Dulu saya dan dia sering berbicara. Senang mendengar segala permasalahannya. Tidak pernah wujud prasangka. Sentiasa percaya apa yang dia bicara. Sedia menjadi penasihatnya.
Tiba masa, dia mahu lebih dari kawan. Saya terkasima. Mana mungkin menjadi begini kerana saya sentiasa berjaga-jaga. Perbincangan tidak pernah lebih dari isu semasa hingga kepada kekeluargaan. Tiada perbincangan antara dua hati. Tidak pernah sama sekali. Jika ada, hanya dia yang berbicara tentang kekasih hatinya yang sudah berpaling tadah. Dan saya sebagai pendengar yang setia yang sudi menadah telinga.
Saya berterus-terang, saya belum bersedia.
Dia, menerima dengan hati terbuka.
Kami masih berkawan.
Dia masih orang yang sama yang tidak jemu-jemu bercerita.
Dan saya orang yang sama yang setia mendengar.
Dunia ini tidak cukup luas. Saya bertemu dengan bekas kekasih hatinya dengan cara yang tidak disengajakan. Segala-galanya sudah terbongkar.
Kekasih hatinya tidak pernah berpaling tadah.Hanya dia yang berpaling entah berapa kalinya.
Kepercayaan saya dikhianati. Terasa betapa sia-sia saya mengorbankan masa tidur saya hanya mau mendengar permasalahannya. *Saya suka tidur*.
Dia sudah tau kebenaran sudah terbuka. Benang yang basah mau ditegangkan.
Saya tidak peduli. Dia berang dan akui segala apa yang dia luahkan hanya pembohongan tetapi dia tidak berdusta yang sayalah kawannya dunia akhirat.
Hanya dua ayat dari saya.
"Saya tidak percayakan awak lagi. Setakat ini sahaja kita berkawan"
Dan kisah itu tamat kerana yang seorang itu terlalu sakit hatinya kerana terlalu percaya hingga hatinya tidak boleh menerima sebarang pengkhianatan.
Nota: Percaya hanya 60%, dan tinggalkan 30%, selebihnya biarkan yang mana lebih cenderung.
Cerita ini adalah rekaan dari tuan blog kerana penat memerah idea untuk entry yang baru.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment