Thursday, May 27, 2010

Luahan Jujur Seorang Perempuan

Daisypath Wedding tickers

Ini entry serius.
Betul-betul serius.
Luahan jujur dari seorang perempuan.
Yang tengah berserabut kepala otak.

Bila berserabut,
Dia mula berangan-angan.
Cipta satu misi.

Taknak izinkan anak-anak kerja bidang komputer.
Terutama pengaturcaraan.
Banyak buruk dari baiknya.

Antara sifat buruk menjadi seorang pengaturcata komputer :-

- Mata yang clean dan clear perlahan-lahan jadi rabun. Camne nak skodeng orang dengan clear kalau nak tengok nama tempat kat signboard pun kena pakai spek.

-Peha jadi besar sebab lama sangat duduk kat kerusi. Haish, susah nak beli seluar kalau peha besar.

-Punggung pun melebar dengan jayanya sebab lama sangat bertapak kukuh kat kerusi yang empuk. Walaupun ada yang kata nampak seksi, tetap susah nak pilih seluar, skirt dan kain.

-Kepala cepat luka sebab sukarela nak hantukkan kepala kat dinding bila problem tak dapat di selesaikan walaupun susah payah buat coding yang makan masa satu hari.

Ini baru empat.
Ada banyak lagi sifat buruk dari sifat baik.
Nak layan pengguna sistem lagi.
Nak tengok server yang down tetiba.
Dan ada banyak lagi yang sukar di ceritakan.

Kerana itu,
Perempuan itu mahu anak-anaknya elakkan dari bercita-cita kerjaya yang ada kaitan dengan komputer.

Tapi pompuan tu belum ada anak.
Cuma berimpian tak tentu arah,
Nak-nak kalau dah nak cuti,
Kerja pun datang melambak-lambak.
Semuanya berkaitan pembaikan pada sistem.
Arghh..hantuk kepala lagi.

Lepas hantuk kepala baru pompuan tu sedar,
Jarum jam menghampiri 5.10.
Yahooo...
Lupa semua problem kerja.

Dan perkara ini akan berulang pada minggu depan.
Ini rutin seorang Analyst Programmer.
Yang tak suka jadi Programmer.
Tapi suka Internet.
Ada tak kerja yang mengadap Internet je??

Tuesday, May 25, 2010

Buk, Bila Rindu Ku Sebut Namamu

Daisypath Wedding tickers

Saya merayap-rayap di blog orang.
Baca salah satu entry makcik hajar.
Jiwa saya tersentuh.
Bila saya baca tentang entry kucing di gigit anjing.

Terasa macam rindu kat Buk sekarang ni.
Dalam banyak-banyak kucing yang saya bela,
Buk yang paling kukuh tersemat di minda.

Kucing yang jadi peneman time saya runsing.
Kucing yang selalu nak kongsi satu selimut.
Kucing yang suka bergayut kat bahu.
Kucing yang suka gigit gelang.
Kucing yang boleh di ajak main nyorok-nyorok.

Kenkadang terasa macam Buk manusia jelmaan kucing.
Bila saya kiss akan berubah jadi manusia.
Tapi biasa le,
Dongeng tetap dongeng.
Tak boleh hidup dalam realiti.

Dan saya ingat saat itu.
Dapat sms " Buk dah takde"

Saya menangis semahu-mahunya.
Dalam bilik Suen.
Wah,
Hilang malu.

Sampai saat ini,
Saya ada rasa phobia mau menyulam kasih bersama kucing.
Walaupun saya memang suka kucing.

Ada jugak saya adjust dengan Bulan.
*Wah, mesti nama Bulan naik gak kat entry*

"Yang, lepas World Cup ni, kita cari satu kucing macam Buk"

Bulan setuju.

Tapi saya tetap rasa traumatik.
Selagi anjing jahat-jahat ada sekitar rumah.

Satu luka tinggal kesan sampai mati.

Saturday, May 22, 2010

Happy Infinity

Daisypath Wedding tickers
Perasaan hari ini happy infinity.

Memandangkan minggu ni tak balik Ipoh.
Berjumba-jumba dengan rakan dari Jumaat membawa ke Sabtu.
Lupa pulak hari yang makin dekat,
Tik tok..tik tok.

Tiba-tiba Bulan call.
"Yang, saya nak datang KL hari ni, ada hal"

Itulah perasaan happy infinity.

Walaupun dia ada hal.
Walaupun dia datang sekejap.
Walaupun cuma boleh bersua muka kejap.
Tapi itu saat happy infinity.

