Saya mau beritau saya balik kg hari ni. Saya gembira tapi gembira dalam sedih. Gembira boleh jumpe family, lotter,once n onah. Sedih mau ziarah kubur Buk. Takde tabur-tabur bunga. Cuma melawat sahaja.
Tapi dalam dua perasaan, ada tambahan perasaan lain. Perasaan bimbang dan malas. Bimbang dileter. Malas dileter.
Mak call kelmarin untuk mengesahkan yang abah sudah mendapat surat saman. Bukan surat saman angkara abah. Surat saman angkara saya yang menggunakan nama abah untuk kereta saya.
Kenapa nama abah?Sebab saya tidak berduit semasa sedang belajar. Oh, malangnya menjadi orang tidak berduit. Nama sahaja pun orang tidak terima.
Jika diberi pilihan mau balik atau tidak, saya pilih tidak balik supaya keadaan sudah sejuk, tenteram dan aman. Keputusan sudah dibuat, saya perlu balik untuk mengelakkan pembaziran tiket bas yang sudah dibeli.
Tak sabarnye nak balik.
Tak sabarnye nak kene marah.
Tak sabarnye nak kene kuar duit. *SIGH*
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment