Kenapa saya menghilang?
Sebab saya terpaksa EL.
Kenapa saya EL?
Sebab..
Hari Rabu, 15/8/2007.
Saya bergegas memandu ke Bangi untuk meraikan hari graduasi
SUEN.
Tangkap-tangkap gambar.
Senyum-senyum.
Gelak-gelak.
Selepas itu saya terus bergegas pergi ke rumah kawan baik saya; ana.
Ada temujanji kerana lama tidak berjumpa juga banyak cerita sudah dikumpul.
Hahaha...*tak berjumpa 4 hari, banyak cerita berkumpul. Kalau sebulan?*.
Semasa memandu,
Ada kancil merah, memandu dengan 20km/j.
Ya, saya memang jahat.
Saya gelakkan kancil itu lalu memotong dengan eksennye.
10km selepas itu, (anggaran sahaja)
Kereta saya berbunyi.
Saya pikir tayar pancit atau pecah. *saya ada pengalaman tayar pecah semasa memandu*.
Lalu bagi signal ke kiri.
Ngam-ngam ke kiri, brek tidak berfungsi, enjin terus mati.
Tapi lampu masih menyala.
Radio masih bernyanyi-nyanyi.
Saya panik tapi masih boleh bergelak ketawa.
Ana rileks, katanya itu mungkin bukan kereta dia. Hehehe..
Saya cuba bunyikan hon.
Berfungsi.
Saya cuba tutup lampu dan buka kembali.
Juga berfungsi.
Ah, sudah.
Tiba-tiba peluh rasa nak menitis.
Kebetulan ada seseorang sms.
Orang itu jadi mangsa untuk saya telefon kembali bertanyakan ramalan kerosakan kereta saya.
Kesian dia, dah le tengah semangat nak nyanyi negaraku, terpaksa lak menjawab panggilan saya. *sorry..eheheh*..
Dia kata tak mungkin bateri.
Mungkin ada kerosakan lain.
Saya telefon abang pula, tapi telefon tak berangkat.
Saya dan ana berfikir-fikir.
Keluar dari kereta memang tak le.
Kerana suasana sekitar dan waktu yang tidak mengizinkan.
Ana kata, cuba telefon rakan yang paling dekat.
Saya telefon Kurnia Insurans dulu.
Memang ada tow truck tapi berpikir-pikir dimana mau letakkan kereta selepas itu sangat memusykilkan.
Selepas itu baru telepon rakan.
Dia bilang tunggu saja disitu.
Nasib baik kawan saya di rumah.
Nasib baik dia tak ada agenda dating.
Toche...toche...
Dia datang beserta kerepek bawang dan sebotol air mineral.
Saya rasa umpama ada orang menadahkan kapal terbang pada saya kerana kondisi saya yang di dalam keadaan lapar teramat.
Dia juga buntu.
Akhirnya dia memanggil mekanik beserta tow truck.
Sementara menunggu mekanik dan tow truck sampai,
Sempat berpiknik disitu sambil makan kerepek bawang.
Ayu seh, saya berbaju kurung diwaktu malam..hahahaha..*orang lain mungkin biasa tapi saya luar biasa*.hikss..
Selepas itu, abang dapat dihubungi.
Dia akan datang selepas kakak ipar saya balik dari sekolah.
Bila mekanik sampai,
nampak cahaya di mata saya.
Tapi cahaya jadi pudar bila dia bilang timing belt saya putus dan kemungkinan ada bar (xtau eja) yang bengkok.
Dianggarkan dalam RM400-500.
Saya tarik napas lega.
Bukan kerana saya banyak duit, cuma saya pikirkan dalam seribu.
Memang rasa tak boleh bernapas kalau 1k.
Tunggu pulak tow truck sampai.
Piknik lagi disitu.
Tiba-tiba, kereta mekanik pulak yang rosak.
Haish, berjangkit agaknye.
Cuma bukan kerosakan besar.
Boleh berfungsi selepas ditolak.
Selepas itu abang sampai.
Dipendekkan cerita, selepas abang balik,
Tow truck sampai.
Nampak le kereta saya diangkut dengan begitu comel sekali.
Hahahah..
Selesai semua,
saya dapat makan dengan seronok walaupun tidaklah begitu seronok memikirkan duit yang melayang.
Juga masa yang tidak sesuai kerana memikirkan suasana yang sibuk di opis.
Saya EL 2 hari bersambung dengan sabtu dan ahad.
Kalau EL, kereta di tangan, mungkin seronok.
Ini EL, duduk diam-diam dalam rumah.
Tiba-tiba saya jadi suri rumahtangga yang bagus.
Hahaha..
Malamnya,
mekanik menelepon,
Anggaran sudah bertambah,
Semuanya mungkin dalam RM600++ tapi tidak menjangkau RM700.
Saya senyum-senyum kelat.
Terpaksa.
Semua bar bengkok.
Sabtunya semasa mengambil kereta,
Bayar dengan terketar-ketar.
*hikss..*
Saya matikan enjin.
Kemudian hidup kembali.
Enjin tidak berfungsi.
Ah,sudah.
Radio tidak berfungsi.
Lagi parah.
Bateri kereta pula bawak masalah.
Bateri itu memang sudah patut ditukar tapi saya tak jangka dalam masa yang serentak.
Rasa macam sedih pun ada.
Nak-nak di hujung bulan.
Saya terpaksa menukar bateri.
Read :Terpaksa: .
Jumlahnya bertambah.
Keseluruhannya, adalah RM900++ beserta harga tow truck.
Saya rasa terancam sungguh untuk suasana di hujung bulan.
Ajak Suen tenangkan diri dengan makan aiskrim selepas ambil kereta.
Selepas makan aiskrim, saya terdetik mau melihat lampu kereta.
Kerana abah pernah menegur, lampu saya macam mau, xmau menyala.
Saya pikirkan kerana bateri yang lemah.
Rupanya saya silap.
Lampu lansung tidak menyala walaupun bateri baru sudah diganti.
Cari kedai kereta berhampiran.
Mintak tukar mentol.*Saya anggarkan itu mentol je le*.
Sepatutnya kene RM28.
Tapi sebab yang original takde,
saya mintak 2nd hand dengan harga RM5.
Saya berjaya.
Saya berdoa untuk balik kerumah selepas ini,
tiada masalah lagi.
Tengok bunga api dengan gembira walaupun tidaklah begitu gembira kerana duit yang sudah terbang.
Tapi gembira le jugak.
Malam sebelum tidur,
Ana tidur dirumah saya.
Ada sesuatu berlaku.
Jeng..jeng..jeng..
bersambung selepas ini..
heheehhehe