Friday, January 27, 2006

REMAJA

Aku melawat blog member, dia bercerita tentang rakan dan masa silam. Aku jenguk lagi blog member dan member, jugak bercerita tentang masa silam dan gambar 7 tahun yang lepas. 7 tahun aku tinggal alam sekolah tapi masih bercerita alam persekolahan kalau ada perjumpaan antara rakan sekolah walaupun yang jumpa hanya one-to-one. Alam persekolahan bagi impak kuat dan efektif pada member-member persekolahan. Kalau aku tak jumpa rakan seperkolahan tapi bila masuk kes mengimbau kenangan, alam persekolahan mesti masuk dalam rangkin 1st seperti hari semalam aku berjumpa Suen. Borak dan borak sambil makan fun fries..nyummy..nyummy..
Ada apa dengan alam sekolah sampai aku tak izinkan memori tue pergi macam tue je dari otak aku yang kapasiti memorinye terhad. Aku boleh biarkan kenangan lain pergi tapi semahu-mahunya aku nak kenangan sekolah tue tetap ada dalam pikiran. Yang paling mahal sekali dalam kenangan, relationship aku n rakan-rakan. Kalau masa boleh diputar, aku nak jadi student bukan untuk belajar balik, bukan utk score exam tapi aku nak jadi student utk habiskan masa dengan member persekolahan. 5 tahun tak cukup sebab masa tue aku belum matang nak appreciate org sekitar aku. Itu kalau ada andaian KALAU. Realiti, umur semua dah menjangkau setahun lagie.
Umur aku pun dah menjangkau setahun lagi. Aku dah tak jadi Remaja lagi tapi aku tak percaya, so aku tanye beberape orang yang aku pasti REMAJA mcm aku jugak.

Aku: Umur remaja 13 sampai 20 berape ek?
A : 21
B : 23
C : 20
D : Entah, aku pun xtau..

Takde pun yang cakap 24. Maknenye aku bukan REMAJA bila sampai tarikh birthday aku. Sebelum menjangkau umur 24 (aku amik umur terakhir - 23), aku harus beli MAJALAH REMAJA sebelum orang-orang sekitar mengata.."ekeleh, dah tua bangka pun perasan remaja".

MATLAMAT : BELI REMAJA EDISI BULAN FEBRUARI

Wednesday, January 25, 2006

Anak Sedara

Aku lapar, lapar sangat so decide nak beli doughnut. Kakak telepon bgtau dia kene jaga lalu lintas nak kasi laluan budak2 sekolah dia merentas desa. Opps, bukan desa tapi Merentas Putrajaya. Untuk mengelakkan segala kesulitan, aku ambil anak sedara dari jagaan kakak n bawak ke Alamanda utk beli doughnut. Aku baru melangkah kaki masuk Alamanda, anak sedare aku dah tunjuk aksi Sin Chan. Check2, duit dah kurang, alhamdulillah, ATM dekat aje. Tengah rase seronok nak keluarkan duit, baru sedar aku bwk anak sedare bersama. Cari-cari, dia tgh menepuk seorg perempuan muda. Aku senyum kelat dekat perempuan tu. Nasib baik pompuan tue paham yang menepuk hanya budak lelaki yang berumur 2 tahun. Aku cancel beli doughnut sbb anak sedare aku dah mula aksi mengkaut barang-apa-yang-tersusun. Aku beli benda lain tapi tak ingt beli apa sebab cerita nie cerita minggu lepas. Aku cuma nak cerita anak sedare aku yang noti. Masa nak bayar, ada coklat tersusun kat tepi kaunter n anak sedare aku dgn rajinnya mengkaut semua coklat kat situe. Aku tebalkan kulit muka kaut balik coklat yang die dah punggah. Takde sape yang tolong melainkan tolon perati. Malunye aku..huhuhhu..Itu cerita anak sedare mase berjln dgn aku.
Nie Abang aku cerita, dia pergi Nagoya satu family. Anak sedare berlari dgn suka hati. Ada seorang perempuan melayu kat situ n anak sedare tepuk montot pompuan melayu tu.Kelepet bunyi. Anak sedare mmg pandai cari aim nk tepuk. Itu pun pompuan tue tak marah sbb anak sedare cuma budak laki berumur 2 tahun. Kalau lelaki umur 20 tahun mau kene penampor kat situe. Ada tak persamaan anak sedare aku dgn Sin Chan; Suka Tepuk Montot Pompuan.
Anak sedara cuma duduk diam bila dia tidor. Moral dari story;

NAK KEMAS RUMAH KENE TUNGGU DIA TIDO.

Tuesday, January 24, 2006

Sunyi

Semalam aku kesunyian. Walaupun aku baru menghabiskan sepinggan nasi ayam, aku tetap rasa sunyi. Aku hilangkan sunyi dgn adanya "Harry Potter And The Chamber Of Secret". Aku masih sunyi. Oh, kenapa rasa sunyi, sebab aku tak tepon "mama" lanjutan dari tiket yang habis. Aku harus telepon utk beritahu supaya jgn risau bila aku balik nanti, aku bakal bertiga..bukan berdua, bukan berseorangan. Aku harus beritahu supaya menyediakan tempat tidur yang enak utk rakan walaupun rumah hanya teratak buruk. Kakak mencadangkan aku balik selepas subuh, abang hanya ketawa sambil berkata satu keajaiban dunia kalau aku dapat balik selepas subuh. Aku..aku hanya tersenyum kelat sambil menghabiskan sisa-sisa sup. Selepas berckp dgn "mama", aku rasa sunyi datang balik. Aku teruskan dgn Harry Potter. Aku rasa aku berada di dunia lain. Aku lihat orang-orang asing. Aku tak nampak harry, aku tak nampak ron, aku x nampak albus dumbledore, yang aku nampak orang-orang asing.
Aku dengar bunyi, bunyi nyaring sekali. aku cari bunyi, kenapa gelap-gelita. Aku nampak satu cahaya hijau, jam sudah menunjukkan pukul 6.20 pagi. Kenapa sudah pagi padahal aku berfantasi malam tadi. Malas mahu bangun, aku gerakkan jarum ke 6.35 pagi supaya aku puas hati aku mmg di subuh hari.


p/s: Ayang, angah BAKAL JUTAMAKAN. Ingat 23/1/2006!!..mulai sekarang angah akan mula cari kat mana makanan paling sedap, restoran paling best, tempat paling seronok.

Monday, January 23, 2006

Saya Sebuah Kereta II

Sambungan dari perjalanan saya di hari Sabtu, saya ceritakan pula bagaimana tuan saya mendera saya utk perjalanan hari Ahad.
Saya pasti tuan saya sebenarnya sudah kepenatan kerana berhempas pulas membawa saya lari dari kesesakan dan tidur yang tidak mencukupi.
Pada pukul 12.30 tgh hari, tuan saya dan rakannya Suen bergerak ke Mid Valley. Sesampainya saya di Mid Valley, kelihatan begitu banyak rakan saya tak kira dari Malaysia, Korea, Jepun dll. Semuanya bergerak perlahan utk mencari parking. Tuan saya mengarahkan saya berhenti di tempat yang tidak sepatutnya. Saya sangat risau, risaukan diri saya yang akan terjejas jika ada rakan-rakan saya yang menghimpit badan saya dan menyebabkan saya calar-balar. Tetapi saya sangat suka kerana saya dapat berehat sebentar.uhh..nikmatnya.
Jam menunjukkan pukul 5.45 dan tuan saya mula bergerak menuju ke puduraya. Argh, sungguh kejam tuan saya kerana pergi ke tempat-tempat yang agak merisaukan saya. Risau jika badan saya terguris atau montot saya dicium lagi. Saya sangat berhati-hati menjaga diri saya. Tuan saya merehatkan diri saya sebentar di parking puduraya kerana beliau ingin membeli tiket bas. Saya sangat suka kerana saya dapat berehat selama seminggu tanpa melakukan apa-apa tugas. 30 minit selepas itu, saya lihat tuan saya kembali dgn wajah yang sugul. Saya terdengar beliau bersembang dgn Suen mengatakan tiket bas sudah habis. Arghh, saya tidak dapat berehat lagi kerana pasti tuan saya akan membawa saya. Sungguh kasihan diri ini.
Tuan saya mengambil keputusan utk pergi ke KLCC berjumpa dgn rakannya yang lain. Suasana untuk masuk ke dalam parkin KLCC juga sgt menakutkan saya. Tuan saya membebel kerana panas hati dgn sesetengah rakan saya yang tidak tahu sivik supaya bersabar menunggu giliran. Saya pasti KLCC adalah perjalanan terakhir tuan saya utk hari Ahad kerana hari sudah menunjukkan tanda-tanda kegelapan.
Saya harus bersedia utk hari ini, esok dan seterusnya iaitu rutin tuan saya mengangkut saya pergi ke tempat kerja sehinggalah detik 27hb. Ye, saya tidak sabar menunggu 27hb utk melihat rakan-rakan saya yang lain berpusu-pusu menuju ke Ipoh. Saya tidak sabar melihat tuan saya mengeluh kerana terperangkap dalam kesesakan di Highway. Inilah akibatnya jika bertangguh-tangguh membeli tiket bas. Tuan saya hampir di bebel oleh ayahnya semalam, mujur ayahnya tidur tetapi malangnya abang-abangnya menggantikan tempat ayahnya utk mengulang ayat yang selalu ayah tuan sy cakap jika tuan saya melengah-lengahkan masa untuk membuat sesuatu perkara.Moral dari cerita ini;

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Saya Sebuah Kereta

Saya sebuah kereta yang diberi nama Kancil. Tetapi saya tidak dapat berlari pantas sepertimana kancil lazimnya. Saya hanya nampak hebat apabila berada di tgh kesesakan. Saya akan cuba sedaya upaya mematuhi arahan tuan saya supaya menyelit sana, menyelit sini dan akhirnya sampai tempat dituju dgn cepat dan selamat tanpa membebankan fikiran tuan saya utk berfikir apa alasan yang patut diberi jika terlewat dari temujanji yang sepatutnya. Saya ingin menceritakan disini bagaimana kehidupan saya pada sabtu dan ahad yang baru berlalu.

Pada hari Sabtu, saya menjangka saya akan direhatkan selepas diguna 5 hari terus menerus. Malangnya ramalan saya meleset kerana abang tuan saya mengajak pergi ke Kg. Baru, Subang utk menghadiri kenduri perkahwinan saudara saya yang digelar "Saloma"(kerana aksi tgn dan pakaiannya sewaktu melawat bapak tuan saya di hospital). Selepas penat mengharung jalan berpandukan map di tgn abang tuan saya, akhirnya saya sampai ke destinasi yang dituju. Saya tersenyum simpul kerana saya pasti tuan saya akan bertapa lama di rumah saudaranya dan saya dapat berehat sebelum dikerah untuk balik ke Putrajaya.Sekali lagi malang menimpa kerana tuan saya dan abangnya hanya berada di kenduri itu selama 30-45 minit atas alasan anaknya noti hingga peluh yang mengalir bukan kerana bersenam tetapi berlari mengejar anaknya.
Sesudah Maghrib, tuan saya kembali meneruskan perkhidmatan saya bersama dgn kwnnya yang dipanggil Suen. Rupanya mereka merancang untuk pergi ke Damansara(rumah kwn tuan saya) bersama dgn seorang lg rakannya. Saya dapat lihat kepuasan pada muka tuan saya kerana akhirnya tuan saya berjaya menjejakkan kaki ke Uptown setelah 4 tahun menunggu walaupun makanan di Uptown secara kasarnya sama sahaja seperti di Bangsar, Seri Hartamas, Limbang dan lain-lain tempat makan yang ada di Malaysia. Saya anggarkan tuan saya akan segera balik ke rumah kerana jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tetapi tuan saya ingin menjadi kutu embun dgn menjamu mata di persekitaran Bukit Bintang. Ya, tuan saya lupa atau buat-buat lupa sesungguhnya malam minggu adalah malam yang patut dielakkan utk pergi ke Bukit Bintang. Saya yang menjadi mangsanya kerana saya terpaksa memerah tenaga utk keluar dari kesesakan lalu lintas disitue. Sedang saya melihat peluang-peluang yang ada utk saya keluar dari situ, tiba-tiba..Ya, tiba-tiba saya terasa montot saya seperti disepak dgn cara yang cukup sopan santun. Tuan saya menyangka kawannya yang duduk di belakang telah menyepak kerusinya kerana buhsan yang teramat dgn kesesakan yg melanda. Rupa-rupanya rakan saya dibelakang yang bernama WAJA telah mencium montot saya.Rakan tuan saya bergegas keluar dari dalam badan saya utk melihat apa yang berlaku di montot saya. Alhamdulillah, tiada apa yang terjadi di montot saya dan tuan saya dapat memaafkan tuan rakan saya yg bernama WAJA.Akhirnya, saya dapat jugak meloloskan diri saya dan terasa ingin melompat-lompat seperti tuan saya yang keletihan kerana kakinya kesakitan dan perutnya dimasuki angin hasil dari tiupan angin pagi.
Cerita untuk pengembaraan hari Ahad akan saya sambung sesudah iklan..

*iklan petronas
*iklan fair n lovely
*iklan colgate
*iklan mamee mawi..
*iklan dan iklan-iklan

Friday, January 20, 2006

Hasil dari kebuhsanan..

Hari nie aku kerja,
Esok aku cuti,
Lusa aku cuti,
Tulat kerja lagi,
Tonggeng kerja lagi,
Lepas Tonggeng kurang pasti,
Yang pasti Tonggeng itupun aku ckp sukahati,
Taktau kamus mana aku cari,
Ikut sedap mulut aku rase nak bagi,
Sekarang aku menghitung hari,
Eh,bukan menghitung hari..
Melihat jam enset di sisi,
Pukul 4.30, pukul 4.30..cepat le pukul 4.30
Aku nak balik sambil minum air tembikai,
Arghh...nikmatnye.
Tahun baru datang lagi. Umur makin meningkat, Tinggi tak jugak meningkat. Dulu-dulu zaman sekolah rendah, meraikan Awal Muharam dengan menyanyi lagu nasyid, "Satu Muharram detik permulaan..bla..bla.." Zaman sekolah menengah, mendengar ceramah-ceramah (kalau x silap arr), zaman matrik - zaman ini tidak dapat diingati kerana masa yang terlalu singkat. Zaman universiti, 3 Tahun di UKM, Awal Muharam di sambut di atas katil dgn syahdunya. Tahun nie mungkin perkara yang sama jugak ataupun menjadi driver membawak mak n abah ke pasar.eheheh...

Azam, sama mcm tahun baru mengikut kalendar barat, tidak dapat berazam hanya kerana tahun baru. Tiap-tiap hari berazam, semoga aku lebih kuat mencabar diri sendiri untuk mengadap cabaran hidup cthnya melawan raksasa macam ultraman. Sebelum nie, apa yang aku tak suka buat dan aku buat semuanya hasil cabaran dari org-org terdekat. Malu seh, asyik mengharap orang suruh mencabar.

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Thursday, January 19, 2006

Pagi Yang Sia-Sia

Sebelum tidur berjanji dgn diri sendiri akan bangun awal hari nie. Bila jam loceng berbunyi, akan terus bangun tanpa menukar alarm clock enset utk berbunyi selepas 5 minit. Memang, janji itu benar. Perbuatan itu benar. Memang aku terus bangun bila jam loceng menjerit tanpa menukar 5 minit seterusnya. Sebelum mandi, aku akan bawak semua kelengkapan utk mandi. Aku bukak almari, aku bukak laci..Waaa...ada satu barang yg mesti aku bawak dah takde dalam almari aku. Semalam sebelum tidur, sebelum ke tandas, aku pasti barang itu masih ada dalam almari. 10 minit berlalu dgn mencari "barang" tue je. Akhirnye aku nekad mandi je dan menunggu dgn sabar kakak iparku keluar dari bilik. Aku dah habis mandi, kakak ipar aku still dalam bilik lagie.
Argh..aku tak boleh pergi opis tanpa "barang" tue. Aku dgr bunyi pintu bilik sebelah berbunyi menandakan kakak ipar aku dah keluar bilik. Aku keluar dari bilik n terus tanya.
"Ada nampak tak "barang" zura?"
"haa..ade kat atas meja makeup..Akmal main semalam. Ntah bile die amik."

Isk, aku dah agak dah. Hasilnya pagi nie aku bergegas-gegas siap nk pergi opis hasil dari 10 minit yang sia-sia. Memang sia-sia bangun awal pagi tadi.Waa..anak sedare aku yang sorang nie mmg noti. Aku pun tak sure time bile die menyeludup masuk bilik aku. Maybe mase aku dah tido sbb die dah pandai bukak pintu sekarang nie.

Lambat-lambat pun aku masuk opis, punch card belum merah lagie. Hasil dari pengabaian keselamatan lalu lintas dan perlanggaran undang-undang jalan raya. (Atas-atas sebab ingin menunjukkan pretasi yang "bagus" di opis)..ehehhehe..

Kelly Clarkson - Because Of you

I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself
Cause my heart so much misery
I will not break the way you did,
You fell so hard
I've learned the hard way
To never let it get that far

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because you know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake
A smile, a laugh everyday of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I try my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid

Because of you
Because of you

Wednesday, January 18, 2006

Cerita Semalam

Sebenarnye bukan dari cerita semalam tapi effect dari cerita kelmarin. Cerita kelmarin yang buat cerita semalam jadi tegang sekejap.Bukan sekejap tapi sebentar.Ahh..sebentar dan sekejap tuekan sama. Erm, sedikit le., sedikit ketegangan. Cerita kelmarin tak perlu aku cerita untuk mengelakkan perkaitan mana-mana pihak dan yang pasti aku tidak mau, tidak akan, tidak dan tidak utk masuk campur. Eh, aku nak bercerita cerita semalam bukan cerita kelmarin. Cerita semalam, aku dapat call dari "seseorang".


Mr.X: Hello.
Aku : Hello.
Mr.X: Nie siapa?
Aku : Nak cakap dgn siapa?
Mr.X: Siapa cakap tue?
Aku : Nak cakap dgn siapa?(tegaskan sikit suara)
Mr.X: Nie kat mana?
Aku : Nak cakap dgn siapa?
Mr.X: Nie kat mane?
Aku : Kat kl.
Mr.X: Oh, slh nombor le.
Aku : erm..

Lepas tue aku menjerit. Menjerit sebab bengang. Dah banyak kali aku kene camnie. Lepas salah nombor akan dituruti dgn miskal banyak kali. Kalo bercakap aku boleh terima tapi bukan miskal di subuh hari. Pantang betul org memain time aku tgh tidor. Di sebabkan aku mmg tgh bengang dgn cerita kelmarin, aku turutkan perasaan marah dgn menghantar SMS.

"Elo saudara, bleh tukar taktik lame tak?buhsan ar dgn taktik salah no. nie. (tgh marah nie)" SMS +06012*******
"Elo saudari, kalo saya bukan slh no. pun, ape kene mengene dgn saudari?" SMS +0612******
"Takde kene-mengene??No. nie no. saya, tangan yang angkat telepon tgn saya, mulut yg ckp kat tepon mulut sy..lg mau ckp
xde kene-mengene??" SMS SMS +0612******

Selepas 30 minit kemudian.

Telepon aku berbunyi. Oo..dapat Voice SMS dr "Mr.X.

" saudari, kenapa saudari nie?ape masalah saudari?..bla..bla.."ayat-ayat selepas itu tidak dapat diingati sebab rase macam nk gelak gila babeng.
Hahaha, aku sendiri rase nak gelak. Apehal aku melayan camnie nie..Tapi takpe, kalau betul salah nombor, yang pasti no. ini takkan ganggu tidur aku di subuh hari. Suka, suka..suka..Tapi atas dasar kemanusiaan aku yang menebal, aku tebalkan enset aku dgn kasik SMS.

"sorie le ek, saje nak testing. Kompem salah no..bye" SMS +6012*******

Sebelum tidur aku berfikir. Apa aku buat nie. Apesal aku jd garang camnie nie?Hahaha..tapi takpe, aku suka..suka sekali. Tidur aku lena malam tue sampai terbabas bangun tidur. Huh..penangan SMS.

Tuesday, January 17, 2006

5 Mende Yang Aku Tak SUke time Bawak keter..

Pagi nie bawak kereta dengan senang hati..takde jem, takde kereta lembap yang amik line kanan. Huhuhu..suke..suke..hatii rase lapang jer.Mende-mende aku tak suke kalo bawak keter, meh aku buat list.

1)Bila traffic lite tue ijau,ngam-ngam aku tgh pecut bajet leh lepas, sekali die punye lampu kuning cepat gilerk n bile aku sampai je kat garisan tue, lampu dah jadi merah. Nak break mmg cari nahas arr..nak teruskan kalo ade pak polisi mmg kene saman.

2)Ade kete lembap ikut line kanan. Nak kasi "high bump" x sampai atie..dah le kete aku kecik je dibandingkan dgn kete yang lembap ikut line kanan. Kalo nak jaga keter sgt, ikut lorong kiri ar..

3)Jem gilerk sampai stuck xleh gerak-gerak..time nie rase mcm x keruan. Rasa mcm nak keluar dari kereta n jalan kaki. Lagi cepat sampai.Tapi kereta tue xkan nak biar situe. Kalo ade mende urgent nk buat, rasa mcm nak nangih tp dalam hati je le. Yang luarannya nyanyi kuat-kuat sampai org sebelah pandang-pandang. Bukan org sebelah dalam kereta yang sama tapi orang sebelah kiri dan kanan dalam kereta yang berlainan.

4)Jalan besar gila., lengang gila tapi rules kene bawak 50km/j. Siap ade polis-polis jaga kat tepi. Kalau tak caya datang Putrajaya.

5)Kene duduk belakang lori ke sebelah lori ke..ARGHHH...seriau sebenarnye. Mula le imaginasi karut marut timbul.

Monday, January 16, 2006

Hari ni aku tido ptg..bukan setakat ptg tapi sampai ke Mahgrib.Sayup-sayup suara abang aku suruh bangun sebab jam dah pukul 7.45.Abang aku x ckp 7.45 itu pagi atau malam lalu aku yang nanar dari tidur buat kesimpulan aku bakal tidak kerja hari ini kerana lagi 15 minit punch card di Opis akan merah dan aku sedang bermalas-malasan di atas katil. Otak aku mula menerawang memikirkan alasan apa akan ku beri kerana tidak datang bekerja. Sekali lagi suara abang aku, "bangun arr...dh pukul 8 dah..dah berita pun"..berita pukul 8 pagie ade ke?Kalau hari cuti, aku tak izinkan diri aku bangun pukul 8 pagie semata-mata nak tgk Selamat Pagi Malaysia.Aku jenguk tingkap, aku dgr suara anak saudara sedang riang bermain.Huhh..memang patut ada hadis bilang Tidur selepas asar boleh mendatangkan gila jika diamal 40 hari berturut. Aku baru sehari, dah jadi sasau sekejap.
Bila malam, aku mengingat ape aku nk buat sepatutnya di waktu ptg td.Haa..aku menunggu message Kuza.."Kuza.sian kat aku..lu bilang mau sms gue.."Kuza jgn lupe janjimu..utk pengetahuan ko, aku sgt takut utk menaiki bas. Aku paling takut membeli tiket bas lagie takut kalau yg jage kaunter tue orang pompuan.Kalau boleh aku nak elakkan segala salah ckp di depan kaunter sbb aku tak suka dimarah di depan orang ramai.Aku cuma nak tau, balik perak..kene ambik bas kat Pudu ke Jalan duta?Kalau aku tanye kaunter, mesti ade muka-muka pelik..aku tak suke itu..tak suke..tak suke..
Aku dapat SMS dari ayu..aku ingtkan Kuza...Tgk Kuza betapa aku berharap sedikit Ihsan darimu..hihihi..mesti nk cakap aku poyo arr tue..
"Zura,28hb nie Paan bertunang..jom pergi"ringkas tapi padat.
Aku balas.."Paan tak ajak aku pun. Kalo Paan ajak,insyaAllah aku gie le..27hb aku balik ipoh"ringkas tapi tak padat.Penuh tanda tanya.
Ayu balas balik.."Dia suh aku jd wakil..ajak semua orang. Dia takde no. ramai org. Alfa, June, pija pun ade.Dtg tau..leh jumpe".Sejak bile Ayu jd perantara majlis nie?hihihih..
Erm..nak pergie ke tidak..nak pergie ke tidak..Alang pun ade ajak.Tapi aku rase segan. Bila tuan punya majlis tak ajak dgn mulut sendiri, aku takut makanan aku makan jd x berkat. Makanan Ibu perbuatan.Ke aku datang tanpa makan apa-apa lalu buat alasan.."iskk..dah kenyang sgt nie"..itu namenye x menghormati majlis. Setakat nk pergie kenduri org pun kene pikir-pikir. Belum kenduri sendiri. Harap maklum aku mmg suke berpikir. Mende kecik pun selagie x jumpe solution die, aku berpikir sampai abih pikir. Isk, cepat tua le aku camnie. Terpaksa arr tgk citer lawak je nak kasi muda balik...^_^
Apa aku buat dalam mase seminggu yang lepas?

ISNIN - kerja..kerja..bz gilerk..nk siapkan kerja sebelum cuti..

SELASA - balik raye mcm x raye..layan tido sampai pukul 11 baru bangun..kalo dah tido pun kul 4 pagie..

RABU - 1st time aku bwk kete auto..bawk dgn jayanya sampai kene sound dgn kazen.."sampai surat saman..aku kasik kat ko nanti"..huhuhu..aku mmg xleh pegang streng..automatik rase mcm nk speed..JGN SURUH AKU BWK KETE KORG

KHAMIS - Pegi interview..erm,aku jumpe boss die,dlm otak dh set,aku xmau kerja nie..sorie alang..start jumpe MR.Goh,
sembang2..semakin aku sembang..dalam hati aku makin kuat ckp aku xmau kerja nie..(akukan penurut kata hati).
Hilangkan tekanan dgn tgk wayang(kingkong..syahdu)..lepak kat secret recipe..

JUMAAT- Pergie kerje balik..kenape aku xnak mintak cuti?duduk rumah lagie buhsan..baik kerje..ade internet free..^_^

SABTU - upgrade Touch n Go..layan wayang lagie..The Wig plak..thanx suen..temankan aku skali lagie..hihihihi..tp tensenkan
ade suara latar kat blkg..aku baru je nk pikir jln citer..sibuk org blkg tolon citerkan..lenkali kite kene makesure..xde
penglipurlara kat blkg..

AHAD - Tak penah sepanjang aku kerja..aku lepak kat umah weekend..bace novel..(PUT punye ek..)..ehehe..layan DVD..
pontianak harum sundal malam 2..aku tgk..aku tido..aku tgk..aku tido..huhuhu..dobi baju aku..okies arr..ade org
gaji JEPUN..sonot gak duduk umah nie ekk...hihihhi..tp buhsan..

iskk..x menarik sungguh rutin aku..kene cari rutin harian lg best nie..
Hari nie aku xde kerja..kerja aku surf..surf n surf..lepas tue chatting dgn alang..email dgn rusdy..isk..isk..lelame camnie bleh menambahkan kebluran aku yg memang blur. Orang lain dgr maybe seronok..kerja tak seberapa..gaji jalan..leh tenet sesuka atie..Cuba duduk kat tempat aku, tau le camne rase kalo semedang xde kerje..aku rindukan kerja2 bz aku yg setakat minggu lepas je bz..lepas je cuti raya ajie..aku dh xde kerja..Elo..elo..sesape ade kerje kosong yang gaji agak leh diterime bersesuaian dgn kerje...bgtau aku ek..sebelum lelame aku bukan je blur..otak jd tepu terus..
Apa yang aku nak dalam hidup sebenarnye?banyak..banyak sgt..tercapai tak tercapai tue yang belum tentu..
Nak buat list?xyah arr..aku malu..hihihihi..kang tak tercapai kene nyuruk bawah meja..KAt sinie aku nk announce ek:

1)Utk yang nk mengembangkan silaturrahim..SELAMAT BERKENALAN..xyah malu-malu.xyah segan-segan..seumur idup aku x penah makan orang..aku makan ayam goreng je..nyum..nyum..

2)Utk yang callin2..sorie arr kalo terase aku mcm malas nk melayan..time call tue x betul..aku nie penyegan sikit kalo ade org call mase sedare-mare..abang..kakak..mak..abah ade sekeliling aku..kalo ade tempat lain bleh lari..aku lari dulu..sbb xleh lari..so aku ckp mcm nak xnak je le..bukan sumbunk..tp pemalu..pelik tak dgn peel aku nie?hihihih..nk wat camne..kalo call time aku tgh golek2 atas katil..2 jam pun aku leh layan..hahahhaha...

Kalo ikutkan..aku rase mcm byk mende nk update..tp bila bukak blog..mesti rase mcm kosong sekosongnya..aku dah kene penyakit tepu nie..iskkkkk....

Friday, January 13, 2006

NGANTOK

NGANTOk...zzzz...ngantok..zzz...ngantok..zzz...arie nie ngantok aku dh tahap kronik..cepat-cepat le 4.30..aku dah tak tahan..nk drive pun xtau boleh lepas ke tak nie..huhuhhhuu

Monday, January 09, 2006

KELMARIN aku gembira
Sebab gembira
Aku masak makan tgh hari SEMALAM
SEMALAM aku gembira
Sebab gembira
Aku basuh bilik air n baju MALAM TADI
MALAM TADI aku gembira
Sebab gembira
Aku bangkit tido dgn senang hati PAGI TADI
PAGI TADI aku gembira
Sebab gembira
Aku pergi kerja tanpa rasa bengkak hati HARI INI
HARI INI aku gembira
Sebab gembira
Aku balik awal kerja..
YEAY...MAU BALIK IPOH..
SELAMAT HARI RAYA KURBAN..
MINTAK MAAP..
MINTAK AMPUN..
SALAH TUTUR KATA..
BERKORBANLAH ANDA SELAGI BELUM DIKORBANKAN..^_^

Kisah 1 dan Kisah 2

Kisah 1

Satu hari dulu,
Tegar dgn prinsip
Tegas dalam lembut
Dendam dalam diam


Sekarang,
Prinsip tinggal melayang
Tegas terus hilang
Dendam jadi bara

Nanti,
Dendam terus hilang
Tegas jd pembayang
Prinsip jd pegangan

Kisah 2

Bila kita baik, orang ingat kita akan sentiasa baik
Bila pikiran dh diset mcm tue,
Orang lupe kite masih ade perasaan

Oleh itu kita ingat pesan orang TUA..
Buat Baik "berpada-pada"
BUat Jahat "jangan sekali"