Yeah, malam ni nak gi Bukit Jalil.
Tapi hakikatnya saya blur di manakah tempat bas di Bukit Jalil.
Tapi tetap kena berada di sana lewat tengah malam.

Pergh, suka datang mengejut, buat benda mengejut.
Tapi I tetap sayang u.

Thursday, May 20, 2010

Cerita Bulan Bintang 2

Daisypath Wedding tickers

Saya bukan perempuan idaman lelaki.
Saya kasar.
Saya tak pandai masak.
Saya tak romantik.
Saya tak suka makeup.
saya tak suka pakai skirt.

Saya suka pakai t-shirt+tracksuit pergi Jusco Ipoh.
Saya suka makan walaupun saya cerewet pasal makanan.
Saya suka bersukan walaupun dalam setahun, sekali je saya main badminton.
Saya suka masuk hutan walaupun untuk beberapa tahun, hanya sekali je saya penah masuk.
Saya suka main bowling walaupun saya tak boleh nak dapat strike.

Kadang-kadang mulut saya lepas.
Kadang-kadang saya tak boleh nak control kemarahanan.
Kadang-kadang saya ni menjengkelkan.
Kadang-kadang saya suka buli orang.
Kadang-kadang orang rasa macam nak lempang saya.

Tapi,

Bulan tetap maukan saya walaupun dia tau semua ciri-ciri di atas.

Title kami dah tak jadi teman tapi mesra bila,

Ada seseorang datang nak kenal saya dan family.
Orang tu datang time kenduri rumah abang.
Saya pulak boleh bantai tidur time kenduri sebab saya tak rasa berjumpa orang itu satu perkara yang penting.

Saya cerita kat Bulan.
Bukannya mengadu domba.
Just cerita suka-suka antara kawan dan kawan.

Kebetulan,
Malam tu dia telepon saya lebih lama dari biasa.
Saya pun agak pelik bin ajaib tapi saya layan macam biasa.

Sampailah satu tahap,
Mungkin hati dah takleh nak bendung., *aisehh..*
Dia bercakap secara direct apakah perasaan saya padanya.

Saya tanya dia balik,
Apakah perasaan dia pada saya.
Dia balas dan balas dan balas dengan jawapan yang positif.

Saya pun balas dan balas dengan jawapan positif.
Dan kemudian dia cakap terima kasih menerima dia.

Saya lagi tahap hairan bin pelik.
Apakah itu tandanya kami sudah confirm menjadi kekasih?
Tapi saya biarkan tanda-tanya itu sampai sekarang.
Kalau saya ungkitkan balik cerita tu,
Dia akan merah muka dan tukar topik lain.

Saya naif mende-mende cenggini,
Jadi saya biarkan saja perkara itu berlalu.

Dan kerana itu saya tak pernah sedar bila masa kami istihar kami adalah pasangan kekasih.
Dan sebab itu jugak saya tak pernah ingat tarikh kami menjadi lebih rapat dari biasa.

Yang saya tau,
Perasaan saya sudah lain dari biasa.
Tapi bukan hati berdebar bila jumpa dia.
Bukan mata malu-malu nak pandang janggutnya.

Cuma saya rasa ada keselesaan di situ.
Ya, di situ.
Di ruang hati saya ada sudut selesa untuk dia.

Dan dia mulakan dengan satu ayat,

"Saya dah start menanam benih. Benih ni akan membesar kalau kita jaga dengan baik. Jagalah benih ni baik-baik sampai dia berjaya menjadi pokok"

Dan mulai dari hari itu,
Setiap bulan saya akan bertanya,

Tahap mana besar benih kita?

Dan dia balas.....

Tuesday, May 18, 2010

Cerita Bulan Bintang 1

Daisypath Wedding tickers

Memandangkan saya dan Bulan akan bekerjasama mulai World Cup 2010 sampai akhir hayat, (InsyaAllah)
Saya nak letak cerita-cerita kat entry blog ni berkisar tentang saya dan dia dan apa-apa yang berkaitan yang saya rasa nak letak dan yang lebih tepat,
"sukati aku le nak cerita ape pun..blog aku..blog aku jua..bukan blog kamu, kamu dan kamu"

Saya mau jadi satu peringatan untuk saya bila mana bergaduh dengan Sang Bulan,
Bila baca sini,
Mungkin saya boleh ketawa sinis dan kembali gelak-gelak macam biasa.
Kalaulah blogspot tak tutup servernya.
Sebab saya muktamad,
Saya takkan berpindah atau tutup blog ini selagi ada hayat saya dan server. (InsyaAllah)

Sebagaimana saya mahu maintainkan blog ini,
Sebagaimana itulah saya mahu jaga perhubungan saya dan Bulan.

Permulaan di tempat Bowling,
Detik pertama bersua.
Saya letakkan tanda sempadan.
Saya dan dia takkan bersama.
Kami hanya kawan sampai bila-bila.
Sebab dia abang kawan saya.
Lagipun saya pernah tau kisahnya edisi 17 tahun yang dulu.
Tak mungkin saya nak cerita kat mak balik,
Dia yang saya pernah bercerita dengan mak 17 tahun dulu,
Akan jadi peneman hidup saya.
Histeriaa..

Kali ke-2,
Yang ini memang di atur.
Dia semangat datang putrajaya nak tengok bunga api bersama saya dan rakan.
Dia dah sesat barat tapi degil nak tunjuk aksi hero Kg Ampang.
Saya biarkan aje.
Nak tengok tahap mana degil taknak mintak tolong.
Tapi dia berjaya jugak jumpa jalan ke rumah.

Kawan : Hensem tak?
Saya : Erm..ko tengok le nanti. Tapi bagi aku tak hensem. *saya jujur..hikss*

Dia datang dengan muka penuh jambang-hero-tamil.

Kawan : Lorrr...boleh tahan ar.
Saya : Erk..ye ke..ntah, aku rasa tak.

Kami tengok bunga api bersama.
Mungkin masa tu ada memercik-mercik bunga dalam hati.
Tapi tengok muka jambang-hero-tamil aka abang kawan sendiri.
Oh tidak.
Dia bukan orang yang sesuai.

Kami masih berkawan macam biasa.
Saya tak letakkan apa-apa pengharapan.
Cumanya kalau ada orang lain nak masuk jarum,

Saya : Maaf, saya tengah kenal hati budi seseorang. Sila cari lain orang.
Yang lain : Pasti ke seseorang tu pun ada perasaan yang sama.
Saya : Tak. Tapi kalau dia jodoh saya, kami bersama. Kalau tak, dia kawan saya.

Dengan ayat lainnya,
Saya malas nak serabutkan otak nak pikir pasal lelaki.
Saya memang nekad,
Sape pinang saya dulu,
Dialah jodoh saya.
Dia hanya sebagai perisai untuk saya mengelak mengenal lelaki lain.

Pertemuan ke-3 pun di atur jugak.
Tempat paling strategik,
Zoo Negara.

Di sinilah saya nampak dia orang yang pandai mengenal binatang.
Banyak tengok dokumentari.
Rancangan yang saya paling menyampah nak tengok.
Tapi dia suka.
Dia berjaya membuat kawan saya rasa dia pakar binatang.

Dulu saya pergi Zoo tanpa ada pengetahuan.
Tapi bila ada library bergerak time jenjalan kat Zoo.
Saya rasa macam pergi zoo itu satu nikmat.

Mungkin di sinilah hati saya terbukak 2 cm.

Tapi sebabkan dia dah cakap kat saya awal-awal,
"Kalau awak jumpa dengan orang yang lagi baik, pergi le kat orang tu. "
Saya amik hintnya sebagai,
"Sila anggap kita hanya teman biasa, tak lebih dan tak kurang."

Jadi perhubungan selepas itu hanya biasa-biasa.
Walaupun dia berikan ayat bunga-bunga cinta,
Saya anggap itu macam pemanis kat telinga supaya saya tak leka dan alpa.

Sampailah satu tahap,

Bersambung....

Kami menuju satu misi

Wednesday, May 12, 2010

Lelaki Selalunya Begitu

Daisypath Wedding tickers

Hari ahad yang lepas,
Saya dengan bulan berjalan kat loken. (Pasar Siang hari Ahad untuk orang Ipoh)

Saya sebenarnya bukanlah nak jalan sangat.
Saya lebih pada nak breakfast. *Nampak macam kuat makankah diriku ini?*
Tapi Bulan yang beriye-iye nak jalan kat situ.
Demi mengisi masa lapang.

Saya memang kurang gemar pada tempat yang penuh orang.
Dan saya jugak kurang gemar kalo takat nak cuci mata tengok barang.
Kalau betul-betul ada barang nak beli,
Baru boleh berjalan-jalan tempat cenggitu.

Tapi kaki ni tetap ikut Bulan dari belakang.
Belajar ikut cakap. *Hiks..*

Jalan punya jalan,
Lalu tempat orang jual barang letrik.
Ada satu gitar warna hijau yang agak cun.

Saya tanya bulan;

"Yang, awak perasan tak, sejak kita dah tunang, awak dah takde nak main gitar kat telepon"

"Ntah mana gitar saya pergi"

"Erm, sebelum bertunang; main gitar sampai pagi tepi telepon. Dah tunang; ntah mana gitar pergi. Kahwin nanti; awak main le sendiri gitar tu."

"Itu time nak menekel"

"Huhh..laki selalu camni."

Bulan buat-buat tak dengar dan bergerak ke depan tengok benda mistik plak.

Ceh, dasar lelaki.

:P..


Tuesday, May 11, 2010

Saya memang ada sifat baran terpendam - Pengakuan ikhlas

Daisypath Wedding tickers

Hari ni memang hari baran saya.
Semua mende buat saya rasa macam nak makan orang.
Tapi saya masih boleh bersabar bila user asyik call-call,
Tanya itu-ini,
Walaupun tanya mende-mende bodoh yang memang diorang dah tau lama dah.

Takpe,
Sabar..sabar.

Tapi kesabaran jadi hilang bila orang CIMB buat hal dengan saya.
Punya le lama saya dah buat sume mende alah yang diorang suruh,
Sampai sekarang takde feedback.

Dan tetiba tadi diorang call.
Tapi bukan nak menyelesaikan,
Nak menambahkan lagi baran tahap dewa.

Boleh dia cakap diorang tak pernah dapat surat yang saya fax.

Takpe,takpe,

Saya masih boleh bersabar.
Saya fax balik.
Nani (Orang CIMB) cakap,
Kalau saya dah fax,
Call dia balik.

Saya bukan je tak dapat nak fax dari kul 11 pagi sampai 3 petang sebab line fax memanjang bertunang,
Call balik cik Nani ni pun haram nak angkat.

Akhirnya,
Kul 4 baru dapat fax dan terus bergegas nak call cik Nani.

Jawapan yang sama.
Tiada siapa yang mengangkat talian sampai kul 4.30.

Cik Nani,
Awak betul-betul buat sabar saya hilang.

Saya call Call-Centre CIMB.
Dan akhirnya,
Tak pasal-pasal yang berurusan dengan saya kena marah dengan orang yang tengah baran-cuba-jugak-bersabar.
Dia janji dia akan selesaikan urusan saya dengan segera.

Dia akan suruh Cik Nani call saya balik.

Saya cakap,
Saya nak dalam masa yang pantas.
BESOK!!!.

Saya mintak email sape-sape yang terlibat.
Confirm haram dia tak bagikan.

Kalau besok masih cerita sama,
Saya nak wat surat complaint.

Lepas letak telepon,
Ada suara-suara,

"Tak baik Zura. Dah nak kahwin tak elok marah-marah"
"Sabar zura..sabar"

sorang lagi menambah,

"Kalau tunang ko tengok ko cenggini harus dia takut nak kahwin dengan ko"

Saya;

Cuba tersenyum kembali,
Sebab senyum itu penawar duka.
Dan awet muda.

:D..

Monday, May 10, 2010

Mengemas Lokasi World Cup

Daisypath Wedding tickers

Semalam balik Ipoh untuk sesi mengemas rumah.
Nak dekat-dekat World Cup ni,
Mak sudah keluarkan arahan,
Anak-anak mesti balik gak gotong royong kemaskan rumah.
Dan saya mesti balik tetiap minggu untuk pastikan rumah bersih dan kemas menjelang World Cup.

Habis Majalah Remaja yang saya simpan dari zaman Matrix,
Gila-Gila, Ujang, Doraemon, Raja Rimba, Alam Perwira dll dari zaman Matrix,
Semuanya dah selamat masuk tempat nak di jual.

Minggu depan sesi tempah bunga untuk bilik World Cup.
Oh, duit melayang lagi.
:(..

Saya ada sebulan lagi untuk World Cup,
Tapi nape setakat ni perasaan saya biasa-biasa je ek?
Akan jadi getaran nervous sementara kalau orang tanya-tanya banyak kali,
Tapi lepas tu dah tak rasa paper.

Lagi nervous bila Bulan tanya,
"Awak nak kahwin dengan saya tak?"

Saya jawap,
"Erm, nanti saya pikirkan."
Atau,
"Taknak!"
Atau,
"Eh, kita dah nak kahwin ke?"

Dan dia akan buat-buat macam nak-cubit-tapi-tak-sampai-hati.
Betulkah?hermm...

Tapi dalam takde perasaan,
Bila masuk website FIFA,
Saya tengok FIFA countdown.

Terima kasih FIFA.
Tak payah saya susah-susah nak kira lagi berapa hari, berapa jam dan berapa saat.

FIFA punya website untuk kakibola buat rujukan. Tak kaki pun boleh klik takde sapa nak marah.