Saya ada banyak kerja tapi saya tetap luangkan masa untuk sesi luahan hati kerana saya berada dalam tekanan yang tidak dapat dilihat dari mata kasar. Saya menggunakan kata ganti diri "saya" kerana telah berazam utk menukar kata ganti diri "aku" kepada "saya" apabila umur menjangkau 24 tahun hanya apabila saya berkata-kata di dalam blog. Saya menggunakan kata ganti diri mengikut peredaran zaman. Sewaktu saya masih di alam baru mula mengenal kawan, saya menggunakan kata ganti diri *TUT* apabila berkomunikasi dgn famili. Bila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, saya menggunakan kata ganti diri *KITA*. Memasuki peredaran zaman ke arah zaman lepas bebas aka matrikulasi, saya menukar kata ganti diri *AKU*. Adakalanya, apabila saya sangsi utk menggunakan kata ganti diri, saya menggunakan kata ganti diri *SAYA* atau pun berckp tanpa kata ganti diri.
Apabila saya mengenal seseorang, buat pertama kalinya di dalam hidup, saya menggunakan kata ganti diri nama sendiri. Orang itu bukanlah kekasih saya, malah bukan tunangan saya tetapi seorang rakan perempuan yang baik hati yg sering menggunakan kata ganti diri dgn namanya. Permulaan saya mengenali beliau, saya sangsi apa kata ganti diri yg paling sesuai utk sy guna apabila berkomunikasi dgn beliau. Akhirnya saya memutuskan utk mengikut kata ganti diri yg beliau gunakan apabila berkomunikasi dgn saya.
Untuk permulaan saya mengenali seseorang yg baru dalam hidup saya, perkara yang paling merunsingkan saya ialah kata ganti diri. Saya memerlukan pemerhatian yg mendalam utk menggunakan kata ganti diri yg sesuai. Perkara sekecil itu sudah saya fikirkan secara mendalam apatah lg tekanan-tekanan hidup yang berada di sekeliling saya. Jadi jgn tertipu dgn nasihat, ketenangan muka atau apa-apa sahaja yg membuatkan org di sekeliling saya menganggap saya seorang yang sentiasa gembira, tidak pernah bermasalah. Yang paling penting, saya tidak boleh dijadikan IDOLA kerana saya juga sentiasa lemas dalam tekanan di sekeliling saya.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment