Tuesday, April 04, 2006

Saya kejam sekarang. Saya lupakan kawan-kawan kerana kerja. Saya masih bersama dengan kawan-kawan yang berada di sekitar saya, tetapi kawan-kawan yang jauh sedikit dari saya, saya tidak ambil peduli. Saya tidak sudi memberi walau sebuah SMS untuk bertanya khabar. Alasan yang biasa diberi, saya terlalu sibuk menguruskan kehidupan saya.
Mujurlah ada YM. Mujurlah rakan-rakan saya majoriti menggunakan YM. Saya tersentak bila mendapat tau salah seorang rakan saya mempunyai masalah. Saya baru sedar, terlalu lama masa berlalu hingga saya biarkan ruang kosong itu menjadi sebab untuk menjarakkan hubungan saya dan rakan. Saya tidak ambil peduli kenapa rakan sudah lama tidak menjengah muka, sudah lama diam membisu. Saya hanya pikir semua orang sibuk seperti saya. Ya, sibuk menguruskan kehidupan sendiri.
Bila saya sedar, saya menggunakan telepon buruk saya untuk mengirim SMS kepada rakan-rakan yang sudah lama saya tidak bertanya khabar berita. Mungkin bukan semua kerana pada masa itu kredit saya terhad hanya untuk beberapa buah SMS. Jika tidak, saya lansung tidak boleh berSMS.
Kawan-kawan, saya mintak maaf. Saya tidak bermaksud untuk melupakan semua orang yang sentiasa ada tempat di dalam hati saya. Saya cuba memperbaiki diri untuk selalu bertanya khabar. Jika saya lupa, kejutkan saya. Jika saya tidur, bangunkan saya. Saya sentiasa percaya, tanpa kawan-kawan dan family, saya tidak akan berada di tempat di mana saya berada.

2 comments:

kunci hilang said...

Dan ada juga, org yg lupakan kerja kerana kawan2.
Ada juga, lupakan keluarga kerana kerja.
Ada juga, lupakan keluarga kerana kawan-kawan.
Ada juga lupakan kawan-kawan kerana kawan-kawan yg lain.
Bukankah kehidupan itu bervariasi?

kunci hilang said...

Dan ada juga, org yg lupakan kerja kerana kawan2.
Ada juga, lupakan keluarga kerana kerja.
Ada juga, lupakan keluarga kerana kawan-kawan.
Ada juga lupakan kawan-kawan kerana kawan-kawan yg lain.
Bukankah kehidupan itu bervariasi?