Thursday, January 19, 2006

Pagi Yang Sia-Sia

Sebelum tidur berjanji dgn diri sendiri akan bangun awal hari nie. Bila jam loceng berbunyi, akan terus bangun tanpa menukar alarm clock enset utk berbunyi selepas 5 minit. Memang, janji itu benar. Perbuatan itu benar. Memang aku terus bangun bila jam loceng menjerit tanpa menukar 5 minit seterusnya. Sebelum mandi, aku akan bawak semua kelengkapan utk mandi. Aku bukak almari, aku bukak laci..Waaa...ada satu barang yg mesti aku bawak dah takde dalam almari aku. Semalam sebelum tidur, sebelum ke tandas, aku pasti barang itu masih ada dalam almari. 10 minit berlalu dgn mencari "barang" tue je. Akhirnye aku nekad mandi je dan menunggu dgn sabar kakak iparku keluar dari bilik. Aku dah habis mandi, kakak ipar aku still dalam bilik lagie.
Argh..aku tak boleh pergi opis tanpa "barang" tue. Aku dgr bunyi pintu bilik sebelah berbunyi menandakan kakak ipar aku dah keluar bilik. Aku keluar dari bilik n terus tanya.
"Ada nampak tak "barang" zura?"
"haa..ade kat atas meja makeup..Akmal main semalam. Ntah bile die amik."

Isk, aku dah agak dah. Hasilnya pagi nie aku bergegas-gegas siap nk pergi opis hasil dari 10 minit yang sia-sia. Memang sia-sia bangun awal pagi tadi.Waa..anak sedare aku yang sorang nie mmg noti. Aku pun tak sure time bile die menyeludup masuk bilik aku. Maybe mase aku dah tido sbb die dah pandai bukak pintu sekarang nie.

Lambat-lambat pun aku masuk opis, punch card belum merah lagie. Hasil dari pengabaian keselamatan lalu lintas dan perlanggaran undang-undang jalan raya. (Atas-atas sebab ingin menunjukkan pretasi yang "bagus" di opis)..ehehhehe..

No comments: