Cerita sewaktu saya berumur 16 tahun.
1982 - 1998,
Permulaan masuk menengah atas.
Ditawarkan kelas Sains Teras.
Saya bukan peminat Sains,
Tapi hanya itu subjek yang sesuai untuk saya di SERATA.
Sastera dan Thanawi memang tak layak,
Memandangkan kefahaman bahasa yang sangat rendah.
Meronta-ronta taknak gi lapor diri.
Sanggup jumpa Cikgu Ramlah selaku cikgu kaunseling.
Luahan hati dari saya yang berminat dengan Akaun.
Cikgu nasihatkan saya bertukar sekolah.
Saya mintak cikgu pujuk mak abah memandangkan mereka sangat berat hati mengeluarkan saya dari SERATA.
Cikgu janji akan jumpa mak dan abah dengan kadar segera untuk menyahkan saya dari bumi SERATA.
Tapi mak bertindak pantas.
Petang Jumaat,
Saya dimintak untuk pergi ke rumah Ketua Warden.
Mak dan abang dah menunggu untuk basuh otak saya.
Ketua Warden kasik pelepasan bercuti pulang ke rumah untuk tenangkan pikiran yang serabut.
Selepas di basuh cukup-cukup,
Saya bertukar fikiran meneruskan hidup di bumi SERATA,
Masuk Tetra Sc,
Bentuk Adik-beradik di kelas.
Dan sama-sama menjadi
1982 - 1998,
Pertama kali di rotan di dalam bilik HEP.
Together-gether dengan Ateh.
Atas kesalahan membawa majalah hiburan.
Kantoi sewaktu Spot Check hostel.
Dan semasa kejadian Spot Check itu,
Saya kantoi tak turun Assembly.
Tengah berselimut dengan aman.
Tetiba ada suara garau ustaz-ustaz.
Kenkawan dan senior yang tau saya ada kat bilik.
Pantas datang menyelamatkan saya.
Sambil membawa panadol.
*Bajet macam tengah sakit*
Saya hanya boleh tengok majalah saya yang di rampas.
Sambil terbayang muka Ketua Warden dan HEP.
Tengah tersengeh-sengeh memegang rotan di tangan.
Nasib baik radio saya berjaya di sorokkan di tempat yang memang confirm Ustaz+Cikgu+Ustazah takleh jumpe.
Majalah saya lupa nak sorok sebab malam sebelum kejadian,
Ada senior datang pinjam nak baca.
Seminggu selepas kejadian,
Nama saya dan ateh,
*rakan bilik merangkap rakan sekelas merangkap rakan seperjuangan sebelah tempat duduk merangkap adik beradik di bilik dan di dalam kelas*
Di panggil HEP untuk masuk mengadap.
Patut-patut HEP nak lepaskan aja selepas kami mintak maap.
Maklumlah kesalahan tak sebesar mana.
Tapi Ketua Warden taknak lepaskan.
Harus kena beri pengajaran,
Dengan rotan di tapak tangan dan isi borang kuning,
Pengakuan kami adalah pelajar bermasalah dan surat akan di pos ke rumah memasing.
Saya nekad masa tu,
Jika surat sampai kat tangan mak abah.
Alang-alang nampak jahat,
Biar terus jadi jahat.
Alhamdulillah,
Surat tak di pos sampai sekarang.
Kalo tak, saya mungkin dah jadi salah sorang ahli Young n Dangerous.
Hiks..
Tapi itulah sekali saya tertangkap melibatkan cikgu-cikgu.
Seterus dan sebelumnya,
Saya bolos.
1982 - 1998,
Saya meluaskan edisi kepontengan.
Dulu menengah rendah saya banyak ponteng prep siang.
Tapi 16 tahun,
Saya ponteng kelas,
Ponteng prep siang dan malam,
Ponteng denda cuci tandas sekolah sebab datang lambat dan ponteng prep.
Meneruskan tradisi ponteng gi surau,
Ponteng apa-apa aktiviti yang melibatkan wajib hadir.
Mungkin masa tu sifat memberontak.
Tapi nak memberontak sampai tahap semua orang susah hati taklah.
Memberontak kecil-kecilan.
Bila exam akhir tahun.
Saya dapat no. 2nd or 3rd last.
Elektif subjek semua fail.
Masa tulah saya rasa HEP saya sangat baik hati.
Dia cikgu Bio kelas saya.
Dia mintak datang berjumpanya secara personal.
Cikgu Umi : Apa subjek elektif yang kamu lulus?
Saya : takde cikgu. Sume fail termasuk Arab Tinggi.
Cikgu Umi : Erm, Bio kamu dapat berapa?
Saya : 37 cikgu.
Cikgu Umi : Lagi 3 tu kalo saya nak bagi kamu lulus. Essei Bio dapat berape?
Saya : 2 je cikgu. *sengeh kerang busuk*
Cikgu Umi : Macam nilah, saya tambah esei kamu jadi 5, tapi kamu jangan bagitau sesape.
Saya :Ye ke cikgu, terima kasih.
Saya berlalu pergi dengan gembira.
Walaupun markah tahap lulus cukup makan.
Tetap gembira sebab subjek yang paling saya tak suka sudah lulus.
Pedulilah walaupun itu markah subsidi.
1982 - 1998,
Saya mewakili sekolah untuk Kawad Kaki Hari Kebangsaan Negeri Perak.
Semasa hari pemilihan calon,
Saya dilanda cirit-birit.
Saya tak hadir ke kelas.
Tapi petang waktu pemilihan calon,
Saya bersemangat turun tempat assembly.
Dengan derap kaki yang kukuh.
Semangat untuk mendapat baju baru, kasut dan tudung baru.
*Sekolah sponsor dari kepala sampai kaki kalo jadi wakil kawad kaki sekolah*
Saya berjaya.
Sebelum bersurai,
Taklimat diberi untuk mereka yang rela menghitamkan muka.
Dan rela di caci maki oleh askar yang menjadi jurulatih.
Selepas selesai,
Edisi keluar baris.
Belum sempat keluar baris,
Dunia saya gelap.
Sedar-sedar,
Saya di usung beramai-ramai oleh rakan.
Saya pejamkan mata balik.
Kang bukak mata diorang humbankan saya ke bawah lak.
Rakan-rakan letakkan saya di meja kantin.
Saya terus bangun dan mengadu lapar.
Adik-beradik bilik datang berlari-lari membawa daun jambu.
Diorang tau saya dilanda cirit birit.
Tapi saya lak nak bergegas ke dewan makan.
Sebab lapar dah tahap maksima.
Besoknya,
Ketua askar yang melatih kitorang berjumpa saya secara personal.
Memang habis saya kena caci maki sebab kes pitam.
Keluar sume ayat-ayat yang tak patut saya letak di sini.
Tapi agaknya saya dah tahap telinga kebal.
Saya diamkan aje sambil wat muka macam takde ape berlaku.
Ayat yang saya takleh lupa,
"Ko makan cicak ke apo sampai sakit perut!!!!"
Saya sengeh.
Jawab lebih-lebih kena cop kurang ajar lak.
Diam tak semestinya mengalahkan.
Untuk rakan-rakan yang mengangkat saya time kejadian pitam,
Atau berlari membawa daun jambu,
Ribuan terima kasih saya ucapkan.
Saya tak ingat masa tu saya sempat tak nak ucap terima kasih,
Sebab perut yang lapar meminimunkan sifat prihatin saya.
Maafkan saya.
1982 -1998,
Dalam tempoh umur 16 tahun tu,
Terlalu banyak yang saya perolehi.
Yang boleh jadi kenangan mahal.
Kang tak cukup lak untuk 1 entry.
Tu baru citer masa umur 16 tahun.
Lom citer segala aktiviti dari form 1 sampai form 5.
Nanti-nanti,
Kalo saya rajin,
Sihat tubuh badan.
Saya akan mula berkisah tentang sejarah semasa menjadi budak hostel.
Dan perlu saya bagitau,
Sekolah asrama melibatkan semua perempuan,
Macam dalam syurga dunia.
:D ..
