Sambungan dari perjalanan saya di hari Sabtu, saya ceritakan pula bagaimana tuan saya mendera saya utk perjalanan hari Ahad.
Saya pasti tuan saya sebenarnya sudah kepenatan kerana berhempas pulas membawa saya lari dari kesesakan dan tidur yang tidak mencukupi.
Pada pukul 12.30 tgh hari, tuan saya dan rakannya Suen bergerak ke Mid Valley. Sesampainya saya di Mid Valley, kelihatan begitu banyak rakan saya tak kira dari Malaysia, Korea, Jepun dll. Semuanya bergerak perlahan utk mencari parking. Tuan saya mengarahkan saya berhenti di tempat yang tidak sepatutnya. Saya sangat risau, risaukan diri saya yang akan terjejas jika ada rakan-rakan saya yang menghimpit badan saya dan menyebabkan saya calar-balar. Tetapi saya sangat suka kerana saya dapat berehat sebentar.uhh..nikmatnya.
Jam menunjukkan pukul 5.45 dan tuan saya mula bergerak menuju ke puduraya. Argh, sungguh kejam tuan saya kerana pergi ke tempat-tempat yang agak merisaukan saya. Risau jika badan saya terguris atau montot saya dicium lagi. Saya sangat berhati-hati menjaga diri saya. Tuan saya merehatkan diri saya sebentar di parking puduraya kerana beliau ingin membeli tiket bas. Saya sangat suka kerana saya dapat berehat selama seminggu tanpa melakukan apa-apa tugas. 30 minit selepas itu, saya lihat tuan saya kembali dgn wajah yang sugul. Saya terdengar beliau bersembang dgn Suen mengatakan tiket bas sudah habis. Arghh, saya tidak dapat berehat lagi kerana pasti tuan saya akan membawa saya. Sungguh kasihan diri ini.
Tuan saya mengambil keputusan utk pergi ke KLCC berjumpa dgn rakannya yang lain. Suasana untuk masuk ke dalam parkin KLCC juga sgt menakutkan saya. Tuan saya membebel kerana panas hati dgn sesetengah rakan saya yang tidak tahu sivik supaya bersabar menunggu giliran. Saya pasti KLCC adalah perjalanan terakhir tuan saya utk hari Ahad kerana hari sudah menunjukkan tanda-tanda kegelapan.
Saya harus bersedia utk hari ini, esok dan seterusnya iaitu rutin tuan saya mengangkut saya pergi ke tempat kerja sehinggalah detik 27hb. Ye, saya tidak sabar menunggu 27hb utk melihat rakan-rakan saya yang lain berpusu-pusu menuju ke Ipoh. Saya tidak sabar melihat tuan saya mengeluh kerana terperangkap dalam kesesakan di Highway. Inilah akibatnya jika bertangguh-tangguh membeli tiket bas. Tuan saya hampir di bebel oleh ayahnya semalam, mujur ayahnya tidur tetapi malangnya abang-abangnya menggantikan tempat ayahnya utk mengulang ayat yang selalu ayah tuan sy cakap jika tuan saya melengah-lengahkan masa untuk membuat sesuatu perkara.Moral dari cerita ini;
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment