Monday, May 10, 2010

Mengemas Lokasi World Cup

Daisypath Wedding tickers

Semalam balik Ipoh untuk sesi mengemas rumah.
Nak dekat-dekat World Cup ni,
Mak sudah keluarkan arahan,
Anak-anak mesti balik gak gotong royong kemaskan rumah.
Dan saya mesti balik tetiap minggu untuk pastikan rumah bersih dan kemas menjelang World Cup.

Habis Majalah Remaja yang saya simpan dari zaman Matrix,
Gila-Gila, Ujang, Doraemon, Raja Rimba, Alam Perwira dll dari zaman Matrix,
Semuanya dah selamat masuk tempat nak di jual.

Minggu depan sesi tempah bunga untuk bilik World Cup.
Oh, duit melayang lagi.
:(..

Saya ada sebulan lagi untuk World Cup,
Tapi nape setakat ni perasaan saya biasa-biasa je ek?
Akan jadi getaran nervous sementara kalau orang tanya-tanya banyak kali,
Tapi lepas tu dah tak rasa paper.

Lagi nervous bila Bulan tanya,
"Awak nak kahwin dengan saya tak?"

Saya jawap,
"Erm, nanti saya pikirkan."
Atau,
"Taknak!"
Atau,
"Eh, kita dah nak kahwin ke?"

Dan dia akan buat-buat macam nak-cubit-tapi-tak-sampai-hati.
Betulkah?hermm...

Tapi dalam takde perasaan,
Bila masuk website FIFA,
Saya tengok FIFA countdown.

Terima kasih FIFA.
Tak payah saya susah-susah nak kira lagi berapa hari, berapa jam dan berapa saat.

FIFA punya website untuk kakibola buat rujukan. Tak kaki pun boleh klik takde sapa nak marah.


2 comments:

MZ said...

mana jemputan utk pak cik utk cawan dunia nih? pak cik nak gak menonton!! :p

Puan AA said...

sebulan mmg x rase ape lg en..
tggu dh dekat seminnggu nnt.. ha, time tu macam2 rasa addaaaa..