Badan sakit-sakit.
Tangan lenguh-lenguh.
Kaki kejang-kejang.
Urat tegang-tegang.
Ini pengalaman pertama turun padang untuk latihan sukan staff di opis saya. Setelah berminggu-minggu, buat pertama kalinya saya rasmikan baju t-shirt saya yang sentiasa terlipat elok di dalam bonet kereta. Dengan keazaman, dengan harapan saya bakal menggantikan pemain badminton Malaysia.
Sorakan dari 3 orang kawan ditambah dgn 2 orang yang sedang berlatih buat saya terbuai-buai. Ya, aku mesti menang. Tak sampai 30 minit, badan sudah kejang. Ah,saya ini orang tua berumur 20-an agaknye.Opss,45 minit kemudian sudah tidak mampu. Hohoho, jadi saya membatalkan hasrat mau menjadi pemain badminton Malaysia. Cukup sahaja menjadi penyorak yang bersorak di depan TV jika Malaysia masuk Final dan hilang semangat terus jika Malaysia kalah dengan mudah seperti ada rasuah di tengah-tengah.
Moral cerita saya, jika mau bersukan, Jangan Lupa Panaskan Badan kalau takmau datang opis terhencot-hencot.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment