Friday, March 31, 2006

TELEPON SAYA

Sekarang semua orang pakai telefon tangan yang canggih. Bila dapat panggilan, ada lagu radja, lagu ratu, lagu akon. Bukan setakat bunyi, siap dengan orang menyanyi. Yang lagi nak menampakkan kecanggihan, guna telepon tangan 3G. Bila di tanya macam mana fungsi, terkebil-kebil sebab guna telefon untuk jawab panggilan, hantar sms, buat panggilan.
Kalau telefon saya berbunyi di ofis, tak perlu pandang kiri-kanan sebab tau itu mmg bunyi dari telefon saya. Bila orang belek-belek telefon saya, tak hafal keypad memang tak boleh guna sebab no. di keypad semua "invisible". Berjalan membawak telefon, rakan opis menegur macam kucing tgh berjalan. Bukan sebab saya berjalan macam kucing tapi loceng di telefon tangan saya yg mengingatkan bunyi loceng kucing.
Balik kampung beramai-ramai, saya tak letak telefon dalam bilik tapi buat pameran atas almari sederet dengan semua telefon tangan seisi rumah. Orang pasti boleh nampak telefon saya dengan jelas, telefon yang cover belakang warna ungu, depan warna biru.
Semalam, saya letak telefon atas katil. Anak saudara yang noti datang senyap-senyap, ambil telefon saya, baling tinggi-tinggi, tercampak bawah katil. Saya menjerit, anak saudara suka. Suka sebab ingt saya tgh buat lawak. Nak marah pun saya tak mampu, terkedu je lebih. Terkedu bila pikir apa jadi pada telefon saya yang usai. Saya ambik penyapu, jolok-jolok, ade bunyi "tit"..jolok lagi, ade bunyi "tit". Anak sedare pun amik penyapu, jolok-jolok tapi takde bunyi sebab die jolok ape die rase nak jolok. Akhirnya saya dapat capai telefon. Casing dah melayang yang tinggal telefon dan fungsi-fungsinya. Saya jolok lagi, akhirnya jumpa. Jumpa casing saya yang patah lagi dihujung. Tak pedulik, tetap nak guna. Barang lama, makin simpan makin berharga. Mungkin takde harga dari segi duit tapi dari segi kenangan, MAHAL TUE....

No comments: