Thursday, July 12, 2007

Sambungan ke-2

Saya sibuk. Dah kerja, memang le sibuk. (ayat typical).
Terlalu banyak penaja, jadi banyaklah iklan untuk sambungan entry selepas ini.

Saya sambung ye.

Sesudah sampai di KL, saya harus bergegas pulang ke Ipoh untuk membawa ibu bapa saya ke Kuala Lumpur.
Abah tak mampu lagi memandu dengan jarak jauh kerana masalah kesihatan. *Sila rujuk entry terdahulu*.
Jadi, selaku anak yang bertanggungjawab, saya harus menyenangkan hati orang tua.
Menghantar rakan di Keramat dan selepas itu saya mintak tolong ana menghantar saya ke LRT Bandar Tasek Selatan.

Dengan pakaian yang saya pakai semasa kenduri,*sila rujuk pada gambar*
Dengan beg disandang bahu kiri dan kanan,
Saya melangkah dengan bergaya.
Cuma saya menukar high heels kepada kasut yang lebih selesa.
Kunun-kununnya untuk mengelak dari jatuh tersungkur.
Malu ar, pakai molek-molek dapat malu berdebuk.

Sampai di puduraya, saya perlu menyeberang dari laluan LRT ke pudu.
Jalan biasa ditutup kerana,
(ooh, saya lupa mahu lihat kenapa sebab saya lihat sudah tutup, saya terus alihkan pemandangan ke arah jalan lain)

Semasa sedang menyeberang dengan penuh bergaya,
Saya musykil kenapa saya terasa seperti mahu tersadung sesuatu.
Mana mungkin tak pakai high heels pun boleh jatuh gedebuk.

Rupanya kasut saya putus di tgh jalan.
Ku harap panas hingga ke petang,rupanye ribut petir di tengah jalan.
Sedang saya membetulkan kasut yang sudah terputus, sebuah BMW membunyikan hon sekuat-kuat hati.
Semua di situ memandang saya seperti banduan yang didapati bersalah.
Saya kasik jelingan tajam pada pemandu BMW.
monolog di dalam hati,
"ko buta ke mata tak nampak kasut aku putus"

Saya meneruskan perjalanan dengan terhencut-hencut.
Mata-mata yang memandang,
pandang macam saya salah seorang pesakit mental yang terlepas.
Saya tidak peduli pada kasut yang putus.
Janji tiket dapat dibeli.
Saya perlu balik untuk mengelakkan abah memandu besoknya.

Sampai di kaunter,
saya lihat seorang lelaki sedang tekun menulis sesuatu.

Saya : Bang, balik ipoh satu. 7.30 malam ni.

Abang Kaunter buat reaksi terkejut yang amat sambil menekan dada.
Kalaulah dia pesakit jantung, harus saya kena buat CPR disitu. Hikss..

Abang kaunter : Fuh, terkejut saya dik. Haa..ade..ade..sorg ek..ok..
Saya : Bang, kat sini ada jual kasut bang?selipar pun jadi le.

Abang kaunter urut dada lagi.
Mungkin suara saya ni terlebih ekspresi kot.

Abang kaunter : kasut putus ke dik?
Saya : Haah.

Abang kaunter tepuk kepala lagi.
"abang ni memang bagus le jadi pelakon"
monolog saya di dalam hati.

Abang kaunter : Ada kat belakang tu dik. Tapi selipar.
Saya : Okies, mekasih bang.

Sebenarnya saya rasa orang di kaunter tu mungkin lagi muda dari saya atau sebaya.
Pura-pura saya panggil abang supaya nampak saya muda belia. hikss..

Sampai di kedai kasut, hanya ada selipar.
Lorong-lorong belakang saya tak berani nak explore.
Takut kena pau.
Takpun kene tangkap dengan jabatan kebajikan masyarakat.
Dikhuatiri saya salah seorang pengemis di situ.

Dapatlah sepasang selipar bewarna hijau.
Selipar pun selipar le, janji tak terhencot.
Orang sekeliling tetap memandang saya dengan pandangan pelik.
Mujurlah, kadang-kadang saya ini muka tembok orangnya.

Bila kita tahu kelemahan kita, gunakan ia sebagai kekuatan.
Jadi saya buat muka tanpa perasaan sepanjang menunggu bas.
Pandang kiri pun tidak.
Kanan pun tidak.

Oh, bas sudah tiba.

Dan..

*iklan sebentar*..

ada sambungan lagi........

9 comments:

MZ said...

muka tembok ader pipit :p *tembok mana lah tu ekk?*

Noushy Syah said...

Aduiii..kalau kasut tinggi yang putus diperjalnan tentu besar kemaluan sebab sebelah tinggi sebelah rendah..aiseyyy, habis cun, tinggal cungap aje..ahaksss.

Acaii Jawe said...

ihihiiii, ni penah terjadi kat kwn sy wak,hihii...:) gelakkan dia kuat2 sbb dia suke ketawa camtu,hehee

Anonymous said...

Kalau Noushy ade pun tentu gelakkan kuat2 muahahahhaha....adui arr cib baik bole cover2 kan kan?

Unknown said...

gelak sakan...hahahaha

aria ayumi said...

aduhai... syian nye akk... kasut akk putus... huhu

zura lias said...

pokcik,
tembok yg ade pipit bile pipit duk bersidai kt tembok..ahhahah

noush,
kalo high heels yg putus,terpakse le mkn mentos nk balancekan mood..*noush kene tgk iklan kt m'sia pasal mentos*..hahaha..

faisal,
erk..nie gelakkan sy ke kwn die ni..tp shaye mmg suke gelak..hahaha..tp arie tu kompem x gelak..

noush,
tu ar..kalo org len yg kene pun..kompem zura gelakkan jugak..*padahnye suke gelakkan org*..

chot,
time tu aku mmg xleh gelak..maybe org sekitar je leh gelak..:D

diya,
tu le pasal..rase mcm nk kaki ayam je time tu..

Aizat said...

hehe.. cian akak.. hehe tapi takpelah akak dapat mengcover dengan baik.. bwat tak tau sudah..

zura lias said...

aizat,
yeahh..tu mmg perangai akak..cover baikkk punye..hikss..