar di pinggiran.
:D

Friday, November 07, 2008

bz..bz..bz...

Jadilah dari takde entry.

Rugi oooo...milo ais satu..eheheh

Thursday, November 06, 2008

Cacar Marba - Sroot Sreet

Sroot..Sreet..
Sroot..Sreet..

Saya dilanda virus.
Virus selesema.
Tapi bukan yang jenis meleleh.
Jenis yang tersumbat.
Saya kira biar meleleh dari tersumbat.
Sebab menggangu lena tidurku.

Itu dululah.
Sekarang ni,
Datanglah gangguan macam mana pun,
Tetap tidur dalam lena.
Termasuk deringan telefon yang tidak dipedulikan.
Sorry pada yang menelefon.
Agak kurang gayut-gayutan di malam hari sejak kebelakangan ini.
Tapi siang dari office sampai ke rumah,
Cukup 1 jam lebih bergayut.
Rasanya itu pun dah boleh coverkan.

Cecair di hidung telah menggangu perjalanan otak saya untuk menghasilkan entry yang tersusun.
Kalau yang tak paham,
Salahkan virus selesema yang menghinggap diriku ini.
Kalau ayat baiknya,
"Sabar, itu semua dugaan Tuhan."

p/s:
sungguh, saya sendiri benci dengan entry cara begini tapi demi milo-ais-satu,saya tetap gagah menghasilkan 1 entry.
Biar kalah selepas berjuang, Jangan mengalah sebelum menentang.

*Edit kata nasihat dari En Anzai, hero pujaanku.*

(Lamanya tak tengok Slam Dunk) . :(

Wednesday, November 05, 2008

Stress

Selagi pekerja baru belum sampai,
Saya stress.
Selagi saya stress, ada orang yang terpaksa mendengar cita-cita saya yang mahu menukar kerjaya.

Tunggu sampai bulan 12 yeach.
:D

Tuesday, November 04, 2008

Memotivasikan Diri Sendiri

Dup..Dap..Dup..Dap..
Saya masih berdebar.
Berdebar menanti perkara tak pasti.
Yang saya doa,semuanya adalah positif.
Walaupun selalunya ada pendapat,

Tak semua yang kita nak,
Kita boleh dapat.
Tak semua yang kita taknak,
Kita boleh elakkan.
Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Mode : Bertafakur.

p/s:
Kawan-kawan terdekat bilang,
Saya nampak seperti seorang yang suka berahsia.
Jadi saya buat entry sebegini untuk mengiyakan kata mereka,
Walaupun saya bukan.
*Agaknya* :D

Sunday, November 02, 2008

Air Tewbu

Baru balik dari Melaka.
Jumpa orang kampung.
Lalu kubur Dol Said.
Pergi pasar malam Alor Gajah.

Yang saya tak puas hati,
Kenapa air tebu secawan kat sana rm1.50?
Kat Kl saya beli, RM1.20.
Kat Bangi saya beli, Rm1.20.
Kat Ipoh pun RM1.20.
Tak boleh jadi ni,
Kena report pada Kementerian Hal Ehwal Pengguna.
Jadikan air tebu barang kawalan.

Alasan:
Sebab air tebu juga salah satu peberet saya.
Kerana perbezaan rm0.30,
Buat saya tak jadi membeli.
Ditambah dengan faktor,
Air tebu tidak di mesin di situ.

Jadi was-was,
Takut air tebu itu sudah masam.
Atau dicampur dengan air.
Saya selaku peminat air tebu sangat mementingkan kualiti dan kuantiti.
Berjuang untuk air tebu.
Chaiyok...chaiyok..

p/s: Sindrom penat balik dari kampung.

Saturday, November 01, 2008

Lagi milo-ais-satu

Demi milo-ais-satu,
Saya perlu berjuang.
Sekarang sudah seri.
Hebatnya saya.
Hahahaha...

p/s:
Biar kamal meroyan,
tengok entry asyik milo ais satu.
ahahhahahhahahahhaa..

Nanti-nanti akak citer.
Skarang tak sempat ar.
Dalam siap-siap nak balik melaka,
Sempat update entry,
Demi milo-ais-satu,
Minuman peberetku.

Friday, October 31, 2008

Entry Merabu Raban

Esok balik melaka.
Berjumpa sanak saudara.
Temu atuk,mak bapak sedara.

Semalam baru terbaca paper tentang Naning dan Dol Said.
Oh,rupanya baru saya tau,
Naning dulu nama lama sebelum Alor Gajah.
Kiranya saya ini ada campuran darah dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia.

Banyaknya darah campuran dalam tubuh ini.
Anak mix rupanya.
Hahahaha..

Walaupun tiada rupa Minah Salleh.
Nama bapak pun bukan Salleh,
Saya tetap boleh diletak kategori dalam anak kacukan.
Anak kacukan tu.
Bangga siot..

p/s:
Ini entry merabu raban selepas meeting.
Happy weekend everybody.

Thursday, October 30, 2008

Nanti-Nanti

Macam biasa,
Standard biasa,
Bz..bz..n bz..

Kot-kot terdengar cakap-cakap belakang,
Sejak kerja baru life saya lebih huru hara dari dulu,
Nanti saya terangkan kenapa.
Sekarang-sekarang tak sempat.

Panjang lebar nak cerita.
Tambah pulak dengan milo ais satu.
Nanti-nanti gak cerita.
Tapi saya kena update gak sebab milo ais satu.
Cuma nak melawat rumah kenkawan agak kepayahan sedikit.

Nanti ek.
Saya tarik nafas lega.
Saya lawat sampai orang jemu tengok nama saya je yang naik.
Hiks..
Tapi,
Nanti-nanti le.

Wednesday, October 29, 2008

Sindrom Milo Ais Satu

Lewat sore ini,
Saya masih di sini,
Tekun mengira masa,
Apa yang mau diceritakan.
Apa yang mau dibilangkan.

Banyak,banyak sangat mau cerita.
Cumanya cerita sambil termengah-mengah kepenatan,
Tidak enak di dengar.
Boleh buat orang pikir kita ini ada penyakit mengahkah?
Justeru itu,
Sampai sini entry ini.
Besok-besok kita bertemu dengan episod baru.

p/s:
Sindrom Update-entry-setiap-hari-milo ais satu.

Tuesday, October 28, 2008

Ku Mohon

Setiap hari ku mohon

Agar Kau sentiasa

Memberiku ketenangan

Dalam hati kekuatan

Menempuhi segala

Dugaan yang mencabar ini

Pasti, punya ertinya

Engkau beriku harapan

Menjawab s'gala persoalan

Hadapi semua dalam tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku

Berkatilah... ku perlu rahmat darimu

Chorus:
Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala

Hidup penuh cabaran ini

Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu

Agar jiwaku tenang

Dalam bimbingan mu, selalu

Adakala ku merasa

Hidup ini seperti kaca

Jikalau tidak bersabar

Hancur berderailah akhirnya

Tabahkanlah hatiku

Melalui semua itu, oh

Kuatkanlah, cekalkanlah diriku
Repeat Chorus

Curahkanlah nikmat Mu

Pada hidupku

Repeat Chorus
p/s:
Saya update entry begini kerana:-
a) Jiwa saya sudah bergelodak,memberontak,kepanasan.
b) Saya sudah ketinggalan 2 point demi pertandingan-entry-setiap-hari-milo ais satu tapi saya bz maka terhasillah entry begini.
c) Saya suka-suka nak update entry begini walaupun sudah ada lirik ini di dalam entry terdahulu yang-saya-lupa-entry-bila.
d) Sukatimulah, kata orang yang membaca blog ini tanpa mau pikir kenapa saya update entry begini.
Boleh pilih mana yang ada dalam pikiran memasing.
Nak bukak mp3 lepas tu guna lirik ni untuk menyanyi pun takpe walaupun suara sedap sikit dari Dafi AF.
*Ampun peminat Dafi, ini luahan hati yang jujur dari saya.
Smile..smile..

Saturday, October 25, 2008

Hadapi Dengan Senyuman

Bulan kata,
2 perkara yang buat saya teruja sekarang.

1) Bercerita tentang Slam Dunk
2) Bercerita tentang kerjaya yang saya minati dari kecil, hampir pudar ditelan usia tapi bersinar kembali bila diberi satu peluang yang keputusannya belum diketahui.

Tapi dia lupa,
Saya ada perkara lain yang buat saya teruja.
Tapi,
Rahsia ahh..
Clue,
Kalau sebut nama Poh Kong pun,
Mata saya sudah membulat.
Eh,lupa.
Mata saya sememangnya sudah membulat membesar.

Apapun,
Wish me luck.
Semoga saya berjaya menghadapi semuanya dengan jaya.
Jika tidak,
Tuhan,
Berikan ketabahan kepadaku untuk menghadapi hari mendatang.

"Hadapi Dengan Senyuman"

Friday, October 24, 2008

Status

Perasaan : Tertekan

Mood : Level bahaya jika selalu diprovokasi

Jiwa : Meronta

Simptom-simptom:

1) Mimpikan coding-coding
2) Dalam tidur mendapat ilham tentang permasalahan sistem.
3) Masuk tandas masih memikirkan bagaimana lagi harus dicari dimana kesalahan coding.

Penyelesaian :

1) Ceritakan perkara-perkara yang menggembirakan seperti kawen, melancong dll.
2) Melihat Slam Dunk bersama-sama.
3) Memikirkan cara bagaimana saya boleh menukar kerjaya dari seorang yang melayan kerenah komputer kepada melayan kerenah anak muda.

p/s: Dapat tukar kerja ke Ipoh pun salah satu motivasi besar yang boleh menggembirakan. :D

Thursday, October 23, 2008

Milo Ais Satu!!

Saya sibuk sekarang.
Nanti-nanti saya jenguk.
Update setiap hari demi memenuhi tuntutan,
Milo Ais Satu!!

p/s:
Update tanpa rasa,jadi kosong.
Kosong blog, Milo Ais Satu!!

Wednesday, October 22, 2008

Kawan, aku rindu kamu

Saya lihat gambar lama.
Bukan gambar saya tapi gambar orang lain bersama rakan lamanya.
Ada rasa syahdu di situ.
Tiba-tiba rindu pada kenangan dulu.
Rakan sekolah,
Rakan Matrik,
Rakan Universiti.

Gambar rakan sekolah perlu discan sebelum dipapar.
Gambar rakan matrik perlu discan sebelum dipapar.
Biar tunjuk gambar rakan universiti menunjukkan era digital bermula disini.


-Kenangan di Pizza - Warta Bangi.


-Annual Dinner FTSM 2004 (ye ke 2004,ke 2003 ek)..hehehe

Kawan,
Aku rindu kamu.
*mode: syahdu*

Tuesday, October 21, 2008

Fobia

Kecik-kecik,
Dapat masuk lif,
Melompat terus.
Seronok,
Suka.

Remaja,
Masuk lif berjaga-jaga.
Tengok kiri,tengok kanan.
Berusaha memastikan pintu tidak mengepit saya.
Semua hasil tontonan cerita-cerita seram.
Kesannya,
Saya fobia naik lif.

Dewasa,
Masih berjaga-jaga.
Tapi tidak ketara,
Harus kawal minda,
Supaya nampak dewasa.
Fobia tetap ada.

Itu tandanya akal saya masih aktif,
Untuk bahagian imaginasi terlampau.

Monday, October 20, 2008

Jammed

Hujan rintik-rintik.
Longkang bergelora.
Hujan lebat serumpun,
KL banjir kilat.

Bila KL banjir,
Kereta mula beratur.
Bila kereta beratur,
Tanda-tanda pulang lewat ke rumah.

Buhsan sungguh fenomena kereta beratur ni.
*SIGH*

Sunday, October 19, 2008

Angan-angan

Mencucuk besi langsir di depan pc.
Saya mau jadi ciri-ciri calon isteri berteknologi.
Semuanya di depan pc.
Mahu resepi bermutu,
Klik carian makcik google,
Jumpa dan terus memasak.
Itu jika pc berada di dapur.
Makanya,
Pc harus berada di setiap sudut rumah.
Baru nampak keluarga berteknologi.
Lebih tepat,
Keluarga IT.
Boleh masuk majalah Keluarga.
Ataupun Nona.
Silap-silap, The Time pun boleh masuk.
Hidung mesti terkembang-kempis menahan bangga.
Ini jika saya benar-benar menjadikan keluarga saya keluarga berteknologi.
Jika tidak,
Teruskan mencucuk langsir.
Hentikan angan-anganmu,
Kalau tak kahwin dengan orang kaya.
:D..

Saturday, October 18, 2008

Selamat berehat

Terlepas dari ketegangan seharian.
Saya berehat.
I Luv Saturday n Sunday.
Hope everyday will be Saturday or Sunday.
Ahakz..

Thursday, October 16, 2008

Jamuan Hari Raya

Ada jamuan hari raya untuk semua staff di HQ.
Anjuran Komunikasi Department.
Perasaan teruja.
Bukan teruja untuk berjumpa artis AF.
Teruja mau bertemu sate,nasi minyak,laksa dll.

Meja penuh dengan makanan.
Perut sudah bersedia dengan kekosongan.
Selesai doa,
Terus ngap.
Tarian di pentas tidak peduli.
Lenggang lenggok nasi minyak lebih menawan hati.

Sudah kekenyangan,
Baru ade feel mata melihat pentas.
Ada nyanyi-nyanyi,
Pertandingan sukaneka dan cabutan bertuah.

Seperti biasa,
Seumur hidup saya belum pernah merasa hadiah cabutan bertuah,
Kecuali saya mengisi nama orang lain atau no. orang lain.
Adakah saya tidak bertuah?

Akhir sekali,
Persembahan dari artis AF.
Jeng..Jeng..Jeng..
Idayu AF dan Bob Mesraaaaaaaaaaa..

Nasib baik suara sedap.
Kalau tak,
Perut yang sudah kenyang buat mata rasa nak lelap,
Kalau suara yang dikeluarkan sedap sikit dari suara katak.

Dihujung acara,
Sesi bergambar.
Yang ini paling saya gerun.
Bukan saya fobia dengan kamera.
Tapi fobia melihat diri sendiri di dalam gambar.
Kepadatan lemak dimuka,
Dan kelebaran isi di badan,
Buat saya teruja mau berdiet.
Tapi tadi saya sudah penuhkan perut dengan banyak kolestrol berkuasa tinggi.
Takpelah,
Esok-esok diet balik.
:D..

Wednesday, October 15, 2008

Tiket Bas

Hari ni hujan lebat.
Semalam pun ye.
Kelmarin jugak.
Tapi kelmarin,
Saya meredah hujan,
Demi mendapatkan tiket untuk pulang ke kg minggu ini dan minggu hadapan.

Berdiri di depan kabin stesen minyak petronas dengan titisan hujan yang menggila.
Merayu mintak sistem tiket dibuka demi perjuangan balik kampung.
Mula-mula abang bangla hensem itu tak peduli kerana tiada siapa boleh mengurus kaunter minyak.
Mungkin kerana saya guna ayat power,
Dia sudah tergoda dengan pujuk rayuan.

Berbekalkan payung di tangan,
Dia ajak saya ke kabin belakang.
Bersama,beriringan,berpayungan.

Kalaulah dia Shah Rukh Khan,
Sayalah bakal datinnya.
Kalau dia Amitach Bachan,
Saya laksana orang kerdil di sebelahnya.
Mujur dia bukan.

Akhirnya tiket sudah di tangan.
Misi selesai.
Balik kampung...ohooo..balik kampung..
Hati riang...
:D

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Hari Raya

Hari raya.
Tiada gambar.
Yang ada kuih-muih,
Rendang,
Lemang.
Yang semuanya dah masuk dalam perut.
Maka tiada gambar.
Melainkan kalau dr-dr sudi mengimbas perut saya,
Sebagai bahan bukti saya berjaya menambahkan berat badan selepas berpuasa.
Tapi sudah terlambat.
Kerana semuanya sudah menjadi bahan kumbahan.

Bajet raya terhad.
Lebihnya pada kereta yang sudi membuat perangai di kala hampir musim perayaan.
Sudahnya,
Selepas balik kampung,
Melepak di rumah lebih tenang untuk mengelakkan semakin banyak kerugian yang ditanggung yang boleh menyebabkan saya diistiharkan muflis.

Tapi saya gembira.
Setiap kali hari raya,
Saya memang sentiasa gembira.

Selamat Hari Raya.

Monday, October 13, 2008

Menjelang Hari Raya

Raya dah masuk 14 Syawal,
Saya baru mau cerita pasal raya.
Taknaklah,
Nak cerita pasal menjelang balik kg dulu.

Biar lambat asal selamat.

Balik kg hari Sabtu,27/9/08.
Merayap dulu di Jalan TAR bersama bulan.
Oh, bulan muncul siang hari.
Ajaib sungguh.

Selalunya saya selesa bersandal nipis yang selalu dikata bulan kasut buruk.
Tapi saya suka.
Biar buruk asal selesa.
Tapi kerana tidak mau nampak si Bulan terlalu tinggi,
Saya memakai high heels.
Sepertinya saya lupa,
Berjalan di tempat sesak dengan lautan manusia,
Serta haruman semulajadi,
Sangat menyeksakan untuk pemakai kasut bertumit tinggi.

Baru sekerat jalan,
Saya mau berpatah balik.
Menukar sandal buruk saya supaya tiada keluh kesah.
Bulan enggan.
Kerana terlalu malas mau berpatah balik,
Dia sanggup membelikan sandal baru.
Kan bagus kalau selalu saya terlupa.
Sentiasa dapat kasut baru.
*wink..wink*

Cari sandal di Maju Junction Mall,
Bukannya mahal sangat.
Sepuluh ringgit untuk saya buat belasahan menghayun kaki di Jalan Tar.
Mula-mula seronok.
Beli tudung.
Keronsang.
Lama-lama penat.
Tempat duduk semua penuh.
Mau berpatah balik tempat parking,
Rasa macam awal sangat.
*Kami parking di tempat berbuka puasa*
Keputusan diambil,
Pergi KLCC naik LRT.
Tujuannya,
Hanya mau duduk.
Gilakan.
Melepak di Kino Kuniya.
Sempatlah saya menghabis bacaan penuh riwayat P.Ramlee.
Selepas ini,
Mau tau pasal P.Ramlee,
Sila tanya saya.
:D..

Sudah buntu dan juga penat,
Kami melepak di tempat duduk yang ramai orang duduk.
Sempat tidur dalam 1 jam.
Saya buat KLCC macam rumah sewa.
Nyaman sungguh.

Hilang-hilang penat,
Tunaikan yang wajib,
Beredar dari KLCC.
Destinasi : Jalan TAR lagi.
Satu pusingan untuk cari tudung lain.
Tudung yang dipesan oleh mak saudara di Ipoh.
Dah jumpa,
Cepat-cepat beredar ke tempat berbuka puasa.

Intai-intai menu.
Nyum-nyum.
Tapi yang lebihnya,
Penat yang amat.
Sebelum berbuka,
Ambil nasi,lauk-pauk,kuih-muih.
Yang paling penting, air penghilang dahaga.

Selepas azan berkumandang,
Ada kugiran mendendangkan lagu raya.
*Ye ke wak?* (Lupa)
Ada lucky draw.
Selalunya saya tak pernah bertuah jadi saya letakkan nama bulan untuk borang saya.
Nama bulan jugak untuk borang bulan.
Memang bertuahlah,
Dapat lagi Hi-Tea berdua.
Suka-suka.

Dalam pukul 9 malam,
Meredah malam,
Pulang ke kg bersama.
Saya hebat,
Saya tak tidur.
Selalunya saya tidur kalau orang lain memandu,
Tapi saya tak tidur.
Kagum dengan diri sendiri.
Ahakz..

Nanti-nanti cerita pasal raya pulak.
Satu-satu.
Perlahan-lahan.
:D..

Update
p/s: Terima Kasih awak atas semua0semuanya.. hiks...

Sunday, October 12, 2008

Tag Dari Alang - Kena Tag Time Bulan Poser..

First Name - Nur Azura Binti Alias (Tak Caya tengok dalam IC)

Nickname (s) - Zura, Azura, Angah, Juera, kriesz, Mama (Bila ar ada anak ni..huhuh..),Kecik

Birthday - 1st March 1982. (Senang ingatkan..*wink..wink*). Oh ye, yang masih ingat saya 18 tu, jangan le terpedaya dengan garisan halus di angka 8 ye.

Birthplace - Hospital. (Patut bersalin kat rumah tapi bidan risau degil sangat nak keluar, kena hantar spital)

Time of Birth - Kul 2 pagi ++. Kesiankan mak saya. Nak tidur pun tak leh.

Zodiac sign - Pisces. (Ikan-ikan yang berenang)

–This or That–

Flower or Chocolate - Chocolate. Biar sedap di perut, buruk dimata. Ahakzz..
Pepsi or Coke - Dedua boleh. Takde pilih-pilih.
Pop or Rock - Tengah tensen = POP (melankolik ok). Tengah happy = ROCK.
Relationship or One Night Stand - One Night Stand. (Okies, saya gurau)
School or Work - Skolah. Tak payah pikir masalah dunia.
Love or Money - Love. Dari love datang money. Nak memupuk hidup bersama. Hiks..
Movies or Music -Music. Saya kurang gemar menonton TV. Wayang pun hanya cerita tertentu.
Country or City - Country. Saya tak suka hiruk pikuk. * Saya tak suka duduk di KL*
Sunny days or Rainy days - Rainy Days. ( Suka bau tanah kena hujan. Tidur nyaman bila hujan. Bawak kereta tenang kalau hujan)
Friends or Family - Dedua Mau. Dedua penting.

