Semalam aku kesunyian. Walaupun aku baru menghabiskan sepinggan nasi ayam, aku tetap rasa sunyi. Aku hilangkan sunyi dgn adanya "Harry Potter And The Chamber Of Secret". Aku masih sunyi. Oh, kenapa rasa sunyi, sebab aku tak tepon "mama" lanjutan dari tiket yang habis. Aku harus telepon utk beritahu supaya jgn risau bila aku balik nanti, aku bakal bertiga..bukan berdua, bukan berseorangan. Aku harus beritahu supaya menyediakan tempat tidur yang enak utk rakan walaupun rumah hanya teratak buruk. Kakak mencadangkan aku balik selepas subuh, abang hanya ketawa sambil berkata satu keajaiban dunia kalau aku dapat balik selepas subuh. Aku..aku hanya tersenyum kelat sambil menghabiskan sisa-sisa sup. Selepas berckp dgn "mama", aku rasa sunyi datang balik. Aku teruskan dgn Harry Potter. Aku rasa aku berada di dunia lain. Aku lihat orang-orang asing. Aku tak nampak harry, aku tak nampak ron, aku x nampak albus dumbledore, yang aku nampak orang-orang asing.
Aku dengar bunyi, bunyi nyaring sekali. aku cari bunyi, kenapa gelap-gelita. Aku nampak satu cahaya hijau, jam sudah menunjukkan pukul 6.20 pagi. Kenapa sudah pagi padahal aku berfantasi malam tadi. Malas mahu bangun, aku gerakkan jarum ke 6.35 pagi supaya aku puas hati aku mmg di subuh hari.
p/s: Ayang, angah BAKAL JUTAMAKAN. Ingat 23/1/2006!!..mulai sekarang angah akan mula cari kat mana makanan paling sedap, restoran paling best, tempat paling seronok.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment