Hari ni aku tido ptg..bukan setakat ptg tapi sampai ke Mahgrib.Sayup-sayup suara abang aku suruh bangun sebab jam dah pukul 7.45.Abang aku x ckp 7.45 itu pagi atau malam lalu aku yang nanar dari tidur buat kesimpulan aku bakal tidak kerja hari ini kerana lagi 15 minit punch card di Opis akan merah dan aku sedang bermalas-malasan di atas katil. Otak aku mula menerawang memikirkan alasan apa akan ku beri kerana tidak datang bekerja. Sekali lagi suara abang aku, "bangun arr...dh pukul 8 dah..dah berita pun"..berita pukul 8 pagie ade ke?Kalau hari cuti, aku tak izinkan diri aku bangun pukul 8 pagie semata-mata nak tgk Selamat Pagi Malaysia.Aku jenguk tingkap, aku dgr suara anak saudara sedang riang bermain.Huhh..memang patut ada hadis bilang Tidur selepas asar boleh mendatangkan gila jika diamal 40 hari berturut. Aku baru sehari, dah jadi sasau sekejap.
Bila malam, aku mengingat ape aku nk buat sepatutnya di waktu ptg td.Haa..aku menunggu message Kuza.."Kuza.sian kat aku..lu bilang mau sms gue.."Kuza jgn lupe janjimu..utk pengetahuan ko, aku sgt takut utk menaiki bas. Aku paling takut membeli tiket bas lagie takut kalau yg jage kaunter tue orang pompuan.Kalau boleh aku nak elakkan segala salah ckp di depan kaunter sbb aku tak suka dimarah di depan orang ramai.Aku cuma nak tau, balik perak..kene ambik bas kat Pudu ke Jalan duta?Kalau aku tanye kaunter, mesti ade muka-muka pelik..aku tak suke itu..tak suke..tak suke..
Aku dapat SMS dari ayu..aku ingtkan Kuza...Tgk Kuza betapa aku berharap sedikit Ihsan darimu..hihihi..mesti nk cakap aku poyo arr tue..
"Zura,28hb nie Paan bertunang..jom pergi"ringkas tapi padat.
Aku balas.."Paan tak ajak aku pun. Kalo Paan ajak,insyaAllah aku gie le..27hb aku balik ipoh"ringkas tapi tak padat.Penuh tanda tanya.
Ayu balas balik.."Dia suh aku jd wakil..ajak semua orang. Dia takde no. ramai org. Alfa, June, pija pun ade.Dtg tau..leh jumpe".Sejak bile Ayu jd perantara majlis nie?hihihih..
Erm..nak pergie ke tidak..nak pergie ke tidak..Alang pun ade ajak.Tapi aku rase segan. Bila tuan punya majlis tak ajak dgn mulut sendiri, aku takut makanan aku makan jd x berkat. Makanan Ibu perbuatan.Ke aku datang tanpa makan apa-apa lalu buat alasan.."iskk..dah kenyang sgt nie"..itu namenye x menghormati majlis. Setakat nk pergie kenduri org pun kene pikir-pikir. Belum kenduri sendiri. Harap maklum aku mmg suke berpikir. Mende kecik pun selagie x jumpe solution die, aku berpikir sampai abih pikir. Isk, cepat tua le aku camnie. Terpaksa arr tgk citer lawak je nak kasi muda balik...^_^
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment