Wednesday, October 15, 2008

Tiket Bas

Hari ni hujan lebat.
Semalam pun ye.
Kelmarin jugak.
Tapi kelmarin,
Saya meredah hujan,
Demi mendapatkan tiket untuk pulang ke kg minggu ini dan minggu hadapan.

Berdiri di depan kabin stesen minyak petronas dengan titisan hujan yang menggila.
Merayu mintak sistem tiket dibuka demi perjuangan balik kampung.
Mula-mula abang bangla hensem itu tak peduli kerana tiada siapa boleh mengurus kaunter minyak.
Mungkin kerana saya guna ayat power,
Dia sudah tergoda dengan pujuk rayuan.

Berbekalkan payung di tangan,
Dia ajak saya ke kabin belakang.
Bersama,beriringan,berpayungan.

Kalaulah dia Shah Rukh Khan,
Sayalah bakal datinnya.
Kalau dia Amitach Bachan,
Saya laksana orang kerdil di sebelahnya.
Mujur dia bukan.

Akhirnya tiket sudah di tangan.
Misi selesai.
Balik kampung...ohooo..balik kampung..
Hati riang...
:D

5 comments:

Anonymous said...

Perghhh....tu dah namanye memori payung bersama tu.....macam memori daun pisang la plak...

Anonymous said...

jgn lupa balik kampung nnnt tapau le kerepek pisang utk bangla ensem tu

Adry said...

Uiks... baru nak balik kg ker??

Adry @ http://www.adrysabry.com

zura lias said...

sanji,
tetibe tingat amelina dgn iwan dangdut..cinta x kesampaian..

kak jie,
erk..erk..bangla x reti mkn kerepek..ahhaha..

adry,
ehhehe..balik kali ke baper ntah..n akan balik lg nnti..hikss..

AK said...

erk...
tiba2...

nasihat kepada si blogger

-sila straight to the point ek dalam menulis entri... jgn ditambahkan dengan srk atau amitabh bachan!!!-

lariiiiiiiiiiiiiiiii