Friday, September 29, 2006

Yang Saya Suka di Bulan Ramadhan

Saya sedang berpoye-poye sementara menunggu kerja masuk. Mau menyudahkan entry orang yang mengetag saya. Boleh diguna tak perkataan begitu? *Maaf DBP*

Apa Yang Saya Suka Bila Ramadhan?

  • Saya suka korek hidung.
  • Saya suka muntah.
  • Saya jadi pelupa, tiba-tiba biskut dah dlm mulut.
Tipu-tipu. Sumpah saya tak buat macam tu. *sengeh*
  • Saya suka bila ramadhan, semangat mau habiskan quran 30 juzuk.
  • Tiba-tiba saya jadi aktif di dapur.
  • Rajin bukak radio RTM xpun TV1.
  • Dengar Iklan Pak Mat Songkok.(kalo kt ipoh)
  • Saya suka bazaar Ramadhan, tapi tak suke kalo terlampau ramai. (saya tidak gemar tempat yang terlalu ramai org.)
  • Dapat jimat duit...lalalala..
  • Yang penting, ini bulan Ibadat, semoga saya dapat beribadat dengan tekun dan jayanya. yeahhhh..
Nota: Selamat Berbuka dan Selamat Bersahur.

Saya Minta Maaf

Sebelum saya kesuntukan masa. Sebelum saya dihambat kerja, baik kiranya pagi yang hening ini saya menggunakan medium blog untuk pohon kemaafan dari seseorang.

"Saya mintak maaf berbanyak-banyak maaf. Saya sendiri tidak sangka untuk semalam saya dibebani kerja yang membuatkan saya terpaksa pulang untuk waktu yang tidak sepatutnya. Tidak perlu saya nyatakan lagi sebab-sebab yang seterusnya kerana sebarang sebab mungkin dikira alasan yang sengaja saya reka walaupun bukan rekaan semata-mata.

Matlamatnya di sini, maafkanlah saya. Memang saya yang bersalah. Bukan bola itu yang salah. *sila tonton Gol n Gincu*. Jika tidak cukup dengan kemaafan itu, sila dengar saya menyanyi ek. Saya mau menyanyi semalam tapi lihat muka yang masam dan kelat buat saya menyimpan suara, bimbang sedang menyanyi saya disergah dan hujan pun turun dengan lebatnya. Eh, saya mau menyanyi ni.
1
2
3

Maafkan saya..jeng..jeng..jeng..
Maafkan saya..jeng..jeng..jeng..
Maafkan saya..maafkan saya..

Nota: Semoga dimaafkan..{pray}

Wednesday, September 27, 2006

Cerita Kawan

Semalam saya mc. Terima kasih kepada orang itu kerana saya telah menyusahkan dia. Sakit semalam tidaklah terlalu menyakitkan walau seharian saya hanya terbaring dan berbaring sahaja. Saya lebih sakit hati mendengar luahan rasa kawan. Kawan, maafkan saya kerana paparkan cerita anda di sini.

Aliya *bukan nama sebenar* tidak pernah bercinta maupun berkasih. Hidupnya hanya famili dan kawan-kawan. Hidup bertukar ganti. Ayah aliya sakit tetapi dalam masa yang sama datang seorang yang mungkin boleh dipanggil prince charming pada masa itu. Datang menghulurkan kasih kerana dia sendiri terlalu pemalu mau mengejar kekasih.

Ayah Aliya bahagia. Janji dimeterai. Aliya tidak mau menghampakan semua pihak, sudi menerima lamaran kasih. Dan 2 hari selepas itu, ayah Aliya pulang ke rahmatullah dengan aman kerana anak bongsunya sudah ada yang mau menjaga.

Masa tidak pernah menipu. Lelaki yang kununnya pemalu mau mengejar kekasih sudah pandai berdalih. Aliya gelisah. Janji sudah semakin hampir, prince charming lansung diam membisu. Aliya nekad. Hilang malu sebagai perempuan timur. Aliya mau keputusan muktamad. Kasih mau diteruskan atau tidak.

Prince Charming menghantar wakil. Dia tidak betah urusan jodoh diserahkan pada famili. Pilihannya biarlah datang dari diri sendiri. Itu cakap yang sekarang. Cakap yang dulu, segalanya diserahkan kepada keluarga. Muktamad, janji tinggal janji dan lelaki itu sudah saya cop sebagai lelaki yang dungu. Kerana Aliya itu kawan saya. Kesedihan Aliya juga kesedihan saya.

"Wahai lelaki yang dungu, berbahagialah anda sekarang kerana menghancurkan harapan yang anda bina dengan seseorang yang sudah mengharap. Langit tidak selalu cerah dan dunia ini sentiasa berputar. Jika suatu hari anda juga ditimpa keadaan yang sama, pandanglah ke belakang untuk lihat bagaimana orang yang mengharap menghadapinya."

Emosi saya sekarang tidak stabil. Lelaki yang baik-baik juga bujang sila munculkan diri sebelum saya anggap lelaki-lelaki ini sudah pupus di dunia.

Nota: Biar dikecewakan dari mengecewakan.

Monday, September 25, 2006

Pengajaran Hari Ini

Aktiviti ada macam-macam sepanjang sebelum puasa menjelang. Saya sudah taipkan entry yang berjela dan akhirnya saya kecewa, saya tidak save entry itu kerana balik dalam keadaan tergesa-gesa. Cukup saya katakan, saya ada Games Carnival di opis dan menang dua medal, Perak dan Gangsa. Perak untuk badminton dan Gangsa untuk netball. Heh, sape kata orang "comel" tidak boleh bermain badminton?

Selepas sukan-sukan, ada makan-makan. Bukan soal makan-makan saya mau cerita. Saya mau cerita tentang kemanusiaan.
Untuk urusan yang kunun atas dasar hiburan, diadakan BIg SplasH iaitu melontar team yang kalah ke dalam swimming pool. Tetapi keputusan belum sepenuhnya diketahui kerana kesuntukan masa lalu kerana mau jugak adakan BiG SpLash, Yang jadi mangsa salah sorg dari boss saya yang kebetulan birthdaynya 23Hb SePtember. Siapa lagi ek yang birthday 23hb September?*wink..wink*.
Kerana mau jugak lagi bersorak sarai dan setan jugak bergembira same kerana ramainya manusia disaat maghrib dah tiba, Mem Besar saya mau salah seorang dari opismate yang bersize besar dilontarkan jugak. Mungkin lebih menyenangkan untuk melihat saiz badan orang dijadikan bahan lawak.
Kesian dia. Kesiannya dia yang bersaiz besar sedangkan dia tidak pernah diminta dijadikan saiz begitu. Dia ditolak ke dalam air dan kedeburrrrr..
Saya dan rakan tidak mau melihat lagi aksi seterusnya kerana saya kecewa begini rupanya orang yang bijak pandai menilai orang. Dari apa yang saya dengar, semuanya kalut kerana si dia yang dilontar tidak pandai berenang. Terkapai-kapai di dalam air, mungkin jugak kerana panik menjadi tontonan ramai atau masalah tidak dapat menimbulkan diri, dia hampir lemas di dalam air.
4 orang menyelamatkannya kerana pelampung yang diberi tidak dapat dimasukkan ke dalam badannya.
Syukur, dia selamat. Jika terjadi apa-apa padanya, saya suka sekali jika orang-orang yang terlibat disaman.

Saya bukan tergolong dalam golongan yang baik-baik yang cukup menjaga budi pekerti. Cuma hati saya tersentuh bila isu saiz badan dijadikan bahan lawak di depan khayalak ramai. Cukup-cukup le Senario dengan lawaknya. Janganlah kita jugak mau terikut dengan lawak Senario.

Nota: Saya tidak sebaik mana cuma mau mengingatkan diri senirik dan jugak semua orang, Jangan Hina Kurniaan Tuhan

SELAMAT BERPUASA..

Wednesday, September 20, 2006

Amanat

Memandu 12 malam semalam sangat meresahkan saya. Mata melilalu-lilau. Cermin kereta disengetkan sedikit biar tidak nampak keadaan di belakang. Hanya perlu menggunakan cermin sisi sahaja. (Saya terlalu byk nonton cerita seram yang "sesuatu" muncul di tempat duduk belakang). Selalu tak begini. Tak percaya boleh tanya pada kwn baik sy, Nur Ilham. *bukan nama sebenar*.

Saya jadi begini kerana amanat. Amanat dari seorang ibu. Saya mau senaraikan amanat emak dan abah. Sila lihat yang mana sering menyampaikan amanat.


Amanat Emak

  • Jaga sembahyang
  • Jangan lewatkan sembahyang
  • Jangan balik malam sangat, paling lewat pukul 11 malam.
  • 11 malam ke atas balik berteman, itupun atas alasan-alasan yang boleh diterima akal.
  • Jaga masa.
  • Jaga bilik tidur.
  • Tolong orang selalu.
  • Jangan main-mainkan orang.
  • Jangan kecewakan orang.
  • Jangan bawak kereta laju.
  • Jangan langgar peraturan jalan raya.
  • Jangan membazir.
  • Berdoa selalu.
  • Sucikan hati.
Banyak lagi sebenarnye. Cukup-cukup le dilampirkan kat sini.

Amanat Abah

  • Jaga sembahyang
  • Jangan lewatkan sembahyang.
  • Jangan bawak kereta laju.
  • Check selalu kereta.
  • Check tayar kereta.
  • Bawak kad insurans mana-mana saja pergi.
  • Isi minyak jangan lupa kad Real Reward
  • Cuci kereta selalu.
  • Peka bila kereta mau diservis.
Ini perbezaan amanat mak dan abah. Mak berbentuk kehidupan dan abah berupa harta mende yakni sebuah kereta yang saya hanya tahu memandu tetapi buntu bila sudah tidak berfungsi.
Amanat yang saling imbang mengimbang.


Nota: Bukankah Tuhan itu Maha Kuasa. Dijadikan manusia berpasangan untuk lengkap melengkapi kekurangan masing-masing. Terimalah pasanganmu seadanya seandai dia juga menerima dirimu seadanya.

Tuesday, September 19, 2006

Boleh baca, Percaya jangan

Dulu saya dan dia sering berbicara. Senang mendengar segala permasalahannya. Tidak pernah wujud prasangka. Sentiasa percaya apa yang dia bicara. Sedia menjadi penasihatnya.
Tiba masa, dia mahu lebih dari kawan. Saya terkasima. Mana mungkin menjadi begini kerana saya sentiasa berjaga-jaga. Perbincangan tidak pernah lebih dari isu semasa hingga kepada kekeluargaan. Tiada perbincangan antara dua hati. Tidak pernah sama sekali. Jika ada, hanya dia yang berbicara tentang kekasih hatinya yang sudah berpaling tadah. Dan saya sebagai pendengar yang setia yang sudi menadah telinga.

Saya berterus-terang, saya belum bersedia.
Dia, menerima dengan hati terbuka.
Kami masih berkawan.
Dia masih orang yang sama yang tidak jemu-jemu bercerita.
Dan saya orang yang sama yang setia mendengar.

Dunia ini tidak cukup luas. Saya bertemu dengan bekas kekasih hatinya dengan cara yang tidak disengajakan. Segala-galanya sudah terbongkar.

Kekasih hatinya tidak pernah berpaling tadah.Hanya dia yang berpaling entah berapa kalinya.
Kepercayaan saya dikhianati. Terasa betapa sia-sia saya mengorbankan masa tidur saya hanya mau mendengar permasalahannya. *Saya suka tidur*.

Dia sudah tau kebenaran sudah terbuka. Benang yang basah mau ditegangkan.
Saya tidak peduli. Dia berang dan akui segala apa yang dia luahkan hanya pembohongan tetapi dia tidak berdusta yang sayalah kawannya dunia akhirat.

Hanya dua ayat dari saya.
"Saya tidak percayakan awak lagi. Setakat ini sahaja kita berkawan"

Dan kisah itu tamat kerana yang seorang itu terlalu sakit hatinya kerana terlalu percaya hingga hatinya tidak boleh menerima sebarang pengkhianatan.


Nota: Percaya hanya 60%, dan tinggalkan 30%, selebihnya biarkan yang mana lebih cenderung.

Cerita ini adalah rekaan dari tuan blog kerana penat memerah idea untuk entry yang baru.

Monday, September 18, 2006

Geram

Bolehkah saya lepas geram disini?
Tidakkah nanti ada yang terasa?
Bolehkah saya pendam sahaja?

Jawapan: *senirik tanye senirik jwb*
1)BOLEH
2)PEDULIK
3)JANGAN

1) Saya tiada peminat, sila jangan bercerita dengan saya anda diminati orang ini dan orang itu selagi anda tidak mempunyai perasaan apa-apa terhadap orang yang meminati kerana prasangka saya yang jahat memberitahu anda hanya mau membangga diri dan anda jenis yang suka mempermainkan perasaan orang. Sila jangan biarkan prasangka jahat ini menghantui diri saya hingga membuatkan lama-kelamaan saya jadi muak dengan anda dan cuba menjauhkan diri dari anda. Anda boleh menganggap saya cemburukan anda yang mempunyai ramai peminat berbanding saya yang tiada siapa-siapa. Dan saya rela dari saya mempunyai tanggapan buruk kepada anda.

2) Sila jangan ingat saya ini tidak mempunyai perasaan. Sila jangan ingat saya ini batu. Walaupun saya tidak berkata apa-apa mau pun membalas balik apa yang anda perkatakan tentang saya tetapi hati saya sangat terhiris. Cuma saya lebih senang mendiamkan diri dan ralit menonton televisyen walaupun pandangan saya tembus. Saya tidak pikir saya selalunya betul cuma saya mau mengutarakan pendapat saya. Setiap orang berbeza pendapat dan saya tidak memaksa anda setuju dengan apa yang saya utarakan. Walaupun badan saya seperti kanak-kanak tetapi tidak perlulah mengatakan saya seperti kanak-kanak dengan nada yang jelik. Saya sangat benci melihat muka anda pada masa itu.

3) Saya : Jangan lupakan saya ye..
Anda: Awak siapa?

Walaupun ayat selepas itu sepertinya ayat yang pertama itu bermaksud main-main tapi saya tidak percaya pada baris ayat yang pertama. Yang saya yakin ayat selepas itu dibuat kerana ingin mengcover ayat yang pertama. Dan ayat yang pertama itu sangat menyentap hati saya walaupun hanya 2 perkataan. Masih tergiang-giang di telinga saya hingga buat saya sedar siapa saya pada anda. Saya mintak maap terlebih dahulu jika selepas ini saya mula menyakitkan hati anda jika ayat ini masih tergiang-giang di telinga saya. Sila jauhkan diri anda daripada saya untuk seketika jika tidak mau saya mengeluarkan kata-kata pedas untuk anda. (Saya ini orang yang berdendam)


Saya sudah rasa lega.
Mau minum air sebentar.
Saya ambil pesanan kawan saya.
"Jika dia tidak mau menjaga perasaan anda, kenapa perlu anda jaga perasaannya"

Dan ini yang sedang saya lakukan. *Tumbuh Tanduk*

Sunday, September 17, 2006

Ahad

Dalam seminggu, hanya ada 2 hari untuk saya berpoya-poya.
Dalam seminggu, hanya ada 5 hari untuk saya bekerja.
Untuk 2 hari yang sangat bernilai, saya mau gunakan dengan sebaik-baiknya.
Bila sampai masanya, kenapa saya lepaskan peluang yang datang?

Saya kesal saya masih belum mau tidur.
Esok sudah hari Ahad.
Eh,bukan..hari ni saja sudah Ahad.
Ini saja masanya saya mau mengcover masa tidur saya.

Arghh, nensen mata ini degil.
Bukan mata degil, hati yang degil tidak mau lelapkan mata.
Saya tepuk-tepuk badan.
Saya belai-belai rambut dengan harapan mata saya akan terbuai hasil belaian senirik.

Taktik tidak menjadi.
Saya buhsan.
Saya bangkit, lalu bukak komputer dan terhasilah *saya lupa perlu double L atau satu L*
Entry ini.

Ada Band -Yang Terbaik Bagimu

Teringat masa kecilku
Kau peluk dan kau manja
Indahnya saat itu
Buatku melambung
Disisimu terngiang

Hangat nafas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi

Serta harapanmu
Kau ingin ku menjadi
Yang terbaik bagimu
Patuhi perintahmu
Jauhkan godaan

Yang mungkin kulakukan Dalam waktuku beranjak dewasa
Jangan sampai membuatku Terbelenggu jatuh dan terinjak
Reff : Tuhan tolonglah sampaikan Sejuta sayangku untuknya

Ku terus berjanji
Tak kan khianati pintanya
Ayah dengarlah betapa sesungguhnya

Ku mencintaimu
Kan ku buktikan ku mampu penuhi maumu
Andaikan detik itu
Kan bergulir kembali
Kurindukan suasana

Basuh jiwaku
Membahagiakan aku
Yang haus akan kasih dan sayangmu
Tuk wujudkan segala sesuatu
Yang pernah terlewati

Nota: Mekasih pada Mr. Emmett yang kasik dgr ini lagu kt blog beliau. Saya sudah jatuh cinta sama ini lagu n pusing-pusing ini lagu dekat 40x. Bersusah payah gie cari n download ini lagu.
*tepuk..tepuk tangan utk saya*
*Jangan susah-susah ar..i malu..(blushing)*

Friday, September 15, 2006

ID baru

Perkara ini sudah hampir sebulan. Saya patut beritahu sejak awal tp malangnya keadaan begitu dengkikan saya kerana bila saja saya hampir menyudahkan ayat, tiba-tiba internet down atau blackout atau server down. Saya berputus asa mau memberitahu keadaan sebenar. Biarlah saya dipersalahkan. Aku rela. *hiks..*

Tiba-tiba hari ini datang semangat baru. Semangat mau memberitahu perkara sebenar. Semangat seperti aura ina bekas tunang mawi yang mau mengimbas kenangan lama walaupun pihak lelaki sudah tidak ambil pusing.

Saya sudah tidak lagi menggunakan akaun kriesz_gti@yahoo.com.
Akaun itu sudah berkubur.
Saya tidak kuburkan dengan sengaja.
Yahoo yang sudah menamatkan tempoh penggunaan akaun itu dengan serta-merta.

Jika dilihat status YM saya yang menyatakan saya online, itu bukan kerana saya menipu.
Itu kerana saya sudah membina akaun baru iaitu kriesza@yahoo.com
Untuk orang-orang yang menyangka saya sudah mensetkan permanent offline untuk mereka, itu tidak benar sama sekali.
Sila add saya untuk kita bersembang kembali di dalam YM dengan ID baru saya yang lebih sugar bugar.

Nota : Jumpa di YM ek..

BALIK KG

Saya mau beritau saya balik kg hari ni. Saya gembira tapi gembira dalam sedih. Gembira boleh jumpe family, lotter,once n onah. Sedih mau ziarah kubur Buk. Takde tabur-tabur bunga. Cuma melawat sahaja.
Tapi dalam dua perasaan, ada tambahan perasaan lain. Perasaan bimbang dan malas. Bimbang dileter. Malas dileter.

Mak call kelmarin untuk mengesahkan yang abah sudah mendapat surat saman. Bukan surat saman angkara abah. Surat saman angkara saya yang menggunakan nama abah untuk kereta saya.

Kenapa nama abah?Sebab saya tidak berduit semasa sedang belajar. Oh, malangnya menjadi orang tidak berduit. Nama sahaja pun orang tidak terima.

Jika diberi pilihan mau balik atau tidak, saya pilih tidak balik supaya keadaan sudah sejuk, tenteram dan aman. Keputusan sudah dibuat, saya perlu balik untuk mengelakkan pembaziran tiket bas yang sudah dibeli.

Tak sabarnye nak balik.
Tak sabarnye nak kene marah.
Tak sabarnye nak kene kuar duit. *SIGH*

Wednesday, September 13, 2006

Sukan

Badan sakit-sakit.
Tangan lenguh-lenguh.
Kaki kejang-kejang.
Urat tegang-tegang.

Ini pengalaman pertama turun padang untuk latihan sukan staff di opis saya. Setelah berminggu-minggu, buat pertama kalinya saya rasmikan baju t-shirt saya yang sentiasa terlipat elok di dalam bonet kereta. Dengan keazaman, dengan harapan saya bakal menggantikan pemain badminton Malaysia.

Sorakan dari 3 orang kawan ditambah dgn 2 orang yang sedang berlatih buat saya terbuai-buai. Ya, aku mesti menang. Tak sampai 30 minit, badan sudah kejang. Ah,saya ini orang tua berumur 20-an agaknye.Opss,45 minit kemudian sudah tidak mampu. Hohoho, jadi saya membatalkan hasrat mau menjadi pemain badminton Malaysia. Cukup sahaja menjadi penyorak yang bersorak di depan TV jika Malaysia masuk Final dan hilang semangat terus jika Malaysia kalah dengan mudah seperti ada rasuah di tengah-tengah.

Moral cerita saya, jika mau bersukan, Jangan Lupa Panaskan Badan kalau takmau datang opis terhencot-hencot.

Tuesday, September 12, 2006

Tulang Rusuk

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

....Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

My Heart

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

Monday, September 11, 2006

Buk Dalam Kenangan (2004-2006)

Dia hadir semasa saya dalam kesedihan.
Dia tidak berputus asa mau mendekati saya.
Dia menebalkan muka berlegar di kaki saya.
Dia tidak kisah tidur di atas riba saya walaupun saya kisah.

Semakin lama dia makin diterima.
Kesedihan saya semakin lama semakin hilang disamping dia.
Dia penyeri semua orang.
Di mana ada orang berkumpul, disitu dia duduk sambil buat simpuhan manja.

Jika ada peribahasa, Kucing mana yang menolak ikan,
Untuk Buk saya, ia tidak sesuai.
Ikan boleh diletak diatas meja sesuka atie sbb Buk saya tidak akan mencuit ikan itu walaupun peluang datang bukan sekali.
Berkali-kali.

Buk hanya mengenal kereta kancil saya sahaja.
Kancil sampai, bukak pintu dan Buk akan terus melompat masuk ke dalam.
Petang-petang berjalan bersama Buk sangat membahagiakan.
Petang-petang berlari-lari bersama Buk sangat menyeronokkan.

Tidur bersama didalam satu selimut.
Makan lain-lain,saya di meja,
Buk di lantai.

Semua-semuanya tinggal kenangan.
Saya tiada gambar Buk,
Tapi ada video yang dirakam bersama Buk.
Saya ada gelang kaki yang diputuskan Buk.
Sekurang-kurangnya, DNA air liur Buk ada pada gelang kaki.

Buk dah takde. *waa..nangeh..nangeh*
Siap le ko anjing liar.
Saya duduk tepi jalan, saya baling dengan batu.

Eh, xnak.
Saya bawak kereta,
nampak anjing liar,
saya baling batu,
saya tekan minyak.

Nota: Anjing pandai cam kete tak?Nanti saya lak kene gigit anjing.

Sekurang-kurangnya, bila Buk tiada,
Saya sedar kawan yang mana saya patut tinggalkan.
Buat Baik berpada-pada,
Buat jahat biar banyak kali.

Thanks untuk member-member yg memberi support.
Selama ni saya buta. *SIGH*

Friday, September 08, 2006

RAHSIA WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk
menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai
wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam
ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia
dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia
akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia
memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang
dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan
kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan
bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak
akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau
nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana
apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa

Mantan Kekasih

Mantan kekasih yang hilang datang
ungkapkan besarnya penyesalan
bagaimana dia menghancurkan aku
percayalah kau tak aku sesali

Awan hitam menghantui langkahmu
Bagaimana mungkin, jika itu pilihanmu?
Di sini tak lagi jadi rumahmu

reff:
Relakanlah semua
Berakhirlah sudah
Dan biarkan bintang
menuntunmu pulang

Kau tak selalu di sampingku yang kau inginkan
Kau tak selalu di sampingku yang kau inginkan

CD

Anak sedare kuat main taktik.
Abahnye merujuk abang saya menyorokkan cd-cd power rangersnya di atas almari.
Kedudukan yang paling tinggi.
Jika dia ingin mengambil kerusi untuk memanjat pun dia tidak akan sampai kerana usianya baru 3 tahun.

Saya pasangkan cd transformers untuk dia.
Kemudian saya baring-baring di ruang tamu sambil menonton pride.

Anak sedare: Maksyu..maksyu, cd rosak.

Saya bangun untuk melihat.
Cd masih elok.

Anak sedare: Maksyu, cd rosak. Maksyu tgk cd kat sinie. * tunjuk atas almari*
Itu tandanya dia mau saya ambilkan cd folder dan beri dia lihat cd apa yang abahnya nyurukkan.
Saya senyum-senyum dan baring di ruang tamu.

5 minit kemudian.

Anak sedare: Maksyu, maksyu, cd rosak.

Maksyu : Maksyu x larat bangun le..

Anak sedare: Jom le..jom tgk..

Maksyu : Akmal tarik maksyu

Anak sedare : Iskkk..isk..barat...*berat*

Maksyu : Akmal dukung maksyu cepat..

Anak sedare peluk dan tarik dgn muke bersungguh-sungguh.
Saya gelak-gelak sambil amik bantal kusyen letak atas kepala.
Anak sedare tarik kaki saya plak.
Saya gelak lagi.
Anak sedare amik buku latihan upsr dan ugut mau baling pada saya.

Saya : Baling le..

Anak sedare baling betul-betul tapi tak sampai sebab buku basah.
Kesian, dia hampa.
Lantas give-up masuk bilik.
Saya sambung tgk vcd Pride.
Sambil gelak-gelak.


Nota: Akmal, Maksyu nakal ek. Babap maksyu..hiks..

Thursday, September 07, 2006

Selamat Datang NisFu Syaaban

snsuraya: malam ni kita dapat buku amalam baru
kriesza said: haa?
kriesza said: buku amalan baru?
snsuraya: ha a
snsuraya: harini kan nisfu syaaban
kriesza said: erkk??ehh..ye ke??
kriesza said: x sesia angah poser arie nie..
kriesza said: syukran..syukrannn...
kriesza said: ermmm...alang..angah mau berazamm..
snsuraya: ha a
snsuraya: alang makan coklat
kriesza said: doakan azam angah kuat ekkkkk..
snsuraya: jom kita berazam
kriesza said: yupp..
kriesza said: jom kite lupe mende2 yg pahit..
kriesza said: musuh kite2 yg wat silap..kite ampunkan..
kriesza said: doakan azam angah kuat ek..
kriesza said: sempena nisfu syaaban..
snsuraya: watie_rose: puasa nisfu syaaban...
watie_rose: buku amalan baru akan diangkat lps maghrib
Suraya: watie_rose: isk..semangat nk azam baru watie_rose: tp kain tudung labuh tak beli lg
Suraya: ahahah
snsuraya: betul

Selamat Datang Nisfu Syaaban.
Saya puasa hari ni.
Saya puasa bukan sebab puasa sunat nisfu Syaaban.
Saya puasa demi membayar hutang-hutang yang belum saya langsaikan.
Kepada muslimat semua, Ayuh-ayuh langsaikan hutang.
Ramadhan dah nak datang ni.

Selamat Bukak Poser.
*Cakap Untuk Diri sendiri n orang-orang yang tgh melangsaikan hutang*
Last minute tue..

