Wednesday, October 21, 2009

Blog itu Terapiku

Lately,
Saya buat-buat macam takde kerja.
Saya kembali kepada dunia blog walaupun tak sepenuhnya.
Saya jadikan blog sebagai terapi semasa atau selepas balik kerja.
Fuh,
Menjadik.

Tapi semakin menjadik-jadik bila saya mula gunakan forum juga sebagai terapi.
Saya loading data,
Saya baca isu semasa.
Saya buat satu frasa coding,
Saya baca review pasal PAPADOM.
Saya buat query untuk report,
Saya klik-klik lagenda dan mitos.

Sudahnya,
Kerja patut boleh siap sehari,
Jadi 2 hari.
Saya pikir ini tak boleh jadi.
Kang boss saya cakap,

"Takpele..baca le forum sepenuh hari, tapi sebelum tu bagi surat berenti"

Maka esok,
Saya menetapkan.
Saya harus siapkan 1 lagi peningkatan pada sistem,
Tunjuk pada boss dan mula transfer application pada user.

Ini semangat tersemat di malam hari.
Saya paku pada dinding hati.
Jangan kasik lubang esok hari.
Kalau dapatlah.
InsyaAllah..
Kalau tak,
Herm..Herm..
Harus pikir bagaimana saya tidak ketagih pada bahan bacaan forum.
Orang lain ketagih 'FB'.
Saya ketagih forum.
Memang nak kena sekeh.

2 comments:

Diya said...

Huhu. Forum okay ape kak, banyak info2 beguna boleh dapat dalam satu masa. Banding ngan FB, layan kuiz dia wat sakit hati limpa ada lah *haha tapi layan jugaklah sekali sekala*

Tapi kan, sekarang memang tak ramai dah aktif forum. Diya dulu2 je rajin berforum nye, sekarang dgn blog jelah

wilda said...

angah, forum tu mcm mana? hehe, ayg x penahla terbabas ke mana2 forum. berforum gosip2 masa sekolah taayah time prep mlm tu penahla. :p