Tuesday, August 07, 2007

Bahasa Malaysia Atau Bahasa Melayu

Berbalik pada isu semasa.
Saya kembali membaca suratkhabar.
Isu yang nampak jelas, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.
Sejujurnya saya lebih sukakan Bahasa Malaysia.
Luas konsepnya untuk kaum yang majmuk di Malaysia.

Tapi, bahasa Melayukah, bahasa Malaysiakah,
Yang penting penggunaannya.
Kalau diubah-ubah, tapi penggunaan di abaikan,
Beribu kali ubah pun, tak nampak mana hasilnya.

Para menteri,
Para politikus,
Silalah mulakan dengan berbahasa Malaysia selalu.
Yang di atas mula, yang dibawah jadi pengikut.
Ibarat Bapa borek, Anak rintik.

Saya risau jugak,
takut-takut generasi di bawah lupa,
Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi untuk Malaysia.
Mungkin sebab di rumah sudah terbiasa berbahasa selain dari bahasa Malaysia,
Jadinya musykil,
Yang mana rasmi,
Yang mana elok untuk pengetahuan.

Lama-lama,
Jadi malu mahu guna bahasa rasmi.

Malu atau tak tahu.
Wallahualam.

17 comments:

unicorn said...

pergh...bermadah pulak.. kau ada bakat ler.. kau keje kat maner ek.. keje dlm dunia penulisan ke....?

zura lias said...

erk..erk..macam madah ke?aku keje pengkomputeran..*ade kene mengene dgn penulisan tak?*...

P/S: tapi cecite dedulu nk jd reporter..last2 jd reporter blog je..hahahahaha

Noushy Syah said...

A'aaa mmg besh ur bahasa...so wazzup now? Is it Bahasa melayu or bahasa msia?

Lagilah confuse shaye dibuatnya!!

Hajar said...

hmm, ingat x, dulu2 masa sekolah buku teks BAHASA MALAYSIA. lepas tu entah kenapa ditukar jadi BAHASA MELAYU. sekarang dengarnya nak ditukar semula ke BAHASA MALAYSIA.

sebenarnya, tak penting MALAYSIA atau MELAYU. yang penting macam mana kita sebagai orang MELAYU menggunakan bahasa tu dalam kehidupan harian kita. betul x? ;)

zura lias said...

noush,
erm,still lom decide lg noush..biase le..gembar-gembur kene lebih..pilihanraya nk dekatkan...*zura prejudis*..hahhahaha

hajar,
tu ar pasal..sib baik masa skolah dulu x konpius..ubah2 le macam mane pun kalo mentaliti kite xmo diubahkan..x berubah besar mana pun..hahaha...

Tongah said...

blog ni sume pembaca wanita ke...lelaki buleh join tak hehehe

MZ said...

- to be honest i prefer Bahasa Malaysia than Bahasa Melayu.
- Bahasa Malaysia/Melayu is similar to the people, always receptive and tend to change to others' languaage. ever notice how we change our dialect when we interact to different races? be it chinese, indian, east coast malays, east malaysia etc etc.
- pesal pak cik cakap bahasa inggeris nih? mcm terrer jek ..

chot said...

nampanya cik puan ni bertegas dlm isu bahasa malaysia ni...bole jadi contoh ni...hehehe

zura lias said...

tongah,
erk..sesape pembaca laki angkat tgn?sume pompuan ke yg jengah sini...pokcik..chot...tunjukkan kelakian anda..hahahaha...

pokcik,
yeah, pokcik pun setuju bahasa malaysia ek..tp tu le keunikan bahasa malaysia..manyak bahasa dialek n bahasa pasar..tak termasuk bahasa sms n bahasa chatting..muahahaha..

chot,
cik saje..puan tolak tau..hahaha..xde le,tuan punya blog pun kenkdg suke rojak sbb suka gak makan rojak..hahahaa

Tongah said...

hehehe...
by the way...mengikut pendapat saya...memang sepatutnya bahasa malaysia pon...sebab bahasa ni untuk rakyat jelata di Malaysia...bukan orang melayu jer...

zura lias said...

tongah,
ahaa..kite sependapat le..gimme 5..*kuat makan rojak*..tp yang penting penggunaanye,,,

Tongah said...

Oh. Sependapat ye. Hehehe... Bagus²...Lagipun bahasa ni kalau tak silap salah satu dari element ketemadunan(betul ke hehehe). Kalau negara kite takda bahasa sendiri. Macam kita ni takda tamadun pula.

zura lias said...

ohoo..satu fakta baru..menarik..takde bahasa..takde tamadun ek..ermm..logik tu...

Tongah said...

Kalau tak silap la. Cikgu sejarah masa form 4 dulu yang cakap. Tipu dia, tipulah saya.

zura lias said...

tongah,
ohoo..dulu mase time sejarah..sy tido..hahhahahah

Noushy Syah said...

Ohhh??? Election dah hampir ke? I tot every 5 years rite? First time for this PM kan?

zura lias said...

yup...maybe bln 12 ni..yup..tp ikut pd keputusan PM dan disetujui agong kalo nk bubar parlimen..*kene check balik ni*..erm..rasenye 2nd time kot..aiyak noush..zura kene refresh otak balik..ahahhaa