Saturday, April 28, 2007

What Kind Of Friend Are U?




You Are A Good Friend



You're always willing to listen

Or lend a shoulder to cry on

You're there through thick and thin

Many people consider you their "best friend"!

Your Birthdate

Your Birthdate: March 1

You don't just believe in love at first site - you've experienced it.
You develop crushes pretty easily, but keeping your interest is another matter!
You are very prone to love - hate relationships.

Number of True Loves You'll Have: 2

Number of Times You'll Have Your Heart Broken: 4

You are most compatible with people born on the 1st, 10th, 19th, and 28th of the month.

Are u Addicted To The Internet

You Are 68% Addicted to the Internet

In your opinion, life without the internet is hardly worth living.
Could be, but you probably need a bit more fresh air and sunshine to think clearly.

Do You Communicate Like A Man or A Woman

You Communicate Like a Man

When you communicate, you like to get to the point.
You're not afraid to say what's on your mind - and leave it at that.
Talking about your emotions drains you. You rather keep them to yourself.
You prefer solving problems to wallowing in your sorrows.

Wednesday, April 25, 2007

Assignment Minggu 3

Mashi bukan nama sebenar tiba-tiba menjadi pujaan ramai. Tidaklah dikatakan hensem tapi manis itu masih ada. Namanya meledak sejak dia menjadi juara bagi pertandingan Akademi La Buhsan. Di mana-mana nama Mashi disebut. Jika ramai yang meminati pasti ada juga yang membenci. Pokoknya, Mashi tidak pernah kisah jika ada yang membenci kerana Mashi tahu yang suka lebih ramai dari yang benci.

Setiap masa bagaikan emas bagi Mashi kerana setiap hari ada sahaja penaja yang menjemput beliau menjayakan persembahan. Mashi sekarang bukan Mashi dahulu yang hanya ada sebuah motor buruk tajaan bapak beliau. Mashi sekarang bergelar jutawan muda hasil dari persembahan-persembahan yang beliau jayakan.

Mashi berkira-kira mau menghadiahkan sesuatu kepada ibu bapanya sebagai bukti Mashi adalah anak yang tidak pernah lupakan ibu bapa. Dalam fikir punya fikir, Mashi terpijak tangga kayu rumah beliau yang sudah reput. Walaupun Mashi jatuh terjelupuk, Mashi masih boleh tersenyum kerana beliau sudah mendapat idea apa yang perlu dihadiahkan kepada ibu bapanya supaya orang ramai tidak mengecop beliau sebagai lupa diri. Beliau harus menggantikan tangga reput kepada tangga batu.Dengan ertikata yang lain, Mashi mau menghadiahkan rumah baru kepada ibu bapanya.

Masa berganti masa, pembinaan rumah Mashi sudah peringkat boleh diduduki. Mashi buntu kembali. Rumah sudah siap tapi hiasan bagaimana yang harus Mashi letakkan di dalam rumah kerana Mashi bukanlah orang seni walaupun terlibat dalam dunia seni.
Mashi berjalan-jalan disekitar kedai berhampiran rumahnya. Matanya tertancap pada papan tanda di atas kepalanya.



Mashi sudah tahu apa yang dia perlu lakukan. Tanpa berlengah, Mashi terus menghubungi nombor yang tertera. Hasil dari perbincangan, designer mendapat idea konsep apa yang sesuai untuk rumah baru Mashi.
Besoknya, designer menjenguk rumah baru Mashi sambil membawa konsep yang dikatakan sesuai itu.


Mashi tidak puas hati jika hanya ditunjukkan gambar. Mashi mau designer terangkan apa cerita disebalik hiasan yang dicadangkan. Designer tarik nafas panjang dengan hembusan 2 harkat.

Perlahan-lahan designer menerangkan,
Bekas merah yang diletakkan di atas meja itu adalah lambang betapa tuan rumah ini orangnya sangat beruntung kerana kepercayaan orang cina yang menganggap merah itu ada ong. Jadi disarankan di letak mengadap ke arah pintu supaya mata-mata yang memandang bekas merah itu terkena tempias ongnya. Disebalik ongnya bekas merah itu, designer menyarankan Mashi meletakkan biskut-biskut atau kuih-muih ke dalam bekas merah supaya ibu bapa Mashi tidak perlu bersusah payah menyediakan hidangan jika ada tetamu yang datang. Mashi juga jika sesekali pulang ke rumah boleh bersantai dengan duduk di sofa putih, menggerakkan sofa ke arah kolam sambil makan biskut di dalam bekas merah.

