Saya sebuah kereta yang diberi nama Kancil. Tetapi saya tidak dapat berlari pantas sepertimana kancil lazimnya. Saya hanya nampak hebat apabila berada di tgh kesesakan. Saya akan cuba sedaya upaya mematuhi arahan tuan saya supaya menyelit sana, menyelit sini dan akhirnya sampai tempat dituju dgn cepat dan selamat tanpa membebankan fikiran tuan saya utk berfikir apa alasan yang patut diberi jika terlewat dari temujanji yang sepatutnya. Saya ingin menceritakan disini bagaimana kehidupan saya pada sabtu dan ahad yang baru berlalu.
Pada hari Sabtu, saya menjangka saya akan direhatkan selepas diguna 5 hari terus menerus. Malangnya ramalan saya meleset kerana abang tuan saya mengajak pergi ke Kg. Baru, Subang utk menghadiri kenduri perkahwinan saudara saya yang digelar "Saloma"(kerana aksi tgn dan pakaiannya sewaktu melawat bapak tuan saya di hospital). Selepas penat mengharung jalan berpandukan map di tgn abang tuan saya, akhirnya saya sampai ke destinasi yang dituju. Saya tersenyum simpul kerana saya pasti tuan saya akan bertapa lama di rumah saudaranya dan saya dapat berehat sebelum dikerah untuk balik ke Putrajaya.Sekali lagi malang menimpa kerana tuan saya dan abangnya hanya berada di kenduri itu selama 30-45 minit atas alasan anaknya noti hingga peluh yang mengalir bukan kerana bersenam tetapi berlari mengejar anaknya.
Sesudah Maghrib, tuan saya kembali meneruskan perkhidmatan saya bersama dgn kwnnya yang dipanggil Suen. Rupanya mereka merancang untuk pergi ke Damansara(rumah kwn tuan saya) bersama dgn seorang lg rakannya. Saya dapat lihat kepuasan pada muka tuan saya kerana akhirnya tuan saya berjaya menjejakkan kaki ke Uptown setelah 4 tahun menunggu walaupun makanan di Uptown secara kasarnya sama sahaja seperti di Bangsar, Seri Hartamas, Limbang dan lain-lain tempat makan yang ada di Malaysia. Saya anggarkan tuan saya akan segera balik ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tetapi tuan saya ingin menjadi kutu embun dgn menjamu mata di persekitaran Bukit Bintang. Ya, tuan saya lupa atau buat-buat lupa sesungguhnya malam minggu adalah malam yang patut dielakkan utk pergi ke Bukit Bintang. Saya yang menjadi mangsanya kerana saya terpaksa memerah tenaga utk keluar dari kesesakan lalu lintas disitue. Sedang saya melihat peluang-peluang yang ada utk saya keluar dari situ, tiba-tiba..Ya, tiba-tiba saya terasa montot saya seperti disepak dgn cara yang cukup sopan santun. Tuan saya menyangka kawannya yang duduk di belakang telah menyepak kerusinya kerana buhsan yang teramat dgn kesesakan yg melanda. Rupa-rupanya rakan saya dibelakang yang bernama WAJA telah mencium montot saya.Rakan tuan saya bergegas keluar dari dalam badan saya utk melihat apa yang berlaku di montot saya. Alhamdulillah, tiada apa yang terjadi di montot saya dan tuan saya dapat memaafkan tuan rakan saya yg bernama WAJA.Akhirnya, saya dapat jugak meloloskan diri saya dan terasa ingin melompat-lompat seperti tuan saya yang keletihan kerana kakinya kesakitan dan perutnya dimasuki angin hasil dari tiupan angin pagi.
Cerita untuk pengembaraan hari Ahad akan saya sambung sesudah iklan..
*iklan petronas
*iklan fair n lovely
*iklan colgate
*iklan mamee mawi..
*iklan dan iklan-iklan
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
1 comment:
adey... adey.. klakarnya posting... awak memang ada bakatla dalam penulisan kreatif
Post a Comment