Wednesday, September 20, 2006

Amanat

Memandu 12 malam semalam sangat meresahkan saya. Mata melilalu-lilau. Cermin kereta disengetkan sedikit biar tidak nampak keadaan di belakang. Hanya perlu menggunakan cermin sisi sahaja. (Saya terlalu byk nonton cerita seram yang "sesuatu" muncul di tempat duduk belakang). Selalu tak begini. Tak percaya boleh tanya pada kwn baik sy, Nur Ilham. *bukan nama sebenar*.

Saya jadi begini kerana amanat. Amanat dari seorang ibu. Saya mau senaraikan amanat emak dan abah. Sila lihat yang mana sering menyampaikan amanat.


Amanat Emak

  • Jaga sembahyang
  • Jangan lewatkan sembahyang
  • Jangan balik malam sangat, paling lewat pukul 11 malam.
  • 11 malam ke atas balik berteman, itupun atas alasan-alasan yang boleh diterima akal.
  • Jaga masa.
  • Jaga bilik tidur.
  • Tolong orang selalu.
  • Jangan main-mainkan orang.
  • Jangan kecewakan orang.
  • Jangan bawak kereta laju.
  • Jangan langgar peraturan jalan raya.
  • Jangan membazir.
  • Berdoa selalu.
  • Sucikan hati.
Banyak lagi sebenarnye. Cukup-cukup le dilampirkan kat sini.

Amanat Abah

  • Jaga sembahyang
  • Jangan lewatkan sembahyang.
  • Jangan bawak kereta laju.
  • Check selalu kereta.
  • Check tayar kereta.
  • Bawak kad insurans mana-mana saja pergi.
  • Isi minyak jangan lupa kad Real Reward
  • Cuci kereta selalu.
  • Peka bila kereta mau diservis.
Ini perbezaan amanat mak dan abah. Mak berbentuk kehidupan dan abah berupa harta mende yakni sebuah kereta yang saya hanya tahu memandu tetapi buntu bila sudah tidak berfungsi.
Amanat yang saling imbang mengimbang.


Nota: Bukankah Tuhan itu Maha Kuasa. Dijadikan manusia berpasangan untuk lengkap melengkapi kekurangan masing-masing. Terimalah pasanganmu seadanya seandai dia juga menerima dirimu seadanya.

No comments: