Semalam saya mc. Terima kasih kepada orang itu kerana saya telah menyusahkan dia. Sakit semalam tidaklah terlalu menyakitkan walau seharian saya hanya terbaring dan berbaring sahaja. Saya lebih sakit hati mendengar luahan rasa kawan. Kawan, maafkan saya kerana paparkan cerita anda di sini.
Aliya *bukan nama sebenar* tidak pernah bercinta maupun berkasih. Hidupnya hanya famili dan kawan-kawan. Hidup bertukar ganti. Ayah aliya sakit tetapi dalam masa yang sama datang seorang yang mungkin boleh dipanggil prince charming pada masa itu. Datang menghulurkan kasih kerana dia sendiri terlalu pemalu mau mengejar kekasih.
Ayah Aliya bahagia. Janji dimeterai. Aliya tidak mau menghampakan semua pihak, sudi menerima lamaran kasih. Dan 2 hari selepas itu, ayah Aliya pulang ke rahmatullah dengan aman kerana anak bongsunya sudah ada yang mau menjaga.
Masa tidak pernah menipu. Lelaki yang kununnya pemalu mau mengejar kekasih sudah pandai berdalih. Aliya gelisah. Janji sudah semakin hampir, prince charming lansung diam membisu. Aliya nekad. Hilang malu sebagai perempuan timur. Aliya mau keputusan muktamad. Kasih mau diteruskan atau tidak.
Prince Charming menghantar wakil. Dia tidak betah urusan jodoh diserahkan pada famili. Pilihannya biarlah datang dari diri sendiri. Itu cakap yang sekarang. Cakap yang dulu, segalanya diserahkan kepada keluarga. Muktamad, janji tinggal janji dan lelaki itu sudah saya cop sebagai lelaki yang dungu. Kerana Aliya itu kawan saya. Kesedihan Aliya juga kesedihan saya.
"Wahai lelaki yang dungu, berbahagialah anda sekarang kerana menghancurkan harapan yang anda bina dengan seseorang yang sudah mengharap. Langit tidak selalu cerah dan dunia ini sentiasa berputar. Jika suatu hari anda juga ditimpa keadaan yang sama, pandanglah ke belakang untuk lihat bagaimana orang yang mengharap menghadapinya."
Emosi saya sekarang tidak stabil. Lelaki yang baik-baik juga bujang sila munculkan diri sebelum saya anggap lelaki-lelaki ini sudah pupus di dunia.
Nota: Biar dikecewakan dari mengecewakan.
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
No comments:
Post a Comment