Wednesday, September 06, 2006

For You I Will

Alright, yeah

I'm wandering the streets, in a world underneath it all
Nothing seems to be, nothing tastes as sweet
As what I can't have
Like you and the way that you're twisting your hair
round your finger
Tonight I'm not afraid to tell you
What I feel about you.

Oh, I'm gonna muster every ounce of confidence I have
and cannon ball into the water
I'm gonna muster every ounce of confidence I have
For you I will, For you I will

Forgive me if I st-stutter
From all of the clutter in my head
Cuz I could fall asleep in those eyes
Like a water bed
Do I seem familiar, I've crossed you in hallways
a thousand times, no more camouflage
I want to be exposed, and not be afraid to fall.

Oh, I'm gonna muster every ounce of confidence I have
And cannon ball into the water
I'm gonna muster every ounce of confidence I have
For you I will
You always want what you can't have
But I've got to try
I'm gonna muster every ounce of confidence I have
For you I will, For you I will, For you I will

For you

If I could dim the lights in the mall
And create a mood (yeah) I would
Shout out your name so it echos in every room
Yeah

That's what I'd do, That's what I'd do to get through to you, yeah

I'm gonna muster every ounce of confidence I have
And cannon ball into the water
I'm gonna muster every ounce of confidence I have
For you I will
You always want what you can't have
But I've got to try
I'm gonna muster every ounce of confidence I have
For you I will, For you I will, For you I will

Tuesday, September 05, 2006

Darah

Saya baring-baring sambil membaca novel semlm.
Panggilan telefon dari seseorang selepas itu buat dada saya sesak.
Walaupun hanya 53 saat, ia cukup untuk buat saya mau menjerit.
Sekali lagi, dia menghampakan semua.

Selepas ini, saya tidak mau percaya lagi.
Selepas ini, saya tidak mau amik tahu lagi.
Selepas ini, biarkan dia bersama familynya sahaja.

Sehingga dia sedar,itu bukan yang terbaik untuknya.

Itu cuma perasaan semasa saya marah.
Bila marah hilang,saya pasti, saya tidak akan lakukan semua itu.
Kerana darah kami, darah yang sama.

Monday, September 04, 2006

Sebak

Saya sudah nekad.
Saya mau lupa semua-semua yang saya xnak ingat.
Cukup sampai di sini saya mengharap.
Saya pasti dia tidak pernah terpikir mau mengingati saya selagi dia tidak dilanda kebuhsanan.
Adakah saya terlalu cepat menghukum?

Sekali lagi, manusia hanya merancang.
Dia penentu segala.
Tapi saya tidak merancang untuk berjumpa.
Dia jugak tidak merancang.
Semuanya kebetulan.
Boleh jugak diambil tajuk lagu, Suratan atau Kebetulan.

Cuma saya ada perasaan terpendam.
Saat saya dipeluk ibunya.
Saya ada satu perasaan yang sukar mau dingerti.
Saya jugak tidak ngerti.
Saya rasa seperti saya dipeluk emak.
Mungkin saya rindukan mak.
Wah, saya harus balik kg secepat yang mungkin.

Dalam hati, ye, sejujur-jujurnya saya jadi terlalu sebak.
Cuma didalam hati.
Saya renung mata ibunya.
Dia seperti juga ibu saya.
Cuma dia tidak akan menjadi ibu saya.
Dia ibu yang baik saya kira.
Saya doakan semoga anak-anaknya tidak akan melupakan beliau.
Juga mendapat menantu-menantu yang boleh menjaga beliau sehingga akhir hayat.

Saya berdoa.
Dengan hati yang tulus ikhlas.
Tiada dendam.


Nota: Saya teruja. Apa lagi yang bisa saya dapat yang buleh buat saya kaget.
Tuhan tidak menguji hamba-Nya dgn ujian yang hamba-Nya tidak mampu atasi.
Saya berdoa semoga saya lebih tabah. Jugak utk org-org yang terluka.
Semoga lebih tabah.

Bukan Diriku

setelah kupahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu

tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku

kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu

bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku

reff:
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu

dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku

ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku