Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti Dak Sekolah N Cikgu-cikgu

Cuti sekolah datang lagi.
Kalau time sekolah dulu,
Cuti sekolah memang ditunggu-tunggu.
Kepala otak mula pikir macam-macam aktiviti.

Pikiran sekolah rendah lain dengan sekolah menengah.

Time sekolah rendah,
Sepupu-sepapat mula berkumpul di rumah saya.
Jalan sana, jalan sini.
Main rounders, galah panjang, lala dan bola sepak kertas.

Kalau balik kampung,
Redah hutan,
Pergi mancing,
Mandi sungai,
Main congkak guna tanah dan biji getah.

Malam hari,
Berkumpul beramai-ramai tengok tv sambil minum kopi/tea cicah biskut kepala lutut.
Maklum le,
time tu tak ramai ada tv kat kampung,
Kira rumah opah hebat sebab ada tv yang kena ketuk-ketuk kalau nak tengok dengan clear.
Tiba-tiba rindu suasana macam tu.

Bila sekolah menengah,
Sebabkan saya ini warga asrama,
Menunggu cuti sekolah macam menunggu bulan jatuh ke riba.
Siap buat kalendar sendiri.
Walaupun dah ada kalendar lumba kuda,
Rasa macam tak puas nak kira hari-hari yang dah berlalu,
Dan yang akan berlalu sampailah tarikh cuti sekolah.

Perasaan ini sangat kuat especially semasa saya form 1.
Homesick maybe.
Hiks..

Seminggu sebelum cuti,
Saya sudah ada perancangan sendiri apa yang mahu dibuat.
Saya mahu bangun pagi dan tonton tv puas-puas sebab kat asrama susah nak dapat permission tengok tv.
Saya taknak tidur sampai ke malam.

Mengikut perasaan saya yang naif,
Kalau tak tidur,
Masa dapat dihabiskan di rumah dengan sepuas-puasnya.

Malangnya kita merancang dan Tuhan menentukan.
Saya lebih banyak tidur dari tengok tv.
Jadi masa terlalu singkat untuk dihabiskan dengan penuh variasi.
Mungkin tidur yang tak cukup di asrama,
Telah saya gunakan dengan sebaik mungkin semasa di rumah.

Kesannya,
Skill memasak saya sangat ampesh.
Kesiankan orang yang bertunang dengan saya.
Sila beli maggi banyak-banyak lepas duduk berdua.
Sebab saya hanya boleh masak untuk makanan yang saya makan sahaja.
Hahahah..

Untuk cuti sekolah yang bermula besok,
Selamat Bercuti Untuk Bebudak sekolah,
Dan juga cikgu-cikgu.
Terutama rakan-rakan saya yang menjadi guru.
Dengan ucapan,
Rilek-rileks kat rumah,
Ingatlah daku yang berada di opis.
:(..

7 comments:

amcek said...

kekekeke....

taktik...taktik...

nak bodek bakal mak mentua la tu...

kekekeke....

amcek said...

kekekeke....

taktik...taktik...

nak bodek bakal mak mentua la tu...

kekekeke....

Shaira said...

Rindu time sekolah dulu2 kan kak? Hehe.

AK said...

haha
btol2
bila asrama, mcm tak cukup tido kan
skang tersampuk sampai la ni, bila balik umah je nak tido je kejenya
bila la nak berubah kan...

eleh, tuh alasan tak mo masak la tuh!
ceh!

n masa kecik?
mandi sungai?
wow!
*bulatkan mata*

- SueN - MrS AzharI said...

mkn megi??...tak kan kot..hehhe....eh..weekend ni ko ader kat mane?....yg cousin ko nk kawin tue weekend ni la kan...

zura lias said...

amcek,
mak ai..bersungguh betul nak tekankan membodek tu..sampai 2x..hikss...iskk..x baik membodek..unsur2 rasuah.. :D

shai,
tu ar pasal..rase mcm nk balik zaman tu tp xnak belajar..hahahaha

kamal,
tu ar..rase mcm tido 2 jam je sehari..hehehe..*propa lebey*..tu yg skarang nie..asal dpt tido mmg tido dgn jayanye..

ehh..bukan alasan ar..tu kenyataan..

yup..dulu balik kg mandi sg..time kecik2...siap leh wat terjun tiruk lg...kuak lentang...*sumenye dlm mimpi..hakikat x reti berenang sejak azali*.. :(

suen,
ehhehe..kalo ko tgk kitorg nnti ala2 botak..ko paham2 le ek..hakhakhak...weekend nie aku balik ipoh..x jd gie kenurik kt alor star sbb family aku x gie..nenek aku still x sehat lg..so aku gie kursus..TETTT..ehheheh..

Anonymous said...

hehehe. suka diya baca yang masa peringkat sekolah rendah tu. redah hutan, mancing, mandi sungai, main congkak guna biji getah ... aduhai... teringin nya diya nak lalui zaman budak2 dgn kegiatan comel2 tersebut =D