Aktiviti ada macam-macam sepanjang sebelum puasa menjelang. Saya sudah taipkan entry yang berjela dan akhirnya saya kecewa, saya tidak save entry itu kerana balik dalam keadaan tergesa-gesa. Cukup saya katakan, saya ada Games Carnival di opis dan menang dua medal, Perak dan Gangsa. Perak untuk badminton dan Gangsa untuk netball. Heh, sape kata orang "comel" tidak boleh bermain badminton?
Selepas sukan-sukan, ada makan-makan. Bukan soal makan-makan saya mau cerita. Saya mau cerita tentang kemanusiaan.
Untuk urusan yang kunun atas dasar hiburan, diadakan BIg SplasH iaitu melontar team yang kalah ke dalam swimming pool. Tetapi keputusan belum sepenuhnya diketahui kerana kesuntukan masa lalu kerana mau jugak adakan BiG SpLash, Yang jadi mangsa salah sorg dari boss saya yang kebetulan birthdaynya 23Hb SePtember. Siapa lagi ek yang birthday 23hb September?*wink..wink*.
Kerana mau jugak lagi bersorak sarai dan setan jugak bergembira same kerana ramainya manusia disaat maghrib dah tiba, Mem Besar saya mau salah seorang dari opismate yang bersize besar dilontarkan jugak. Mungkin lebih menyenangkan untuk melihat saiz badan orang dijadikan bahan lawak.
Kesian dia. Kesiannya dia yang bersaiz besar sedangkan dia tidak pernah diminta dijadikan saiz begitu. Dia ditolak ke dalam air dan kedeburrrrr..
Saya dan rakan tidak mau melihat lagi aksi seterusnya kerana saya kecewa begini rupanya orang yang bijak pandai menilai orang. Dari apa yang saya dengar, semuanya kalut kerana si dia yang dilontar tidak pandai berenang. Terkapai-kapai di dalam air, mungkin jugak kerana panik menjadi tontonan ramai atau masalah tidak dapat menimbulkan diri, dia hampir lemas di dalam air.
4 orang menyelamatkannya kerana pelampung yang diberi tidak dapat dimasukkan ke dalam badannya.
Syukur, dia selamat. Jika terjadi apa-apa padanya, saya suka sekali jika orang-orang yang terlibat disaman.
Saya bukan tergolong dalam golongan yang baik-baik yang cukup menjaga budi pekerti. Cuma hati saya tersentuh bila isu saiz badan dijadikan bahan lawak di depan khayalak ramai. Cukup-cukup le Senario dengan lawaknya. Janganlah kita jugak mau terikut dengan lawak Senario.
Nota: Saya tidak sebaik mana cuma mau mengingatkan diri senirik dan jugak semua orang, Jangan Hina Kurniaan Tuhan
SELAMAT BERPUASA..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment