Wednesday, January 18, 2006

Cerita Semalam

Sebenarnye bukan dari cerita semalam tapi effect dari cerita kelmarin. Cerita kelmarin yang buat cerita semalam jadi tegang sekejap.Bukan sekejap tapi sebentar.Ahh..sebentar dan sekejap tuekan sama. Erm, sedikit le., sedikit ketegangan. Cerita kelmarin tak perlu aku cerita untuk mengelakkan perkaitan mana-mana pihak dan yang pasti aku tidak mau, tidak akan, tidak dan tidak utk masuk campur. Eh, aku nak bercerita cerita semalam bukan cerita kelmarin. Cerita semalam, aku dapat call dari "seseorang".


Mr.X: Hello.
Aku : Hello.
Mr.X: Nie siapa?
Aku : Nak cakap dgn siapa?
Mr.X: Siapa cakap tue?
Aku : Nak cakap dgn siapa?(tegaskan sikit suara)
Mr.X: Nie kat mana?
Aku : Nak cakap dgn siapa?
Mr.X: Nie kat mane?
Aku : Kat kl.
Mr.X: Oh, slh nombor le.
Aku : erm..

Lepas tue aku menjerit. Menjerit sebab bengang. Dah banyak kali aku kene camnie. Lepas salah nombor akan dituruti dgn miskal banyak kali. Kalo bercakap aku boleh terima tapi bukan miskal di subuh hari. Pantang betul org memain time aku tgh tidor. Di sebabkan aku mmg tgh bengang dgn cerita kelmarin, aku turutkan perasaan marah dgn menghantar SMS.

"Elo saudara, bleh tukar taktik lame tak?buhsan ar dgn taktik salah no. nie. (tgh marah nie)" SMS +06012*******
"Elo saudari, kalo saya bukan slh no. pun, ape kene mengene dgn saudari?" SMS +0612******
"Takde kene-mengene??No. nie no. saya, tangan yang angkat telepon tgn saya, mulut yg ckp kat tepon mulut sy..lg mau ckp
xde kene-mengene??" SMS SMS +0612******

Selepas 30 minit kemudian.

Telepon aku berbunyi. Oo..dapat Voice SMS dr "Mr.X.

" saudari, kenapa saudari nie?ape masalah saudari?..bla..bla.."ayat-ayat selepas itu tidak dapat diingati sebab rase macam nk gelak gila babeng.
Hahaha, aku sendiri rase nak gelak. Apehal aku melayan camnie nie..Tapi takpe, kalau betul salah nombor, yang pasti no. ini takkan ganggu tidur aku di subuh hari. Suka, suka..suka..Tapi atas dasar kemanusiaan aku yang menebal, aku tebalkan enset aku dgn kasik SMS.

"sorie le ek, saje nak testing. Kompem salah no..bye" SMS +6012*******

Sebelum tidur aku berfikir. Apa aku buat nie. Apesal aku jd garang camnie nie?Hahaha..tapi takpe, aku suka..suka sekali. Tidur aku lena malam tue sampai terbabas bangun tidur. Huh..penangan SMS.

No comments: