Thursday, December 25, 2008

Selamat Bercuti

Ini entry yang berjadual.
Ketika sudah dipapar,
Saya tersengguk-sengguk di dalam keretapi KL-Ipoh.
Ataupun main games beserta dengan SMS di henset untuk yang sudi melayan.
Oh, saya ghairah.
Ghairah mahu menaiki keretapi malam.
Tapi saya mahu elakkan memandang tingkap.
Demi imaginasi saya yang terlalu tinggi.

Kenapa keretapi?
Bukan bas atau kereta.
Bukan kereta sebab saya malas mahu memandu kalau pemandu dan penumpang hanya saya seorang.
Bukan bas sebab saya tak suka berhimpit di pudu.

Cubalah naik keretapi KL-Ipoh.
Laju.
Senyap.
Nikmat.
Kalau mau murah,
Amik ekonomi.
Kalau mau berlagak,
Amik Superior.
Hiks..*Ini edisi gurauan*

Saya amik Superior.
Bukan berlagak.
Tapi yang ekonomi sudah habis.
:((..
Tak sanggup nak tanggung risiko untuk beli yang harga seringgit.
Takut-takut saya angkut beg berpatah balik ke Putrajaya.
Seringgit itu untuk mereka yang gamble.
Sanggup menunggu saat akhir untuk membeli tiket asalkan seringgit.

Saya bukan.
Saya suka merancang walaupun ada tersasar, ada tidak.
Tapi kalau tersasar, selalunya saya sediakan backup plan.
Jadi selalunya saya sentiasa berfikir,
Jika tak boleh itu,
Perlu buat begini.
Jika tak boleh begini,
Perlu begitu.

Tapi untuk study,
Saya suka gamble.
Hahahah...
*Kes Study Last Minute*
(Tidak sesuai untuk bacaan mereka yang masih belajar)

Selamat bercuti. :D

Tuesday, December 23, 2008

Berjaga-jaga

Bila kita sudah terkena,
Atas sesuatu peristiwa,
Elok sangatlah kita berjaga-jaga,
Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.
Walaupun kadang-kadang,
Terjadi juga perkara mempelam berbuah tak kira musim.

Sepertinya saya masuk ke toilet sekarang.
Sangkutkan dulu tali yang menggantung kad-kad untuk kegunaan di pejabat,
Sangkut di pintu masuk toilet.
Sesudah selesai semua,
Baru sangkut kembali ke leher.

Tapi abang saya punya tips,
Untuk mengelakkan barang kita lebur di lubang toilet,
Sebelum kita mengangkat badan dari mangkuk toilet,
Flush terlebih dahulu,
Kemudian bangun.
Jika ada barang yang menjunam jatuh ke dalam lubang selepas itu,
Boleh ambil tanpa ragu-ragu,
Dijamin tiada kotoran yang terlekat.

Sekarang boleh cuba tips ni di toilet rumah atau pejabat.
Jangan di pusat membeli belah atau tempat awam,
Dikhuatiri masih ada sisa yang tertinggal belum habis diflush,
Mengakibatkan loya di ulu hati.

Renung-renungkan,
Dan selamat mencuba.

Friday, December 19, 2008

ID Card

Tak sabar-sabar nak cerita kat sini.
Nak-nak sekarang time rehat hari Jumaat.
I like.

Saya masuk toilet.
Melepaskan hajat yang terpendam.
Tenang,
Nyaman.

Selesai urusan,
Saya tunaikan tanggungjawab menflush toilet.
Ada satu benda melayang masuk ke dalam lubang toilet.
Tenggelam bersama air yang diflush.

Id card saya yang gunanya untuk keluar masuk pejabat,
Merangkap punch card kedatangan saya.
Ikut bersama deru air yang mengganas di lubang toilet.
Terkasima.

Nasib baik ada rakan yang berada di surau.
Tumpang guna ID card mereka sambil mengumpat ID card saya yang tak sabar-sabar nak melarikan diri.
Harus bagaimana mahu diberitahu pada mereka yang bertanggungjawab menguruskan ID card ini.
Malu seh..

Tak pasal-pasal,
RM25 melayang.
Sadis sungguh.
Isnin baru saya buat tuntutan sambil mereka idea bagaimana mahu bercerita dengan suasana yang santai tanpa rasa malu.

*SIGH*

Wednesday, December 17, 2008

Cerita-Ceriti

Ada hutang tag yang belum berbayar.
Tapi masih dalam mood M.A.L.A.S.
Banyak cerita,
Letak dalam satu entry habis cerita.

Cerita 1

Saya berjalan ke Kuala Selangor.
Alang-alang pergi kenduri kahwen,
Terus jenguk Bukit Melawati dan Taman Alam Kuala Selangor.
Best memang best.
Tapi monyet kat situ lagi best.
Siap boleh letak tangan atas peha.
Confirm kalau pergi sana lagi,
Saya nak bawak pistol air.
Tapak tangan monyet menggetarkan jiwa.
Walaupun terletak dengan cara yang sangat manja.

"Selamat Pengantin Baru Nurul & Subhi"

Cerita 2

Saya diserang sindrom,
Sindrom-Tidur-Tak-Ingat-Apa.
Ada 2 kes yang dapat dikesan.

i) Bulan telepon mahu berbual.
Saya bilang saya mau gosok gigi dan basuh muka terlebih dahulu.
Dengan harapan,
Selepas habis berbual terus tidur dengan lena.
Saya siap-siap semua.
Tarik selimut,Tutup lampu dan baring.
Tiba-tiba saya diserang sindrom.
Terus tidur tanpa membuat atau menunggu panggilan.
Bulan bilang esoknya,
Dia sangat bengang sebab saya bilang saya sudah telepon dia.
Padahal tidak.
Saya pikir, mungkin dalam mimpi saya menelefonnya.
Dikira telefon jugakkan.
Tapi sampai ke pagi saya tidak sedar apa yang terjadi.
Sindrom punya pasal la ni.

ii) Saya selaku PA bulan,
Menjadi pelapor tak rasmi apa yang berlaku di dunia maya kecuali email,
kerana masalah teknikal connection internet Bulan yang masih belum selesai.
Jadi saya menjadi pengawal sementara Ikariam.
Patutnya hari tu saya cakap mau tengokkan pada pukul 10 nanti.
Tup-tup saya terlena.
Bila bulan telepon,
Dia bilang, saya cakap padanya saya bukan tidur tapi line celcom yang tak berapa betul buatkan dia tak dengar suara saya.
Ohoo, saya kira skill mengcover saya hebat juga diwaktu tidur.
Akhirnya saya tidur sampai ke pagi.
Dan besoknya bulan paksa saya tengokkan awal-awal lagi Ikariam kerana pretasi menjunam teruk.

Itu contoh-contoh sindrom Tidur-tak-Ingat-Apa.
Kesiankan kalau orang menunggu mau bergayut dengan saya di malam hari.
Dengan timbunan kerja yang makin menambah,
Sindrom itu memang senang diperolehi.
Harap tabah.

Cerita 3

Ini cerita sedih sedikit.
Bukan sedikit.
Banyak le jugak.
Hanya mampu bercerita begini,

" Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku... padamu "

Itu perasaan semasa sedih.
Bila perasaan kembali stabil,

" Everything I do is for you
And you are every part of me
And I don't want to face
Another day
Alone
Without your love "

Okies, cukup, cukup.
Nanti saya dapat sindrom baru,
Jiwang-Tak-Hingat.

Thursday, December 11, 2008

Entri Peribadi

Entri ini bersifat peribadi.
Patut-patut letak kat private blog,
Tapi macam tak best lak nak bergurau senda kat private blog,
Jadi letak di sinilah.

Ada seorang rakan,
Dia kata,
Datanglah pada hari perkahwinannya,
Karaoke lagu "Pelamin Anganku Musnah"


Saya anggap itu gurauan di pagi hari.
Cuma tadi tak sempat nak balas gurauan secara bersiri.
Sebab terkasima sekejap.

Jadi saya balas di sinilah.
Lagipun, harus di ingat, saya ini pendendam orangnya.
Hahaha.. *Gelak Jahat*

Pagi tadi saya balas,
"takpe..takpe, saya dah bina pelamin baru"

Tapi patut-patut,
Saya nak balas begini,

Saya bukan nak karaoke Pelamin Anganku Musnah,
Saya nak buat ucapan,

"Syukur, Alhamdulillah ini bukan pelamin saya,
Kalau tak, saya tak jumpa cahaya bulan terang di hati,
Terima kasihlah kerana membuang saya,
Saya sangat bahagia sekarang, Alhamdulillah.
Saya doakan kebahagiaan kita semua dengan cara berbeza."

Wednesday, December 10, 2008

Poskad

Patut-patut belek gambar mana nak letak kat blog baru.
Blog khusus untuk kenangan sekolah.
Tapi-tapi,
Terlihat gambar ni,
Teringat aktiviti buhsan semasa cikgu mengajar di depan.



Gambar ni bukan ditangkap time cikgu mengajar kat depan.
Tapi gambar ni dijadikan poskad oleh ude dan acu yang buhsan di belakang tempat duduk saya.
Sedar-sedar gambar dah hilang tapi diganti dengan layanan kad kiriman ala pos dari Pos Laju.


