Masih lagi pada paras kebzan melampau jadi saya tidak dapat berkata-kata di dalam blog. Saya hanya boleh berkata-kata di dalam hati. Berckp dengan hati sendiri sgt menyiksakan kerana terlalu byk pilihan. Jika saya berckp dgn blog, saya hanya bercerita dan blog mendengar. Jika saya rasa luahan itu melampau, saya hanya perlukan blog sahaja yg mengetahui bukan kucing saya mahupun jiran tetangga saya.
Oh, kucing saya. Saya sekarang bimbangkan kucing saya lebih dari saya bimbangkan tayar kereta saya yg sudah merekah. Mak dan abah mungkin akan mengambil masa yang lama utk menjaga kakak ipar yg sakit di sarawak. Kucin saya..Buk saya akan keseorangan untuk jangka masa yang lama. Saya bimbang Buk saya akan dirogol dan bunting akhirnya. Bukan saya menolak hukum alam, tapi saya tak rela melihat anak Buk di anggap Buk sebagai barang mainan oleh Buk dan boleh bertahan dalam masa seminggu sahaja. Selepas itu Buk akan menjadi sasau sekejap kerana memikirkan ade orang menyorokkan anaknye yang sudah mati.
Saya selalu terpikir, enak ke mimpi Buk kalo bertilamkan kotak sahaja.Buk sudah biasa tidur di atas katil, beranginkan kipas di dinding. Saya khuatir, saya tidak dapat berjumpa Buk lagi kerana Buk saya diambil orang. Orang yang pikir Buk adalah kucin jalanan yang manja tetapi tidak bertuan.Saya sudah letih rase sedih kehilangan kucing. Selepas Peter pergi, saya sudah malas memanjakan kucing. Saya enggan bermain dengan kucing. Saya benci bila rase kehilangan.
Buk datang tak di undang. Buk tak perlu dimanja. Buk tak perlu di ajar di mana tandas, dimana bilik air. Buk seperti manusia jelmaan kucing.
Buk bukan sahaja kucing tapi sudah menjadi salah seorang ahli keluarga saya. Kurang seorang ahli buat kita rase sedih. Saya sekarang bukan sedih, tapi risau. Ye, saya risau tapi saya malu untuk nyatakan risau saya kerana seekor kucing yg saya anggap seperti kwn baik saya.
Semoga Buk pandai berdikari. Semoga bila saya balik akhir bulan April, Buk sama seperti yang saya lihat di awal Mac.Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga..dan semoga...
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment