Monday, March 20, 2006

PICNIC-Ulu Yam

"Berkelah di sungai yang indah,
Bermacam acara digubah,
bla..bla..bla..dah tak ingat dah"

Ahad lepas buat perkhemahan. Gabungan berkhelah dan berkhemah. Walaupun semua perempuan, semuanye perempuan gagah perkasa. Yang boleh memasang khemah, yang boleh membawak pembakar ayam. *Saya tak tahu ape name mende alah tue*, yang boleh menyalakan api, yang boleh mengipas api, yang boleh memakan ayam * itu saya*, yang boleh memasak bihun, *itu org lain, yang boleh membuat pulut durian, *itu jugak mak orang lain*,yang boleh membuat bihun, *itu kawan saya yg suke menemankan saya..toche..toche..*..dan makanan-makanan ringan juga minuman berat. Berat dalam ertikata terpakse menggunakan kedua belah tangan sambil merentas jambatan titi gantung.
Saya tidak sabar melihat air ibarat sy tidak sabar berjumpa bakal mak mertua. Sangat mendebarkan dan teruja sekali. Perut sakit bukan sebab masalah kesihatan tapi terlebih gelak. Di dalam air bergelak ketawa, terasa macam di tempat salji, bila cakap berasap-asap.
Saat untuk pulang saat yang meletihkan. Jika diberi pilihan baring atau terus berjalan, saya pilih tidur di tangga.
Terima kasih utk lelaki yg mulanya di anggap pengaco tapi hero jalanan. Toche, toche..air itu wangi kerana kami semua menggunakan syampu baby kuza.:D..
Selepas itu beristirehat sambil menghabiskan sisa-sisa makanan yang ade di tepi jalan di empangan sambil mengambil gambar. Ohh, saya sangat letih, letih sekali. Saya tidur malam itu, kaki di bawah katil, bdn di atas katil, kepala di tepi katil.

No comments: