Wednesday, May 30, 2007

Good Nite..

Tepat jam 4.30, barang sudah dikemas.
Check-check mana yang perlu.
Dan sayonara pada rakan opis.
Telefon rakan, mau berjogging atau tidak petang ini.
Cuaca bagus dan diri saya juga dalam kondisi yang bagus.

Rakan ada perkara yang perlu diselesaikan.
Tak kisah, saya boleh terus pulang kerumah.
Salin baju, semayang asar.
Bukak tv, bukak kipas.
Tayangan bermula.
Princess Hours yang selalu digemburkan oleh rakan-rakan.

Mula-mula menonton,
Saya agak buhsan.
Oh tidak, saya bukan penggemar cerita epik.
Walaupun saya suka membaca artikel tentang sejarah Malaysia di ruangan Berita Harian setiap hari Ahad.
(promote sikit)
Tapi cerita epik baik di TV mahupun di panggung wayang memang saya tak akan tengok.
Banyak tidur dari yang tengok.

Itu mula-mula.
Selepas watak utama si heroin keluar.
Saya suka.
Dia tidaklah lawa sangat.
Tapi comel.

Episod demi episod saya tengok.
Sampai jam pukul 1 pagi, saya masih ada hati mau menonton.
Saya nekad, pukul 2 pagi, saya harus berhenti walaupun review yang ditunjuk sangat mengujakan.

Hari ini, bangun dengan kelam kabut.
Saya cari-cari baju yang tak perlu saya iron.
Ye, tentunya baju kurung.
Baju kurung saya kebanyakkan semua tidak perlu di iron.
Kalau melihat saya memakai baju kurung untuk seminggu, tahu sajalah maksudnya.

Mintak-mintak pagi ini tiada polis yang suka membuat speed trap.
Walaupun saya selalu dileter oleh ramai orang,
Biar merah punch card jangan merah badan.

Tak, tak boleh.
Saya jadi panik.
Segala-galanya panik.
Walaupun akhirnya memang punch card saya akan merah.
Tapi sekurang-kurangnya saya puas kerana sudah berusaha.

Pagi ini ajaib.
Bergerak dari rumah pukul 7.43,
Saya masih boleh sampai 7.59.
Selalunya tepat-tepat pukul 8 atau 8.06 minit.
Ini yang bagus bila cuti sekolah.
Menggalakkan saya bangun lambat.

Pagi-pagi membuat kerja,
rasa mata sudah merah.
Nak berpikir pun tak boleh.
Sejak kerja, saya jarang tidur lewat kecuali hari cuti.

Sudahnya, masa makan tengahari saya korbankan.
Rela tidur dari makan.Hiks..
(adik2 jangan ikut perangai buruk ini ye, x bagus utk kesihatan).

Nasib saya dapat kawan yang baik macam Suen.
Hiks..rela menemankan saya makan petang karang.
Tenkiu..jasamu ku kenang.

1,2,3..masa untuk saya tidur.
Gud nite sume..^_^

Tuesday, May 29, 2007

Matang

Hari ni saya memang ada masa yang banyak.
Bila ada masa yang banyak, jenguk-jenguk di YM, semuanya menyepi.
Ada le seorang dua yang sudi melayan saya.
Thanks Suen dan beberapa yang lain.
Merajukkah mereka yang lain sebab saya sebelum ini tidak berapa boleh melayan?
Argh..mintak maap, saya kesuntukan masa sebelum ini.

Semalam atau kelmarin,
Berbincang dengan teman.
Apa itu matang.
Dia kata matang itu pada usia.
Semakin berusia, semakin matang.

Saya kata,

Matang bukan pada usia.
Matang itu corak pemikiran.
Ada orang muda tapi sangat matang.
Ada orang tua tapi masih tidak matang.

Ada buah masih muda,
tapi sudah menunjukkan tanda-tanda mau masak.
Ada buah sudah tua tapi isi di dalam masih muda.

Lain orang lain pendapat.
Mungkin ada setuju, mungkin ada yang tidak.
Terpulang.

Yang penting,
Jadilah diri sendiri dengan mengubah apa yang perlu diubah.
Saya sendiri juga cuba membuat perubahan.
Walau lambat, walau payah, yang penting ada kemajuan.

Matang atau tidak,
tak peduli.
Yang penting, kita tau kita dilorong yang betul.

Be Yourself!

Lelaki Melayu

Naik lrt dari Plaza Rakyat ke Bandar Tasek Selatan.
Seorang lelaki melayu berimej budaya barat.
Telinga bersubang.
Rambut tegak-tegak.

Seorang lagi lelaki dari kaum yang bukan kaum melayu.
Imej sopan.
Baju sopan.
Muka sopan.

Saya memanah mata pada si sopan.
Saya manusia biasa.
Ada prasangka buruk dalam diri.

Keretapi berhenti di hentian Chan Sow Lim.
Naik seorang tua yang mungkin dalam linkungan umur mak.
Memegang beg besar di tangan.

Saya lihat pada si sopan.
Diam tak berganjak.

Si melayu berbudaya barat bangkit dari kerusi.
Menyuruh orang tua duduk.

Cepat-cepat saya hapuskan prasangka dalam diri.
"don't judge a book by its cover"

Jika penulis surat di ruangan Forum utusan cuba memperlekehkan lelaki bangsa melayu.
Jika dia berada di situasi saya sekarang, persepsi itu pasti terhakis.
Sila baca tentang ini di entry Kak Jie.

Saya bukan pembela lelaki melayu sebab saya sendiri tastenye lebih pada lelaki bermuka cina. (haish, tp x pernah dpt).hahaha..
Cuma saya sedar, ayah saya masih seorang melayu.
Abang-abang saya juga melayu.

