Thursday, August 30, 2007

Perjalanan ke UIA

Kadang-kadang,
Dibalik-balik sedih,
Kita gembira.

Saya melihat bunga api,
saya gembira.
Dan lagi gembira bila saya pergi berjalan-jalan ke zoo negara.
Saya sebenarnya menyelaraskan ketinggian dengan umur yang sepatutnya.
(Read: kanak-kanak)
Jadi, kerana itu saya gembira pergi ke tempat-tempat begitu.
Hahaha..tak pasal mengutuk diri sendiri.

Cerita-cerita ini kalau ikutkan dah basi.
Tapi sebabkan ini blog saya, sukati saya le mau bercerita bila.
Hahahah..(gelak jahat).

Saya pergi ke zoo pada minggu yang lepas.
Tujuan utama sebenarnya mau pergi ke UIA.
Kawan saya konvo disitu.

Perjalanan ke UIA pun ada cerita tersendiri.
Saya rasa, saya ni bermacam-macam kerenahnya.
Kesian le untuk sapa yang baru nak kenal..hehehe..

Saya adalah pemandu dan ana co-pilot.
Pergi UIA, lalu jalan MRR2.
Untuk ambil seorang teman yang pakar jalan ke UIA.

Minyak dah tinggal sikit,
Tapi malas giler mau cari stesen minyak berdekatan.
Saya teruskan perjalanan dengan harapan ada stesen minyak sepanjang saya lalu di MRR2.

Jalan, jalan dan jalan.
Paras minyak sudah menganjak mengurangi E sedikit.
(sila,sila imagine ye).
Nampak petronas, tarik nafas lega.

Masuk-masuk,
Oh tidak, zura tertipu.
Stesen minyak itu belum berfungsi.
Terpaksa masuk ke Tesco sebelum keluar kembali ke jalan besar.
Sebab itu jalan ke Tesco.

Jalan-jalan lagi.
Saya sedapkan hati orang sebelah.
"takpe, ko jgn risau, ni sempat lagi ni."
Orang sebelah jawab,
"Itu memang betul ke, ko nak sedapkan hati?"
Saya sengeh je. (saya agakkan saya sengeh. Mungkin).

Nampak Shell berdiri gagah.
Lega.
Dengan eksen naikkan tingkap kembali,
Pasang air-cond penyejukkan badan.
(Kes nak kurangkan penggunaan petrol).

Saya pergi ke toilet.
Mintak tolong co-pilot uruskan pembayaran.
Selesai hajat,
Saya terus masuk ke kereta.
Tanya co-pilot, minyak dah berisi.
Jawabnya sudah tapi tiada keyakinan sebab yang mengisi pekerja Shell.
Dia tanya,
"Dah naik dah?" *Merujuk paras minyak*.
Saya jawab, " Kete ni memang lambat sikit naik".

Kemudian teruskan perjalanan.
Baru mahu masuk kembali ke jalan besar.
Co-Pilot jerit suruh stop.
Dia nampak penutup minyak terbuka.
Saya was-was.
Lihat paras minyak masih belum naik.

Eh, minyak belum terisi ni.
Patah balik dengan cara mengundur.
Co-pilot yang uruskan segalanya.
Rupanya pekerja Shell itu sangat patuh.
Katanya, "Boss tak bagi isikan minyak".
Ceh..

Kerana sebab kejadian terjadi,
Co-pilot uruskan pembayaran disitu.
Tidak perlu pergi ke kaunter.
Co-Pilot sibuk main sms, tak perasan minyak sudah terisi atau belum.
Selalunya pekerja yang isikan kalau sudah menolong menguruskan pembayaran.
Nak-nak pulak,
Pekerja Shell yang lain dilihat tolong mengisikan minyak untuk pembayar.
Maka, pastilah kereta saya juga begitu.
Sempat lagi pekerja Shell menambah,
"Kalau tak saya untung RM20 kak."
Ampesh..

Orang kata, kalau ada rezeki,
Adalah.
Maka termaktub, rezeki saya masih ada.
Walaupun muka tebal-tebal.
Dan tentunya orang-orang disitu bilang,

"Ala, lady driver".

Ceh, ceh dan ceh..

Cerita zoo bersambung pulak nanti..
Hahahaha...

5 comments:

Unknown said...

kamu ni sememang nya pandai mengomel...hehehe

zura lias said...

chot,
bakat semulajadi..ahhahahhaa....

Iza Idris said...

Zura,
Atleast ko tak kena siram minyak cam aku dulu..
hahahaha..

-iza-

zura lias said...

iza,
hahahhahaha...sian ko..xpe,ujian tu..:D

Hajar said...

wa, besh tu jenjalan...:D