Thursday, May 28, 2009

Kalaulah Saya Seorang Director...

Saya kembali menonton cerita korea.
Cerita yang saya dah tonton entah baper kali.
Tapi saya suka.

Terlalu banyak menonton drama korea,
Buat jiwa saya membuak-buak ingin menjadi director.
Saya ingin ubah jalan cerita yang saya tonton supaya senang di hati saya.

Kalaulah saya menjadi director:

1) Untuk cerita berkisar perkahwinan bukan cintun mencintai,
selalunya plot cerita perempuan mesti suka laki tu dulu.
Laki ada awek lain dan pompuan leh pandang je dari jauh.
Dah akhir-akhir cerita baru le laki tu ada respond kat pompuan dan pompuan tu balas dengan cepat.

- Saya tak suka.
Saya suka kalau laki tu rasa apa yang pompuan tu rasa.
Contohnya pompuan tu pun ada orang lain minat.
Dan laki tu pun terpaksa memendam rasa macam mana pompuan tu rasa.
Pompuan takleh mengalah cepat.
Sebab tu saya suka tengok Full House sebab hero kena tahan perasaan.
Tapi itu pun tak cukup.
Kena lama lagi.

2) Perempuan yang baik jadi terlampau baik.
Apa watak jahat buat pun leh terima dengan senang hati.
Takde rasa nak marah.
Takde rasa nak melawan atau jauhkan diri.

- Saya rasa itu bukan baik.
Itu bodoh.
Kita manusia biasa rasanya takde sampai yang tahap macam tu.
Sebab tu saya tak suka tengok sinetron bawang putih bawang merah ataupun Natasya.
Mak tiri dah bakar tangan,
lagi mau backing mak tiri tu baik depan bapak sendiri semata-mata taknak bapak marah mak tiri.
Sudahnya saya memang tak tengok lansung dua cerita tu,
Dan cerita-cerita yang seantro dengan cerita camtu.
Saya rasa watak baik tu biarlah berpada-pada.
Tunjukkan yang kita ini orang yang tegas.
Hiks.. Emo.

3) Watak untuk petani atau gadis yang buat kerja berat,
tapi makeup mengalahkan pengantin.
Hoh, tak sesuai.
Tapi selalunya ini untuk cerita-cerita buatan Malaysia.

- Saya akan suruh jurumakeup makeupkan wajah ikut kesesuaian persekitaran.
Kalau cerita di kawasan rumah,
biar artis tu muka tak makeup.
Mana ada orang nak makeup dalam rumah sendiri.
Nak-nak time nak tidur.


Saya rasa kalau saya buat list panjang-panjang pun,
saya takkan jadi director sebab takde satu company pun nak amik saya jadi director atau artis yang nak berlakon bawah arahan saya dek sebab muka takyah makeup.

So, takyah buat list panjang-panjang.
Cukup dengan 3 list ini menggambarkan perasaan saya bila menonton movie/drama.

P/S :
Tiba-tiba saya rasa watak yang paling sesuai untuk saya adalah antogonis merujuk pada list pertama yang bersifat dendam.
Hiks.

7 comments:

kaklong said...

kalo ayg, ayg nak citer yg lelaki jahat dikenakan balasan. bukan saja part masa dia mainkan perasaan org tu, tp masa laki tu jatuh cinta ngan pompuan lain, pastu die kena ngan pompuan tu cam mana die buat kat awek first dia. hahahahaha (gelak jahat). selalunya citer mesti tunjuk pompuan kena tinggal..pastu sedih..pastu ade laki suke tp pompuan tu x terbuka hati..mana kisah pasal laki jahat tu? mana? adakah laki jahat itu hidup dgn gembira setelah menghancurkan hati perempuan tu???

ok, ayg emo. kisah di atas tiada kaitan ngan ayg. hahaha

zura lias said...

haaa..angah setuju dgn ayang..angah suke kalo laki tu menderita sama mcm pompuan tu menderita..xpun laki tu kene reject dgn pompuan tu sbb pompuan tu dh tawar atie..hohh..sungguh angah patut berlakon watak antogonis..

tp kite pisces ni bias genderkah?hikss...

yonna said...

aduhai.yonna takkan pernah minat cerita korea! hahaha t_____T

sinetron mmg sgt bodoh. tp yonna tgk sampai abeh T____T satu 2 cite je la. kalau tgk semua maybe muntah darah kot ;p

akak jadik director kat opis akak sudah la haha

*shay* said...

wah nak jadi director yerk... tinggi cita2 tu...


tapikan seronok jugak apa jadi director, tapi janagn jadi director syok sendiri... :p

zura lias said...

yonna,
hiihih..kalo yonna x tengok, jgn tengok..takut terjebak nnti, susah dah nak buang virus nie..ahahhaha...
director kt opis???laaagi x sanggup..ehehee

shay,
nak jadi director sebab nak betulkan jalan cerita je..hikss..
haa..inilah namanye director syok senirik.. ;)

luna said...

angah
alang memula baca
ingatkan angah nak jadi derektor company
sampaike sudah alg blur blur

teruk ke penangan bisnes alg ni..ish ish

ak_0143 said...

uish
ini punya marah ni
nak jadi director ke kak?
tak nak hero melayu yang ada muka ala2 korea sket ke?
*sambel tayang muka*
haha