Friday, October 16, 2009

PAPADOM - Bila aura Mansor Puteh Meresap dalam Jiwa

Patutnya aku tak review pasal PAPADOM.
Sebab aku cakap kalau citernya 'ala-ala',
Aku senyap dan tukar topik.
Tapi sebab aura Mansor Puteh dah menyerap dalam jiwa.
Perasaan nak kritik tu membuak-buak,
Walaupun aku takde buat dokumentari filem pasal Tunku Abdul Rahman.

Kata ganti diri pun dah tukar jadi 'aku'.
Nama pun amik aura kan.
Cumanya rambut aku masih tersisir rapi,
Di seliputi tudung bawal warna kelabu.

Siapa Mansor Puteh?
Guna ar cik google kalau nak tau.

WATAK YANG AKU SUKA DALAM PAPADOM?

1) Que Haidar
2) Afdlin Shauki
3) Nor Khiriah
4) Harun Salim Bachik
5) Yvonne ape ntah. *xtau nama*

PART-PART YANG TAK MASUK AKAL

1) Nak tido, khiriah pakai make-up. Helo, tak takut jerawat ke?
2) Kena buang universiti sebab kes yang memang tak patut nak kena buang.
3) Keputusan senat yang membenarkan Miasara belajar di Universiti kembali.
- Adik Manja, citer tahun 80-an,
time diorang discuss nak buang student pun still ada meeting dengan baper orang panel.
Ada keputusan sejagat.
Walaupun tahap sekolah tinggi je pun.
-Ini universiti. Gila ah kat tempat presentation, takat bincang dengan sorang lecturer, dah boleh setuju terima pelajar balik. Memalukan sistem universiti je.
*Ini memang part yang aku tak boleh nak terima lansung*

ADEGAN YANG AKU DAH BIASA TENGOK

1) Hujan turun gila lebat time ada pergaduhan orang-orang tersayang.
2) Ada adegan tarik rambut berebut jantan nan sebatang.
3) Dialog meleret-leret. *Ini patut bukan citer afdlin, tapi mungkin sebab pelakon yang ada pernah berlakon arahan pengarah dialog meleret. Kes terikut ar ni*
4) Ntah aku dah lupa adegan yang dah biasa aku tengok.

Senang citer,
Kalau aku rasa citer tu best,
Aku rasa puas gila.
Memang rasa nak tengok balik.
Tapi PAPADOM,
Herm..
Nak tengok balik?
Ada orang nak kasik tiket free tak?

Bila aku layan PAPADOM,
Jiwa aku meronta-ronta.
Kenapa cenggini,
Kenapa cenggitu.
Kenapa boleh kalahkan Talentime kalau cenggini ar citernya.

Bila aku layan PAPADOM,
Aku nampak half part,
Ini cerita Afdlin.
Lagi setengahnya,
Ini prof razak punya cerita ke?

Ini pendapat aku.
Korang tengok,
Korang nilai ah sendiri.
Lain orang lain citarasa.
Tepuk dada tanya selera.

Aku mula rindu karya Yasmin.
Aku mula suka Khabir Bhatia.
Aku tetap support Afdlin Shauki.
Aku takkan miss dah karya Mamat Khalid.

9 comments:

Diya said...

Huuuu. Review akak tentang Papadom palingggg lain dari yang lain. Sebelum ni, blog yg diya penah jumpa mesti ada unsur2 positif jer. Macam kepala otak dah set, citer tu memang best. Tapi, bila akak kritik sikit sebanyak nih, kira diya boleh betulkan balik lah setting otak diya. Huhu.

zura lias said...

diya,
Erm,lain org lain pendapatkan..tp bg akak..papadom nie..biase je..cuba nak terap keharmonian yg di buat-buat..tp ade ar part yg mmg best..utk watak2 yg akak ckp akak sukerk tu je..yg len2...bg akak...biase..mmg biase...tp diya boleh try tgk..maybe bg diya okies..hiks..

arsaili said...

salam..dh beberapa blog mengulas citer nih..mesti bes kan..umm ingin nak tgk..tade plak tayangan kat sini

wilda said...

Aku mula rindu karya Yasmin.
Aku mula suka Khabir Bhatia.
Aku tetap support Afdlin Shauki.
Aku takkan miss dah karya Mamat Khalid.

semua tu pengarah fave ayg..

x sbr nk tgk papadom :)

MZ said...

bg tiket pree banjer pop corn ngan kopi jantan pun x kan mampu bwk pak cik g tgk citer melayu ;))

bulan said...

best tul pkai A810 ni..ol ikut hp jer..

zura lias said...

arsaili,
hehehe..kene tunggu dvd kuar ar..xpun kt youtube diorg upload..lagi hard core...beli tiket balik m'sia khas utk tgk papadom..hiks...

ayang,
haah..tu sume director citer melayu yg angah leh tgk..yg len...ermmm..haa..tgk le papadom ayang..lain org..lain pendpt...tp yg half part papadom..mmg best...

pokcik,
ohooo..tp sy..pokcik kasik tiket free suh tgk citer prof razak..sy nakkkkkk...leh tido dlm panggungg..sejuk bangattt...hikss..

bulan,
aikk..bulan dah kuar sesiang cengginie..ajaib...sony tetap besttt!!

yOnnA said...

wohoo.ini komen ke-dua yang yonna baca yang tak berapa positif terhadap PAPADOM. mmg logik pendapat akak lgi2 bab2 sistem U ni. sumpah tak masuk akal.tp utk yonna,ttp TERRbaik but still tak boleh beat Khabir Bhatia yang filem dia sampai ke saat ni yonna boleh ulang kali tengok :)

filem yasmin.tetap terbaik di mata Malaysia T__T

fndrocka said...

betul gak kan.half-part tu ada aura razak mohaideen.

jgn terlalu emosi dgn tanah