Meja kopi yang penuh tradisi melambangkan ketua rumah iaitu bapak Mashi sebagai orang tua yang sudah berumur tetapi dipandang respek oleh setiap ahli keluarga.Ia comel dan mudah diangkat jika ibu bapa Mashi mahu mengubahsuai hiasan rumah.

Untuk hiasan di sudut dinding rumah, designer sengaja mau letakkan hiasan itu di atas kabinet supaya tetamu yang datang boleh tahu, ibu bapa Mashi berasal dari Bali, Indonesia. Warna merah pada tanda arca bali itu sebagai tanda berani. Untuk sudut lukisan di dinding rumah, designer menyuruh Mashi mendengar peribahasa ini baik-baik;

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Jadi lukisan bewarna merah diabadikan sebagai tanda penghuni di dalam rumah Mashi semuanya berbudi orangnya. Boleh juga dikatakan sebagai tanda pengenalan seperti pelajar Akademi Fantasia yang membuat tagline sendiri.

Di bawah kabinet pula, hiasan diletakkan disitu bukan dengan saja-saja atau mau cantik. Jika dalam masa yang singkat, tetamu datang berkunjung kerana Mashi orang terkenal, bolehlah diletakkan bekas merah dibawah kabinet sebagai tempat abu rokok.

Disini designer menekankan konsep dalaman rumah baru Mashi semuanya 3 dalam 1 atau 2 dalam 1. Tidak semestinya syampu sahaja ada konsep sebegitu.

Mashi tersenyum puas dengan penerangan designer. Pintu rumah baru dibukak luas sebagai tanda hatinya yang sudah melebar untuk menerima konsep designer. Memang mashi beruntung berjumpa dengan designer nan satu ini. Dan juga warna merah memang warna idaman Mashi kerana disitu ada keberanian, kegagahan dan pekerti yang bagus.

Designer juga tersenyum puas kerana konsepnya dihargai oleh orang seperti Mashi. Inilah yang dikatakan tuah badan.

Ibu bapa Mashi juga puas hati dapat anak seperti Mashi. Tidak sia-sia mereka melapikkan kain merah semasa kelahiran Mashi kerana hanya kain itu sahaja yang sempat dicapai.

Pintu rumah baru ditutup. Aktiviti Mashi berjalan seperti biasa. Designer mula menjalankan kerja.

Nyatanya, semua fikiran sudah berbunga-bunga. Semoga semuanya berjalan lancar.

Minggu Ke- 3

ASSIGNMENT MINGGU KETIGA

"Sekeping gambar boleh mencerminkan seribu perkataan". BKS mengkehendaki setiap perserta untuk : -

1. Mengekprestasikan gambar hiasan dalaman (interior image) yang telah ditetapkan kepada setiap perserta, dalam bentuk cerita ataupun pengalaman sebenar tidak kurang dari 1000 perkataan. (INGAT bukan dalam script dialogue, pantun atau sajak!!)

2. SATU object MERAH yang ada di dalam gambar hiasan dalaman ini dikehendaki menjadi bahan utama dalam penulisan anda.

3. Gambar yang telah diberi MESTI ada di dalam blog anda bersama penulisan assignment anda.














Sungguh saya buntu. Apakah ini.
Maaf untuk pihak penganjur dan juri-juri juga pemerhati jika assignment sebelum ini seperti nyawa-nyawa ikan.
Saya dilanda kerja yang memerlukan pemerhatian yang jitu tapi tidak mahu juga dianggap kalah sebelum bertanding. Prinsip saya, sekali melangkah, saya memang tetap akan melangkah. (kadang-kadang boleh main 2-3 langkah)
Maka lahirlah hasil-hasil yang menampakkan seperti kedangkalan ilmu. (atau mungkin juga saya ini memang tidak boleh berfikir panjang)^_^.
Kali ini saya cuba buat dengan bersungguh-sungguh, (keje yg perlu pemerhatian jitu juga sudah begheh).=))..
Tapi sungguh lagi, saya tidak tau apakah ini? *SIGH*..

Gambatte Zura..:D..

Monday, April 23, 2007

Sorry, Busy Bee...semoga semua orang dalam kondisi yang stabil.

*SIGH*..

Friday, April 20, 2007

Blog

Bila ditanya kenapa saya suka berblog,
Saya bercerita dengan panjang lebar tapi hanya fakta tiada bukti.
Ini saya mau tunjukkan bukti, kenapa saya suka berblog.

Saya sekarang berada dalam kondisi tidak stabil.
Bukan kerja tetapi hati.
Hati saya sedang bergelodak.

Bila bergelodak,
saya tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja yang diberi.
Saya harus cari kembali mood itu.
Mungkin tidak profesional tetapi itulah saya.

Salah satu caranya,
Saya akan menulis.
Menulis dan menulis walaupun hanya lakaran nama.
Kadang-kadang saya melukis tetapi tidaklah sehebat seperti pelukis yang sudah pro.
Cuma orang lidi beserta pokok dan awan. ^_^

Tetapi kerana saya mahu menampakkan saya adalah salah seorang pekerja IT,
Saya menaip entry di dalam blog.
Untuk hari ini, hati yang bergelodak, sebanyak itu entry-entry diletakkan.

Saya mahukan mood itu.
Mood kembali bekerja.
Bukan hati bergelodak.

Atau lebih senang di cakap,
Saya membuat blog kerana itulah cara saya meluahkan perasaan.
Mungkin tidak terang-terangan tapi boleh dibaca dalam maksud tersirat.
Bukan kerana mahu mencipta populariti maka saya membina blog.
Kerana saya lebih senang hidup dalam sederhana. (baca=low profile)

Saya tidak peduli orang baca atau tidak.
Yang penting saya mahukan mood.
Saya mahu tenangkan hati.

Itu cara saya.
Setiap orang ada cara tersendiri.
Tepuk dada tanya selera.

Impian

Saya kesihan melihat Pokcik sedey, jadi saya update lagi.
Jika buhsan, jemu atau sebagainya, amik mouse, klik kat tanda 'X'.

Semalam bersembang dengan rakan sekerja sambil melahap maggie goreng mamak sepinggan.
Topiknya, rakan mendapat rezeki di tempat lain.
Hasil yang lebih lumayan.

Selepas itu, mulalah hati saya berbolak.
Walaupun tidak disedari rakan-rakan.
Berfikir kembali.
Apa yang saya mahu dalam hidup.

Saya pernah ditanya seorang rakan,
Apa yang saya mahu dalam hidup?
Jawapan saya,
Saya tiada impian besar.
Saya hanya mahu hidup bahagia bersama keluarga.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh, saya hanya mahu hidup bahagia bersama suami dan anak-anak.
Juga bersama-sama keluarga di sebelah saya dan suami.

Bukan dalam bentuk wang ringgit.
Cukup biar hati saya riang.
Dihargai dan menghargai.

Rakan kata, saya hidup hanya untuk family.
Ya, impian saya adalah family.
Jika ditakdirkan saya berseorang,
Saya mahu bahagia juga bersama family saya.

Saya tiada impian mahu berkereta besar.
Berumah besar
Berbadan besar.
Berjawatan besar.

Cukup, jika hati saya bahagia.
Itu sudah mencukupi.
Tapi saya tidak mau berjanji.
Mungkin sekarang impiannya begitu.
Mungkin 20 tahun bukan lagi begitu.
Mungkin, siapa tahu masa depan.
Cuma saya boleh berdoa, biarlah impian ini sampai bila-bila ditambah dengan impian yang positif.
Seseorang yang mencintai kamu.....
Tidak bisa memberi alasan Mengapa ia mencintaimu...
Dia Hanya tau, di mata dia...
Kamulah satu - satunya...

Seseorang yang mencintai kamu...
Sebenarnya Selalu membuatmu marah/gila/cemburu/stress...
Tapi ia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah ia lakukan...
Karena semua yang ia lakukan adalah untuk kebaikanmu....

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu...
Seseorang yang mencintaimu...
Akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi...
Dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri...

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan rela melepasmu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia...
Dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain....

Pernahkah kamu mencintai seperti itu???

Thursday, April 19, 2007

ASSIGNMENT MINGGU KEDUA

ASSIGNMENT MINGGU KEDUA
Aku pulang ke desa dari kota
Kerana kota itu kotor
Aku mahu tidur di sini
Kerana kota itu hanyir
Tetapi ada lolongan yang memanggil
Untuk aku terus tinggal di kota nan sampah

.....dalam 3 minit pembacaan, BKS inginkan sebuah sambungan dalam bentuk penceritaan (not in script/dialogue version or poems)


Hatiku mula gundah. Lolongan itu buat aku goyah. Mungkin sudah termaktub, takdirku di kota yang kotor itu. Walaupun aku sudah lelah, tetapi hati memujuk, mungkin ada hikmah disebalik kota nan sampah. Aku gagahkan diri, berpatah kembali menuju kota yang hanyir. Langkah demi langkah, akal membantah kaki terus melangkah. Aku pasrah. Biar Tuhan menentukan, mungkin desa setia menunggu tetapi kota hanyir itu masih dikalbu. Dia desa, kau kota. Lolongan itu kasih sayangmu yang tak pernah padam dari ingatan. Aku masih melangkah walaupun ku tahu, bau sampah itu buat aku muntah. Aku mohon, kau jadi kota yang teguh biarpun bau sampah tetap ada padamu. Kerana kasih sayangku tetap teguh biarpun hatiku terharu dengan kesucian desa yang sering mendambakan kepulanganku padanya.

Bila aku tiba, kau kota tidak pernah menyesal. Sampah itu mahu kau palitkan juga padaku. Mataku mula terbayang desa yang masih menunggu. Mahukah desa menerimaku kembali setelah aku berpatah kembali ke kota. Aku mula berfikir-fikir, masih ada ruangkah untuk diri ini ditempatkan di desa. Aku tekad, jika desa tidak mau menerima, akan ku biarkan kaki membuat keputusan. Di mana mau melangkah, di situ aku pasrah.

Bila aku pergi jauh dari kota, lolongan itu masih kedengaran, tetapi hatiku sudah bulat. Walau apapun terjadi, takkan kubiar desa terus menunggu. Aku mau jadi orang baru. Bangkit dengan semangat baru. Juga hati yang baru. Akan ku bukak ruang untuk desa. Biar sedikit tetapi lama-lama menjadi bukit.

Sekarang aku di desa. Desa masih begitu. Tersenyum walaupun hatinya sudah banyakku sentuh. Bukan sentuh dengan kebahagiaan, tetapi luka yang berpanjangan. Kali ini, tidak akanku biar desa senyum dalam duka. Tuhan berikan aku kekuatan. Biarlah kota hidup dengan timbunan sampah, namun aku mahu bahagia bersama desa.

Desa, terima aku seadanya. Biarpun kota kasih sayangku yang pertama tetapi aku mahu kau jadi kasih sayang sejati. Biarlah kota jadi kebahagiaan duniawi tapi aku mau desa jadi kebahagiaan sejati. Kerana kota, dalam bahagia, sampah ada di mana-mana.

Thursday, April 12, 2007

18 tahun

Saya mau membetulkan balik penafsiran umur saya.
Kalau tidak, sampai bila-bila orang ingat saya masih dibawah umur.
Tak boleh pulak keluar mengundi.






Ada ciri 18 tahunkah?hikss..





Tapi saya gembira jika masih ada yang menganggap saya 18 tahun.
Terima Kasih. Saya sangat suka.
Anggap saja +7 itu tidak wujud.

Wednesday, April 11, 2007

Assigment Minggu 1 -BKS

ASSIGNMENT MINGGU PERTAMA
Semasa membulatkan satu titik dengan pen merah, apa yang kamu lihat?

Sebelum tidur belek muka di cermin.
Capai satu kertas yang kebetulannya ada satu titik hijau.
Haish, bertuahnya saya, tak payah buat titik dah.
Korek-korek pen merah dalam beg tangan,
Buat satu bulatan kat titik hijau.

Sambil membulat sambil berfikir,
Apa ni, titik hijau dalam bulatan merah.
Tak pedulilah,
Sambung belek muka kat cermin.
Ada jerawat batu yang ranum..nyum..nyum..

Pagi tadi, bangun tidur, belek muka kat cermin sebelum mandi.
Argh, jerawat batu dah pecah.
Nampak lagi titik hijau di kertas,bulatkan kembali dengan titik merah.
Sambil membulat baru saya perasan,
Ya, titik hijau itu adalah nanah dan bulatan merah itu darah.
Sakit dan gatal. (Gatal tangan ye mau menggaru)
Aktiviti picitkan lagi jerawat itu bermula.
Titik makin besar, lebih dari bulatan merah. (merah darah beku)

Sambil memicit, sambil membuat titik merah pula.
Titik merah, dibulatkan dengan pen merah.

Stop, saya nampak lampu isyarat berhenti disitu.
Semua aktiviti harus berhenti.
Picit jerawat stop.
Masa untuk bekerja.

Boss saya pula buat titik merah beserta bulatan merah dengan pen merah.
Stop tulis entry!
" Kau nak suruh Blogspot bayar gaji kau atau kau nak aku pecat? Sambung balik buat kerja!"

Tuesday, April 10, 2007

Daya Ingatan Minimum

DAH TAIP ENTRY BERJELA-JELA,
WORD VERIFICATION X APPROVED SBB LAMA SANGAT BUKAK CREATE POST.
PANDAI SANGAT, COPY ENTRY PASTU REFRESH.
PASTU GATAL TANGAN PERGI BAHAGIAN KERJA.
SAMBUNG BUAT KERJA.


TERCOPY PLAK CODING KT BAHAGIAN KERJA,
PASTU PERGI TOILET.
HAA, TU LE MASALAH KALO ORANG ADA DAYA INGATAN YANG MINIMUM.

BILA NAK COPY PASTE BALIK ENTRY PANJANG BERJELA, YANG ADA CODING-CODING.
ARGHHHHHH!!!!..TENSENN..

MARAHNYE DENGAN DIRI SENDIRIIIIIII..

SESAPE NAK TAU PASAL BLOGGERKICKSTART TU, KLIK JE LE KAT GAMBO ATAS TU.
MALEH DAH NAK EXPLAIN PEPANJANG.
MENCIKKKKKKKKKKKKKKKKK..

MACAM MANA BOLEH JOIN?
SEBAB TANGAN GATAL NAK ISI FORM PASTU TAK BACA SYARAT KE HAPE-HAPE YANG ADE KAT SITU.
LANTAK AR, AKU DAH MASUK..MASUK AJE.

SEBELUM NI PENAH JOIN PAPER TAK PASAL BLOG NI?
TAK PERNAH.
AKU LOW PROFILE.

KENAPA PLAK BOLEH JOIN?
ISKK, TAK RETI-RETI NAK BACA REASON MACAM MANA BOLEH JOIN.
SAMA MAKSUD LAIN AYAT.

Thursday, April 05, 2007

25

26

My marriage age is..
You know when your birthday is, but
how old should you really be getting
married?
(just put an x next to thethings that apply to you)

[ ] I know how to make a pot of coffee.
[ ] I keep track of dates using acalendar.
[ ] I own more than one credit card.
[ ] I know how to change the oil in a car.
[x] I know how to do my own laundry.
[ ] I vote every election.
[x] I can cook for myself...
[x] I think politics are exciting.
[x] I balance my checkbook.
[x] My parents have better things to say than my friends.
Total: 5

[ ] I show up for school/college/work every day early.
[x] I always carry a pen in mypocket/purse.
[ ] I've never gotten a detention.
[x] I have never gotten completely trashed.
[ ] I have forgotten my own birthday at least once.
[x] I like to take walks by myself.
[x] I've watched talk shows.
[x] I know what 'credibility' means without looking it up.
[ ]I drink coffee at least once a week.
Total: 5

[ ] I know how to do the dishes.
[x] I can count to 10 in another language.
[x] When I say I'm going to do something I do it...
[x] My parents trust me
[x] I can mow the lawn.
[x] I can make adults laugh without being stupid.
[ ] I remember to water the plants.
[x] I study when I have to.
[ ] I pay attention at school/college.
[x] I remember to feed my pets.
Total: 7

[x] I can spell 'experience' without looking it up
[x] I work out on a regular basis.
[x] I clean up my own mess.
[ ] The people at Starbucks know meby name.
[ ] My favorite kind of food is take out.
[ ] I have gained weight since middle/high school.
[ ] The first thing I do when I wake up i get caffeine.
[x] I can go to the store without getting something I don't need.
[x] I understand political jokes the first time they are said.
[x] I can type quickly.
Total:6

[ ] I have realized that the weather forecast changes every hour.
[ ] My only friends are from my place of employment.
[ ] I have been to a tupperware party.
[ ] I have realized that no one will take you seriously unless you are over the age of 25 and have a job.
[ ] I have more bills than I can pay.
[ ] All my friends are older than I am.
[ ] I can say no to staying out all night.
[x] I use the internet every day.
[x] My wardrobe hasn't changed in awhile.
[x] I can read a book and actually finish it...
Total: 3

Add up all the numbers and repostthis as:
"My marriage age is 26"
HAHAHAHAHAHAHAH

Jadi, mende alah ini tidak boleh dipercayai.
Saya sudah berumur 25 dan bukan 18 tahun.
Opss, terpecah rahsia lak..hikss..

Teringin mau lihat Ms Boo, Adik Diya dan Put( yang selalu jadi silent reader). Ehehe..

Do Not Leave Me

Do not leave me
It is necessary to forget
All can be forgotten
Who flees already
To forget time
Misunderstandings
And wasted time
Namely how
To forget these hours
Who killed sometimes
With blows of why
The heart of happiness
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me

Me I will offer to you
Pearls of rain
Arrivals of country
Where it does not rain
I will dig the ground
Until after my death
To cover your body
Of gold and light
I will make a field
Where the love will be a king
Where the love will be law
Where you will be queen
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me

Do not leave me
I will invent you
Foolish words
That you will include/understand
I will speak to you
Of these lovers
Who saw twice
Their hearts to blaze up
I will tell you
History of this king
Died not to have not
Pu to meet you
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me

One often saw
To flash back fire
Of an old volcano
That one believed too old
It east appears it
Burned grounds
Giving more corn
That better April
And when comes the evening
So that a sky blazes
Red and black
They do not marry each other
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me

Do not leave me
I any more will not cry
I any more will not speak
I will hide there
With you to look at
To dance and smile
And to listen to you
To sing and then to laugh
Let become to me
Shade of your shade
Shade of your hand
Shade of your dog
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me.

Tuesday, April 03, 2007

Jam Tangan

Saya sangat tertekan sekarang.
Lalu timbullah atau timbulah jerawat di dagu sebagai pemanis muka.
Tolong semut-semut jangan datang menyerang dagu semasa saya sedang tidur.

1 minggu, 2 minggu, 3 minggu dan masuk minggu ke empat,
Rasa-rasa mau menjerit.
Semalam tidur, badan dah penat, otak dah penat, mata dah kuyu,
Tapi saya masih bergolek-golek di atas katil.
Doa tidur sudah dibaca,
Ayat kursi sudah dibaca,
Tiga Qul sudah selesai,
Mata sudah menjerit mau menutup,
Tapi saya masih tidak boleh tidur.
Seksanya bila badan terlalu penat, mata masih berdegil.

Saya bangun dan taip msg.
Kepada seseorang untuk bercerita betapa gundahnya saya sekarang.

Mujurlah saya nampak cahaya bersinar.
Orang kata sebalik kelam pasti ada cahaya.

Ya, saya nampak cahaya itu.
Itulah jam tangan pemberian Cik Suen.
Terima Kasih Cik Suen.
Terima Kasih kerana menjadi kawan yang sangat baik.

Jam tangan ini lebih baik dari yang hilang.
Orang kata patah tumbuh hilang berganti.
Dan kadang-kadang, yang tumbuh lebih baik dari yang sudah tiada.

Saya gembira kerana jam tangan ini.
Terima Kasih kerana menggembirakan saya.
Masa itu emas,
Dan hidup saya umpama mengejar emas.

Lantas, saya dapat tidur dengan lena selepas itu.

Bukankah sudah ada bidalan,

Disebalik kelam pasti ada cahaya.

Nota: Posisi sekarang masih merenung jam tangan adakah sama masa dengan jam komputer.