Ini adalah tulisan di belakang gambar.
Saya baca kembali dan senyum.
Kan indah bila kita masuk alam persekolahan kembali.

Friends Forever.

Tuesday, December 09, 2008

Teka-teki Memalam Hari

Saya sudah berjaya membuat entry panjang berjela,
Tatkala orang sibuk melakukan korban raya.
Dengan tag pelbagai, sudah saya buat separuh jalan.
Tapi malangnya,router saya ditutup suisnya dari luar,
Lalu menghasilkan kehampaan bila saya menekan butang publish.
Dan bila direfresh, terhasillah entry yang masih kosong.
Kuciwa.

Hari ini nekad mau update entry.
Cedok dari dialog saya dan bulan.
Sewaktu sesi diskusi di telefon.

Saya : Dalam banyak-banyak huruf, huruf apa yang hensem dan cantik?
Bulan : Ntah,taktau.
Saya : Jawab je le..
Bulan : Taktau..
Saya : "I" cantik.. "U" hensem..

*Teka-teki budak umur 12 tahun*

Bulan : Cuba awak teka saya suka makan coklat apa?
Saya : Erm, taktau le..mentos kot.
Bulan : Sampai hati taktau..
Saya : Eleh, macam awak tau saya suka makan coklat apa.
Bulan : Tau, awak suka makan HACKS.
Saya : Eheheh..awak suka makan apa ek?
Bulan : Saya pun kan sama, suka makan HACKS..awak tau apa maksud HACKS?
Saya : Ntah..
Bulan : Hanya Aku Cinta Kau Seorang.
Saya : Ohoo, mesti saya taktau sebab saya bukan budak jiwangan dan takde sapa nak kasik saya HACKS kecuali bapak sedara saya.
Bulan : Yang saya bagi awak tu apa?

*Budak umur 10 tahun berdiskusi*

Thursday, December 04, 2008

Saya Datang Lagi

Udah lama tidak berblog.
Tapi saya tidak perlu berhenti.
Masih boleh meneruskan lagi.
Kerana tiada rezeki untuk saya berhenti berblog.

Cumanya kerana pembahagian masa yang dipecahkan semakin mengecil,
Saya utamakan yang mana lebih berkepentingan.

1) Kewajipan pada Yang Berhak.
2) Kerja
3) Makan & Minum
4) Bergayut-gayutan.
*Berapalah bil Celcom bulan depan lepas dah takde unlimited voice calls ni..huhuhu*
5) Tidur
6) Blogging.

Blogging itu jadi yang paling terakhir kerana pencabar saya sedang berehat panjang atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Dia kata, satu timba milo ais akan disediakan.
Ayuhlah jemput-jemput datang ke rumah,
Mai pekena milo ais buatan si bulan yang belum tentu dijamin sedap atau tidak.

Kenapa saya sering menyebut si bulan?

"Ada yang getik?"
"Meluat?"
"Macam dia sorang je ada bulan, orang lain pun datang bulan gak"

Jawapan:
Pedulik ar. Ini blog aku. Sukati aku ar nak tulih ape pun. Ada aku kisah?
Lagipun sudah terang, jelas dan nyata,
Di bahagian profile,
Saya letak,
Saya tidak pernah pedulikan perasaan orang lain.
Sila beredar kalau taknak baca.

Oh,
Tiba-tiba sifat kebrutalanku menonjol lak.
Hilang sopan santun.
Maap, maap, maap.
Tukar tune ke arah mari bersopan santun.

Saya rasa bulan penuh mau timbul.
Kerana itu perilaku agak sukar mau dingertikan.

Iklan jap,

SESIAPA RASA DIA TERRER VISUAL BASIC 6.0, SQL SERVER, CRYSTAL REPORT, POWER BUILDER (KALAU TAU LAGI BAGUS), ATAU KEMAHIRAN-KEMAHIRAN IT YANG LAIN, SILALAH MENGONTEK DAKU. AYUH KITA BERKERJASAMA JADI SATU PASUKAN. DAMPINGI SAYA YANG PERLUKAN TEMAN UNTUK MELENGKAPKAN PERIBAHASA ;

RINGAN SAMA DIJINJING,BERAT SAMA DIPIKUL.

KEKOSONGAN 1 JAWATAN DI TEMPAT SAYA SELAKU ANALYST PROGRAMMER.
MAU TAU COMPANY APA?
SILA CONTACT SAYA.

Saya taknak rakan sepejabat guna makcik google merujuk pada nama company dan mengesan blog saya.

p/s : Esok saya balik kampung. Sonot..