Pukul 12 malam.
Saya sembang-sembang dengan bulan.
Mata dah rasa berat tapi Isyak tak buat lagi.
Saya cakap kat bulan saya nak semayang jap.
Bulan dapat kesan saya akan tertidur sebelum sempat gi bilik air amik sembahyang.
Dia mula membebel.
Tup..tup
Saya dengar bunyi ring tone special untuk Bulan.
Bukan tadi saya tengah bercakap ke dengan dia?
Kenapa dia call balik?
Tengok enset,
Jam dah dekat 3 pagi.
Untuk mengelakkan dia menambahkan leteran,
Saya cepat-cepat bangun pergi bilik air.
Baru nak bentang sejadah, dia call lagi.
Rasa-rasa macam ada 30 missed call sebelum ni.
Saya angkat.
Dia cuma jawab,
"Nanti saya call kejap lagi."
Mulalah tu nak perang psikologi.
Ala-ala tektik nak balas dendam.
Ini apa yang saya pikir.
Tapi takpe,
Seruan agama tu lebih penting.
Saya teruskan bersembahyang.
Siap-siap pakai krim, sikat rambut.
Saya tengok takde plak missed call berpuluh-puluh.
Cuba untuk call sambil-sambil cari putik kapas nak sumbat kat telinga.
Bagus untuk mengelakkan bebelan.
Dia angkat dan saya bersedia.
"Yang, kalau saya yang meninggal, agaknya esok pagi baru awak sedar"
Ah, orang tua ni dah start dah.
Saya tergelak-gelak lelucon cover bersalah tertidur time bercakap.
"Yang, kawan saya firdaus meninggal."
"Haa!!!..bila"
Dalam kepala otak pikir budak ni mesti rempit tak ingat dunia.
Walaupun saya tak pernah pun kenal Firdaus ni,
Tapi sebabkan Bulan rajin bercerita perihal kenkawan dia,
Automatis,
Saya pun jadi kenal diorang.
So,
Kalau ikut cerita Bulan,
Dia ni rajin merempit,
Tapi baik.
"Tak yang, mati terhempap bangunan runtuh"
"Kat mana?"
"Bangunan yang nak runtuh dekat traffic lite Fair Park tu."
"Ya Allah, banyak le kereta kena?"
"3 kereta, yang lain selamat. Kereta dia je yang betul-betul kena hempap"
"Innalillah. "
"Jap, saya nak drive jap.Kang saya call awak balik. Kalau awak nak tidur dah, awak tidur le dulu."
Walaupun dia dah bagi permission cenggitu,
Mata saya tetap terpejam celik.
Saya dapat rasa kesedihan dalam suara Bulan.
Dan saya jugak terkejut.
Membayangkan kalaulah saya lalu di situ.
Atau family saya.
Tak dapat dibayangkan.
Itu memang jalan biasa kami di Ipoh.
Dulu kecik-kecik,
Time ada orang berniaga kat situ.
Abah gunting rambut kat situ.
Kalau nak beli paper,
Abah berenti jap,
Lambai tangan kat mamak,
Dia hulur paper dari tingkap kereta.
Sekarang semua dah tutup.
Dengar diorang nak buat bangunan baru.
Kira macam operasi runtuhkan bangunan lama ganti baru.
Saya agak,
Sebabkan gempa bumi kat Indonesia,
Bangunan tu runtuh sebelum di runtuhkan.
Saya pun takleh nak tidur dah.
Mengenangkan cerita runtuhan tu terkait dengan si Bulan.
Saya google nak tau cerita lanjut.
Rupanya diorang buat operasi runtuh memalam hari.
Tapi 9.40 malam,
Jalan tu memang bz lagi.
Tak patut betul kalau buat operasi time tu.
Takkan takde keselamatan kat public sebab tu tempat public.
Oh, saya mula memikirkan masalah bandar ala-ala Datuk Bandar Ipoh.
Bila Bulan balik,
Barulah dia dapat bercerita dengan tenang.
Dan barulah saya tau sebenarnya Bulan dah pergi ke Hospital melihat arwah.
Dia hanya berjaya dapat bercakap dengan saya selepas dia bergerak pulang dari hospital.
Tahap tidur saya memang tidak boleh dibanggakan.
Penat kot. *cover..cover*
Al-Fatihah untuk arwah.
Takziah untuk keluarga si mati.
p/s :
saya berusaha menahan mata supaya segar sehingga subuh.
Ajal maut di tangan Tuhan.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
8 comments:
yup mr blogger..takziah tuk family y meninggal..actually saya pun ada kat jalan tu masa bangunan tu runtuh..cam mr blogger ckap nasib baik bkn kita or family yang kena..syukur sgt coz jalan 2 saya guna hari2 pergi keje..sedih pun ada coz y meninggal semua muda2..
kakak.so sad to hear that! :( hurm, kalau bukan kita,sangat takut kalau org2 yang kita kenal,org2 yang kita sayang jadi mangsa.
mmg diorang buat operasi eh? tapi takkan xde security langsungggg? takkan x nampak ada kereta jalan ke ape2 ke? eieieie bangangnya! T__T
takziah utk keluarga arwah.
innalillah ...
innalillah...terfikir, bangunan yg mana ye?
1. takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah
2. salam raya untuk zura dan bulan..
3. kak meen dah private blog..cuba cari email add zura utk invite tapi tak jumpa..nanti email kat akak ek..bz_meen@yahoo.com atau send kat YM :ellieyusoff
salam..
Al-fatihah buat arwah...camne diorang handle projek ni..
Angah, blog Angah berwajah baru... :)
Alfatihah utk kawan Bulan.
Doa dari Alg dan keluarga semoga Angah dan Bulan selamat selalu :)
anon,
iskk..ade kt situ time tu..ermm..alhamdulillah xde paper..tpkan..ehehee.sy lom tukar jantina lg..masih bergelar ms blogger..hiks..*kene letak gambor kt blog nie..takut org slh gender lak..kang citer pasal lelaki korea yg tampan..org ingt blogger ni gay plak..hikss..*
yonna,
tue ar..tp manyak gak pengajaran yg leh dpt gak dr sbb tu..yg penting..Tuhan tu Maha Kuasa..Kun Fayakun..jgn cabar agama kite..
pokcik,
erm..:)
ayang,
rasenye time kt taayah dulu kite x ikut jln tu..kalo lalu pun..nampak sipi2..tp mmg dekat dgn spital..tp kalo ayang biase jln kaki dr spital ke greentown..so..bangunan tu tepi sg/lonkang besor tu...*itu angah le tu yg suke wat alasan gie spital sbb nk gie greentownmall*..hihhiihhihihih
kak meen,
1.nnti zura sampaikan kt bulan. xpun die dh bace kt sinie..ehehee..
2.zura dh jwb..bulan pun jwb kot..sbb die bace gak kt sinie..
3.tenkiu kak meen..zura try nk jg blogger tegar balik..huhuhuhuhuh
al-khind,
ermm..nnti nk interview org dbi..sape yg luluskan tender nie..*bajet mcm dato bandar ipoh*..ehehehee
alang,
hihihih..rase mcm dh lame dh berwjh baru..kire wjh lama..tp baru di mata alang..hikss...
mekasey alang..
Post a Comment