Bolehkah saya lepas geram disini?
Tidakkah nanti ada yang terasa?
Bolehkah saya pendam sahaja?
Jawapan: *senirik tanye senirik jwb*
1)BOLEH
2)PEDULIK
3)JANGAN
1) Saya tiada peminat, sila jangan bercerita dengan saya anda diminati orang ini dan orang itu selagi anda tidak mempunyai perasaan apa-apa terhadap orang yang meminati kerana prasangka saya yang jahat memberitahu anda hanya mau membangga diri dan anda jenis yang suka mempermainkan perasaan orang. Sila jangan biarkan prasangka jahat ini menghantui diri saya hingga membuatkan lama-kelamaan saya jadi muak dengan anda dan cuba menjauhkan diri dari anda. Anda boleh menganggap saya cemburukan anda yang mempunyai ramai peminat berbanding saya yang tiada siapa-siapa. Dan saya rela dari saya mempunyai tanggapan buruk kepada anda.
2) Sila jangan ingat saya ini tidak mempunyai perasaan. Sila jangan ingat saya ini batu. Walaupun saya tidak berkata apa-apa mau pun membalas balik apa yang anda perkatakan tentang saya tetapi hati saya sangat terhiris. Cuma saya lebih senang mendiamkan diri dan ralit menonton televisyen walaupun pandangan saya tembus. Saya tidak pikir saya selalunya betul cuma saya mau mengutarakan pendapat saya. Setiap orang berbeza pendapat dan saya tidak memaksa anda setuju dengan apa yang saya utarakan. Walaupun badan saya seperti kanak-kanak tetapi tidak perlulah mengatakan saya seperti kanak-kanak dengan nada yang jelik. Saya sangat benci melihat muka anda pada masa itu.
3) Saya : Jangan lupakan saya ye..
Anda: Awak siapa?
Walaupun ayat selepas itu sepertinya ayat yang pertama itu bermaksud main-main tapi saya tidak percaya pada baris ayat yang pertama. Yang saya yakin ayat selepas itu dibuat kerana ingin mengcover ayat yang pertama. Dan ayat yang pertama itu sangat menyentap hati saya walaupun hanya 2 perkataan. Masih tergiang-giang di telinga saya hingga buat saya sedar siapa saya pada anda. Saya mintak maap terlebih dahulu jika selepas ini saya mula menyakitkan hati anda jika ayat ini masih tergiang-giang di telinga saya. Sila jauhkan diri anda daripada saya untuk seketika jika tidak mau saya mengeluarkan kata-kata pedas untuk anda. (Saya ini orang yang berdendam)
Saya sudah rasa lega.
Mau minum air sebentar.
Saya ambil pesanan kawan saya.
"Jika dia tidak mau menjaga perasaan anda, kenapa perlu anda jaga perasaannya"
Dan ini yang sedang saya lakukan. *Tumbuh Tanduk*
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment