Thursday, May 20, 2010

Cerita Bulan Bintang 2

Daisypath Wedding tickers

Saya bukan perempuan idaman lelaki.
Saya kasar.
Saya tak pandai masak.
Saya tak romantik.
Saya tak suka makeup.
saya tak suka pakai skirt.

Saya suka pakai t-shirt+tracksuit pergi Jusco Ipoh.
Saya suka makan walaupun saya cerewet pasal makanan.
Saya suka bersukan walaupun dalam setahun, sekali je saya main badminton.
Saya suka masuk hutan walaupun untuk beberapa tahun, hanya sekali je saya penah masuk.
Saya suka main bowling walaupun saya tak boleh nak dapat strike.

Kadang-kadang mulut saya lepas.
Kadang-kadang saya tak boleh nak control kemarahanan.
Kadang-kadang saya ni menjengkelkan.
Kadang-kadang saya suka buli orang.
Kadang-kadang orang rasa macam nak lempang saya.

Tapi,

Bulan tetap maukan saya walaupun dia tau semua ciri-ciri di atas.

Title kami dah tak jadi teman tapi mesra bila,

Ada seseorang datang nak kenal saya dan family.
Orang tu datang time kenduri rumah abang.
Saya pulak boleh bantai tidur time kenduri sebab saya tak rasa berjumpa orang itu satu perkara yang penting.

Saya cerita kat Bulan.
Bukannya mengadu domba.
Just cerita suka-suka antara kawan dan kawan.

Kebetulan,
Malam tu dia telepon saya lebih lama dari biasa.
Saya pun agak pelik bin ajaib tapi saya layan macam biasa.

Sampailah satu tahap,
Mungkin hati dah takleh nak bendung., *aisehh..*
Dia bercakap secara direct apakah perasaan saya padanya.

Saya tanya dia balik,
Apakah perasaan dia pada saya.
Dia balas dan balas dan balas dengan jawapan yang positif.

Saya pun balas dan balas dengan jawapan positif.
Dan kemudian dia cakap terima kasih menerima dia.

Saya lagi tahap hairan bin pelik.
Apakah itu tandanya kami sudah confirm menjadi kekasih?
Tapi saya biarkan tanda-tanya itu sampai sekarang.
Kalau saya ungkitkan balik cerita tu,
Dia akan merah muka dan tukar topik lain.

Saya naif mende-mende cenggini,
Jadi saya biarkan saja perkara itu berlalu.

Dan kerana itu saya tak pernah sedar bila masa kami istihar kami adalah pasangan kekasih.
Dan sebab itu jugak saya tak pernah ingat tarikh kami menjadi lebih rapat dari biasa.

Yang saya tau,
Perasaan saya sudah lain dari biasa.
Tapi bukan hati berdebar bila jumpa dia.
Bukan mata malu-malu nak pandang janggutnya.

Cuma saya rasa ada keselesaan di situ.
Ya, di situ.
Di ruang hati saya ada sudut selesa untuk dia.

Dan dia mulakan dengan satu ayat,

"Saya dah start menanam benih. Benih ni akan membesar kalau kita jaga dengan baik. Jagalah benih ni baik-baik sampai dia berjaya menjadi pokok"

Dan mulai dari hari itu,
Setiap bulan saya akan bertanya,

Tahap mana besar benih kita?

Dan dia balas.....

3 comments:

Mrs Shyza said...

tarikh korg istihar korg pasangan kekasih = tarikh pada "Malam tu dia telepon saya lebih lama dari biasa"...hehehe...
i guess la..sbb aku pon memandai wat tarikh couple aku adalah bile Mr J mengayat aku lebih lama drpd biasa sblm kami kawen dulu...dh mengayat,br la msg ajak couple...sungguh pelik lelaki ni :p

zura lias said...

kuza,
hahaha..lelaki-lelaki yang pelik..kalo direct takut kene reject kot..x sanggup nak tahan perasaan direject tu..kihkihkih...tapi serius..tarikh dia call tu pun aku x ingat..so, aku takde ar nak kecoh-kecoh suh ingat date declare ke..ape ke..sebab aku sendiri tak ingat date..hahahahaa

yonna said...

ketidaksempurnaan masing2 akan melengkapkan akak dgn bulan :)