Yang saya nampak pada lelaki melayu.
Biarlah seluas mana fikiran.
Jati diri pasti ada sedikit nilai timur.

Mana lelaki melayu ni?
Mari belanja saya minum.
Hiks..

Thursday, May 24, 2007

Yesterday

Yesterday, all my troubles seemed so far away.
Now it looks as though they're here to stay.
Oh, I believe in yesterday.

Suddenly,I'm not half the man i used to be,
There's a shadow hanging over me,
Oh, yesterday came suddenly.

Why she had to go
I don't know she wouldn't say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.

Why she had to go
I don't know she wouldn't say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.
Mm mm mm mm mm mm mm.

Wednesday, May 23, 2007

Deria Ke 6

Saya rasa ada sesuatu yang akan terjadi.
Tapi tak dapat dipastikan apakah itu.
Tapi deria ke enam saya terasa debarannya.
Deria ke enam saya cukup baik.
Tak dapat dinafikan.
Terutamanya untuk orang-orang yang kalah beating dengan saya.
Jangan marah.hiks..
Hahaha..

Semakin lama, semakin kuat debaran.
Saya turun dari katil, takut-takut katil mau roboh dan tanda debaran itu menyuruh saya turun dari katil.
Tidak, masih kukuh dan jitu.
Saya raba-raba dinding rumah.
Juga teguh dan jitu.

Pagi,pagi memanaskan enjin.
Duduk diam dalam kereta sambil pikir kenapa ya rasa begini.
Deria ke 6 saya masih cuba ingin memberitahu sesuatu.
Argh, apakah ini.
Pikir, pikir dan pikir.

Saya membawa kereta sambil mendengar lagu.
Sesekali menyanyi bersama penyanyi.
Tapi masih terasa, apakah yang kurang hari ini.

Semakin hampir dengan pejabat,
Semakin ligat deria ke 6 memberi isyarat.
Jangan-jangan saya bakal berjumpa Pak Polisi.
Tapi saya tetap mengikut jalan larangan yang undang-undang tidak benarkan.
(Itu sahaja pilihan yang ada jika saya mau cepat sampai..hikss..)
*Sebab masa saya tiba ke opis selalunya 7.57-8.06 minit. Yang lebih 6 minit tu, bertanda merah.^_^*

Tiba-tiba saya terpikir,
Andainya saya ditahan polis semasa melalui jalan larangan,
Saya dikehendaki menghulurkan lesen.
Ah, saya sudah dapat jawapan.
Kenapa deria ke 6 melonjak-lonjak.

Lesen saya sudah mati.
Tapi saya sudah pusing KL sebelum itu.
Oh, ini rupanya yang mau diberitahu.
Melayang duit saya.
:((..

Suen, kan aku dh ckp.
Deria ke 6 aku bagus.
Hahahaha..*mesti ko bengang gilerk statement cenggini*.
Ayat riak.

Monday, May 21, 2007

Que Sera Sera

Que Sera Sera
When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.


When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.


Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.



Sekarang saya perlukan Hati Kudus
untuk saya bercerita.

Sudah lama tidak serabut begini.

Huhh..

Berjumpa di ruang Hati Kudus

adios..

Friday, May 18, 2007

Selamat Berhujung Minggu

Kerja memang banyak.
Tapi idea tak datang.
Saya macam pening kerja apa perlu dibuat dahulu.
Memang ada masa saya akan jadi tepu.
Nak berfikir pun tak boleh.
Jadi saya siapkan dulu kerja-kerja yang tak memerlukan daya fikir. Hiks..
Ni antara simptom-simptom sabtu dan ahad akan menjelang.

Semalam,
Melawat anak saudara di hospital.
Kesian, baru 2 bulan badan sudah bercucuk-cucuk.
Angkara Jantung berlubang dan saluran nafas sempit.
Tapi, Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.
Pembedahan berjaya.
Ibu dan Ayahnya tarik nafas lega.

Kasihnya ibu, Sayangnya ayah.
Okey, saya memang buntu sekarang.
Menaip entry pun macam takde motif.
Ape-ape pun,

Selamat Berhujung Minggu
^_^

Thursday, May 17, 2007

Biru

Sementara menunggu kerja-kerja penguploadan selesai,
Saya mahu letak barang-barang kesukaan saya yang bewarna biru.
Saya ambil gambar dengan camera handset yang murah.
Jadilah dari tak adakan.

Benda-benda biru yang berada dipersekitaran saya.
Semua saya ambik.
Banyak lagi.
Tapi cukup 3 barang dahulu sementara menunggu kerja penguploadan selesai.
Kerja-kerja penguploadan, apakah itu?
Haish, tak payah tahu.
Itu sebahagian kerja-kerja saya di ofis.^_^..

Gambar 1.


Ini purse Saya.
Warna Biru.
Selalu purse saya boleh tahan dalam masa 2 minggu sahaja.
Tapi yang ini lama sedikit.
Moralnya, belilah purse yang harganya ok-ok dari beli yang mahal tapi tahan 2 minggu.

p/s: diya, sama brand tak sama corak.HIkss..

Gambar 2.


Mouse saya yang bewarna biru.
Lagi besar dari tangan saya.
Huh..

Gambar 3.


Selipar saya di Opis.
Sakit kaki mau pakai high heels 8 jam setengah. (Itupun kalau takde kerje,kalo ada, 11 jam)
Comel tak?
Tak nampak sebab tak kuasa nak keluarkan dari kaki.
Bahagian jari dah jadi hitam hasil pemakaian setiap hari.
Hikss..malu..

Ada lagi yang warna biru.
Cukup tunjuk yang ini hasil dari menunggu kerja di pejabat selesai.
Tak selesai-selesai jugak.
Argh,,

Selamat Hari Guru

Isk, saya terlambat lagi.
Tapi saya ingat pesan mak,
Better Late Than Never..

"Selamat Hari Guru pada semua cikgu-cikgu di Malaysia"

Bila umur sudah meningkat,
Memori dengan guru still dalam ingatan.

Cikgu Bachan Singh,
Mengajar English semasa saya di darjah 1-3,
Kerana saya takut dengan ketinggian dan keseriusan mukanya,
Saya dan rakan-rakan sering menggunakan alasan pergi ke toilet sepanjang kelas berlansung.
Dan sehingga hari ini saya pelik, kenapa beliau tidak pernah melarang atau menghalang kami pergi ke toilet beramai-ramai.
Tapi yang rugi saya.
Hasilnya, bahasa saya sangat teruk. Huhh..

Cikgu Siti Hajar,
Mengajar Bahasa Melayu darjah 4-6.
Juga guru kelas saya.
Cikgu dan orang pertama memanggil saya gadis genit.
Sehingga memaksa saya membuka kamus sesudah balik ke rumah untuk melihat apakah maksud genit itu.
Saya pikir cikgu cuba mengutuk saya.
Mintak maap cikgu.

Cikgu Chong,
Mengajar Alam dan Manusia darjah 4-6.
Suka memasangkan lelaki dan perempuan di dalam kelas.
Kecik-kecik sudah diajar untuk bercinta.
Dulu, saya tak suka cara begini.
Sampai saya tidak mau menegur rakan lelaki saya kerana cikgu suka mengusik dengan beliau.
Mintak maap juga cikgu.

Allahyarham Ustaz Zainal,
Saya ingat ustaz sebab ustaz bapa kepada rakan saya.
Beliau meninggal..erk..*lupe plak*
Tapi yang paling saya ingat, ustaz suka memulas perut budak lelaki yang tak dapat menghafal surah.
Saya suka. hikss...

Cikgu Ros Anita,
Cikgu BM saya semasa tingkatan 1-3 juga guru kelas semasa tingkatan 3.
Lembut, sopan, warak.
Saya ingat pesan cikgu bila memanggil saya ke bilik guru semata-mata result saya yang jatuh merudum.
Saya memang suka bermain-main cikgu.
Bila exam, baru kelam kabut. Hiks..

Ustazah Fatimah,
Ketua warden merangkap guru pendidikan islam semasa tingkatan 5.
Saya pernah ditanya oleh beliau,
" Kamu nak saya rotan lagi?"
Saya jawab
"takmo"
Tapi ustazah rotan jugak, konon-konon mau beri pengajaran.
Waa..*walaupun tak sakit mana pun*..hikss..
Cuma saya malu sebab beliau ada hubungan saudara dengan saya.
Mesti beliau malu sebab ada hubungan saudara dengan pelajar yang ditangkap kerana membawa barangan haram ke sekolah.

Cikgu Umi,
Cikgu bio saya.
Sungguh saya tak minat subjek Bio.
Tapi terima kasih pada cikgu kerana meluluskan saya semasa peperiksaaan akhir tahun tingkatan 4.
Walaupun hakikatnya saya fail.
Sebab cikgu kesihankan saya yang gagal semua pelajaran elektif.
Mesti cikgu kesiankan sayakan.
Dah le dirotan oleh cikgu dan diperhati oleh ustazah Fatimah yang memberi semangat untuk merotan lagi,
Gagal plak semua subjek elektif.
Terima Kasih cikgu.
Tapi masuk matrik, saya tak amik subjek Bio dah sampai sekarang. Ehehe..

Cikgu Nazri,
Saya memang banyak buat salah pada cikgu.
Mintak maap cikgu.
Tingkatan 3, cikgu mengajar Geografi, saya tidur.
Dan hasilnya Geografi saya teruk dikalangan rakan-rakan.
Tingkatan 5 cikgu mengajar BM,
Saya tidur lagi.
Dan hasilnya BM saya juga teruk dikalangan rakan-rakan.
Tapi terima kasih cikgu.
Saya ingat, sewaktu cikgu menjadi warden,
cikgu melepaskan saya walaupun saya tiada tandatangan kebenaran untuk outing.
Mekasey cikgu.
I Luv cikgu walaupun saya suka tidur dalam kelas cikgu.

Banyak lagi cikgu-cikgu yang mengajar saya.
Dengan kenangan-kenangan yang banyak.
Tak tercukup pages kalo saya nak ceritakan semuanya.
Saya memang nakal semasa zaman sekolah.
Tapi saya tidak nakal sehingga tidak menghormati cikgu.
Nakal saya nakal zaman nak membesar.
Tapi sekarang tidak lagi.

Bulan lepas atau 2 bulan yang lepas.
Terjumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya.
Saya ingat cikgu cakap,
" Masa awak tidur dalam kelas, saya biarkan sebab saya tahu bila awak dah besar nanti, awak akan sedar dan sekarang saya tak rasa rugi mengajar awak bila dengar hasil dari pengajaran saya, awak sudah berjaya sekarang."
Tak cikgu.
Saya belum berjaya.
Masih banyak yang saya perlu belajar.
Apa-apa pun,
Sekali lagi,

SELAMAT HARI GURU, CIKGU

Tuesday, May 15, 2007

Happy Belated Mother's Day

Mak, nama yang saya sebut hari-hari.
Mak takde depan mata, saya tetap sebut nama mak.
Contohnya,
"Oh mak kau"..

Ada masa saya terkejut, saya termelatah. Tapi itu lebih baik dari saya melatah dengan kata-kata carutan.
Oh, itu bukan saya.
Bukankah itu bukti nama mak sentiasa dibibir.

Mak,
Ada masa saya rindu.
Saya mau telepon tapi kredit tidak mencukupi.
Tapi mak paham isi hati saya.
Seperti ada talian hayat.
Mak yang buat panggilan.
Tapi saya tidak cakap saya juga sebenarnya mau telepon.
Tidak terluah.
Kan saya ni pemendam jiwa.

Mak,
Bila saya cakap saya hanya suka makan kuih gulung mak.
Sungguh saya tak bodek.
Saya memang agak sukar mau makan kuih yang dijual.
Tapi nak buat sendiri pun saya tak suka.
Sebab air tangan mak lagi diminati tembolok perut saya.

Mak,
Saya syahdu bila dengar mak bercerita dengan kawan,
yang saya pernah menangis kerana lauk daging masak kicap dah habis tanpa sempat saya jamah.
Tapi lagi syahdu bila mak memasak untuk kali ke dua demi kerana anakmu tidak sempat menjamahnya.
Dan terlebih-lebih syahdu bila kawan saya mengejek perkara itu kerana dikalangan rakan-rakan, saya bukanlah orang yang kuat menangis.
Memang syahdu sesangat.

Mak,
Bila saya balik kampung,
Saya rajin berborak dengan mak.
Walaupun saya tiba di rumah, mak sudah tidur.
Mak akan bangkit untuk menemankan saya makan sambil bercerita sehingga pukul 2 pagi.
Sungguh, saya terharu.

Mak,
Sempena hari ibu yang sudah terlewat,
Tapi bak kata mak,
Better Late Than Never,
Saya ucapkan,
"Happy Belated Mother's Day"
Sebab hari ibu bukan sehari,
Setiap hari adalah hari yang istimewa untuk setiap ibu-ibu di Malaysia.

Saya sayang ibu saya.




Anda Bagaimana?

Friday, May 11, 2007

Permulaan Hidup

Saya agak ribut 2-3 hari yang lepas.
Saya kesiankan boss saya.
Sungguh, saya kesian.

Dia sudah bizi dengan kerja-kerja.
Perlu pula mengadap si hati busuk.
Bertengkar dengan si hati busuk.
Dan saya hanya mampu memandang.
Kesian boss.

Dan hari ini,
sengketa sudah tamat.
Si hati busuk meminta maaf.
Alasannya, terlebih makan ubat menyebabkan dia menjadi begitu.
Ada kaitankah ubat dengan menikam orang dari belakang?

Saya tidak kisah.
Orang mintak maaf, saya maafkan.
Tapi saya adalah;
Easy To Forgive, Hard To Forget.

Mungkin bunyi macam menakutkan.
Tapi itu adalah diri saya.
Peristiwa ini tak boleh lari dari hidup saya.
Tapi tidaklah buat saya jatuh tersungkur.

Cuma saya lebih berhati-hati.
Di dalam dunia ini,
Lebih lama kita hidup,
Lebih banyak perangai kita jumpa,
Dan lebih banyak yang mau lihat kita jatuh dari berjaya bersama-sama.

Sungguh, saya tak pernah jumpa dengan orang begini.
Sebab sekeliling saya adalah orang yang baik-baik sahaja.
Mungkin ini baru permulaan, dan saya harus lebih bersedia untuk yang lebih besar.
Syukur, Tuhan Maha Kaya.

Happy Birthday Abah..

Abah dan saya bukan satu jantina.
Tapi saya adalah anak perempuan kepada abah.
And the only daughter dalam family.
Sayalah si bongsu itu.

Bila saya balik kampung,
pastinya abah sudah membeli makanan kesukaan saya.
Walaupun saya konpius mau makan yang mana satu,
Tapi saya tetap makan kesemuanya dengan lahap dan kembung perut,
kerana saya tau..
Bila saya makan dengan gembira,
Abah dan mak akan jadi orang yang paling gembira.
Walaupun selepas balik ke KL dan pergi menimbang berat,
berat saya akan naik dalam 1 atau 2 kg.

Saya dan abah walau ada darah yang sama iaitu AB,
Tapi abah sangat menepati masa,
Dan saya suka melengahkan masa.
Itu sikap buruk yang cukup susah untuk saya buang walaupun sudah dibaca surah Al-Asr.
Saya akan cuba untuk membuang tabiat buruk ini.
Aja..aja Fighting..

Saya dan abah,
Walau marah, walau merajuk,
saya tetap bergelar anak kepada seorang abah.


Happy Birthday Abah..
11hb May 2007.

Pipit



Kerbau dipegang pada talinya,
Manusia dipegang pada janjinya.

Saya suka menunaikan permintaan orang, jadi saya tunaikan permintaan Pokcik nak letak gambar pipit di sini.
Kenape ye pokcik suke pipit?
Badan yang kecil-kecil ye pokcik..

Saya lihat dalam wikipedia, pipit ada banyak jenis:

Burung Pipit Raya
Burung Pipit Rumah
Burung Pipit Kepala Hitam
Burung Pipit Kepala Putih
Burung Pipit Batu
Burung Pipit Dada Kuning
Burung Pipit Jawa
Burung Pipit Kuning
Burung Pipit Padi
Burung Pipit Pinang
Burung Pipit Rawa
Burung Pipit Rimba
Burung Pipit Tanah
Burung Pipit Tuli
Burung Pipit Uban

Haish, banyak rupanya jenis pipit tapi sekor pipit pun saya tak kenal.
Saya cuma tau menyanyi lagu pipit di zaman kanak-kanak.

"saya ada burung pipit,
satu hari jatuh sakit,
saya pikir nyamut gigit,
gigit mata burung pipit.

Sebuah kampung tepi gunung,
Penduduknya bahagia,
Ada seorang tukang kebun
Dan anaknya Mahani.

Oh Mahani,
Oh Mahani,
sungguh cantik rupawan.
bla..bla..bla.."

sampai situ sahaja memori saya dapat mengeluarkan output.
Selebihnya sudah tertimbus ditelan masa.

p/s: sudah puas hatikah pokcik? saya dah tepati janjikan...hikss..

Wednesday, May 09, 2007

Don't Play-Play...(ahakzz)

Saya memang yakin, jika kita di pihak yang benar,
Tuhan tunjuk suatu hari nanti.
Belum sampai sehari, Tuhan sudah tunjuk.
Ingat ye kawan-kawan, buat baik dibalas baik,
Buat jahat tunggulah balasannya.

Busuk hati bukan perangai yang bagus ye rakan-rakan.
Pertama kali anda buat.
Ke dua kali anda buat.
Ke tiga kali anda buat.
Lama-lama benda buruk dah jadi wangi.

Saya memang ditakdirkan mempunyai badan yang kecik atau lebih senang disebut pendek.
Tapi jangan ingat hati saya jugak kecik.
Bila selalu diasak-asak, saya memang boleh meletup.
Kerana atas nama profesional, saya tidak serang seperti kanak-kanak bergaduh atau seperti si hati busuk yang hanya pandai tikam belakang sewaktu saya sedang bercuti tetapi di depan saya diam tanpa komen.

Saya memang boleh bertekak kalau si hati busuk suka cara begitu.
Tetapi saya tidak suka.
Hello, umur saya sudah 25 bukan 18 tahun.


DON't PLAY-PLAY With Me!!!!!!



P/S: Saya juga mau menutup spekulasi.
Penat ar letak nama kat profile, masih ada yang ingat saya seorang lelaki.
Kawe ore tino tauuuu!!!

Tuesday, May 08, 2007

Ucapan Terakhir BKS



Lambaian Terakhir saya pada BKS.
Saya tersingkir pada minggu ke 4 sepertimana Dafi tersingkir dari Akademi Fantasia minggu ke 8.
Sesuatukah kami?
Tak, tak, saya bukan peminat Dafi walaupun entry terakhir saya untuk BKS adalah menjadi manager Dafi.
Jadi, jika Dafi mau mencari pengurus artis, pastikan saya orang terakhir yang dicari ye. hikss...

Terima Kasih pada BKS, Ujang MD, Kak Red, advocat-advocat kerana memasukkan saya dalam nama peserta yang mengjoin *saya mmg ada masalah tatabahasa* BKS dan memberi komen-komen walaupun berpijau mata. Sumpah saya tak kecik ati. Hiks..

BKS jadi platform untuk saya mengenali blogger-blogger lain.
Ye,saya memang low profile sebelum ini dan masih lagi low profile.
Saya seronok walaupun saya suka merapu dengan assignment yang diberi.

Kepada yang masih bertanding, Gambatte..
Good Luck semua...

Saya tetap memberi sokongan kepada BKS. *mcm ucapan bekas pelajar AF yang tersingkir plak* ..^_^

Demolition Lovers

Hand in mine, into your icy blues
And then I'd say to you we could take to the highway
With this trunk of ammunition too
I'd end my days with you in a hail of bullets

I'm trying, I'm trying
To let you know just how much you mean to me
And after all the things we put each other through and

I would drive on to the end with you
A liquor store or two keeps the gas tank full
And I feel like there's nothing left to do
But prove myself to you and we'll keep it running

But this time, I mean it
I'll let you know just how much you mean to me
As snow falls on desert sky
Until the end of everything
I'm trying, I'm trying
To let you know how much you mean
As days fade, and nights grow
And we grow cold

Until the end, until this pool of blood
Until this, I mean this, I mean this
Until the end of...

I'm trying, I'm trying
To let you know how much you mean
As days fade, and nights grow
And we go cold

But this time, we'll show them
We'll show them all how much we mean
As snow falls on desert sky
Until the end of every...

All we are, all we are is bullets I mean this
All we are, all we are is bullets I mean this
All we are, all we are is bullets I mean this
All we are, all we are is bullets I mean this
All we are, all we are is bullets I mean this

As lead rains, and pass on through
Our phantoms, forever, forever
Like scarecrows, that fuel this flame
We're burning, forever, and ever
Know how much I want to show you you're the only one
Like a bed of roses there's a dozen reasons in this gun

And as we're falling down
And in this pool of blood
And as we're touching hands
And as we're falling down
And in this pool of blood
And as we're falling down
I see your eyes
And in this pool of blood
I'll meet your eyes...
I mean this, forever


P/S: to Fysal langkawi,
akak x dgr lagi part 2..so, bubuh lirik part 1 dulu ek..
Tengah gile dengar lagu ni. Tak tau kenapa.

Monday, May 07, 2007

Jawab Soalan Shai..^_^

Malu tapi mahu..
kemahuan bukan keinginan.
Keinginan bukan kepuasan.
Kepuasan menjadi jaminan.
Kenikmatan dalam persahabatan.
Persahabatn ikatan persaudaraan.
Persaudaraan talian perhubungan.
perhubungan jangan sulit jawab.. jawab..

Ni saya copy balik dari msg kat Saudara Shai di tag board.
Sebelum menjawab, saya kena kenalkan diri dulu siapakah kriesz.

Kriesz:-

- Bila menjawab soalan Ujian BM semasa tingkatan 5, 8 tahun yang dulu..masuk sahaja bahagian Puisi atau Sastera, mesti akan mendapat markah 0 di situ. Puas cikgu BM saya mengajar, banyaknya saya tidur dari mendengar. Mintak maap cikgu Nazri.

- Tak pernah paham ayat kiasan. Cth: ada rakan mengajak saya pergi ke majlis pertunangan beliau melalui SMS.

acu: "angah, acu nk bertunang minggu ni, doakan acu ye."

angah: "congratz acu..angah akan doakan."

Dan kami adalah kawan yang rapat. Saya pikir beliau hanya mahu memberitahu sahaja yang beliau akan bertunang. Rupanya itu adalah proses mengajak. Hasilnya kawan saya merajuk. Sorry, sampai sekarang saya alert. Jika ada message-message begini, saya akan tanya dahulu, mau mengajak atau mau memberitahu sahaja. Diulangi sekali lagi,

saya tak pernah paham ayat kiasan. Saya lebih senang ayat direct. hahahaha..

- Dan yang terakhir, walaupun saya membaca banyak kali pun message saudara Shai, saya tetap tak paham..hahahahhahahah...

P/S: boleh terangkan tak kat sini, kira mcm org yang menyoal tolong jawabkan sebab yang disoal memang fail ayat-ayat cenggini. hihihih...

I Don't Love U..

Well, when you go
so never think I'll make you try to stay
And maybe when you get back
I'll be off to find another way
And after all this time that you still owe
You're still the good-for-nothing I don't know
So take your gloves and get out
Better get out
While you can
When you go
Would you even turn to say
"I don't love you
Like I did
Yesterday"
Sometimes I cry so hard from pleading
So sick and tired of all the needless beating
But baby when they knock you
Down and out
It's where you oughta stay
And after all the blood that you still owe
Another dollar's just another blow
So fix your eyes and get up
Better get up
While you can
Whoa, whooa
When you go
Would you even turn to say
"I don't love you
Like I did
Yesterday"
Well come on, come on
When you go
Would you have the guts to say
"I don't love you
Like I loved you
Yesterday"
say....
I don't love you
Like I loved you
Yesterday
say....
I don't love you
Like I loved you
Yesterday

Sunday, May 06, 2007

Tag AKu dan telefon Bimbit

1. bilakah anda mula menggunakan handphone dalam sejarah hidup anda??
x ingat..rase tahun 2000 kot..since study kt matrik kmns..

2. Apakah Model pertama Handphone yang anda gunakan
Motorola yang boleh baling kat kepala hanjing..x ingat jenis model ape tp mcm bekas air pun buley jugak kalo dilihat dari jauh..

3. mengapakah anda memilih handphone ini sebagai model pertama anda??
Sebab my bro keje kat telekom n die amik enset free yang adik die leh gune utk call family. Study kt kmns masa awal-awal masuk xde public phone..hazab..hazab..

4. adakah model ini yang masih anda gunakan hingga ke hari ini?? jika tidak, berapa kali anda bertukar handphone dalam sejarah hidup anda??
Takde dah. Kalau pakai enset tu, dari bwk henset, baik bawak bekal air.
Lepas tu pakai Sagem (x ingat model ape).
Tukar lak dengan abang pakai Ericsson T10.
Jemu Ericsson,pakai Nokia 3315. (rosak, asik jatuh dari katil 2 tingkat).
Pakai lak nokia 2300(kot..x ingat gak model ape). Paling lama pakai sebab ia kecil tapi lasak. Berjaya menyesuaikan diri dengan tuannya yang hensetnye sering terjatuh tak kira di mana.
Sesudah 4 tahun, enset kesayangan ni dah merajuk sbb keypad dah rosak xmau ganti. Casing patah sanggup pakai casing depan kuning, belakang ungu. Sudahnya, bateri kong x dapat mahap dah. Tensen beli bateri mahal tapi takde efisyen nk upkan servis.
Pakai lak sony ericsson w300i. Sampai sekarang. tapi rekod paling bagus setakat ni sbb enset ni tak pernah jatuh lg. Chaiyok zura...

4. apakah rangkaian talian telekomunikasi pertama yang mula-mula anda gunakan?
TM Touch. Tu zaman dulu sekarang dah panggil Celcom.

5. Adakah anda masih mengekalkan nombor talian telekomunikasi anda sehingga ke hari ini?
Tak larat nak bayar bil. Takde pakwe tapi bil melambung. Ajaibkah? Ntah le. Mungkin sebab Handphone dah jadi Public pHone.
Selepas tu, pakai 012 sampai sekarang. Ye, saya seorang yang setia. Nombor ni saya dah pakai dah nak masuk 7 tahun. Walaupun pelbagai rintangan dan hasutan untuk menukar nombor, saya tetap setia. Jadi maxis, sila beri saya adiah apa-apa yang patut sebagai pelanggan yang setia. Walaupun saya ada juga membeli no digi tetapi no itu hanya sebagai hiasan dan akhirnya tamat tempoh.

6. Dalam sepanjang tempoh anda menggunakan handphone, apakah masalah utama yang sering anda hadapi pada handphone anda..
-Sering jatuh semasa tidur.
-Jatuh keluar dari kereta sebab handset letak kat atas riba.
-Jatuh dari beg sebab kelam kabut nak keluarkan purse.
(ada tak handset yang ada gam temporary?)
-Takde kredit sebab lupa nk reload n time tu lak ada sms-sms penting perlu dijawab.
-Bateri kong.
-Bila sepatutnya masa penting nak gune tepon, bateri kong le, xde kredit le. Network xde. Mencik gile bile time camni.

7. jika di beri peluang, apakah model handphone seterusnya yang ingin anda miliki???
Takde impian. Nak guna handset sebab nak buat panggilan dan sms je. Kelebihan handset sekarang ada walkman, so bleh guna semasa buhsan-buhsan dalam bas nak balik ipoh. So, memang xde impian kecuali kalo ada nak adiahkan enset. Kecik tapak tangan, KLIA saya tadahkan.

virus ni saya sebarkan pada sapa-sapa yang nak buat. Sila-sila..mari sama-sama buat tag.hikss..

Friday, May 04, 2007

Past is Past (mcm penah ade je tajuk nie..bantai)

Kumpul bersama kawan-kawan petang tadi.
Harus tokei kopitiam mau mencampak 4 orang perempuan jelita kerana gelak terlampau kuat dan tidak peduli dengan orang sekeliling.
Lama tidak berjumpa memang banyak topik mau didebatkan.
Akan bersambung hari Sabtu nanti.
(kesian alang punya kenduri,mesti malu ada kawan-kawan cenggini)

Bukak cerita tentang pertemuan tak diduga.
Semua ada pengalaman berjumpa dengan orang yang tidak disangka.
Saya pula buka pekung bahawa orang yang mereka tidak kehendaki dalam hidup saya masih berkontek dengan saya.
Kata kawan, saya sangat tabah.
Tidak, saya tidak tabah.
Cuma saya mahu lupakan peristiwa yang lepas-lepas.
Selagi ada dendam, selagi itu saya masih tidak boleh buang dari ingatan.
Jadi saya putuskan, biarlah saya buang segala-galanya dan anggap semua tak pernah terjadi.
Hati saya lapang.
Entah, mungkin betul kata rakan,
Saya orang yang tiada perasaan.
Tapi saya tak suka bermusuh.

Past is Past.

He n She

The problems with "HE" as thought
by "SHE"





If u TREAT him nicely, he says u are
IN LOVE with him;
If u Don't, he says u are PROUD.


If u DRESS Nicely, he says u are
trying to LURE him;
If u Don't, he says u are from
VILLAGE.


If u ARGUE with him, he says u are
STUBBORN ;
If u keep QUIET, he says u have no
BRAINS .


If u are SMARTER than him, he'll lose
FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT.


If u don't Love him, he tries to
POSSESS u;
If u Love him! , he will try to LEAVE
u.(very true huh?)


If u don't MAKE LOVE with him., he
says u DON'T LOVE him;
If u DO!! He says u are CHEAP.


If u tell him your PROBLEM, he says u
are TROUBLESOME;
If u DON'T, he says that u don't TRUST
him.


If u SCOLD him, u are like a NANNY to
him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES
for u.


If u BREAK your PROMISE, u Cannot be
TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do
so.


If u SMOKE, u are BAD girl;
If he SMOKES, he is GENTLEMAN.


If u do WELL in your exams, he says
it's LUCK;
If he does WELL, it's BRAIN.


If u HURT him, u are CRUEL;
If he HURTS u, u are too SENSITIVE!
(It's very true)

Thursday, May 03, 2007

Assignment Minggu Ke Empat

ASSIGNMENT MINGGU KEEMPAT

"Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut."
"Entry perlu dilengkapkan dengan gambar -gambar Dafi yang sudah diubahsuaikan/diphotoshopkan (seumpama album cover)."





Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut:





1. Saya akan pastikan beliau terus menyambung pengajiannya selepas tamat pengajian di dalam akademi fantasia kerana tempoh masa sesi pembelajaran di dalam Akademi Fantasia tidak cukup untuk Dafi memantapkan dirinya dalam proses menjadi artis yang disegani. Mungkin ada pendapat mengatakan suara Dafi agak terhad. Tetapi jika dilatih dengan baik dan mengamalkan teknik vocal yang bagus, seseorang itu boleh menyanyikan apa sahaja genre lagu. Itu yang mahu saya buktikan kepada mereka yang ada anggapan sebegitu.



Dan juga saya mahu buktikan kepada mereka yang Dafi tidak saja berbekalkan paras rupa untuk menempa nama dalam hiburan tanah air. Saya yakin Dafi boleh kerana sepanjang konsert berlansung, Dafi telah menunjukkan yang ketara. Itu adalah ciri-ciri untuk menjadi artis yang berjaya.



2. Walaupun Dafi mendapat pujian dari juri semasa menyanyikan lagu Pencinta Wanita, Saya mahu Dafi lebih fokus kepada lagu yang rancak dan memerlukan Dafi menari seperti mana yang Dafi lakukan semasa beliau menyanyikan lagu Joget Angan Tak Sudah.



Dafi adalah seorang yang berbadan kecil dan bersuara halus jadi Dafi perlu menonjolkan dirinya di atas pentas yang luas. Dafi harus belajar banyak tentang seni persembahan untuk menjadi penghibur yang berjaya. Dan juga peminat-peminat Dafi kebanyakkannya adalah gadis remaja yang gemarkan lagu yang rancak. Kekuatan Dafi pada senyuman dan matanya. Dafi tahu kekuatannya itu dan dapat diperhatikan, walaupun Dafi tertekan atau kurang keyakinan menyanyikan lagu yang diperolehi sepanjang konsert, Dafi dapat menutup kelemahannya itu dengan kekuatan mata dan senyumannya.



3. Dafi mempunyai sikap yang bagus untuk menjadi artis berjaya seperti rajin berusaha, rendah diri walaupun lahir dari golongan berada dan juga hubungan yang bagus dengan rakan-rakan seperjuangannya di dalam Akademi Fantasia. Sikap Dafi itu akan saya pastikan berterusan jika dia sudah keluar dari Akademi Fantasia dan ditambah dengan ilmu komunikasi untuk berhadapan dengan pihak media dan peminat-peminat Dafi. Ini untuk mengelakkan Dafi dari tertekan kerana perubahan dirinya dari seorang biasa menjadi artis pujaan ramai. Dafi juga akan saya bawa bertemu dengan pihak media supaya hubungan Dafi dan pihak media berjalan lancar. Tanpa media dan peminat, siapalah Dafi.






4. Saya juga akan pastikan Dafi mendapat lagu yang bagus untuk albumnya kerana pengeluaran album pertama adalah penting untuk menentukan halatuju karier Dafi selepas itu. Saya akan cuba menyelitkan Dafi untuk persembahan-persembahan yang dihadiri oleh artis terkenal supaya peminat dapat menilai Dafi mampu seiring dengan artis yang sudah lama bertapak. Jika Dafi menunjukkan kemampuan lebih bagus dari artis lama, itu suatu bonus untuk Dafi terus bertapak dalam industri tanah air.







5. Saya akan pastikan Dafi fokus pada suatu bidang iaitu nyanyian kerana jika kita mahu maju, kita perlu ada fokus. Saya akan tapis terlebih dahulu pihak-pihak yang berminat untuk menjadikan Dafi duta mereka supaya Dafi tidak menjadi artis Duta Product. Saya mahu kembangkan bakat Dafi ke peringkat antarabangsa dan tidak mahu Dafi hanya menjadi pujaan untuk kaum melayu sahaja. Melihat dari percubaan Dafi menyanyikan lagu Qing Fei De Yi, itu adalah suatu cubaan yang bagus dalam melebarkan sayap Dafi supaya kaum lain juga dapat melihat diri Dafi yang berbeza dari artis yang sedia ada.




6. Dan juga satu bonus untuk Dafi kerana beliau adalah pelajar jurusan pereka bunyi dan muzik. Maka dengan itu, saya akan membentuk jadual Dafi agar tidak menganggu pembelajarannya itu. Saya mahu Dafi menjadi artis yang berilmu kerana artis sebegini lebih disanjung tinggi dan dihormati oleh peminat seperti arwah Sudirman. Saya akan galakkan Dafi menggunakan ilmunya dengan sebaik mungkin. Seorang yang mengetahui tentang seni lebih menghormati apa itu seni dan tahu apa yang perlu ada sebagai anak seni. Itu yang mahu saya bekalkan dalam diri Dafi.




7. Dan saya harap, peminat Dafi setia dan terus memberi sokongan kepada Dafi sampai bila-bila. Saya akan pastikan Dafi tidak akan melupakan peminatnya. Dan menjaga Dafi dari terbabit dengan anasir-anasir jahat yang boleh menjatuhkan karier Dafi. Berilah sokongan kepada Dafi.




Baik punya!!!!!



Tuesday, May 01, 2007

JPB - sedih dan seram

Orang lain tengok Jangan Pandang Belakang, memang tak pandang belakang dah.
Ada plak yang nak masuk bilik air malam-malam pun asik tertoleh ke belakang.
Degil ni, Ahmad Idham kata jangan pandang belakang.

Tapi saya, belum tengok jangan pandang belakang dah rasa sedih.
Kalau sekali sedih takpa, ni 2 kali sedih.
Cerita Cinta pun tak sedih macam ni.

Kali pertama sedih,
Book tiket JPB 5 tiket.
Semangat berkobar-kobar.
Ditambah dengan kata-kata semangat yang sudah menonton, cerita ini memang seram gilerk.
Walaupun ada yang kejap jadi, kejap tak jadi nak ikut.
Tapi semangat menonton masih ada.

Movie pukul 2 lebih atau 3 lebih petang. (tak ingat sebab peristiwa ini cuba dilupakan)
Amik ahli-ahli, siap-siap bagai,
sampai Mines selepas 45 minit sepatutnya tiket booking patut diambil.
Tanya kaunter jaga tiket, "tak boleh amik lg ke?"
kata dia, "tak boleh, sudah lewat laa"
Nak tengok show jam seterusnya semua full.
Sedih, hampa semua rasa secukup rasa.
Nak tengok cite lain dah takde mood.
Sudahnya pulang ke tempat asal masing-masing dengan muka kelat-kelat.

Berjanji pulak dengan rakan pada 26hb,
juga hampa sebab adiknya tiba-tiba datang ke KL dan mau menonton JPB pada tarikh lebih cepat.
(Ko jangan terasa key, aku cerita je..*untuk org tertentu*)
Maka plan 26hb dibatalkan.

Tiba-tiba seorang rakan mengajak menonton JPB malam sebelum Agong ditabalkan.
Tetapi kerana mulut badan binasa,
saya masih ingat kata-katanya, "perempuan yang menonton wayang itu perempuan gedik"
Jadi saya tawar hati.
Bagaimana agaknya dia memandang saya selama ini.
"gedik-gedik pun, ko ajak pompuan-pompuan gedik ni jugak yg tgk wyg bile xde geng"
Nasib baik saya tidak pernah setuju mau menonton wayang bersama dengan dia.
Sungguh, saya kira pemikiran begini sudah tiada.
Masih ada sisa-sisa rupanya.
Pemikirannya,
perempuan mesti duduk dendiam di dalam rumah,
Jangan jd sporty, nanti terkinja-kinja dan terkangkang-kangkang.
Kalau nak dijdkan calon isteri, tak boleh tengok wayang, tapi bakal suami bleh tgk tak kisah dengan laki ke pompuan mana-mana pun.
Huhhh..
(eh, mau cerita kisah sedey JPB melarat pulak cerite hal orang lain..hikss)

Selepas itu, saya sudah tiada hati mau menonton JPB.
Tetapi, bila balik kg,
tiba-tiba rancangan mau menonton JPB datang kembali.
Plan dibuat.
Saya, abang, kakak, mak sedare, bapak sedare n kazen2 mau menonton pada pukul 11.45 malam.
Mau bersiap-siap, abang pulak demam tiba-tiba.
Plan cancel.

Jadi saya tidak mau pandang ke belakang.
Harus pandang ke depan sahaja.
Selepas ini, target menonton Spiderman 3.
No more JPB lagi.
Huhh..