Anak sedare kuat main taktik.
Abahnye merujuk abang saya menyorokkan cd-cd power rangersnya di atas almari.
Kedudukan yang paling tinggi.
Jika dia ingin mengambil kerusi untuk memanjat pun dia tidak akan sampai kerana usianya baru 3 tahun.
Saya pasangkan cd transformers untuk dia.
Kemudian saya baring-baring di ruang tamu sambil menonton pride.
Anak sedare: Maksyu..maksyu, cd rosak.
Saya bangun untuk melihat.
Cd masih elok.
Anak sedare: Maksyu, cd rosak. Maksyu tgk cd kat sinie. * tunjuk atas almari*
Itu tandanya dia mau saya ambilkan cd folder dan beri dia lihat cd apa yang abahnya nyurukkan.
Saya senyum-senyum dan baring di ruang tamu.
5 minit kemudian.
Anak sedare: Maksyu, maksyu, cd rosak.
Maksyu : Maksyu x larat bangun le..
Anak sedare: Jom le..jom tgk..
Maksyu : Akmal tarik maksyu
Anak sedare : Iskkk..isk..barat...*berat*
Maksyu : Akmal dukung maksyu cepat..
Anak sedare peluk dan tarik dgn muke bersungguh-sungguh.
Saya gelak-gelak sambil amik bantal kusyen letak atas kepala.
Anak sedare tarik kaki saya plak.
Saya gelak lagi.
Anak sedare amik buku latihan upsr dan ugut mau baling pada saya.
Saya : Baling le..
Anak sedare baling betul-betul tapi tak sampai sebab buku basah.
Kesian, dia hampa.
Lantas give-up masuk bilik.
Saya sambung tgk vcd Pride.
Sambil gelak-gelak.
Nota: Akmal, Maksyu nakal ek. Babap maksyu..hiks..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment