Wonderful life sudah saya habiskan dengan jayanya. Saya ini pantang melihat cerita-cerita berunsur kanak-kanak atau haiwan. Murah betul air mata saya mengalir. Saya sudah kuat untuk menahan, sedar-sedar ada air di pipi saya. Mujur saya tgk sorg-sorg.^_^..
Saya kira dalam umur saya sekarang, daya ketahanan untuk tidak menangis sudah cukup kuat. Rupanya emosi tidak mengenal usia. Saya ada pikiran demikian sebab saya tak pernah lihat mak, abah, makcik dan org dewasa yang seangkatan dengan ibu bapa saya menangis semasa kecil. Saya pulak cepat menangis. Walaupun sudah menonton banyak kali cerita Hatti Mere Satthe(Maapkan je le jika ada kesilapan ejaan, nanti saya belajar bahasa hindustan ek), saya tetap menangis. Kerana itu saya tekad untuk tidak lagi melihat cerita itu. Saya buhsan di ejek budak cengeng. Lama-lama bukan sahaja Hatti Mere Satthe, semua cerita hindustan saya tidak layan kerana malas melayan emosi yang melampau-lampau.
Tapi bila saya sudah dewasa, air mata pada mak, saya sudah lali. Mungkin kerana berkait dengan usia, saya menjadi tempat mak mengadu dan meluah perasaan. Bagi saya, inilah ujian terbesar yang keluarga saya hadapi. Saya tidak boleh menangis di depan mak. Jika saya menangis, saya memberatkan lagi perasaan mak. Saya cuba menahan air mata dari keluar supaya mak tau anak perempuannya ini sangat kuat. Saya cuma tanam ayat ini di dalam kepala saya, Jika ada orang yang terlalu sedih, kita cuba untuk tunjukkan kita ini mampu menyediakan bahu kita supaya penyedih dapat meletakkan kepala di bahu kita dengan lebih selesa.
Tapi rakan-rakan, jika saya tak mampu menyediakan bahu yang selesa untuk disandar, maapkanle kekhilafan saya. Nanti saya bubuh span pada baju ye.
Juga tahniah pada sepupu saya yang selamat melahirkan seorang anak lelaki, Adam Danish. Nama itu sedap walaupun tidak termasuk dalam nama idaman saya. Saya belum ada masa mau berkunjung kerana dihambat dengan kesuntukan waktu. Jika berkunjung, saya harus melunaskan janji saya, menghadiahkan dia sesuatu sekiranya dia mendapat anak kerana semasa majlis perkahwinannya, saya tidak sempat mau memberi hadiah.
Selamat datang Adam Danish.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment