Thursday, March 09, 2006

Telefon

Telefon dan no. telefon umpama irama dan lagu. Telefon wujud tanpa no. telefon tapi tak berseri sebab tak boleh digunakan. Telefon byk kenangan dalam hidup saya dari telefon awam yang selalu takde ganggang sampai telefon bimbit yang bergaya tapi xde kredit.

Sekolah Rendah : Zaman ini, panggilan telefon utk saya hanya dari family, rakan-rakan perempuan. Jika ada panggilan dari org yg saya tidak kenali ataupun rakan-rakan lelaki, saya hanya mendiamkan diri walaupun panggilan itu saya terima sehingga orang yg membuat panggilan merasa buhsan dan meletakkan telefon.

Sekolah Menengah : Banyak menyimpan duit di telefon awam utk menghubungi keluarga dan mengacau hidup org yg mengganggu saudara saya. Bersifat melindungi dengan membalas org yg mempermainkan hidup saudara saya dgn mempermainkan kembali apa yang dimainkan. Sebagai cth, menelefon, berborak panjang sehingga org yg dipermain merasa teruja dan teringin nk berjumpa. Berjanji berjumpa tapi hanya di telefon dan ketawa berguling-guling bila saudara memberitahu org dipermain dtg tapi rasa kesal kerana org dipermain rupanya eksiden semasa dalam perjalanan.

Matrikulasi : Dari telefon awam bertukar telefon bimbit. Aktiviti bermain makin giat dgn menyamar di MIRC sebagai lelaki. No. yang A beri di beri kepada B dan no. B beri diberi kepada A. Tidak merasa bersalah sebab mengeratkan silaturrahim antara A dan B.

Universiti : Umur makin meningkat, fikiran jadi matang sedikit. Telefon hanya utk orang dikasihi, diingati dan dirindui.

Kerja : Telefon hanya utk perkara yang penting.

Mengikut peredaran zaman, fungsi telefon sepatut makin bertambah tapi utk saya telefon semakin berkurangan fungsinya mungkin kerana ada teknologi yang lagi baik -> internet. Fungsi telefon hanya utk SMS dan disebabkan saya kurang menggunakan telefon atau hasil dari perbuatan-perbuatan dulu, telefon saya membuat perangai. Oh, saya sayangkan telefon saya walaupun telefon itu boleh dibaling ke dalam sungai sebab sering membuat hal tatkala saya sedang bercakap dgn bonda.

No comments: