Thursday, December 04, 2008

Saya Datang Lagi

Udah lama tidak berblog.
Tapi saya tidak perlu berhenti.
Masih boleh meneruskan lagi.
Kerana tiada rezeki untuk saya berhenti berblog.

Cumanya kerana pembahagian masa yang dipecahkan semakin mengecil,
Saya utamakan yang mana lebih berkepentingan.

1) Kewajipan pada Yang Berhak.
2) Kerja
3) Makan & Minum
4) Bergayut-gayutan.
*Berapalah bil Celcom bulan depan lepas dah takde unlimited voice calls ni..huhuhu*
5) Tidur
6) Blogging.

Blogging itu jadi yang paling terakhir kerana pencabar saya sedang berehat panjang atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Dia kata, satu timba milo ais akan disediakan.
Ayuhlah jemput-jemput datang ke rumah,
Mai pekena milo ais buatan si bulan yang belum tentu dijamin sedap atau tidak.

Kenapa saya sering menyebut si bulan?

"Ada yang getik?"
"Meluat?"
"Macam dia sorang je ada bulan, orang lain pun datang bulan gak"

Jawapan:
Pedulik ar. Ini blog aku. Sukati aku ar nak tulih ape pun. Ada aku kisah?
Lagipun sudah terang, jelas dan nyata,
Di bahagian profile,
Saya letak,
Saya tidak pernah pedulikan perasaan orang lain.
Sila beredar kalau taknak baca.

Oh,
Tiba-tiba sifat kebrutalanku menonjol lak.
Hilang sopan santun.
Maap, maap, maap.
Tukar tune ke arah mari bersopan santun.

Saya rasa bulan penuh mau timbul.
Kerana itu perilaku agak sukar mau dingertikan.

Iklan jap,

SESIAPA RASA DIA TERRER VISUAL BASIC 6.0, SQL SERVER, CRYSTAL REPORT, POWER BUILDER (KALAU TAU LAGI BAGUS), ATAU KEMAHIRAN-KEMAHIRAN IT YANG LAIN, SILALAH MENGONTEK DAKU. AYUH KITA BERKERJASAMA JADI SATU PASUKAN. DAMPINGI SAYA YANG PERLUKAN TEMAN UNTUK MELENGKAPKAN PERIBAHASA ;

RINGAN SAMA DIJINJING,BERAT SAMA DIPIKUL.

KEKOSONGAN 1 JAWATAN DI TEMPAT SAYA SELAKU ANALYST PROGRAMMER.
MAU TAU COMPANY APA?
SILA CONTACT SAYA.

Saya taknak rakan sepejabat guna makcik google merujuk pada nama company dan mengesan blog saya.

p/s : Esok saya balik kampung. Sonot..

11 comments:

diya said...

fuyohhh. akk analyst programmer rupanya! suspect! tapi, sori lah kak... diya cuma tahu VB ngan SQL je, tu pun ingat2 lupa dh. huhu. akk nak cari org ganti tpt akk eh?

p/s-akk nak sebut psl bulan seribu kali dlm 1 entri pun takpe kak. diya tak kisah pun. hehe

dijahsaad said...

hep hep, jangan meroyan..kang tetiba dapat entry pompuan pms yg menjengkelkan..keke

C-Ha Nasiha said...

hye...
dtg amik kad raya yg x seberapa...
:p

arsaili said...

salam..selamat balik kampung

Kujie said...

makcik cleaner ada kosong tak?

Hajar said...

huhu, aha betul tu. xyah kisahla org nk ckp ape. ni blog sendiri. sukahati la kan? suka bc, x suka jgn baca. senang jer... :)

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

zura lias said...

diya,
ehehee..akak cume tukang kebun je diya..tak..bukan ganti tempat akak..sbb kat tempat akak ade kosong utk jawatan analyst programmer.. :D

p/s:thanx diya..u alway beside me.. *hugs*

zura lias said...

acu,
hakhakhak..jgn jadi pompuan menjengkelkan ye acu..haittt..menurut perintah.. :D

nasiha,
okies..thanx yer.. :D

arsaili,
salam..thanx.. :D

kak jie,
makcik cleaner takde kosong..tp slalunye buruh2 indon yang amik position tu..sian rakyat tempatankan..

hajar,
eheehhe..yeahh..betul..betul..thanx ek..salam aidil adha.. :D

:: Cikgu Wiween :: said...

x nyampah pun zura dok sebut bulan! ai laik! :p

ak_0143 said...

wah
tiba2 jadi dina lak... nyanyi lagu 'saya datang lagi'
hhahahaha

zura lias said...

ween,
hehehe..thanx ween..

kamal,
erkk..tapi badan x mcm dinakan.. ;)