Saya dengar hot fm Jumaat lepas.
Menitis air mataku dengar tangisan seorang cikgu yang terharu dirinya masih diingati oleh studentnya senirik.
Sampai opis terus bukak website sekolah lama,
Dengan harapan cikgu-cikgu meletakkan email di situ.
Bolehlah saya kirim ucapan 'Selamat Hari Guru' di angin lalu.
Malangnya sorang pun tak letak email.
Samada takde email atau memang taknak letak email.
Hanya no telefon sahaja dipaparkan.
Nak telefon saya segan-segan alah,
Takut mengganggu ketenangan cikgu di pagi hari.
Maka saya kirimkan ucapan selamat hari guru dari sini,
Walau cikgu-cikgu terbabit tidak membaca blog ini.
"Selamat Hari Guru cikgu/ustazah.
Walau hanya mengajar 1 alif, kamu semua tetap guru di hati saya"
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment