Tuesday, March 14, 2006

Savvy dan Myv. Dulu suka Savvy. Gile kutuk abih Myv, lampu macam mata katak, montot belakang macam montot kerbau padahal saya tak pernah lagi seteliti meneliti mata katak dan montot kerbau. Mata katak kalau diteliti bahaya oo, kalau katak itu kencing terkena mata kita boleh menyebabkan buta berpanjangan. Saya taktau fakta yang arwah opah saya beri itu betul atau tidak tapi sampai sekarang saya sangat takut dgn katak dan jika berjumpa katak, seboleh mungkin cuba mengelak dari bertentang mata dgn katak. Mungkin juga opah saya takut cucu-cucunya bermain dgn katak lalu membaling kepada beliau menyebabkan beliau akan melatah dan terus melatah.

Eh, kenapa cerita pasal katak? saya nak cerita suka Savvy, kurang suka MYv. Tetapi, rasa suka itu hanya sebelum tanggal hari AHAD, 12/3/2006. (selamat hari lahir mak). Selepas tarikh itu, saya tidak sukakkan Savvy, igauan ngeri membawa Savvy. Tarikh keramat mula membenci Savvy, saya membawa Savvy pergi beramai-ramai ke rumah pengantin lelaki. (suami kazen saya). Saya menghidupkan enjin, saya masukkan gear 1 untuk memulakan perjalanan. Selepas itu, memasukkan gear 2 dan seterusnye gear 3. Bila saya masukkan gear 3, semua di dalam kereta melonjak ke hadapan, saya undur gear kembali ke gear 2. Selepas itu cuba untuk memasukkan kembali gear 3, perkara yg sama berlaku. Sepupu di sebelah mula rasa cuak walaupun die tidak pandai memandu tetapi pandai memasukkan gear. Jadi keputusan di ambil, saya memandu, dia di sebelah berfungsi sebagai pembantu memasukkan hanya gear 3. Perjalanan lancar. Semua di dalam kereta menarik nafas lega. Tapi saya tidak lega, Malamnya, saya sakit di sebelah tangan kiri hasil dari memasukkan gear kereta Savvy. Sakit di tangan kiri sama seperti saya sakit tangan kerana bermain badminton.

Bila difikirkan kembali, ok jugak org disebelah memasukkan gear. Sama-sama penat, sama-sama tak boleh tidur, sama-sama kena peka. Jadi pengamalan konsep seperti ringan sama dijinjing, berat sama dijunjung membuahkan hasil. Kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu. Hoyeaaa....

No comments: