Friday, December 22, 2006

-

Hujung tahun selalu ditunggu oleh pusat-pusat membeli-belah dan orang-orang berteman mahupun perseorangan. Semuanya diskaun 70%, 50%.

Saya gemar juga berpusu ke tempat -tempat yang ada diskaun. Tapi itu dulu. Sekarang, saya kira saya lebih senang menggunakan beg tangan sehingga lusuh. Kasut sehingga tercabut tapaknya. Baju yang sudah dipakai ribuan kalinya. Tudung yang sudah pudar. Kerongsang yang sudah berkarat. Seluar jeans yang diulang tayang.

Bila berjalan-jalan di pusat membeli-belah, saya belek-belek baju. Saya belek-belek kasut. Terasa ingin membeli. Tapi bila berfikir kembali, alangkah indahnya jika duit ini saya beli novel. Bila lalu di MPH, saya tidak masuk lansung dalam kedai buku kerana takut tertawan. Jadi duit saya sudah selamat di situ.

Saya boleh tahan godaan baju, kasut dan sebagainya. Tidak novel-novel yang baru di pasaran. Keputusan yang bijak harus diambil. MPH adalah tempat larangan. Mujur juga tahun ini, wayang tidak memaparkan cerita yang mau saya tonton.

Saya mau memulakan langkah hidup bersederhana. Eh, rasanya selama ini saya memang mengamalkan hidup bersederhana. Cuma mau lebih lagi bersederhana. Bukan pada tahap kedekut. Cuma wang yang ada harus di alirkan pada jalan yang betul dan bermanfaat.

Ikut saranan bapak menteri, kita harus berjimat-cermat pada masa semuanya menunjuk aras kenaikan. ^_^..


p/s: Saya balik ke Ipoh hari ini. Mau memantau lebuhraya Utara-Selatan, masih ada lubang-lubang atau jalan sudah ok.

Thursday, December 21, 2006

Buat Baik Berpada-pada

Pepatah selalu berkata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Niat yang mulanya baik tapi sudah jadi bahana pada orang lain.

Kelmarin petang rumah abang saya dikunjungi tetamu iaitu kawan kepada kakak ipar saya. Mereka mau berbincang tentang bagaimana mahu memberikan markah kepada student yang mengambil peperiksaan SPM tahun ini untuk subjek English.
Anak sedara saya pula dilanda kebuhsanan kerana saya sedang sibuk mentelaah drama korea. Dia bermain bedak johson yang tidaklah wangi sangat tapi saya gemar memakainya.

Dia melambung-lambung bedak itu umpama Ronaldinho melambung bola. Ronaldinho melambung mengggunakan kaki, dia melambung menggunakan tangan. Bedak itu rupanya tidak di tutup dengan rapat, lalu debu-debunya terkena pada baju kawan kakak ipar saya. Habis putih di bahagian belakang. Tetapi kawan kakak ipar saya tidak sedar kejadian yang berlaku.

Anak sedare saya baik orangnya. Dia tau die membuat perkara yang salah. Dengan seberapa pantas dia berlari mengambil tuala untuk membersih bahagian belakang baju kawan kakak ipar saya. Kejadian yang pantas itu tidak sempat saya halang.

Bedesupp..Belakang badan kawan kakak ipar saya telah dilibas dengan tuala oleh anak sedare saya. Bedak yang tidak dia sedari di bahagian belakang menghasilkan bukan saja kekotoran tetapi kesakitan. Saya kira saya paham, anak sedare mau membersihkan debu bedak itu seperti kita melibas kain jika ada debu.

Hasilnya, anak sedare di arah masuk ke bilik untuk menonton cd kegemarannya, Mask Rider Faiz. Saya meneruskan aktiviti menonton cd korea sambil tergelak di dalam hati. Kakak ipar dan kawannya meneruskan perbincangan.

Saya juga boleh memahami, kawannya mungkin agak kurang senang, (read:sakit) dengan perbuatan anak sedare saya.

Monday, December 18, 2006

I'm Back..

Saya bercuti, blog bercuti. Blog bercuti, belum tentu saya bercuti. Sama jugak intipati di dalam Eragon, Penunggang mati, naga mati. Naga mati, belum tentu penunggang mati. Di dalam kes saya ini, Ya, sememangnya saya mengaku bersalah kerana udah lame tidak mengapdet. Saya bercuti, menghabiskan masa di kg, Melaka.

Dan saya perlu memberitahu awal-awal, minggu depan jugak saya bercuti. Blog belum tentu bercuti kerana saya bercuti di Kg Halaman saya sendiri. Jadi, ini sudah jadi kes yang berbeza dengan cerita Eragon.

Saya tengok Eragon bersama rakan matrix yang udah lama belum ketemu sampai pada hari sabtu itu maka kami ketemuan.
Dia semakin cantik, kecil, comel dan cun. Cuma saya hairan, matanya sudah menjadi besar. Mungkin sebesar mata saya. Atau lebih lagi. Adakah ini yang dinamakan tulah? Jadi untuk rakan-rakan yang membaca blog saya, hati-hati jika mau mengutuk saya. Takut-takut kutukan berbalik pada anda semula. Hahahah. Gelak orang jahat. Selepas ini sila pastikan mata anda tidak menjadi besar atau badan anda tidak menjadi kecik.

Saya gembira. Untuk jangka masa yang lama, dalam masa 5 atau 6 tahun, baru ada pertemuan semula. Kemesraan masih sama. Imbasan kisah lama, kisah-kisah yang terjadi selepas habis matrix sehinggalah saya berjumpa kembali dibuka semula. Betapa budak-budaknya saya masa itu. *sekarang pun mcm budak-budak gak*.hikss..

Oh ye, saya kira orang yang menemani saya berjalan-jalan semalam tidak membaca blog ini. Tapi saya mau memberitahu jugak, kot-kot dia menyinggah tapi purak-purak taktau apa. Nama panggilan saya ada 8 sebenarnya. Semalam saya beritahu 7.

Mama, panggilan rakan-rakan matrix. Heh, tapi saya tiada sipat-sipat seorang mama yer. Jangan nanti ada yang mau menghantar anak mereka untuk saya jaga sementara ibu bapanya pergi bershopping. Memang jadi mangsa deraan saya sahaja. Kecuali jika ada ongkos yang lebat.^_^...

Ongkos saya untuk bulan ini sangat menyedihkan. Belum lagi mendengar Bapak menteri JKR membuat pengumuman tol akan dinaikkan. Memang sangat-sangat menyedihkan. Minyak naik, api naik, air naik, barang naik, tol naik. Gaji jugak yang tak naik-naik. Tol naik di bandingkan dengan negara sebelah. Minyak naik dibandingkan dengan negara sebelah. Minyak dah mula turun, taknak bandingkan jugak ke?
Harga minyak dunia naik, dengan seberapa pantas, minyak di Malaysia naik. Harga minyak dunia jatuh, dengan seberapa pantas mau senyapkan aja.

Tahun baru dah nak sampai. Kalau dulu, fobia sebab umur meningkat, sekarang fobia, apa plak lagi kat malaysia ni yang naik harga.

Yang miskin terus miskin. Yang kaya bertambah kaya.
Bersamamu banyakkan lagi menjelajah ceruk-ceruk Malaysia ye.

Wednesday, December 06, 2006

-

Saya rasa ada suatu tarikan antara saya dan dia.
Pertama kali saya memandangnya, Saya ingin membelai pipinya.
Pertama kali saya melihatnya, saya seperti ingin memeluk dia.
Walaupun saya bukanlah orangnya yang percaya dengan cinta pandang pertama.
Tetapi perasaan ini bukan dibuat-dibuat.
Seperti ada suatu kuasa yang memaksa saya memandangnya.
Mukanya yang comel.
Badannya yang gebu.
Sikapnya yang baik hati,menarik hati saya.

Semalam saya berjumpa dia lagi.
Jika saya duduk di rumah sendiri.
Mungkin saya sendiri yang akan menawarkan diri untuk menjaga dia.
Malangnya..


Aku suke kucing kat umah ko,suen.. KITTUN.

Tuesday, December 05, 2006

Cinta

Saya menonton cinta.
Saya dapat rasa cinta itu mengalir dari mata turun ke hati.
Saya menangis bila hujan turun membasahi lakaran banglo cinta.
Saya sebak bila seorang anak tidak mahu ayahnya bersedih meratapi cinta yang pergi.
Saya sedih bila seorang atuk yg nyanyuk mahu dijaga dengan sabar oleh cucunya.

Air mata saya meleleh bila melihat kakak yang berkorban untuk adik.
Tidak termasuk air hingus sebab saya kesat cepat-cepat, apa-apa je air kat muka.

Cinta yang berkesan kepada saya;

Cinta untuk cucu kepada datuknya,
Cinta orang veteran,
Cinta untuk adik kepada kakaknya,
Cinta untuk suami kepada isteri yang khianat.
Cinta untuk anak pada papanya.

Menonton cinta juga memberi satu pelajaran pada saya. Saya yakin keputusan yang saya buat dalam kehidupan saya sama dengan mesej di dalam cinta;

"Love means letting go"

Saya biarkan dia pergi.

Kerana

"Satu hari dgn org yg kita sayang, walau bagaimana susah pun, adalah lebih baik dari seumur hidup yg senang dgn org yg kita tidak sayang"

dan "kadang-kadang, org yg paling kita sayang adalah org yg paling susah utk kita sayangi"

Cuma saya selalu berdoa, biarlah saya dapat bertemu dengan seseorang yang boleh menganggap saya

"Isteri bukan hak milik tapi suatu anugerah"

Walaupun saya tidak ada apa yang istimewa tapi saya ada tempat teristimewa di hatinya.

Friday, December 01, 2006

No More Sad Story

Semalam menonton korean movie di Astro Kirana bertajuk ING..Saya menonton sambil makan biskut. Bila ada part sedih, saya akan tukar channel ke Amazing Race Asia. Bila iklan di channel 17, saya kembali menonton ING..Itu aktiviti yang saya lakukan sepanjang menonton tv semalam sehinggalah pada babak si hero baru mengetahui si heroin tidak lama hidupnya. Ini skrips-skripnya.

"Lelaki itu bernasib malang dalam percintaan"
"Lelaki itu menjadi gila kerana cinta yang mendalam"

"Sekurang-kurangnya lelaki itu bernasib baik kerana dapat merasai cinta."
"Sekurang-kurangnya cinta lelaki itu masih utuh di sanubari kerana hanya itu yang dia pikirkan"

Tiba-tiba saya jadi jelak. Naik muntah menonton movienya. Filem adalah fantasi indah. Realiti jauh sekali. Saya terus menukar channel, menonton amazing race sampai habis. Pastinya saya menyokong team Malaysia. Tiada penyingkiran. Pasangan lembut itu terselamat. Tapi saya lebih suka jika pasangan model India itu yang tersingkir. Kenapa?Tiada sebab. Cuma agak kurang gemar.
Kawan saya kata, bila kita tidak suka seseorang, apa sahaja dia buat, kita tidak suka. Kenapa tidak suka juga tiada sebab kerana bila kita menyukai orang juga tiada sebab. Mungkin chemistry memainkan peranan.

Tamat amazing race, saya kembali menukar channel 43. Yang tinggal hanya skrin hitam beserta nama-nama pelakon, pengarah dll. Saya tidak tahu apa hujungnya. Saya tidak tahu apa kesudahannya.

Untuk masa sekarang, saya sudah muak mau menonton cerita-cerita yang sedih. Saya rasa sakit hati bila melihat pelakon-pelakon menitiskan air mata. Hipo-hipo belaka. Psikonye saya.

Point saya ialah, hapuskan airmatamu kerana masih ada orang-orang tersayang di sekeliling saya. Untuk yang tidak sayang, biar saja dia menyayangi orang lain dan hidup dengan dunianya sendiri.

Nota: Buat baik berpada-pada, buat jahat banyak-banyak kali..(devil)