Berkobar-kobar semangat nak tengok Hugh Jackman,
Eh,bukan, menonton X-Men Origins Wolverine.
Berjanji dengan si dia tapi tak tertunai-tunai.
Lagi bikin panas montot.
Nekad nak tengok sensorang minggu lepas.
Janji hati puas.
Tiba-tiba ada orang datang menyerah diri,
Nak tengok bersama hari Ahad.
Disebabkan Alamanda hari Ahad takleh book online.
Pagi-pagi pukul 9 dah tercongok depan Alamanda.
Malangnya GSC tak bukak lagi.
Tanak buang masa dan tenaga gi breakfast kat McD.
Sebab kat McD kalau makan sensorang,
Orang cakap normal.
Kalao food court makan sensorang,
Orang cakap "sian dia, sensorang je makan"
Itu hanyalah bisikan cover untuk diri senirik,
Semata-mata nak makan kat McD.
Dalam pukul 10 pagi,
Bergegas ke arah GSC.
Sekali lagi hampa,
Kerana semangat patriotik yang begitu kuat,
Buat muka tak malu bertanya Abang Guard,
Pukul berapa GSC baru di bukak.
Abang Guard pun macam ragu-ragu nak jawab.
"Rasa macam pukul 10.30 ke 11.oo pagi camtue"
Dah tertoleh-toleh tempat Games.
Kang ada yang habiskan duit kat sini plak kang.
Sabar,sabar.
Untuk taknak nampak macam buang masa.
Pergi MPH baca buku free.
Selama menunggu,
Saya berjaya menghabiskan karya isteri Nik Aziz dengan jayanya.
Belek PC magazine tengok gajet terkini.
Tengok jelah beli belum tentu.
Semata-mata nak cukupkan masa 10.30.
Tepat 10.40,
Saya bergerak ke GSC.
Dengan niat dan impian yang tinggi.
Malang sekali lagi.
Niat tinggal niat.
GSC masih liat nak bukak pintu.
Saya nampak ada pertandingan bowling.
Menyibuk sama walau sorang pun saya tak kenal kat situ.
Sekadar tengok dan bergembira bersama peserta,
Meraikan keseronokkan jika pin strike.
Tepat pukul 11.00,
Saya bergegas ke kaunter GSC.
Rupanya saya bukanlah orang pertama yang beratur di situ.
Sudah ada 1 barisan yang ada 3 orang sedang beratur.
Semuanya bersama pasangan atau rakan masing-masing,
Kecuali saya.
Akhirnya,
Hajat tercapai.
Tiket diperolehi untuk tayangan pukul 2.15 ptg.
Boleh balik rumah dengan lapang hati.
2.15,
Saya sudah berada di dalam panggung bersama rakan.
Sambil makan popcorn yang hampir habis sebelum tayangan bermula.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
7 comments:
wah bersusah payah yerk nak tgk citer tu... :D
dah lama shay tak kesini... shay kehilangan link akak... :D
semangat betul...kegigihan tu x-men pun kalah..hehe
aku ade perasaan/pendapat yg sama ngan ko part mkn at mcD & food court tu. kalo sorang2 aku mmg mcD jgk kot. food court, susah skit ah.
salam cik zuera,
erm.mana msjboz cik zuera.dah xminat nak letak ke?
tgk wayang x ajak pun ;))huhuhu
lawa layout br... nape x letak shoitbox kak zura????
bestnya tgk wayang...... sampai ati x ajak....
shay,
hehehe..minat punye pasal..hikss..
jejaka alkhindi,
kalo director x-men tgk..sure nnti die offer sy berlakon jd storm kan..hakhakhak..
shu,
tu ar..aku rase mcm org tgk2 aku kt food court..perasan lebey..hihihih
sishoney,
eehhehe..nnti nak letak gak..lepas update pembayaran..skarang biar dulu..hihihh
pokcik,
pokcik bz..tu ar pasal..
matju,
mekasey...shoutbox nnti..bile dh update bayar kt msjbox..hihihi...
elehh..kang k.zura takut kene men kejar2 dlm panggung dgn awek matju..hihihh
Post a Comment