Tahun baru datang lagi. Umur makin meningkat, Tinggi tak jugak meningkat. Dulu-dulu zaman sekolah rendah, meraikan Awal Muharam dengan menyanyi lagu nasyid, "Satu Muharram detik permulaan..bla..bla.." Zaman sekolah menengah, mendengar ceramah-ceramah (kalau x silap arr), zaman matrik - zaman ini tidak dapat diingati kerana masa yang terlalu singkat. Zaman universiti, 3 Tahun di UKM, Awal Muharam di sambut di atas katil dgn syahdunya. Tahun nie mungkin perkara yang sama jugak ataupun menjadi driver membawak mak n abah ke pasar.eheheh...
Azam, sama mcm tahun baru mengikut kalendar barat, tidak dapat berazam hanya kerana tahun baru. Tiap-tiap hari berazam, semoga aku lebih kuat mencabar diri sendiri untuk mengadap cabaran hidup cthnya melawan raksasa macam ultraman. Sebelum nie, apa yang aku tak suka buat dan aku buat semuanya hasil cabaran dari org-org terdekat. Malu seh, asyik mengharap orang suruh mencabar.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment