Monday, June 29, 2009

Back To School II

Saya udah lama tidak berblogging sebab sibuk memikirkan,
"Makin tuakah saya??"
Hihihi..okies, saya tipu.

Saya sedang sibuk membuat persediaan untuk menjadi student berdedikasi.
*Kununnya*
Ada rasa seram, takut dan teruja.

Seram - Kalau saya di datangkan dengan perkara yang memalukan, jatuh tangga kelas contohnya.

Takut - Untuk study dan jawab exam. *takut sindrom malas datang balik*

Teruja - Bertemu mata dengan mamat foreignerlecturer. Adakah saya mampu?
*kedip-kedip mata*

Tapi awal-awal lagi Bulan sudah warning,
Lepas kelas tiada sessi minum kopi.
Terus pulang ke rumah untuk menjamin kesejahteraan perhubungan dua hala.

Tapi banyaknya tadi yang register si mata bulat berhidung mancung.
Kalau sepet pun, sepet buatan tempatan
Saya lebih teruja memandang si sepet yang tidaklah sepet sangat.
Buatan Korea pastinya.
Malangnya bila dijeling-jeling tiada yang saya pasti datang dari sinun.
Maka pesanan Bulan harus di semat sebagai panduan hati.

Eh,
Kalau adapun buatan Korea,
Pesanan itu tetap saya buat panduan diri.
Agar niat diperbetulkan cara.
Kang terpesong merana jiwa.
:D..

p/s :
saya akan mengurangkan masa untuk menonton citer korea.
Maka mungkin saya ada lebih masa untuk meroyan di dalam blog ini.
Bagi menghakis keributan jiwa akibat tekanan kerja.
Janganlah jelek kalau tengok sehari sampai 5 update.
*bajet macam bagus*

p/s 2 :
Bulan kata kalau orang kenal saya secara realiti.
Diorang muntah darah baca entry "ayat baik-baik" saya.
Maka harus dipikirkan kembali untuk menukar format berblogging.
Takde ar kes darah bersepah kat simen masuk paper.
Kalau saya berpikir.
Kalau saya taknak pikir,
Lantak je lahkan.. :D

Friday, June 19, 2009

Maero Attack

Bila dengar Hot FM pagi tadi,
Topik kenangan bersama TV3,
Ada caller sebut Maero Attact,
Saya rasa macam nak tersengeh dalam keta.

Kalau budak-budak lahir tahun 90-an ke atas,
Atau akhir 80-an mungkin taktau citer ni pernah glemer kat TV3.

Sebabkan citer ni,
saya sanggup ponteng kelas Fardhu Ain,
Sebab Ustaz taknak dengar rintihan hati kami yang mintak kelas habis pukul 4.
Sebab cerita tu tak silap saya start pukul 4 habis pukul 5.

Kelas patut habis pukul 5,
Kalau citer dah habis,
Takde idea le nak bergossip dengan member-member pasal Maero Attack.
Dan sudahnya,
Yang datang kelas tu cuma budak lelaki.
Budak-budak pompuan sume dah lesap.
Saya tau budak pompuan takde sebab abang saya ada jugak dalam kelas tu.
Tapi dia pergi kelas dan saya tidak.
Hiks..

Saya dan rakan aplikasikan apa yang kami belajar dari Maero Attack,
Semasa bermain getah.
*Saya taktau samada permainan ni masih wujud atau tidak*
Bila part melompat untuk ketinggian tali getah di tahap kepala pihak lawan,
Akan kedengaran jeritan,

"_ _ BERPUSING!!"
*tak ingat 2 perkataan di depan*

Tapi bajet macam boleh berpusing-pusing la bila lompat tali getah tu.
Kalau berjaya,
Teruskan lagi permainan.
Kalau tak berjaya,
Tengok masih ada tak geng-geng yang masih boleh melompat.

Bukan je main getah,
Kalau time main waktu petang,
Sanggup lompat duduk sambil tangan di belakang,
Ikut style geng-geng Maero Attack training volley ball.
Nasib baiklah kami masih waras,
Tidak memakai seluar pendek semata-mata mau tiru sejibik macam geng Maero Attack.

Tapi cerita tu memang beri impact besar pada saya.
Saya berminat dengan sukan sebab tengok citer tu.
Buat geng sendiri nak main waktu petang sebab cite tu.
Tapi nama-nama dalam citer tu memang dah lupa.

Yang saya ingat kawan baik heroin sangat terror buat aksi berpusing,
Tapi hidup dalam misteri.
Waktu tu saya masih budak-budak jadinya ruang berfikir jadi terhad.

Sampai sekarang saya musykil,
Kawan baik heroin berkawan dengan hantukah,
Sebab ada part gambar tengkorak tak salah saya.

Saya cari di youtube cerite tu.
Tapi takde subtitle english.
Saya belum lagi belajar bahasa jepun,
Tunggulah kalau saya dah expert bahasa Jepun,
Baru saya bukak balik youtube cerita tu.
*Memang takde le sampai bile-bile*

Kalaulah sesiapa ada cerita tu,
Atau tau di mana boleh tengok untuk subtitle english or Malay,
Bolehlah hubungi daku yang merindui kenangan lalu.

"Kita yang ada sekarang hasil dari kita di masa lalu untuk merancang masa hadapan selagi ada keizinan dari Allah S.W.T"

Tuesday, June 16, 2009

Peristiwa memalukan sering berlegar selagi saya hidup

Diya bilang dalam komennya,

"hahaha. akak ni kelakar lah. =))
kadang2, diya pelik jugak lah kenapa akak selalu lalui momen2 comel macam ni. =p"

Serius saya tak mintak jadi begini,
Tapi selalunya saya pasti akan ditimpa sesuatu yang dasyat bila saya teruja,
Atau ada event yang saya turut serta.
Buat saya jadi traumatik.

Contohnya,

Keluarga saya ditimpa kemalangan baru-baru ini.
Ramai sanak-saudara dan jiran tetangga yang datang.
Termasuklah ibu bapa si Bulan.
Saya selaku anak tunggal perempuan haruslah menunjukkan kemahiran saya yang tak seberapa.
Menghidang air kepada tetamu yang datang.

Mulanya saya sudah meletakkan siap-siap cawan dan makanan di atas meja.
Senang untuk di angkut bila ada tetamu.
Tapi kerana ramainya yang datang lebih dari dijangka,
Maka keadaan jadi ribut sebentar.

Bila ibu bapa bulan datang,
Harus keluarkan cawan lebih dari almari kerana cawan yang ada sudah tidak cukup.
Dengan tertib saya keluarkan.
Saya letak atas meja yang kerusinya di duduki oleh seorang opah-sepupu-ipar.

Saya tuang air sambil bersembang dengan opah itu.
Saya letakkan minuman di depan mak bulan.
Ada satu lagi cawan kosong.
Saya sengaja mau lebihkan cawan,
Jadi saya toleh ke belakang,
*almari di belakang saya*
Untuk mengambil cawan yang lain.

Tiba-tiba,
PRANGGGGG!!

Cawan dan piring bergolek di lantai.
Semua orang senyap.
Keadaan tetiba jadi sunyi sepi.

Rupanya Opah-sepupu-ipar telah tersiku cawan itu lalu jatuh ke lantai,
Tapi kerana saya adalah tuan rumah,
Haruslah semuanya memandang saya.
Ada suara sumbang dari abang saya,

"Haish, kalo nervous pun jangan le sampai campak cawan"

Muka saya sudah merah.
Tapi selaku seorang yang boleh mengcover keadaan,
Saya gelak terkekeh-kekeh sambil berlari ke dapur.
Saya cerita pada sepupu yang opah-sepupu-ipar telah tersiku cawan.
Tapi haruslah saya yang disalahkan sebab saya orang muda.

Tarik nafas, tarik nafas.
Bulan ada di luar rumah,
Pasti dia tak dengar.
*bisikan dalam hati*

Kebetulan mak sedara mengajak saya temankan dia tengok nenek di hospital,
Nenek patah kedua kakinya akibat kemalangan itu.

Saya cepat-cepat tukar baju dan bersalam dengan semua orang tanda saya nak keluar rumah.
Termasuk mak bulan.
Tapi sebab saya slumber.
Haruslah buat muka slumber macam takde apa-apa terjadi tadi.
Dalam hati Tuhan je tau.

Ini salah satu tips kalau ditimpa kemaluan yang dasyat.
Kita harus slumber ya.
Buat macam takde apa berlaku.

p/s :
Ajaibnya cawan dan piring itu tidak pecah mahupun retak.
Belilah jenama arcorox.
*xtau nak eja*

Monday, June 15, 2009

Hati Yang Hampa

Sabtu yang lepas saya habiskan masa bersama rakan yang datang dari Kuala Pilah.
Kami memang rapat dari 1st year UKM.

Saya janji mau bawak dia satu tempat makan yang tak pernah kami pergi bersama sebelum ni.
Saya teruja sebab ada tasik di bawah.
Tasik tu bukan tempat untuk berenang.
Tapi untuk memancing.

Dulu saya pergi ke situ dari rumah abang menggunakan jalan dalam.
Bila lalu dari UKM,Bangi,
Saya jadi pusing.
Dengan malam yang pekat tanpa lampu.
Ditambah dengan kerabunan dan kesilauan mata,
Saya jadi confuse di manakah sepatutnya yang saya belok ke kanan.
Landmarknya adalah Bangunan ATOM.
Tapi yang saya lalu Bangunan Nuklear.
Saya rasa ATOM dan Nuklear itu sama.
Tapi saya sudah berpusing 4x di situ,
Masih tiada arah ke kanan atau ke kiri selepas bangunan Nuklear.

Daya imaginasi saya yang tinggi mula memainkan peranan.
Mungkinkah jalan menghala ke restoran itu sudah di tutup dengan halangan dari jin.
Saya berusaha untuk kali ke-5.

Akhirnya,
Nekad untuk membelok arah ke Dengkil dan Banting.
Barulah saya tau,
ATOM dan Nuklear itu tidak sama.

Sudah jumpa jalan membelok ke restoran.
Rasa seronok.
Tapi seronok tak lama.
Terlalu ramai orang di situ.
Lagaknya seperti ada kenduri kahwin.

Bila kereta sudah diparking.
Orang ramai yang berbondong datang,
Perempuan semuanya memakai baju kurung atau kebaya.
Hanya kami yang berseluar jeans dan berblouse.

Ada khemah-khemah di jalan menghala ke restoran.
Saya bergurau dengan rakan,
"Ada orang buat kenduri kat sini kot, takpe, kita lalu ikut jalan tengah"
Tapi rakan saya malu-malu alah nak lalu kat tengah sebab di tengah-tengah pun ada pintu gerbang tanda ada perkahwinan berlansung.

Ikut peribahasa,
Malu bertanya sesat jalan,
Saya tanya salah seorang anggota RELA yang ada di situ.
"bang, kat mana nak lalu kalau nak makan kat kedai?"

"Adik ni nak pergi makan-makan ke? Herm..hari ni kedai tutup. Anak tokei kedai kawen"

Kami hampa.
Setelah bersusah payah mengharung onak dan duri untuk pergi ke restoran ini.
Tapi hasilnya tetap hampa.

Memutuskan mau pergi makan di SOHO.
Lalu ikut jalan bangi lama,
Jumpa restoran De Asia Cafe.
Nampak menarik sebab ramai orang.
Terus singgah situ.

Nasib baik makanan sedap.
Ada rasa terubat di situ.
Hikss...

Friday, June 12, 2009

Dir Dalam Kenangan

Kesihatan masih tidak memuaskan.
Sakit tekak.
Dapat plak tekanan darah rendah.

Dalam artikel,
Kebiasaannya yang terkena tekanan darah rendah ini adalah atlit atau pengamal diet,
Saya tolak pengamal diet,
Sebab kalo saya amalkan diet,
Saya tidak jadi bulat seperti bumi,
Maka saya adalah atlit.
Waah, atlit gitu.

Dalam sakit-rehat di rumah,
Saya merayau ke blog kamal,
Baca entry pasal dir.

Saya ingat dulu saya adalah peminat Sudirman.
Sampai sekarang saya masih peminat arwah.
Saya bukan saja suka pada lagunya, juga semangat dan sikap yang ditunjukkan.

Dia orang bervisi.
Dia bersemangat waja.
Dia tidak memilih peminat.
Kalo tak, konsert percuma di Chow Kit tak wujud.

Sewaktu arwah meninggal dunia.
Banyak surat khabar dan majalah melaporkan kematiannya.
Saya gunting keratan itu,
Saya kumpul dan saya sorok.
Saya baca kisahnya melalui komik yang dilukis arwah.
Hati saya sayu.
Walaupun ada yang buat saya terkekeh ketawa.

Sekarang,
Keratan yang saya kumpul pun dah hilang,
Tapi saya masih suka pada arwah.
Semangatnya beri pedoman pada saya,
Hidup perlu bersemangat,
Walaupun ada 1000 duri di depan mata.

Al-Fatihah untuk arwah Sudirman Hj Arshad.

p/s : Entry ini saya taip minggu yang lepas.
Tekanan darah kembali normal.
Tapi kuasa mata sudah tidak normal.
Itu tanda saya rajin buat kerja?
Atau tanda saya rajin menelaah cerita korea?
Fuhhh...

Thursday, June 11, 2009

Cerita Dalam Dunia

Cerita Pertama

Saya pergi kursus kawen.
Ada seorang lelaki,
Badan besar gagah perkasa.
Tapi secara jujur mengaku,
Dia melakukan semua dosa besar.
Jujur sungguh.
Semoga selepas ini dia berubah.
Siapa tahukan.

Cerita Dua

Saya bakal menjadi pelajar kembali.
Semakin banyak agihan masa perlu dilakukan.
Mungkin saya patut kurangkan menonton drama korea.
Kalau saya kurangkan bergayut di malam hari.
Saya takut jadi punca kecederaan jiwa.
Hiks..
Hati berdebar-debar,
Bolehkah saya menjadi pelajar,
Adakah maklumat boleh masuk terus dalam kepala otak saya?
Atau hanya berlegar di sekitar telinga,
Dan hilang kesemuanya selepas tamat pembelajaran.
Doakan saya menjadi tabah seperti acu.
Uhuks..

Cerita Tiga

Seharian Bulan menghilangkan diri.
Senyap sunyi.
Menolong rakan memindah barang.
Dan,
Tiba-tiba tidak dapat dihubungi sehingga 11 malam.
Saya tidak tunggu selepas waktu itu.
Badan saya memerlukan rehat yang cukup dek tercedera dengan virus di tekak.
Saya tidur.
Bangun hari ni dapat received call pukul 2 pagi.
Call semula selepas 7 pagi.
Bertanya itu dan ini.
Agaknya sebab lama tak bergaduh,
Bulan cuba buat saya berpikir yang dia pergi dating semalam.
Saya berang dengan tuduhan begitu.
Bukan saya menuduh ye.
Dia pikir saya nak menuduh dia dengan tuduhan begitu.
Sungguh saya tak pernah jumpa orang begini.
Saya tak tuduh tapi diminta tuduh begitu.
Bila melenting,
Dia tenangkan saya kembali.
Okies, saya terima itu sebuah pertanyaan.

Tiba-tiba dia pikir saya jadi pemarah sebab tak dapat dihubungi seharian.
Dia tuduh saya tak boleh terima dia sedang membantu rakan.
Dan terus pengsan di rumah kerana kepenatan.
Sesungguhnya saya tidak bangkitkan lansung hal tak dapat dihubungi sebab saya terima alasannya.
Yang ini saya betul-betul marah.
Kerana dia mintak saya marah dia untuk hal semalam.
Jadi saya marah.
Pujuk-pujuk di telepon tidak di layan.
Biasalah,
Dah kena paksa marah memang tak boleh layan takat pujuk kat telepon.
Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata tanggung akibat.
Yang ini lagi saya pening.
Saya tak marah tapi diminta untuk marah.
Jadi saya hanya menurut perintah.
Walaupun sungguh saya tak marah.

Kadang-kadang,
Kita jadi pening yang mana kemahuan yang mana tuntutan.
Mungkin kalau saya marah,
Itu tandanya saya risau orang yang hilangkan diri tiba-tiba.
Ambil berat namanya.
Tapi kalau marah melulu tapi alasannya logik,
Haruskah saya marah juga.
Saya kena search di internet,
Adakah marah itu tandanya saya caring.
Atau memang betul cakap sesetengah orang,
Saya ini berhati dingin.
Walaupun saya sangkal tuduhan itu,
Sebab saya senang menitiskan air mata walaupun melihat orang sedang menangis.

Dunia, dunia.
Memacam hal kita boleh jumpa.

Wednesday, June 03, 2009

Shopping dan Kesihatan

Saya tak tahu kenapa lately sangat suka pergi bershopping.
Bukanlah shopping sangat, cuma windows shopping.

Jenguk sana,
Jenguk sini.
Dan yang paling menawan,
Saya menghabiskan masa selama 4 jam hanya untuk mencuba baju-baju.
Di akhiri dengan membeli sehelai baju.
Dari pukul 6.30 petang - 10.30 malam.
Semuanya saya lakukan berseorangan,
Dengan ditemani ratapan anak tiri suara bulan dari telefon.

Kalaulah kamu ada terjumpa seseorang bersama earphone di telinga,
Di Shopping mall,
Sambil membelek baju,
Sambil bercakap sensorang,
Maka kebarangkalian itulah saya mungkin nyata.
Silalah bertegur sapa sambil pelawa saya makan KFC.
Confirm tak tolak.
:D..

Tapi aktiviti ini mengakibatkan saya menjadi semakin penat.
Tenaga saya tidak produktif,
Mendapatkan khidmat kaunseling dari rakan,
Yang menasihatkan saya agar bersenam.
Agar lemak-lemak tepu dapat dijana semula.

Baru hari ini saya bersemangat mau skipping selepas balik kerja,
Tapi pagi ini virus telah menyerang tekak saya,
Mengakibatkan badan menjadi lemah,
Kahak berdarah,
Dan sendi-sendi jadi lemah gemalai.

Maka aktiviti yang dirancang petang ini terpaksa ditangguhkan.
Sementara menunggu virus ini dapat dibuang dengan segera.
Ini bukan alasan untuk mengelak dari bersenam ye.
Ini satu kenyataan kesihatan saya tidak bagus untuk hari ini.

Tuesday, June 02, 2009

Kenduri Kawen??

Saya balik kampung minggu lepas demi menghabiskan lauk kenduri sepupu,
Yang bernikah pada 29hb May 2009.

Kami sebaya.
Dulu kecik-kecik orang bilang kami kembar.
Sekarang orang bilang macam langit dengan bumi.
*Ini ayat penambah rasa*

Ini gambar terbaru saya dan dia.



Boleh pilih yang mana langit yang mana bumi.
Tapi saya sensitif kalo sayalah bumi.
Sebab bumi itu bulat.
Hakhakhak..

Dan ini gambar kawennya,


Yang saya amik dari fotopages sepupu saya,
Menjadi photographer yang diupah oleh pengantin.

Kalo rajin,
Saya letak lagi gambar.
Kalo malas,
Cukup ini sahaja yang saya letak.
Bergantung pada level kemalasan dan kerajinan saya.
Hiks..

Monday, June 01, 2009

Baru Ku Tahu

Akhirnya misteri kad kawen sudah terjawap.
http://kriesz.blogspot.com/2009/05/hilang-ingatankah-daku.html

Saya cuba memikir dan memikir siapakah gerangan orang ini.
Tapi hampa.
Lalu kesal dengan diri sendiri yang lupa member.

Tapi sekarang saya lagi kesal,
Ada orang yang taktau tapi berpura-pura macam tau,
Malah memperlecehkan orang yang memang berminat nak tau,
Hakikat dari perasaan bersalah melupakan kawan.

Rentetan dari kawan yang tak dikenali,
Saya bukak friendster,
Dan saya lihat nama yang familiar,
Kad kawen juga sama yang macam saya dapat.
Rupanya yang mengenali saya adalah pengantin lelaki,
Bukan perempuan.
Dan pengantin lelaki itu saya kenal melalui friendster.
Dari 2003 atau 2004 mungkin.

Kami berhubung hanya melalui message di friendster,
Tiada kata-kata membabitkan hati dan perasaan.
Hanya sembang isu semasa, pekerjaan memasing dan life sekarang.
Sampai sekarang masih berhubung walau tidak sekerap dulu.
Nama yang digunakan adalah Immortal berbeza dengan nama sebenar.
Saya sendiri tidak pernah ada keinginan mau menanya nama sebenar atau bertanya latar belakang lebih terperinci.
Kerana prinsipnya,
Kawan maya adalah kawan yang perlu ada had dan sempadan.
*Ini sebelum saya menjadi blogger*

Tapi yang saya telepon pengantin pompuan.
Sebab pikir selalunya kawan lelaki saya adalah kawan yang memang saya kenali,
Kerana bilangannya boleh dikira dengan jari.
Dan pengantin pompuan pura-pura macam saya dah kenal dia 100 tahun.
Sungguh saya kuciwa.
Tak bolehkah berterus-terang sesungguhnya bukan dia pengirim tapi mungkin bakal suaminya.
Ini tidak,
Menyalahkan saya seolah-olah saya lupa kawan.

Adakah saya terlalu tua,
Untuk sensitif dengan perkara sebegini.
Tapi perkara yang menyentuh famili dan kawan memang perkara sensitif untuk saya.
Jangan cuba mengutuk famili mahupun rakan saya.
Saya akan mula menggunakan skill lama menggunakan ayat-ayat lazer,
Yang sudah lama tidak dipraktikkan sejak keluar dari sekolah.
;)..

Untuk Immortal,

Selamat Pengantin Baru