Tuesday, July 31, 2007

Baca paper semalam..:D

Saya mahu bercerita di sini tapi risau dimasukkan ke I As A.
Kan sudah ada isu penulis blog harus bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.
Selepas ini, kita semua pakat-pakat angguk sahaja.
Jangan geleng-geleng.

Tapi, isu yang paling saya suka sekarang,
Cikgu dan anak murid.
Selama ini,cikgu yang sering disalahkan.
Cikgu rotan tangan, cikgu rendam kolam.
Tapi,bila anak murid cekik cikgu,
timbul isu lain pulak.
TIDAK PATUT PELAJAR ITU DIBUANG SEKOLAH.
Hahaha, saya gelak.

Bukankah sekolah itu ibarat satu kerajaan.
Pengetua sebagai Perdana Menteri.
Cikgu-cikgu adalah pemimpin.
Anak-anak murid sebagai rakyat.
Oh ya, dimana ye posisi Sultan di sekolah.
Anggap sahaja kementerian kita sebagai sultan.

Kalau rakyat cuba mencederakan pemimpin,
Selalunya rakyat tu dipenjarakan, dibuang negara
(mungkin, sebab menukar rentak lagu negaraku pun sudah ada yang mencadangkan rakyat itu dicampak ke laut)
Jadi, jika mencederakan pemimpin, itu terlalu besar.
Paling-paling, dimasukkan ke dalam I As A.

Atas dakwa-dakwi di atas,
memang sesuai sangatlah pelajar itu dibuang sekolah.
Walau marah, walau bengang,
Pelajar itu harus tahu,
Yang dicekik itu seorang guru.

Saya kesian guru-guru di Malaysia.
Tak dibentuk pelajar, dia yang salah.
Dah dibentuk, dia juga yang salah.
Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Takpelah, janji ikhlas mengajar.

P/S: Bukanlah bermaksud pelajar yang dibuang itu kita abaikan, cuma kita berikan dia satu sesi terapi jiwa.
Patutlah..patutlah banyak kes anak bunuh mak... *SIGH*

Monday, July 30, 2007

Cuti 2

Pengembaraan yang panjang bersama iklan.
Tapi iklan silky girl tidak termasuk ye.
Sambungan dari cuti 1, kini cuti 2.
Saya ke Cameron Highlans pula.

Perjalanan yang tidak dirancang.
Walaupun jarak dari Ipoh ke Cameron Highland tidaklah sejauh mana,
tapi entah kenapa saya tidak pernah walau sekalipun menjejakkan kaki disana.
Sabtu yang itu, yang mana masih didalam bajet cuti saya,
Semasa itu saya pergi ke Cameron Highlands.

Kadar tiupan anginnya tidaklah sesejuk seperti saya bayangkan.
Tapi cukup untuk buat badan seperti menggigil.(Tiada lemakkah saya).hahahaahah..
Pergi bermula pagi hari, balik sesudah petang.
Singggah ditepi jalan mengambil air mineral.
(Bagus untuk kesihatan).

Cameron Highlands; tempat yang tenang-tenang sahaja.
Paling menarik bagi saya,
meredah ladang teh.
Cukup untuk tengok gambar dibawah betapa gembiranya diladang teh. :D







Thursday, July 26, 2007

Musnah - Andra N The Backbone

Sudah jatuh cinta dengan lagu ni.
Sekali dengar terus suka.

Bukan, maksud hatiku
acuhkan dirimu
didepan mataku
tapi ku tak bisa lupakan
saat dirimu membuat
diriku terhina

Reff:
Sakit hatiku
Remuk jantungku
Untuk membencimu
Musnahkan cintaku

Bukan, maksud hatiku
lenyap senyumku
saat kita bertemu
tapi ku tak bisa singkirkan
enyahkan fikirku
diriku terluka

Back To Reff:

Bukan.. maksud hatiku
Tak bisa singkirkan
Diriku terluka

Cuti 1

Saya dihujani pertanyaan,

"kenapa cuti lama sangat?"
"Ada pape ke cuti lama sangat?"
"Tunang ek?"
"kawen ek?"

Dan saya,
samada tersenyum, sengeh atau pun mengiyakan.
Ya, saya bertunang, sori le,saje nk kasik surprise. Hahahaha.
Bila saya mengaku begitu, taknak plak percaya.
Dan kembali saya tersengeh-sengeh.
Bikin tanda tanya pada penanya.

Saya ambil cuti seminggu kerana,
sekarang musim buah, jadi saya mau balik kg makan buah-buahan.
Hahaha, saya tipu lagi.
Yang betulnya, saya bercuti kerana membawa pulang ibubapa saya dari kampung balik ke ipoh.
Dan selepas itu saya terus menyambung cuti dek kerana cuti saya yang masih banyak belum diambil.
*Eksen sikit*..hikss...

Bila sudah bercuti panjang,
mak abah mengajak balik ke kg sebelah abah plak di Kuak.
Musim buah jugak.
Biar gambar berkata-kata ek.
Cuma kelam sebab diambil dengan kamera enset yg murah..hahaha..


Pandangan depan rumah opah. Disini tempat melepak dedulu dengan sepupu sepapat.


Tempat membuat segala aktiviti. Contoh, bermain cop tiang.


Selalu berebut nak tidur kat sini tengah hari sebab nak ambik angin kat luar. Dan macam biasa, kalau saya yang dapat dulu, dengan tidak ragu-ragu abang saya akan memterbalikkan jala buaian ni supaya saya terkeluar terus dari buaian. *Kes Buli*


Pangkin yang jadi tempat berehat bagi kaum-kaum bapa atau tempat bergossip menyembang bg orang pompuan.


Bahagian belakang yang dah runtuh. Sedihkan.
Kat sini pun boleh jadi tempat tidur gak kalau dah panas sangat kat dalam rumah.
Atau tempat bersembang-sembang kosong selepas penat memasak.
(Saya tidak termasuk)

Untuk malam, kegunaannya bertukar.
Menjadi tandas sementara bagi yang penakut mau turun ke tandas. Cuma angkat satu buluh, sudah boleh tarik nafas lega.
Bila siang,bukti hilang sebab ayam dah makan.Hehehe..
Tandas sebenar,nun,di celah-celah gambar. (Kalau nampak).
Sakit perut diwaktu malam memang igauan ngeri bila balik kampung.

Jangan ingat bilik air di dalam rumah.
Bilik air tak sempat nak tangkap.
Tapi di sudut luar jugak.
Memang kena ikat kain basah ketat-ketat bila mandi.
Kalau jatuh, alahai...hihiihi...
Boleh jadi macam sofea jane dalam Perempuan,Isteri dan ....
Bikin penasaran. ahakz..

Tapi, sebenarnya,balik kg untuk ambil ini,

Sedap sampai dah tak larat nak makan.

Saya ingat, hanya balik kg saja bila bercuti panjang-panjang.
Tapi ada plan yang tidak disangka.
Tunggu ek, nanti sambung cerita plak.

Macam biasa,
IKLAN DARI PENAJA.

Wednesday, July 25, 2007

Kucing dalam Kenangan

Saya pergi blog sana, topiknye kucing mati.
Saya pergi blog sini, topiknya kucing mati.
Jadi, kerana dek xmo ketinggalan, saya juga mau bercerita tentang kucing.
Eh,saya memang ada cerita pasal kucing yang kene gelek tapi macam tak adilkan kalo satu kucing je saya cerita, padahal ada banyak lagi kucing-kucing saya yang mati.
Tapi kalau cerita semua, mau panjang satu kertas A4, jadi biarlah saya bercerita kucing-kucing kesayangan yang mati.
Hahaha, saya memang bias.
Jadi,kucing pun ada kelompok-kelompok yang tersendiri.

Kucing yang pertama mati:

1) Cheetah - dia tak mati tapi dihantar ke hospital kerana perangainya yang suka menyelongkar. Takde sivik. eheheh..tapi kesian jugak le. Nak buat macam mana, jiran-jiran pun bengang sebab pinggan semua pecah dia tolak. Memang sesuai dengan nama, CHEETAH.

2) Putih - Dia memang unik. Kaki belakangnya panjang dan kaki depannya pendek. Bila siang mata menjadi biru, bila malam mata menjadi merah. Tapi kejap je dia bersama dengan keluarga saya. Mati kena gilis dengan kereta. Mungkin patah anggota dalaman sebab luaran okeh je. Memang saya menangis habis ar bila dia mati. Hehehe..

3) Peter - Kucing ni tidak diketahui dimana kuburnya. Bila dah dewasa terus menghilangkan diri. Kadang-kadang je muncul dengan gagah perkasa. Masa kecik-kecik, comel je bila dia bermanja. Dah besar, jadi pengganas. Ehehe..

4) Comel - Muka takde le comel mana, tapi sebab perah otak nak bagi nama apa, comel pun boleh le. Kalau kucing dipanggil comel, tuan kucing pun dapat tempias comel jugakkan. Hahahaah..Dia memang manja habis. Siap dodoikan dalam buaian lagi nak kasik dia tidur. Dulu-dulu saya terpengaruh dengan cerita mak-mak yang dodoikan anak tidur. Sebabkan saya takde adik, dodoi kucing pun jadi le. Tapi dia terlampau manja. Pernah sekali saya tertampar mukanya. Terkejut sebab tengah tidur dia gigit pipi saya. Sekarang entah mana perginya. Tapi rasa dah takde kat dunia ni. :(..Hilang tanpa berita.

5) Tobi - Gila bapak besar dia ni. Tapi ada habit buruk, kuat kentut. Pernah jugak buat kes, kencing badan abang sepupu saya masa diorg tengah sedap tidur. Sungguh kurang hajar. Tapi dia hilang sementara. Bila dah tua, datang balik ke pangkuan tuannya. Dan bila hampir dah mati, dia menghilangkan diri. Mungkin takmau tuan dia susah-susah nak gali kubur untuk dia kot. Kucing yang baik.

Sebabkan saya sebenarnya agak kekeringan idea dan juga agak kemalasan mengupdate entry. Jadi saya terus singkatkan cerita untuk kucing terkini yang merupakan kesayangan saya tetapi telah tiada.

6) BUK - Memang saya tak pernah jumpa kucing macam ni. Dari kecil dia tak suka bergaul dengan kucing-kucing lain. Kebetulan dia hadir sewaktu saya memang dilanda kesedihan, kekecewaan, ketensenan dan semua-semua yang negatif le. Walaupun saya sudah bertekad tidak mau memanjakan kucing sebab saya serik bila sudah sayang maka kucing itu pun berlalu pergi. Tapi dengan buk memang lain.

Dia selalu bermain dengan gelang kaki saya. Haish, sebab tu gelang kaki saya putus. Asal nak tidur je, dia gigit gelang kaki. Selalu bermain-main dengan dia. Siap boleh berguling-guling lagi. Kadang-kadang main serang hendap. Sampai saya rasa dia bukan kucing tapi orang. Entry khas untuk buk pun ada.

Tapi dia pergi. Mati digigit anjing. Menitis air mata. Nak makan pun dah tak lalu. Dia cuma tinggal satu zuriat.
Lotter.
Tapi Lotter tak macam buk. Tak suka kena pegang. Muka garang. Manjanya cuma dimalam hari je. Kadang-kadang rasa nak sekeh je muka eksennye. Hahaahaha..

Tapi, dalam banyak-banyak kucing, memang Buk yang paling special. Susah nak dapat kucing yang macam tu. Letak ikan atas meja pun selamat sebab dia cuma makan bila disua padanya.


Haa..lepas tu,apa lagi nak cerita.
Haish, hari ni memang buntu habis.
Cerita pun macam takde penamat.
Maapkan le tuan punya blog yang dilanda kekeringan idea.
Ehehe..

Sampai sini sahaja.
Dengarkan lagu ini,

Menghapus jejakmu
(sila pergi download sendiri)..hikss...

Monday, July 23, 2007

Takde topik

Tik..tik..tik..
Saya tengok masa.
Masih lambat.

Tik..tik..tik..
Saya tengok masa.
Cuma bergerak sedikit.

Tik..tik..tik..
Masih lambat mau balik.
Mata sudah layu-layuan.

Semalam tak dapat tidur.
Kununnya.
Hakikatnya saya sudah tidor sepanjang perjalanan dari Ipoh-KL. (Saya duduk tepi tingkap..yeay)
Tapi bila tak dapat tidur,
Saya terbayang anak kucing yang dilanggar oleh ayah. (Read:terlanggar).
Matanya tersembur.
Darah meleleh keluar dari idung.
Tahi terus-terusan keluar.
Sungguh, saya tak sanggup tengok.

Sampai sekarang, saya masih teringat walaupun cuma mengintai-intai sahaja.
(Saya takut darah okies).
Mak yang menguruskan segalanya.

Anak kucing itu masih belum bernama.
Cuma ibunya bernama Zorro.
Dan ibunya buat bodoh je.
Siapa tau dalam hatinyakan..

Lepas Buk takde, saya tidak mau memfokuskan pada satu kucing sahaja.
Sedih sangat bila dah takde.
Saya bermain dengan banyak-banyak kucing.
Lagipun, saya tidak selalu di rumah, jadi pertalian itu tidak rapat.
ehehhee..

Sunday, July 22, 2007

Dulu dan Sekarang

Saya buat entry ini untuk fysal, tapi dah alang-alang buat, baik saya jadikan sebagai tagkan. Tapi tag ini tidak dipaksa. Nak buat, buat. Taknak buak pun takpe. Just For Fun. Hikss..*pss..Fysal wajib okies.*


Tag ini :: Dulu dan Sekarang ::

Ini gambar semasa berumur 1 tahun mungkin. Dah lupa. Sedikit bam bam. *sedikit ke ek*..hikss..




Ini gambar semasa berumur 4 tahun kot. Rasa dah lain dah sebab dah itam logam. Asik main panas je. Ahakzz..



Ini masa tingkatan 4 sekolah menengah. Still itam logam sebab masuk kawad. Ceh..alasan je sume tu. Sebenarnye memang dh golap pun. Hiks..Sila teka yang mana satu saya ye. Hihihi..



Gambar masa dah masuk UKM. Lain ke same je?



Ada beza ke takde?Kalau takde, bermakna memang muka statik cenggitu je le. Hahaha..Okies,next..




SUEN

ADAH

LUNA

AYU

PUT

AYANG

SHAM

KUZA

LOST KEY

TAJUL

EMMETT

KHALX

AYUMi

BOO

JEBAT

SAHRULIA

SHAYZ

POKCIK

MR AZLIJR

FYSALWAJIB

ZILASO7

CHOT

KAK RETNA

KAK MEEN

SAUDARA SHAI

NOUSH

UMIE

KAK JIE

DR AZWAN

NADZEEM

ILHAM INDONESIA

FAISAL

KAMAL

MATJU

AiRYNNZ

YONNA TOMEI

Yang saya listkan ni, saya tagkan pada mereka. Tidak wajib,hanya Fysal saja wajib. Hahahahaha..

Thursday, July 19, 2007

Kadang-kadang

kadang-kadang,org taknak jage ati kite..mcm kite jage ati org..kan..


kadang-kadang,kite kecik ati,


kadang-kadang kite terase,


kadang-kadang kite mkn ati,
tp org x pedulik pasal kite,kan..


kadang-kadang kite rase nk lari jauh,
tp kite tau tu bkn jln penyelesaian.


kadang-kadang kite kene telan semuanye walaupun susah
sbb kite xde pilihan..kan..




Kadang-kadang,semuanya kadang-kadang.

Tuesday, July 17, 2007

Ini memang luahan hati

Seorang jurugambar mengambil gambar Sg Klang.
Diletakkan di websitenya yang boleh di lihat seantro dunia.
Untuk orang Malaysia, apalah sangat sg Klang.
Banyak lagi sg-sg cantik yang boleh ditangkap.
Memang dah pernah tengok secara realiti bagaimana sg Klang tukan.

Berlainan untuk orang luar Malaysia.
Jika posisi gambar diambil dengan menenggelamkan sudut sampah, tentunya Sg Klang sangat indah di pandangan mata.
Itulah kuasa gambar.

Maka, untuk mereka yang terpedaya dengan gambar saya,
Janganlah diharap terlalu indah kerana banyak buruk dari indahnya.
Kalau jumpa secara berdepan, nak senyum pun mungkin rasa malaskan..hikss..
Mungkin terpikir, adakah anda tersalah lihat gambar...hahahaha..

Saya menerima sesiapa sahaja untuk membaca,berkongsi pendapat atau sembang-sembang kosong.
Tapi semua ada had-had yang tertentu.
Jangan dikejar saya dari Friendster ke YM maka terus ke blog saya.
Mungkin terpikir saya yang selalu bercerita kosong di sini, bersembang di msjbox mengatakan saya ini single dan menyuruh mencarikan teman atau apa sahaja yang berkaitan dengan teman hidup, maka anda ingat saya terlalu desperate mahu mencari teman.
Tentunya anda silap.

Berkawan, berkawan sajalah.
Berteman hidup kita serah pada Tuhan.


*Ini jawapan aku utk soalan di dalam friendster*

Sila jangan datang di sini lagi. Titik.

Opss, sebelum terlupa, tak perlulah letak gambar aku kat frenster ekau..
Banyak lagi gambor artis yang lawa-lawa buleh ko letak.
Sila delete yer.
Tak baik jadi pencopet gambar.
Dah le ambik tak mintak kebenaran.
Tak perlu pulangkan, cuma tolong delete je.

P/S: Dalam senyum, saya boleh jadi Hulk Hogan juga jika terpaksa..hiksss...

TOLONG DELETE GAMBAR TU UTK ORG BERKENAAN..TAK BAIK AMIK TANPA KEBENARAN.

Kenduri

Untuk umur peringkat sekarang,
Terlalu banyak majlis kahwin yang saya hadiri

Orang kata amik berkat,


Saya kata, best ar makan free.


Saya rasa dengan gambar boleh menggantikan cerita.



1. Ini gambar semasa kenduri alang. Tapi gambar pengantin takde sebab saya dah letak file gambar bersama pengantin di dalam hdd komputer ofis. Cukup-cukup le dengan gambar bakal pengantin ek. Hahahaha.






2. Ini semasa hari sabtu yang lepas kenduri di kl selepas kenduri di jengka. Mencari-cari rumah Pak Ali sebagai landmark, terus terlepas Anjung Rahmat punya dewan. Kalo tak, berkenduri di batu caves je le. ^_^..

Bulan 8 ada lagi kenduri.

Bulan 11 dan bulan 12 sebagai kemuncak dan pengakhiran untuk 2007.

Jangan salahkan saya jika ketembaman naik dengan jitunya.

haahhaahah

Monday, July 16, 2007

Final..

Tiba masa cerita.

Saya bersegera untuk masuk ke dalam bas dengan harapan dapat menenangkan hati saya.
(Cara menenangkan hati yang paling bagus ialah tidur).
Tapi harapan saya pudar.
Di sebelah saya sudah duduk seorang lelaki cina yang bersize XL.
Terlepas saya, peluang untuk duduk ditepi tingkap.
(tempat favourite).

Saya kira, tempat saya yang sekangkang kera juga sudah diambil sedikit ruangnya oleh lelaki itu.
Terpaksalah saya duduk sedikit-sedikit di ruang paling hujung supaya badannya tidak bersentuh dengan saya.
Kejap-kejap, suara orang jepun keluar dari telefonnya.
Tanda ada SMS masuk.

Saya memang mengantuk tapi tak sanggup untuk tidur.
Sebab saya ada habit buruk, hikss...
Jika sudah terlena, saya suka tidur menyandar jika tidur dalam kondisi duduk.
Sebab itu tempat di tepi tingkap paling digemari, tak kisah terhantuk di cermin tingkap asalkan boleh sandar disitu.

Saya cuba menahan mata sedaya yang boleh.
Lelaki disebelah sudah berdengkur.

Sedar-sedar, lelaki di sebelah sudah bangun.
Dia menjauhkan jaraknya dari saya.

Hahaha, saya tau kenapa.
Mungkin saya sudah hampir terlentok dibahunya.
Dia takut saya ini orang gila yang sudah tersesat.
Saya agakkan saja.
Sebab saya tertidur dengan jayanya.
Panggilan telefon dari mak yang menyedarkan saya.

Saya pura-pura bermuka slumber.
Bercakap dengan mak.
Kemudian tidur balik.
Tapi saya pura-pura tidur je.
*hihihih*..

Sampailah ke Ipoh dengan selamat.
Lelaki itu turun tanpa memandang muka saya lansung.
Ke ada sesuatu yang jatuh di atas bahunya.
Lalu dia menyumpah-nyumpah saya kerana senang-senang landing dibahunya.
Hahahahaha..

Thursday, July 12, 2007

Sambungan ke-2

Saya sibuk. Dah kerja, memang le sibuk. (ayat typical).
Terlalu banyak penaja, jadi banyaklah iklan untuk sambungan entry selepas ini.

Saya sambung ye.

Sesudah sampai di KL, saya harus bergegas pulang ke Ipoh untuk membawa ibu bapa saya ke Kuala Lumpur.
Abah tak mampu lagi memandu dengan jarak jauh kerana masalah kesihatan. *Sila rujuk entry terdahulu*.
Jadi, selaku anak yang bertanggungjawab, saya harus menyenangkan hati orang tua.
Menghantar rakan di Keramat dan selepas itu saya mintak tolong ana menghantar saya ke LRT Bandar Tasek Selatan.

Dengan pakaian yang saya pakai semasa kenduri,*sila rujuk pada gambar*
Dengan beg disandang bahu kiri dan kanan,
Saya melangkah dengan bergaya.
Cuma saya menukar high heels kepada kasut yang lebih selesa.
Kunun-kununnya untuk mengelak dari jatuh tersungkur.
Malu ar, pakai molek-molek dapat malu berdebuk.

Sampai di puduraya, saya perlu menyeberang dari laluan LRT ke pudu.
Jalan biasa ditutup kerana,
(ooh, saya lupa mahu lihat kenapa sebab saya lihat sudah tutup, saya terus alihkan pemandangan ke arah jalan lain)

Semasa sedang menyeberang dengan penuh bergaya,
Saya musykil kenapa saya terasa seperti mahu tersadung sesuatu.
Mana mungkin tak pakai high heels pun boleh jatuh gedebuk.

Rupanya kasut saya putus di tgh jalan.
Ku harap panas hingga ke petang,rupanye ribut petir di tengah jalan.
Sedang saya membetulkan kasut yang sudah terputus, sebuah BMW membunyikan hon sekuat-kuat hati.
Semua di situ memandang saya seperti banduan yang didapati bersalah.
Saya kasik jelingan tajam pada pemandu BMW.
monolog di dalam hati,
"ko buta ke mata tak nampak kasut aku putus"

Saya meneruskan perjalanan dengan terhencut-hencut.
Mata-mata yang memandang,
pandang macam saya salah seorang pesakit mental yang terlepas.
Saya tidak peduli pada kasut yang putus.
Janji tiket dapat dibeli.
Saya perlu balik untuk mengelakkan abah memandu besoknya.

Sampai di kaunter,
saya lihat seorang lelaki sedang tekun menulis sesuatu.

Saya : Bang, balik ipoh satu. 7.30 malam ni.

Abang Kaunter buat reaksi terkejut yang amat sambil menekan dada.
Kalaulah dia pesakit jantung, harus saya kena buat CPR disitu. Hikss..

Abang kaunter : Fuh, terkejut saya dik. Haa..ade..ade..sorg ek..ok..
Saya : Bang, kat sini ada jual kasut bang?selipar pun jadi le.

Abang kaunter urut dada lagi.
Mungkin suara saya ni terlebih ekspresi kot.

Abang kaunter : kasut putus ke dik?
Saya : Haah.

Abang kaunter tepuk kepala lagi.
"abang ni memang bagus le jadi pelakon"
monolog saya di dalam hati.

Abang kaunter : Ada kat belakang tu dik. Tapi selipar.
Saya : Okies, mekasih bang.

Sebenarnya saya rasa orang di kaunter tu mungkin lagi muda dari saya atau sebaya.
Pura-pura saya panggil abang supaya nampak saya muda belia. hikss..

Sampai di kedai kasut, hanya ada selipar.
Lorong-lorong belakang saya tak berani nak explore.
Takut kena pau.
Takpun kene tangkap dengan jabatan kebajikan masyarakat.
Dikhuatiri saya salah seorang pengemis di situ.

Dapatlah sepasang selipar bewarna hijau.
Selipar pun selipar le, janji tak terhencot.
Orang sekeliling tetap memandang saya dengan pandangan pelik.
Mujurlah, kadang-kadang saya ini muka tembok orangnya.

Bila kita tahu kelemahan kita, gunakan ia sebagai kekuatan.
Jadi saya buat muka tanpa perasaan sepanjang menunggu bas.
Pandang kiri pun tidak.
Kanan pun tidak.

Oh, bas sudah tiba.

Dan..

*iklan sebentar*..

ada sambungan lagi........

Monday, July 09, 2007

Sambungan..

Iklan dah tamat.
Saya letakkan bukti, kami buat sesi bergambar.
Biar tak cun, janji happy.
*Eh, x cun saya seorang. Yang lain cun-cun ye, harap maklum*..



Ini gambar 1.



Ini gambar 2.



Ini gambar 3.


Ini gambar 4.



Ini gambar 5.



Ini baru gambar pengantin. Kesiankan pengantin.
Nasib baik pengantin upah jurugambar khas, kalo tak memang pengantin boleh kecewa.
Pss..kawan saya yang memakai seluar tu memang seorang jurugambar yang diupah.
Tapi gambar-gambar ini tidaklah dia yang tangkap.
Siapa mahu berkahwin, boleh contact saya.
Saya boleh link pada dia.heehhe..*sesambil wat entry, sesambil bisnes gak*..

Tapi, ade tapi lagi.
Cerita ini tidak terhenti.
Besok pulak sambungannya.

*iklan balik*

Cerita 1

070707 - tarikh ni ramai orang nak wat hari special. Nak-nak plak jatuh hari Sabtu. Special le sangat.

Sebabkan kawan saya juga memilih tarikh ini, maka saya dengan berbesar hati mencemar duli ke Pahang.
Perjalanan bermula pukul 8.00 pagi dari rumah saya.
Tiada rintangan, berjalan lancar.
Sampailah ke rumah kawan di keramat.
Perjalanan diteruskan sehingga sesi mengisi minyak.
Pergi dengan semangat tapi kad kawen orang tu tak bawak.
Masing-masing memang tak pernah pergi ke situ.
Terpaksalah berpatah balik ke rumah kawan di Keramat.

Sekali lagi, perjalanan diteruskan.
Tapi kerana terlebih pandai, termasuk laluan yang salah.
Maka, terlajak sekali lagi.
Proses berpatah balik kembali ke landasan sebenar.
Semua perjalanan ini masih di dalam KL ye.
Belum sampai ke Pahang lagi.

Bila masuk ke Karak highway, harap-harap semua berjalan lancar.
Inilah pertama kali saya memandu ke arah Pantai Timur.
Nampak exit Chenor, memusing ke kiri.
Fuh, memang smooth, takde masalah.

Memandu sambil mata melilau kiri dan kanan.
Dibantu Co-pilot dan juga teman di belakang.
Akhirnya terlajak jugak.
Terpaksa U-turn untuk masuk simpang sebenar.

Jujurnya, ini mungkin kali ke-2 saya masuk kawasan Felda.
Tak tersangka jauh sungguh ke dalam.
Dan ini juga kali pertama saya ke Pahang.
(kalau genting dikira pahang, abaikan kali pertama ye).

Sampai rumah kawan,pengantin takde.
Ingat pengantin dah lari. *Ini saya bergurau*
Pengantin ke masjid untuk proses ijab dan Qabul.
Menunggu pengantin datang sambil makan di dapur.
Saya rasa sungguh sopan sekali makan sambil bersimpuh di dapur sebab tempat semua dah penuh.
Kalau ikutkan hati, saya akan slumber makan di tempat bahagian lelaki.
Tapi memikirkan, masuk kandang kambing mengembek, kandang kucing mengiau, maka di dapurlah tempatnya.

Kerana kepanasan atau mungkin kerana memikirkan diri terlalu cun hari tu,
Sesi bergambar jadi aktiviti wajib.
Mungkin ada yang berpikir,
"dari ceruk mana la pompuan-pompuan ni datang, dekat dinding pun nak bergambar".

Cuaca semakin panas.
Saya harus bergegas pulang ke Ipoh selepas ini.
Maka kami mengundur diri.
Kali ni, ana yang jadi pemandu dan saya sebagai Co-Pilot.
Perjalanan balik memang lancar.
Hati tenang.
Tapi..

*iklan sebentar*...
Sambungannya selepas ini.

Menghapus Jejakmu

Terus melangkah melupakanmu
Belah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu
Kucoba untuk terus menjauh
Perlahan hatiku terbelenggu
Kucoba untuk lanjutkan itu

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Terus melangkah melupakanmu
Belah hati perhatikan sikapmu
Jalan pikiranmu buatku ragu
Tak mungkin ini tetap bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu
Kucoba untuk terus menjauh
Perlahan hatiku terbelenggu
Kucoba untuk lanjutkan itu

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Lepaskan segalanya
Lepaskan segalanya

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu

Nanananana

Tuesday, July 03, 2007

Aktiviti Semalam

Kerana komen-komen "bernas", maka saya bertekad untuk buat aktiviti baru di petang hari.
Saya akan cuba untuk tidak balik terlalu lambat. Dapat setengah jam pun jadi.
Gambar di bawah bukti saya mulakan suatu aktiviti sihat.



Saya tidak berseorangan buat aktiviti sihat.
Aktiviti ini dijalinkan sekali dengan proses pembersihan mata.



Saya akan cuba buat aktiviti ini sekerap yang mungkin.
Hidup lebih sihat dan otak menjadi segar. :D..

Malam tadi pulak,
sebelum tidur, saya buat satu eksperimen.
Saya hantar sms gud nite kepada mereka yang selalu saya berhubung, yang jarang berhubung dan sudah lama tidak berhubung.
Hasilnya, ada yang ingat saya tersalah hantar sms. Ada yang macam tak percaya adakah benar saya yang bagi. Ada yang terus menelefon kerana fikir saya dilanda masalah.
Jadi saya percaya,
walau kita sudah lama tidak berhubung, selagi dihati masih ada ingatan,
Ia akan kekal selamanya selagi persahabatan itu bertunjangkan keikhlasan.

Monday, July 02, 2007

Santai

Tajuk di atas tiada kene mengena dengan cerita dibawah.

Semalam sepupu bertunang.
Majlis berjalan lancar.
Kenyang jugak perut asik di asak dengan makanan.
Yang paling tak tahan, sedara mara yang mempertikaikan ketembaman muka.
Ada pulak soalan, "Ko makan vitamin ke sekarang?"
Hahaha, make up pun tak reti, takde hati nak menjaga kecantikan.
Syukur apa yang ada.
Tapi, terdetik jugak hati mau bersauna.
"ana, bila lagi ni?"..

Semalam birthday kawan saya.
Erm, saya sebenarnya agak kurang pasti, bergaduhkah kami?
Tapi serasa macam tidak berkawan.
Saya tidaklah memikirkan sangat.
Bukannya saya tidak memikirkan persahabatan.
Cuma, bila saya lebih berfikir, saya akan lebih menyakitkan hati saya.
Jadi biarlah.
Sampai masa, mungkin akan berbaik semula.
Mungkin terus berdiam sampai bila-bila.
Biar sajalah.
Bila saya berfikir benda-benda yang remeh, otak saya semakin berat kandungannya.
Saya takmau otak terbeban.
Cukup-cukuplah dengan yang dah sedia ada.
Saya sendiri sudah makin penat.
Jangan sampai bila hati sudah tekan titik nokhtah.
Maka, saya takkan berpaling.
Saya akan buat seperti,
kalau wujud, wujudlah.
Kalau tak, anggap saja sudah terkambus.

Tiba-tiba saya rindukan kawan sekolah.
Rasa macam dah lama tak bersua.
Saya ambil cuti yang agak panjang sedikit bln 7 ni.
Mintak-mintak ada masa untuk melepak bersama-sama.
Saya suka gelak ketawa.
Dan sekarang saya paling benci cerita sedih termasuk yang ada di dalam tv.
Kalau ada babak air mata, saya cepat-cepat tukar channel.
Huhh, buhsan sungguh.
Hati saya sudah matikah??