Have you ever;

Lied - Pernah. (Kalau keadaan memerlukan tapi nanti dah tenang-tenang baru cerita yang benar)
Smoked - Pernah. (Saya tipu, anggapkan biskut panjang tu sebagai rokok)
Broke someone’s heart - Pernah. Semoga dia maafkan saya.
Had your heart broken - Pernah. tapi sudah maapkan. Hiks..Neutral.
Wish you were a prince/princess - Pernah. (Saya suka berangan)
Liked someone who was taken - Pernah. Artis-artis yang saya minati.
Shaved your head - Tak pernah. Takut pisau cukur. Ngilu.
Been in love - Pernah dan Masih.
Used chopsticks - Pernah. Tapi haram satu tak masuk dalam mulut.
Sang in the mirror to yourself - Tak pernah. Tergedik-gedik ada. (Saya suka berangan. Off Topic)

–Favorites–

Flower - Haish, kan dah cakap, tak suka munga. Tapi cakap gak ar, kot ada orang nak bagi munga. Suka munga palsu. Munga pelik-pelik.
Candy - Hacks.
Scent - Memacam, bergantung pada jumlah duit di tangan. Kalau dah sengket sangat n abih time tu, CNI pun jadi.
Color - Biru. Tapi sekarang dah mula suka hijau. Hiks..
Musical Instrument - Piano n Gitar. Tapi dedua tak reti main. Hiks..
Movie - Remp-It. Okies saya tipu lagi. CINTA n Gol n Gincu. (Sokonglah produk tempatan)
Actor/Actress - Ekin Cheng/Sammy Cheng
Junk food - Tak suka. Mak marah.
Animal - Kucing.
Ever cried over someone - Pernah. Ana jadi mangsa dengar luahan perasaan. Hiks..
Is there anything you wish you could change about yourself - Manyak sangat. Sifat dalaman ye.
Do you think you’re attractive - Rasa macam tak. Saya pemalu dan pendiam. Enuff.
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Sleeping beauty. Cantik sentiasa walaupun tidur. Hakhakhak..
Do you play any sports - Bola Jaring, Bola Baling, Rounders, Galah Panjang, Lumba Lari, Lompat Jauh, Badminton, Squash. *Nampak mcm atlit tak? Tapi nape badan makin menembam ek.

–List (8) random facts about yourself –

Dah pernah buat tapi letak gak ar. Ada yang tambah dari dulu, ada yang maintain.

1) Saya tak suka telur. Sebarang bentuk yang namanya bermula dari telur. Seumur hidup, hanya 2 kali memecahkan telur.

i) Masa abah kat spital n mak nak telur, terpaksa gorengkan walaupun pecah dengan tangan menggeletar.
ii) Masa testing nak buat kek milo. Harus lagi menggeletar sebab 3 biji nak kena pecah.

2) Tak suka durian. Walaupun aiskrim durian ataupun roti durian.

3) Suka membaca hatta no plat kereta kalau dah buhsan sangat time drive.

4) Bila saya rasa kurang keberanian untuk lalu di tempat himpunan ramai lelaki, Saya akan pura-pura bercakap di telefon walaupun sebenarnya telefon tiada incoming mahupun outging call. (Saya pemalu)

5) Bila saya marah, tensen, happy sangat, saya akan menenangkan diri dengan makan aiskrim drumstick perisa coklat dari Nestle.

6) Saya suka senyum. Tapi napa kawan office cakap saya sangat serius bila membuat kerja. Konpius. Hiks..

7) Masih tidak tahu apa kerjaya pilihan. Cita-cita dari kecil, bahagian pendidikan. Bila dewasa, masuk dunia computer. Teruja dengan computer. Kerja dengan computer. Tapi sekarang makin buhsan dengan computer. Mungkin surirumah yang paling sesuai. Hakhakhak..

8) Berkeinginan membuat kebajikan. Mahu join kerja amal kebajikan tapi masih tercari-cari bagaimana mahu terjun dunia kebajikan. (Mungkin saya mahu menetapkan apa yang saya suka sebenarnya). Cuba mencuba.

Thursday, October 09, 2008

Entry Pemanas

Saya sibuk.
Itu alasan basi.
Tapi memang saya sibuk.
Sangat sibuk atau sibuk sangat.

Tamat masa kerja.
Harus bahagi masa.
Dengan bulan, dengan email, dengan berjalan di blog-blog.

YM invisible.
Sebab mau kosentret berjalan-jalan blog ke blog.

Jam 11.00,
Saya sudah mau tidur.
Makanya,
Berblog ditangguhkan besok.

Itu alasan kenapa penuh sawang di sini.
Sudah dibilang,
Saya bukan orang yang pandai membahagikan masa.
Terlebih sana,
Terkurang sini.

Jumpa lagi besok.
Kalau berkesempatan.
Mungkin ini entry pemanas.
Sebelum "Phoenix Bangkit".

p/s:
Dulu saya hand over kerja pada bos lama.
Suka.
Sekarang saya take over kerja pada teman yang sudah berhenti.
Duka.

Wednesday, September 24, 2008

Salam Lebaran

Saya dalam proses :-

Hembus nafas.
Tarik nafas.
Hembus nafas.
Tarik nafas.

Kalau ada blog yang ditinggal komen.
Ada yang tidak.
Itu bukan tanda pilih kasih.
Itu tanda masa saya tersekat-sekat.

Bila free,
Saya melangkah.
Bila sibuk,
Berhenti.

Berhenti bukan kejap.
Lama-lama sikit.
Kadang-kadang jadi bukit.
Tapi saya takmau tutup blog.
Jadi maafkan saya jika ada sawang yang tak sempat nak bersih.

Bila nafas sudah teratur,
Saya gerak kembali aktiviti.
Untuk ucapan selamat hari raya yang dikirim,
Melalui pejabat pos,
Friendster,
SMS,
Blog,

Terima Kasih Daun Keladi.
Ada Masa saya cuba send kembali.
Kalau tidak,
Ucapannya disini,

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Dan Batin.

Untuk kata-kata tak terjangkau dek akal,
Untuk janji-janji yang belum tertunai,
Untuk segala segi yang terjangkit di hati,
Ribuan ampun dipohoni,
Semoga Ramadhan bertaut dihati,
Syawal menjadi hari yang diberkati.

Salam Lebaran.

Wednesday, September 17, 2008

Selamat Menyambut Hari Penurunan Al-Quran

Semalam tidur awal.
Pagi ni liat mau bangun.
Kelmarin tidur lewat.
Semalam, senang mau bangun.

Ajaib sungguh.

Bagi saya ajaib la.
Bagi orang lain,
Orang lain la punya pendapat.

Saya tetap rasa ajaib.

Dan lagi ajaib,
Keluar lambat pagi ini,
Sampai awal "gilerk" di opis.
Jalan clear.
Tiada jem.
Tiada kerunsingan diri,
Atau caci maki di dalam hati.

Untuk orang bekerja di Selangor,
Cuti-cutilah selalu ye.
Saya happy anda cuti. (Read:Dengki)


Selamat Menyambut Hari Nuzul Quran.

Tuesday, September 16, 2008

Kereta Ganti Peruntukan Raya Yang Lebur

Musim perayaan,
Selalu orang gantikan dengan langsir baru.
Perabot baru.
Baju baru.
Kuih baru.
Kasut baru.

Saya,
Gantikan dengan alatan kereta baru.
Yang sungguh mendebarkan jiwa rasa.
Demi memastikan kereta selamat dibawa pulang ke kampung.

Tapi.
Masih ada saki-baki sakit yang tertinggal.
Harus bertemu kembali dengan tok pawang.

Apa gerangan,
Sakit yang tiada tiba-tiba ada.
Sungguh penasaran.

Monday, September 15, 2008

Saya dan Pemanis Muka

Minggu lepas,
Saya balik ke Ipoh lagi.
See, saya memang menolong pengusaha bas mengkayakan kampeni memasing.

Saya turun dari ERL.
Ada makcik yang saya pikir kakak berjalan di depan saya.
Saya mau bergegas ke stesen LRT untuk mengambil LRT ke plaza rakyat.
Kakak aka makcik itu berjalan terlalu lemah lembut.
Atau saya yang melangkah besar?

Sampai di stesen,
Melepaskan lelah sambil minum air Mcd.
Oh, adegan ini berlaku sewaktu azan maghrib sudah berlalu ye.

Makcik yang saya pikir kakak duduk di sebelah saya.
Agaknya saya ini ada pemanis muka.
*ayat tak boleh blah* hahahah..
Dia tegur-tegur.
Lantas dia ajak sembang.
Dan kepantangan saya adalah,
Jika sedang buhsan,
Ada yang mengajak bersembang,
Tiba-tiba,
Secara drastiknya saya akan menjadi seperti menantu idaman makcik-makcik.
Ramah tamah bersembang seperti sudah kenal lama.
Padahal,
Hakikatnya,
Saya masih gadis pendiam,berbudi bahasa.

Makcik itu sama-sama mau pergi ke Plaza Rakyat.
Dia ragu-ragu kerana sebelum ini ada sang anak menemani selalu.
Saya selaku manusia bertanggungjawab,
Cuba menjadi penunjuk arah tak bertauliah.

Masuk dalam LRT,
Kelihatan tiada tempat duduk yang kosong.
Saya jumpa tempat berdiri yang selesa.
Yang boleh saya sandar sambil tunjuk gaya macho.

Saya beri ruang pada makcik untuk bersandar sama.
Sembang-sembang lagi.
Tanya itu.
Tanya ini.

Sampai stesen BTR,
Ada tempat kosong berdekatan.
Saya suruh makcik duduk di situ.
Kerana saya lebih selesa berdiri.
Makcik menggelengkan kepala.
Dia mau berdiri bersama dengan saya.
Mungkin makcik baru tau,
Berdiri di dalam LRT sambil mendengar walkman itu macho.

Sampai Plaza Rakyat,
Makcik teruskan bersembang.
Tapi saya tidak boleh meneruskan lagi penyembangan.
Tandas sudah melambai-lambai.
Saya mintak izin mau menunaikan hajat sebentar.
Mungkin makcik kecewa tidak dapat meneruskan sesi suai kenal.
Tapi saya lebih kecewa kalau saya tidak sempat ke toilet.

Bila sudah selesai semuanya,
Pergi semula ke arah makcik.
Tapi bas saya sudah tiba.
Saya terpaksa beredar dulu.
Bersalam-salaman dengan makcik.
Ada masa kita jumpa lagi.
(Entah bila le tu..)

Tapi kesimpulannya yang saya dapat di sini,
Mereka yang sudah tua rajin menegur saya.

i)Samada saya ada pemanis muka?
ii)Atau saya seperti orang tua?

Saya lebih suka yang no. (i).
Sila jangan bangkang.

p/s:
makcik tu cakap saya student.
Dan sampai sekarang saya termimpi-mimpi memakai beg sekolah,
Naik basikal macam errot pajirot n awie graseka.
:D

Thursday, September 11, 2008

Malas

Malas.

Saya ada perasaan malas sekarang.
Malas mahu online.
Bila YM di malam hari,
Saya sepikan diri dengan status "invisible".

Malas.

Maaf kawan-kawan.
Saya masih malas mau meninggalkan jejak di blog masing-masing.
Tapi saya masih pengunjung yang setia.
Tunggu saya basuh tapak kaki saya bersih-bersih.
Baru boleh jejak kaki rumah orang.

Malas.

Rupanya saya masih belum berhijrah.
Dari sifat malas kepada rajin.
Malas itu masih tertinggal.
Untuk perkara tertentu.
Dan yang paling ketara sekarang,
Malas mahu online.

Malas.

Saya begitu malas mahu mengadap komputer.
Mungkin sudah terlalu muak.
Dari 2000 hinggalah sekarang,
Hidup saya banyaknya di depan komputer.
Jadi malas itu makin menebal.
Bila saya memandang komputer.
Walaupun kerjaya saya menuntut,
Saya memandang komputer hingga tembus.

Malas.

Arghhhhh..
Malas..malas...malas...
Tapi saya masih rajin untuk update blog.
*wink..wink*
Sekurang-kurangnya masih ada rajin yang tertinggal.
:D

Monday, September 08, 2008

Kebaikan Hijrah

Entry ini tidak sesuai untuk mereka yang berumur 17 tahun ke bawah.
Entry ini tidak sesuai untuk mereka yang :-

1) Sedang belajar di mana-mana institut pengajian di Malaysia.
2) Sedang menunggu peluang pekerjaan.
3) Baru masuk dalam dunia kerjaya.

Saya sudah beri amaran.
Terpulang mahu ikut atau tidak.
Seperti iklan rokok.
"Merokok membahayakan kesihatan"
Berapa ramai yang hisap rokok mau amik peduli.
Jadi saya tidak peduli,
Mau ikut atau tidak larangan saya.
Yang penting amaran sudah diletakkan.
*Begitulah agaknya kata hati pengusaha rokok di Malaysia"
:D

Bermulalah kisah.
Bukan kisah.
Luahan hati.
Perasaan terpendam.

Dulu,
Company lama.
Selepas solat zuhur,
Saya akan meluangkan masa dalam 15 minit untuk tidur di surau.
Kadang-kadang terlajak jadi 30 minit.
*Situasi ini terjadi jika saya memang tiada kerja*
Tidur dengan aman.
Beralaskan sejadah yang empuk.

Kalau bulan puasa,
Surau penuh dengan mereka yang sedang bertafakur di lantai surau.
Dengan mata terpejam.
Juga beralaskan sejadah di kepala.
Harus bergegas ke surau untuk merebut tempat yang selesa.

Sekarang,
Di pejabat baru.
Surau sebelah office.
Nyaman beraircond.
Saya cuba juga untuk meluangkan masa seberapa ketika.
Tapi hanya seketika.
Suhu yang melampau sejuk buat saya lebih rela duduk di office.

Surau memang menjadi tempat solat.
Bukan lagi tempat rehat sementara.
Dengan kerja yang tak pernah tak ada.
Makanya aktiviti saya dahulu sudah terhenti.

Moralnya:
Mungkin hijrah membantu bukan saja membuka minda, menambah pengetahuan malah membantu menjadi pekerja berdedikasi.
:D

Tuesday, September 02, 2008

Kereta Meragam

Patutnya entry ini sebelum entry puasa.
Tapi kerana mau mengucapkan selamat berpuasa dahulu kepada rakan-rakan,
Saya dulukan yang mana dulu.

Masih berkisar tentang tempat kerja.

Saya bergegas keluar dari ofis untuk mengambil anak sedara di nursery.
Punyalah jalan macam lipas kudung.
Tiket parking sudah dibayar.
Saya menghidupkan enjin kereta.

Pusing,pusing,
Tidak berfungsi.
Pusing,pusing,
Dia masih buat bodoh.
Ah,sudah kereta ni.

Saya telefon Pusat Khidmat Persendirian.
Untuk pertanyaan kenapa kereta saya dingin pada tuannya.
Dia bilang, mungkin saya lupa menutup lampu,
Lantas bateri sudah kong.
Saya agak terperasan, sebelum menghidupkan enjin,
Saya ada menggagau sudut lampu.
Dengan pantas membalikkan ke normal.
Tapi saya pikir itu hanya ilusi.
Lebih kurang macam in denial saya dikategorikan manusia cuai.
Kepala sudah pusing bagaimana mau meminta bantuan.

Bila panik,
Saya jadi hilang malu walaupun kelihatannya saya ini pemalu orangnya.
*Sape lagi nak puji diri sendirikan* hikss..
Saya mintak tolong cina hensem tolong tolakkan kereta saya.
Sambil saya menghidupkan suis kereta.
Sebenar-sebenarnya,
Saya tiada pengalaman dari sudut tolakkan kereta ini.
Saya menggunakan gear 1.
Dia cuba menolak.
Tapi tidak berjaya.
Lantas dia suruh saya masukkan 'free gear',
Supaya senang dia menolak.
Hasilnya, nan ado.

Akhirnya,
Dia menyerah.
Letakkan kereta saya di tepi pondok guard.
Sekali lagi,
Tanpa malu,
Saya bertanya pada guard bertugas.
Tentang kondisi kereta saya.
Mana tau, dia ada jumper yang boleh memberikan tenaga kembali kepada kereta saya.

Rupanya sudah lama dia lihat lampu kereta saya terpasang.
Mahu dihubungi tapi tidak tau bagaimana mau menghubungi.
Dia sudah bersedia.
Dengan situasi kereta bateri kong.

Hasil bantuan guard-guard bertugas,
Kereta saya berjaya dihidupkan.
Mujurlah selama ini saya tidak pernah menjeling mereka bila mereka mengusik di jalanan.
Saya hanya tersenyum kerana mereka hanyalah taraf adik-adik pada saya.

Akhirnya,
Terima Kasih guard-guard kerana kereta saya berjaya dihidupkan.
Budimu ku kenang dengan membayar harga parking untuk jumlah yang agak besar selama sebulan dan berbulan-bulan.

~ SIGH ~

Monday, September 01, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa untuk semua.
Semoga kita menjalani ibadah dengan aman dan sentosa.
Hari ini,
Untuk hari pertama berpuasa,
Saya berbuka di dalam bas.
Oh, syahdunya.
Ditemani lauk dari kampung.

Sekali lagi,
Syahdunya gue...
hukkss..

Friday, August 22, 2008

Selamat Hari Persahabatan

Sepatutnya, 1/8/2008;
Saya mahu mengucapkan selamat hari persahabatan pada rakan-rakan.
Tapi kerana kesuntukan masa dan juga kelupaan saya pada entry yang terpendam,
Maka entry persahabatan ini telah terlewat.

Biar banyak mana entry tentang persahabatan telah saya letakkan,
Masih tidak cukup untuk saya menyatakan betapa saya menghargai mereka di sekeliling saya.
Untuk kali ini,
Entry ini mungkin entry yang terpanjang.
Dedikasi untuk rakan-rakan rapat saya.
Walaupun ada yang sudah lama terputus hubungan.
Tapi mereka tetap dalam ingatan saya.

Sebelum sekolah:
Namanya Fitriah aka pi.
Jiran merangkap kawan naik bas bersamaan kawan sekolah hingga menengah sama dengan kawan sepermainan merangkumi kawan sepergaduhan.
Dengan beliau terlalu banyak kenangan.
Kerana kami membesar bersama-sama.

Merasa sepakan kaki saya semasa tidur.
Sama-sama menyanyi di atas pentas buatan sendiri aka katil.
Sampai sekarang masih berhubung.
Tidaklah rapat seperti dahulu kerana masing-masing dengan dunia sendiri.
Tapi tetap tahu perkembangan terkini.
Dan beliau sudah berumahtangga, melahirkan anak seorang.
Saya masih berseorangan,bermain dengan lotter kucing saya.

Tadika:
Saya ingat-ingat lupa namanya.
Yang saya ingat beliau dipanggil Ayu.
Hitam manis tapi comel.
Sentiasa mendandan rambut dengan kemas.
Ke mana pergi sentiasa bersama.
Hatta ke tandas sekalipun.
*Kes takut pergi sensorang* hikss..
Kami sentiasa berjanji baju apa mahu dipakai ke sekolah.
Jika baju kurung,
Bersama-sama memakai baju kurung.
Jika skirt,Bersama-sama memakai skirt.
Jika bertudung,Maka hari itu, kami berdua akan bertudung.
Habis tadika.Terus terputus hubungan.
Kalaulah sekarang saya jumpa kembali.
Kalau mukanya tidak berubah.
Saya masih boleh cam.
Kerana saya suka penampilan beliau yang kemas.

Sekolah Rendah:
Syiza Liyanna.
Walaupun hanya sekejap kami bersama.
Tapi kenangan itu tetap ada.
Dia pindah ke KL sewaktu kami mahu memasuki tahun 4.
Saya menjadi pemurung.
Sering sakit di waktu sekolah. *Haish, malu ah.*
Dengan kawan-kawan yang baru kerana pertukaran kelas.
Yang lebihnya, saya terasa akibat kehilangan beliau secara tiba-tiba.
Kerana asalnya, kami berdua mendapat kelas yang sama.
Dan mahu duduk bersama.

Orang kata, patah tumbuh hilang berganti.
Saya mula berkawan dengan Shazatul Akmaliah.
Baik hati dan tulus mulus.
Mungkin tubuh badan yang kecil membuatkan tangki perut juga kecil.
Tapi kerana beliau kawan saya.
Kerana mahu makan bersama-sama.
Sanggup membelikan nasi lemak atau mee untuk saya padahal saya hanya mau makan kacang kecik 20 sen.
Itu yang saya tidak boleh lupa.
Dan akhirnya,Kami duduk sebelah menyebelah.
Sering bersama-sama.
Ada masa bergaduh.
Ada masa gelak bersama.
Terputus hubungan selepas saya masuk UKM.
Kerana saya tidak pandai membahagikan masa antara tugas dan rakan.
Dan juga menjadi semakin malas mau membalas surat,
Dek kekangan masa. * Saya bukan pengurus masa yang baik.*
Tetaapi saya sentiasa mengetahui perkembangannya.
Terima kasih teknologi.
Walaupun dari jarak jauh.

Sekolah menengah:
Permulaan di asrama.
Dikelilingi perempuan yang ramai.
Kerana lingkaran saya sebelum ini dikelilingi lelaki.
*Adik-beradik dan sepupu-sepapat*

Mula membentuk kumpulan.
Ikin,adik,Pi, Nad dan Ina.
Ke mana pergi berjanji bersama.
Ada duka ada suka.
Tapi kami tetap utuh sehingga tingkatan 3.
Masuk tingkatan 4,Masing-masing membawa haluan.
Tinggallah saya bersama adik dan Ikin di sekolah yang sama.
Adik dan saya masih rapat kerana kami sebilik dan sekatil.
Bersama Along,Udeng,Ateh,Tam,Cho.
Kerana sebilik,tautannya lebih erat.
Makan bersama.Tidur sebantal.
Mandi dalam kolah yang sama.
Terlalu banyak kenangan.
Sukar mau diceritakan di sini.

Berada di kelas kemuncak. *Sebab yang atas sekali*
Bertemu dengan Along,Ateh,Ude,Acu Ayang, Alang dan Kakcik.
Berombongan ke dewan makan bersama-sama.
Hingga sekarang,
kami masih berhubungan antara satu sama lain.
Walaupun ada yang sudah menjadi mama.
Tapi hubungan itu tetap ada.

(Kenangan bersama rakan di sekolah menengah terlalu banyak, maka saya pendekkan entry kerana pernah bercerita perkara yang sama di sini)

Matrikulasi:
Walaupun hanya setahun,
Tapi ada jalinan rapat disitu bersama Opah,Onyang,Cik N,Stepmom n Cik wok.
Kenduri di malam hari.
Skodeng bersama-sama. *Eheheh..*
Masing-masing membawa haluan setelah habis belajar.
Tapi masih berhubung hingga sekarang.
Kecuali Cik wok.
Maaf cik Wok, tak sempat ko nak jadi kakak ipar aku.
Abang aku dah kahwin. :D

UKM:
Ini terlalu ramai yang rapat.
Perempuan-perempuan di dalam kelas.
Yang sebaya dengan saya.
Berasal dari matrikulasi.
Semuanya adalah teman rapat kecuali Cik F.*Hahaha..suen,adah,kuza n zidot..korang leh cam tak sapa cik F?*
Semuanya ada kenangan bersama.
Semuanya dalam ingatan.
Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri.

Dalam banyak-banyak,
Tentu ada yang paling rapat.
Azhana Abdullah yang bakal menjadi seorang guru.
Selalu merancang cuti bersama.
Selalu berjalan bersama-sama.
Dan saya akan mengganggu kehidupannya jika dilanda masalah yang rumit.
Walaupun dia berada nun di utara.
Saya masih boleh menelefonnya jika saya ada masalah yang terlalu berat untuk dipikul.
Oh, ada seorang lagi yang saya rapat selepas UKM.
Cik Surli yang juga ketenangannya akan saya ganggu jika masalah sudah terbeban.
Kesian dia mendengar cerita-ceriti dari saya. Hikss..

Kawan saya ramainya perempuan kerana saya perempuan.
Tapi ada seorang yang berlainan jantina menjadi teman rapat saya.
Katalah apa saja.
Gossiplah apa saja.
Kami hanya teman.
Tidak lebih dari itu.
Kadang-kadang,
Bertanya pendapat dengan mereka yang berlainan jantina membantu saya membuka fikiran dengan lebih luas.
Ikhwan Ramadhan,
Walaupun kadang-kadang bergaduh,
Kadang-kadang bertengkar,
Kita tetap kawankan. :D

Untuk mereka-mereka yang bergelar kawan,
Sahabat,
Dan rakan,S
elamat Hari Persahabatan.
Walaupun ada yang namanya tak disebutkan di sini,
Anda tetap sahabat saya.
Kawan-kawan blogger juga menjadi rakan rapat saya.
Kerana kita belajar memahami antara satu sama lain.
Berdasarkan entry.
Jika ada yang menutup blog.
Jangan jadikan itu alasan untuk terus memberhentikan hubungan maya kita.
Buat akhirnya sekali lagi,

Selamat Hari Persahabatan.

p/s:entry ini sudah tunggang langgang ayatnya kerana dibuat semasa sedang bekerja. Heheheh..

Thursday, August 14, 2008

Sakit Jiwa = Jammed ?

Bila jammed, saya jadi sakit hati.
Bila sakit hati, saya jadi cepat marah.
Bila cepat marah, sila jangan provok saya.
Bila anda memprovok, akan timbul perkataan yang nadanya agak tinggi di situ.
Anda kecil hati.
Saya juga.
Kerana menahan sebal di hati.

Aduh, saya terkena penyakit jiwa.
Dari artikel yang saya baca.
Rata-rata rakyat Malaysia dikesan mempunyai masalah sakit jiwa.
Salah satu punca besar, adalah kerana jammed di jalan raya.
Saya harus cari jalannya.
Dengan menelefon orang yang sudi bercakap dengan saya.
Tanpa provokasi.
Cuma hiburan semata-mata.

Dengan ada gelak tawa.
Pasti sakit jiwa hilang.
Walaupun di lautan kereta. :D
Oh, saya memang suka gelak.
Dan juga senyum.

Senyum atau sengeh?
Ah, dedua pun boleh.
Saya yakin dua perkara ini.
Kerana baru masuk kerja sudah ada yang menegur perilaku saya.
Malu i taww...hikss..
Dan satu lagi.

Lagi besar sistem perlu dikendali.
Lagi ramai orang yang kita akan kenali.
Lagi banyak kesabaran yang kita perlu hadapi.
Yang penting perlu jati diri.
Dan keimanan hakiki.
Susahnya menjadi perempuan sejati.
*tolong jangan muntah darah bila dengar "word" sejati* (Amaran Keras)

Tuesday, August 12, 2008

Salah Pejabat dan Award

Semalam salah lift.
Hari ini salah pejabat.

Ceritanya:
Berjalan mencari tempat makan.
Tempat yang biasa dibeli makanan tutup semenjak semalam.
Berpusing bangunan.
Naik bangunan.
Akhirnya jumpa nasi ayam di tepi jalan.
Fuh, selamat duit.
Hampir-hampir mau pergi ke Fast Food lagi.
Jika semuanya tiada makanan yang sesuai.

Pulang ke pejabat semula.
Buat-buat pandai.
Walaupun berjalan beramai-ramai,
Tapi kerana saya suka melangkah dengan laju,
Maka saya dihadapan bersama seorang lagi rakan.

Ada satu tangga yang boleh belok ke kiri atau kanan.
Kerana selalunya belok ke kanan.
Maka dengan slumber saya belok ke kanan.

Rakan menarik tangan saya dari belakang.
Jalan sebenar ialah membelok ke arah kiri.
Walaupun sudah seminggu di sini.
Saya masih lupa kedudukan pejabat.
Haruskah saya membeli peta di pejabat.
Supaya tiada kes saya sesat di dalam Giant yang berhampiran pejabat.
Tapi sampai sekarang saya tidak nampak kedudukan Giant.
Walaupun rakan sekerja bilang Giant berhampiran dengan pejabat.

Ah,sebulan nanti biasa le kan.
Alah bisa tegal biasa. *peribahasa yang dihentam keromo(taktau betul ke tak), jangan marah Nik Safiah*


Ini award dari adik yonna.


Tapi sekarang saya sudah rajin update.
Cuma adik yonna saja belum tengok kerajinan saya mengupdate entry. Hiks..
Apa-apa pun, terima kasih dik atas tanda ingatan.




Ini award dari ayang.
Tidaklah sekreatif mana saya.
Tapi ucapan terima kasih atas ingatan.
*Lepas ni boleh bagi award berupa barang makanan atau percutian ke bukit merah pulak, ayang*..hikss..

Pokcik, award untuk kenny rogers takde ke? *wink..wink*

Monday, August 11, 2008

Tersalah Masuk Lif

Saya bergegas di pagi hari untuk menaiki lif.
Tidaklah berlari-lari anak
Kerana untuk permulaan kerja baru,
Saya datang begitu awal.
Awal setengah jam.
Hihihi..

Berbeza dengan company lama.
Walaupun masih baru.
Saya datang 2 minit awal.
Kalau 5 minit awal,
Sudah terasa bangga.
Ada perbezaan tak di situ?

Sambung dengan menaiki lif.
Lif di hujung belah kanan sekali terbuka.
Saya bergegas masuk.
Bertembung dengan PA head department saya.
Melemparkan ucapan pagi dengan senyuman yang manis.
Dia keluar dari perut lif.
Pada agakan saya mau pergi sarapan.

Saya masuk di dalam lif berseorangan.
Saya mau tekan butang no. 2.
Tapi yang ada hanya butang 1 yang paling tinggi.
Yang lain semuanya pergi ke bahagian parking di bawah bangunan.
Saya keluar kembali dari lif.

Saya nampak kelibat PA itu bersama beberapa yang lain masuk lif di kiri sekali.
Walaupun saya sempat untuk mengejar pintu lif yang masih terbuka.
Tapi saya ada perasaan malu kerana tersalah masuk lif.
Saya mendiamkan diri dahulu di dalam lif.
Agak-agak mereka sudah tiada,
Baru saya keluar dan menekan butang lif untuk naik ke atas.
Selepas ini,
Pelajaran baru yang saya dapat,
Lif di kanan sekali adalah lif untuk ke bahagian parking di bawah.
Jangan sesekali masuk lif itu jika mahu masuk ke dalam opis.
:D

Saturday, August 09, 2008

Selamat pengantin Baru Adah

Kawan saya berkahwin besok.
Mungkin bernikah malam ni.
Lansungnya di Melaka.

"Selamat Pengantin Baru Adah. Maaf, aku tak dapat datang. Ada hal kecemasan yang tak dapat di elakkan. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Nanti nak dapat baby cakap tau..*wink..wink.."


Adah yang pegang cawan sambil ade beg terselit kt tangan.
(ni je gambor ko yg aku ade..hiihi)

p/s:kuza..turn ko x lame lg..hehehehe

Thursday, August 07, 2008

Selamat Ulang Tahun Ke 29

Saya ada banyak entry terhutang.
Saya mau letak pantun ini.

Pisang Emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang entry dibawa mati.

Tapi yang ini saya tidak boleh berhutang.
Sudahlah hadiah di tunda ke tarikh yang sesuai.
Entry ucapan khas untuk birthday pun tiada.
Belum masuk politik sudah begini.
Kalau jadi orang politik,
Mungkin mata hanya melihat jam tangan.

Entry ini khas untuk "kawan" saya.
Sempena birthdaynya yang ke 29. *Tua dah*
28/7/1979-28/7/2008.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran.

Selamat menjadi warga tua.
Semoga semuanya sukses.
Semoga hati bisa tenang selalu.
Semoga semuanya selamat-selamat.
Tapi tolong,
No more Scream Park.
Lepas ni, Wildlife Park pulak. *kenyit mata*
(Hanya bisa difahami bagi yang memahami) :D

Kekangan masa,
Cukup gambar yang berkata.







Sempena cukup umur menjadi orang dewasa yang hampir tua.
Kerana kelewatan saya membuat ucapan khas.
Maka saya letakkan gambar tuan punya birthday sebagai tanda ralatnya saya.

p/s: untuk mesej-mesej dan komen-komen, saya akan balas. Jangan risau mau tinggalkan jejak. Saya akan membalas bila sudah lapang nanti. :D

Kerja Baru

Hidup saya agak serabut sekarang.
Keluar 7.00 pg,
Sampai rumah 6.50 ptg.
Melepaskan lelah di rumah.
Makan.
Online utk blog walking.
Dan bersiap-siap untuk tidur.

Tiada lagi blog walking di office.
Tiada YM. *Kadang-kadang boleh muncul kot..hihihi*
Tiada entry dari office.
Semua aktiviti maya hanya di rumah.

Di pejabat hanya masa untuk bekerja.
Kerana banyak benda yang saya perlu belajar.
Dan refresh yang mana saya telah tinggal.

Walaupun sibuk,
Tapi saya suka.
Kembali pada SQL dan Visual Basic.
Belajar Oracle dan Crystal Report yang memang saya idam-idam dari dulu.

Dari Windows ke Mac.
Dan kembali pada Windows.
Saya suka.
Mac pun saya suka.
Kalau untuk personal,
Saya berharap,
Sudilah kiranya orang yang meminang saya,
Memberi macbook sebagai salah satu dari barang hantaran. *wink..wink*.

Kenapa saya rasa entry tidak tersusun.
Mungkin otak masih beku untuk berfikir cara bercerita yang menarik.
Anggap sajalah paham ek.
Tak paham,buat-buat paham. Hikss..

Kesimpulannya;

Saya sudah bertukar tempat kerja.
Dari Cheras-Kajang ke ?.
Dari tempat lapang ke tempat sesak.
Dari lapang nafas ke sesak dada. (jem pepagi).
Walau macam mana pun,
Saya tetap teruja mau pergi kerja.
Hanya bila sesak di waktu pagi sahaja buat saya rasa mahu berpatah balik ke opis lama.
Selainnya,
Saya gembira.
Alhamdulillah.

Thursday, July 17, 2008

Suka dan Duka

Orang kata,
Ada masa gembira.
Pasti ada terselit duka.

Jangan diriuh segala yang suka,
Takut-takut bila duka datang menimpa,
Dalam luka tak dapat di kira.

Walaupun ada kisah suka,
Pasti terselit duka.
Dan berbahagialah sekiranya yang datang kembali itu suka.
Tatanglah ia di biar jangan.

Yang pasti,
Setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.
Mungkin mengajar kita lebih percaya,
Yakin dan setia.
:D..

Tuesday, July 15, 2008

Unintended - Muse

Sekarang sangat sibuk.
Menyiapkan kerja-kerja terakhir.
Mau pergi berjalan-jalan ke blog kenkawan belum dilakukan lagi.
Cuma mau cerita tentang perasaan terbaru sebelum saya menyenyapkan diri semula.

Ini entri yang jiwang-jiwang.
Biasanya lebih senang letak di blog peribadi.
Tapi kerana empunya diri tidak dibenarkan melayari blog peribadi itu,
Maka saya letakkan di sini.
Biar dia tau saya menghargainya walaupun saya susah mau menunjukkan emosi terpendam. Hiks..

Saya sukakan lagu Unintended-Muse.
Saya pernah letak liriknya di sini suatu ketika dulu.

Bulan pandaiboleh bermain gitar.
Walaupun saya tidak pernah melihat secara live.
Cuma mendengar di corong telefon atau melalui VOIP.

Hari Sabtu yang lalu,
Saya buat permintaan.
Saya mau dia mainkan lagu Unintended.
Dia bilang dia tidak mahir.
Saya kira dia lupakan keinginan saya.

Hari Ahad pukul 3 pagi.
Saya terjaga dari tidur.
Cuba untuk telefon si Bulan.
Dia masih belum tidur.
Masih berjaga melihat chord *xtau betul ke tak eja* melodi,
Untuk lagu unintended.

Hari Ahad,
Pukul 2 petang,
Dia mainkan lagu itu,
Di corong telefon.
Dengan petikan gitar.

Terima Kasih kerana berusaha.
Sekarang saya letakkan mood lagu Unintended di sini.
Biar saya selalu ingat.
Ada orang berusaha memenuhi permintaan saya.
:D..

Liriknya:

You could be my unintended choice
to live my life extended
you could be the one i'll always love

you could be the one who listens
to my deepest inquisitions
you could be the one i'll always love

i'll be there as soon as i can
but i'm busy mending broken
pieces of the life i had before

first there was the one who challenged
all my dreams and all my balance
she could never be as good as you

you could be my unintended choice
to live my life extended
you should be the one i'll always love

i'll be there as soon as i can
but i'm busy mending broken
pieces of the life i had before

i'll be there as soon as i can
but i'm busy mending broken
pieces of the life i had before

before you