Thursday, May 21, 2009

Tips Control Diri Untuk Situasi Memalukan

Pergi KL Sentral untuk beli tiket balik kampung.
Beratur amik nombor.
Buat muka ayu dan sopan.
Hiks..

Sementara tunggu giliran,
Pandang kiri, pandang kanan,
Mata terpaku pada 1 family yang menghampiri kaunter KTM.
Sang lelaki duduk di kerusi roda.
Di tolak oleh perempuan berumur 40-50 an yang jalannya terhencot-hencot.
Sambil diiringi oleh budak lelaki berumur dalam 8-9 tahun.

Mata itu saya pandang dengan wajah simpati.
Saya taknak pandang lama-lama,
Taknak buat famili itu tidak selesa.
Saya berlagak seperti biasa.

Mungkin kerana ayu dan sopan yang saya tunjukkan,
Dalam ramai-ramai yang menunggu giliran,
Saya dipilih oleh perempuan dari famili itu untuk bertanya bagaimana cara membeli tiket di kaunter KTM.
*Bajet macam bagus*

Perempuan itu : Dik, macam mana nak beli tiket pastu nape orang beratur ramai kat sini?
Saya : Akak kena beratur amik nombor pastu tunggu turn beli tiket kat sini.

Ting! 31237 terpapar di screen.

Itu nombor giliran saya.
Saya pinta akak tu tunggu sebentar sementara saya beli tiket saya dahulu.
Selesai semua.
Saya terangkan kepada akak tu secara detail bagaimana mahu membeli tiket.
Akak tu puas hati dan berterima kasih.
Saya berlalu sambil bersalam-salaman sebagai tanda kita saudara seislam.

Saya melangkah dengan lapang hati.
Tapi kemudian tak terlapang dah.

Prang!!

Tangan baju saya tersangkut di papan tanda KTM.
Mengakibatkan bunyi yang kuat di situ.
Saya rasa dunia sudah gelap.
Haruskah saya pura-pura pengsan untuk mengelakkan wajah saya yang kemerahan ditonton berpuluh-puluh orang di situ?
Tapi itu tak logik.

Jadi,
Saya berpura-pura melihat jam di tangan walaupun tak pakai jam.
Mulut terkumat-kamit,
Muka serius habis.
Amik telefon dalam handbag cecepat,
Sambil tekan speed dail untuk no. Bulan.
Kenkunun saya dalam keributan masa,
Maka haruslah terlanggar sana,Terlanggar sini.

Tapi telinga saya sempat menangkap,
Jerita dari orang yang paling hampir,
"MasyaAllah!!"
Oh, akak sedang kagum dengan keayuan sayakah?
Lalu menuturkan ayat sedemikian.
Hiks, salah sebutan tu kak.Hihihihi

Saya harap mereka yang berada di situ,
Maafkanlah kelansingan bunyi yang tak disengajakan.
Keterujaan lengan baju saya untuk berpaut di papan tanda tidak dapat saya elakkan,
Maklumlah,
baru tolong orang,
Mestilah cepat-cepat nak blah,
Takut reporter datang nak temuramah.
Hiks..

*ayat cover*

p/s: Itu salah satu tips bagaiman kita harus control diri di dalam situasi yang memalukan. :D

15 comments:

Diya Kamaruzaman said...

adeh kak. nasib baik akak pandai kontrol. kalau diya, buat2 pengsan dah. hahaha.

Shaira said...

Ahaks, pandai akak control ayu, kalau Shai da gelabah kot, haha :D

amcek dan kehidupan said...

1. pura pura berlagak menjadi buta. mungkin orang akan anggap normal.

2. berguling macam tenggiling hingga ke lif yang berdekatan.

3. marahkan papan tanda dengan ayat ayat yang boleh membuatkan penonton benar benar merasakan papan tanda di pihak yang salah

4. ucapkan maaf kepada papan tanda dan penonton pati fikir kamu bukan dari golongan mereka yang waras fikirannya.

5. cari pekerja yang berdekatan dan katakan padanya papan tanda tadi telah diletakkan di tempat yang salah.

6. buat pumping sebanyak 14 kali dan berlalu dengan selamba.

7. melatah sebanyak mungkin sambil berlalu sehingga semua orang melupakan peristiwa itu dan menganggap aksi latah itu lebih lucu berbanding papan tanda yang dilanggar.

8. bawa papan tanda bersama sama menaiki keretapi. penonton akan fikir bahawa papan tanda itu kawan kamu.

selamat mencuba lain kali!

zura lias said...

diya,
ehhehe..tu baru sikit tu..akak penah jatuh kt skolah depan org..akak wat2 jatuh berkali-kali n tergelak senirik sampai org yg pandang pun dh x pandang..walaupun nampak mcm gile tp xde munyik org nk gelak..*akak dulu skolah sume pompuan*..hiks..

shai,
tu bukan control ayu..tu namanye control spontan..hihiih..

amcek,
1. pura pura berlagak menjadi buta. mungkin orang akan anggap normal.
- ini tak penah buat tapi mungkin boleh dicuba..untung2 ada yang derma..jimat duit nak mkn..

2. berguling macam tenggiling hingga ke lif yang berdekatan.
-ni mmg kene reject..sbb kat situ lif jauh sgt nnti kene cuci baju teruk plak..

3. marahkan papan tanda dengan ayat ayat yang boleh membuatkan penonton benar benar merasakan papan tanda di pihak yang salah
-ini mungkin boleh dipraktik..hermm..noted..

4. ucapkan maaf kepada papan tanda dan penonton pati fikir kamu bukan dari golongan mereka yang waras fikirannya.
-eh..tak boleh..papan tanda yg slh..mane boleh mintak maaf kt papan tanda..

5. cari pekerja yang berdekatan dan katakan padanya papan tanda tadi telah diletakkan di tempat yang salah.
- ini mungkin boleh direject..kesian kt org2 jauh tak nampak papan tanda..

6. buat pumping sebanyak 14 kali dan berlalu dengan selamba.
-confirm reject..penat badan oooo...

7. melatah sebanyak mungkin sambil berlalu sehingga semua orang melupakan peristiwa itu dan menganggap aksi latah itu lebih lucu berbanding papan tanda yang dilanggar.
-kalo latah..kalo sebut sekali word2 18SX pun menarik gakkan..untung2 masuk tv arie tu..

8. bawa papan tanda bersama sama menaiki keretapi. penonton akan fikir bahawa papan tanda itu kawan kamu.
-ini mmg sangat tak boleh..sbb x naik ketapi..naik kete..ketapi dinaiki hari jumaat..

AlifKhamsa said...

en...cer bgtau plak tips camne nak cover malu masuk teksi sapu yg bukan teksi sapu?
wahahahahaha....

shu said...

heheheehhe...

k.meen said...

zura.....zura...tak tercapai akal la kalau kak meen kena camtu..tak sempat la nak jana otak buat2 sibuk tgk jam..call sana sini hahahaha..tabik la kat zura.

anyway..lama tak singgah sini..cantik gak decor rumah yg baru ni..hijua..sejuk mata. Tapi sunflower tu tetap la kan?hihi

*psst bisik2 kat zura..kat kolej dulu kawan2 panggil akak nurSunflower sebab gila bunga matahari hahah

Diya Kamaruzaman said...

bahaha. akak sempoi giler ah. tak pernah dibuat orang, terjatuh sekali nak cuba jatuh berkali2 lagi! =p

akak dulu sekolah TKC ke?

yOnnA said...

HAHHAHAHAHA!!
gile lawak ah akak ni!! mesti comel je kann? ngeee =p

ishh kalau yonna kan, sure muka mcm dah tempek seguni blusher kot HAHAHHHA.aduhaii baru je akak lepas tolong org! hahahha tu xleh blahh.
naseb la xde org kejar akak tny kan hehe

Miss KouzEr said...

control siottt...hehehe...
wah,wajah baru blog smp aku was-was betulkah ini zura pnye blog...hihihih

Kak Long said...

Wah, bagus idea tu! Mana tahu kalau Kak long terkena adengan yang tak ingin kita lihat tu, ada gak idea nak control ayu....

ak_0143 said...

akak ni mmg byk situasi memalukan ek?
igt lagi yang psl burger n kisah salah bangunan tuh!
hahahahahahaha

MZ said...

bila nak banjer pak cik g tgk wayang nih? kang da kawen kang .. da tak boleh dah :p

Hajar said...

ehe. lama da x singgah sini.
kira okla pandai gak nk cover line. kena yang gelabah mesti dah merah muka tahan malu. hehe..

zura lias said...

en,
ihihiihih..yg tu dah x ingat camne aksi cover..hakhakhak..

adah,
:D

kak meen,
ehehe..ni sbb mase time skolah dh biase praktik aksi cover nie..cover dari warden n cikgu..hihiihh...nursunflower??waaah..kene panggil kak meen sun flower nie..hiks..

diya,
eehehe..tp bile pikir balik skarang nie, rase macam malu lak..nampak sgt tak matang..ehehehe..ehh..bukan..akak bukan budak TKC.. :D

yonna,
sebenarnye part muke bukan takat blusher..rase mcm dh kene lumur dgn arang..hikss..tp control kene control..ahhhaaa

kooza,
eehehhe..biase tu beb..hikss..ohh,aku tak sesuai dgn bunga-bungaan ke?hiihihi...

kaklong,
ehehee..ade manyak lagi adegan control sy sebab rasenye sy mmg slalu ade aksi memalukan..type kelam kabut kot..hiks...

kamal,
ceh..cehhh..syyyyyy..tu ar pasal..napelah akak slalu kene..arie nie pun ade lagi kes malu..huhuhuh

pokcik,
pokcik xnak ajak..xkan sy nk ajak..maluuuu..nnti kolah cari timba..hiks..

hajar,
ehhh...muke mmg dh merah tp org kt situ x nampak le sbb dah cepat2 pandang depan sambil wat aksi camtue..hiks..